
Astro AWANI
@501Awani • 3,822,145 subscribers
Jenama berita paling dipercayai di Malaysia. Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D)
Shorts
Videos

Seorang nelayan, Clarence Jay Tamula, berdepan detik mencemaskan apabila seekor sotong kurita yang ditangkapnya tiba-tiba melekap pada mukanya di Puerto Princesa, Palawan. Dalam rakaman tular itu, Tamula dilihat bergelut menanggalkan sesungut haiwan tersebut sebelum akhirnya berjaya melepaskannya. Jika anda berada dalam situasi yang sama, apa yang anda akan lakukan? #AWANInews
Astro AWANI189,427 Aufrufe • vor 6 Tagen

“Jangan ambil peduli semua itu dengan Pilihanraya Negeri Sembilan. Tak ado kono mengono!” Bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menegaskan bahawa isu ini tidak bersangkutan dengan PRN ini dan beliau sedia disiasat semula. "Kalau betul saya 'sakau', tahun 2018 lagi Tun Dr Mahathir dah penjarakan saya…,” tambah beliau. #AWANInews
Astro AWANI82,708 Aufrufe • vor 5 Tagen

“Mandat dan keputusan ini akan turut membawa satu gelombang bagi kami meneruskan gelombang biru & biru pekat yang telah bermula di negeri Johor. Insya-Allah ia akan menular ke Negeri Melaka," kata Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. #PRNNegeriSembilan
Astro AWANI45,653 Aufrufe • vor 3 Tagen

Sepanyol mengerahkan anggota tentera ke Ceuta bagi membantu mengawal keadaan di sempadan dengan Maghribi selepas ribuan migran memasuki wilayah itu, mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan individu. Kerajaan Sepanyol memaklumkan Angkatan Tentera akan membantu Pasukan Pengawal Awam (Civil Guard) mengekalkan keselamatan susulan krisis sempadan yang memuncak apabila kumpulan besar migran merempuh pagar sempadan pada Khamis. #AWANInews
Astro AWANI56,855 Aufrufe • vor 4 Tagen

#AWANIByte: Avenys: Mula jual sambal, sekarang jual berlian Daripada sambal… ke berlian, bermula dengan modal RM500. 10 tahun bina Avenys tanpa viral, tanpa shortcut, ini kisah Aleeya Zailan & Azri Aziz. Semuanya bermula on-line, membuktikan digital bukan pilihan, ia keperluan. Sokongan IMPAK BIZ bantu usahawan kecil capai lebih jauh! Dapatkan sokongan pendigitalan premium secara PERCUMA di #UnifiBusiness #IMPAKBIZ
Astro AWANI1,052,658 Aufrufe • vor 2 Monaten

Pemansuhan peperiksaan antara langkah mengurangkan tekanan murid #AWANInews #SisiTVParlimen
Astro AWANI8,905,766 Aufrufe • vor 1 Jahr

Cubaan seekor "kurier" berbulu menyeludup dadah ke dalam penjara gagal selepas dicekup pengawal sebelum sempat menjalankan "misi" di Koloni Penjara No. 17 di Nizhny Novgorod, Russia, pada Selasa. Menurut Perkhidmatan Penjara Persekutuan Russia, si bulus itu tampil dengan dua kolar kain buatan sendiri yang dipenuhi bahan terlarang untuk dihantar kepada banduan. Pihak berkuasa berkata, seekor anjing pengesan polis kemudian mengesahkan kehadiran bahan narkotik di dalam kolar berkenaan. Selepas kolar yang disumbat dengan dadah itu ditanggalkan, kucing berkenaan dilepaskan semula selepas pegawai memastikan haiwan itu berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. #AWANInews
Astro AWANI130,289 Aufrufe • vor 13 Tagen

"Saya sanggup hilang gaji berpuluh ribu, asalkan saya dan keluarga selamat" - Faisal Halim #AWANInews
Astro AWANI6,803,993 Aufrufe • vor 2 Jahren

"You boleh gelak Putrajaya kerana you buat perkara itu, masa pentadbiran you buat kerja itu," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Datuk Radzi Jidin kemudian bangun dan meminta Perdana Menteri untuk menarik balik yang kemudiannya menyebabkan kekecohan di #DewanRakyat #SisiTVParlimen
Astro AWANI6,927,919 Aufrufe • vor 2 Jahren

Kerajaan menyelaraskan kelayakan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan bermula 1 April 2026. Langkah ini dibuat kerana majoriti rakyat menggunakan kurang daripada 200 liter sebulan, manakala harga kekal RM1.99 seliter bagi meringankan beban rakyat.
Astro AWANI735,090 Aufrufe • vor 4 Monaten
