
Amirudin Shari
@AmirudinShari • 123,862 subscribers
Menteri Besar Selangor • Selangor Chief Minister • MP of Gombak #KitaSelangor #YNWA
Shorts
Videos

Saya menghadiri majlis perasmian NEXTDC KL1 di Petaling Jaya yang beroperasi sebagai pusat data tier-4 yang pertama di Malaysia. Kemudian, saya bertemu wakil-wakil US-ASEAN Business Council yang membincangkan mengenai keupayaan tenaga, air dan polisi-polisi berkaitan 22 buah syarikat dari persatuan ini beroperasi di Selangor. #KitaSelangor
Amirudin Shari435,051 просмотров • 1 месяц назад

Saudara datang pukul 3 pagi mengadu sampah tak kutip sedangkan memang lori sampah datang setiap pagi antara jam 5 hingga 8 pagi utk kutip sampah 😅 Jumlah sampah di lokasi ini mmg antara paling banyak kerana banyak tapak perkhemahan dan pusat peranginan di sekitar. KDEB sentiasa melaksanakan kutipan berjadual setiap hari.
Amirudin Shari1,311,926 просмотров • 3 лет назад

Penyerahan Kenderaan Chery Kepada Mangsa Kebakaran Paip Gas Putra Heights.
Amirudin Shari319,137 просмотров • 1 год назад

Pesta Kopi, Kejohanan Pickleball?? Istimewa untuk anak muda sempena Tahun Melawat Selangor 2025 !
Amirudin Shari345,324 просмотров • 1 год назад

Sanusi nak hina saya itu tidak mengapa. Saya sudah arif benar dengan taktik Perikatan Nasional dan PAS yang tidak mampu lawan hujah, hanya mampu hina fizikal sahaja. Tapi menghina dan mempersoal kewibawaan serta institusi kesultanan Selangor itu biadab dan celupar. Kalau dengan DYMM Sultan Selangor pun mereka tidak peduli, sanggup celupar dan biadab, adakah mereka akan hormat keharmonian dan perpaduan rakyat Selangor yang hidup aman damai selama ini? Adakah mereka akan hormat penjawat awam dan anak muda? Mereka hanya gilakan kuasa, berpolitik sepanjang masa. Insya-Allah 12 Ogos ini orang Melayu di Selangor akan ajar para penderhaka dan pengkhianat ini ! 🔴🟡 Pilih Perpaduan Demi Kestabilan dan Kemakmuran Selangor #KitaSelangor #ArusMerahKuning #PerpaduanSelangor
Amirudin Shari577,933 просмотров • 3 лет назад

Saya dan YAB Perdana Menteri Anwar Ibrahim turun sendiri ke ‘ground zero’ lokasi kebakaran pagi ini setelah ia disahkan selamat oleh pihak bomba. YAB PMX turut merakamkan ucapan penghargaan kepada para petugas bomba dan keselamatan yang bertungkus lumus memadamkan kebakaran sejak pagi tadi.
Amirudin Shari197,569 просмотров • 1 год назад

Kepada yang akan melangsungkan perkahwinan dan bimbang berkenaan tarikh Pilihanraya Negeri, ini jawapan saya 😬
Amirudin Shari347,366 просмотров • 3 лет назад

Sehingga jam 12 tengah hari, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia melaporkan bahawa jumlah warga Selangor yang telah mengundi adalah 36%, iaitu 6% lebih rendah berbanding Pilihan Raya Umum tahun lalu. Ayuh rakyat Selangor, manfaatkanlah baki kurang 5 jam untuk menentukan masa depan negeri anda, jom undi ! #KitaSelangor
Amirudin Shari295,356 просмотров • 2 лет назад

Saya mewakili seluruh barisan pimpinan Kerajaan Negeri Selangor ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin buat semua, khususnya rakyat Negeri Selangor. Moga Syawal kali ini membawa seribu makna dan kejayaan buat kita semua. #KitaSelangor
Amirudin Shari167,067 просмотров • 2 лет назад

Anak: “Kalau Abah tak buat Velocity, cancel terus!” Saya: Hold my sampin #VelocityChallenge
Amirudin Shari60,891 просмотров • 1 год назад
1:35
Sensitive content
This media may contain sensitive content.

Dalam ceramah di Ijok dan Permatang semalam saya sampaikan rasa pelik saya. Kata Hilman Idham, Azmin Ali bakal Menteri Besar Selangor tapi kenapa Muhyiddin Yassin yang umum manifesto PN Selangor? Adakah sebab PAS tak setuju Azmin jadi calon MB? Yang saya tambah hairan, Muhyiddin umumkan nak tubuhkan Majlis Pemulihan Ekonomi Selangor. Dia jadi Pengerusi Majlis Pemulihan Negara pun gagal, ada hati nak pulihkan Selangor. Ishhh tak masuk akal lah geng Kerajaan Gagal ni 😂 🔴🟡 Pilih Perpaduan Demi Kestabilan dan Kemakmuran Selangor #KitaSelangor #ArusMerahKuning #PerpaduanSelangor #PRNSelangor
Amirudin Shari108,138 просмотров • 2 лет назад

Menjawab fitnah dari Perikatan Nasional berhubung peruntukan utk Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Peruntukan tertinggi diberikan pada JAIS adalah pada tahun 2023 iaitu RM 583 juta. Lebih tinggi dari zaman Azmin. Menjelaskan isu teguran Laporan Ketua Audit Negara berkenaan perbelanjaan peruntukan JAIS pada 2021. Ingin saya terangkan bahawa pada 2021 kita mengalami pandemik di mana masjid dan surau tidak beroperasi, sekolah-sekolah agama tidak beroperasi. Ini menyebabkan perbelanjaan tidak berlaku. Namun begitu ia tidak ada kaitan dengan peruntukan. Ini yang saya ingin jelaskan agar kita tidak termakan fitnah Perikatan Nasional yang ingin mencipta persepsi negatif pembangunan agama Islam di Selangor. Walhal di Selangor kita sentiasa komited dengan agenda menyuburkan syiar Islam. 🔴🟡 Pilih Perpaduan Demi Kestabilan dan Kemakmuran Selangor #KitaSelangor #TawaranKitaSelangor #ArusMerahKuning #PerpaduanSelangor
Amirudin Shari95,978 просмотров • 2 лет назад

Saya mempertahankan para penjawat awam Selangor yang mutakhir ini dipertikai dan difitnah oleh Perikatan Nasional kononnya ingin menutup sekolah-sekolah agama di Selangor. Dakwaan ini adalah fitnah semata-mata ! Di Selangor keutamaan Kerajaan Negeri adalah nyawa anak-anak yang menuntut ilmu. Ekoran dari tragedi kebakaran di pusat tahfiz yang meragut puluhan nyawa anak-anak, Kerajaan Negeri telah menetapkan ketetapan bagi memastikan keselesaan dan keselamatan anak-anak yang menuntut ilmu di sekolah agama. Rakyat di Negeri Selangor bijak dan adil dalam menilai dakyah yang disampaikan agen perpecahan bernama Perikatan Nasional ini. #KitaSelangor
Amirudin Shari95,854 просмотров • 3 лет назад

