
Radzi Jidin
@RadziJidin • 31,212 subscribers
Videos

Pagi tadi saya memenuhi undangan OP Syed Saddiq untuk bersama-sama beliau bersama melengkapkan pusingan akhir larian #LangkahMuar iaitu dari KLCC ke Parlimen Malaysia. Well done, budak boy! 💪🏻 Terima kasih atas jemputan. Inilah solidariti kami semua, Ahli Parlimen Pembangkang, berkaitan peruntukan untuk rakyat bagi kawasan kami. #DRJ
Radzi Jidin1,471,825 görüntüleme • 1 yıl önce

Penat, YB? Ini nasihat saya. Kongsi-kongsikan nasihat ini. #DRJ
Radzi Jidin1,029,689 görüntüleme • 2 yıl önce

Pakat tengok video ini! Saya terima dalam WhatsApp. Sayu dan sebak mendengar cerita yang disampaikan. Damailah di negeri abadi, Tun. Semoga jasa dan budi Tun di dunia menjadi jariah disana. Saya selalu berpesan kepada anak-anak. Kerja kita di dunia adalah untuk membuat kebaikan dan tinggalkan jariah sebanyaknya. Jika ada kejahatan yang dibuat oleh orang lain kepada kita, insan itulah yang akan menjawab kepada yang Maha Esa. Kredit video: Chef Kamarul
Radzi Jidin347,996 görüntüleme • 1 yıl önce

Menteri Pelancongan telah memberi jawapan kepada persoalan ramai tentang ketiadaan visual masjid di dalam montaj pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 sedangkan visual rumah ibadat lain ada dimasukkan. Antara lain, Menteri kata video masjid tidak dimasukkan kerana "Video ini hanya sebuah video pelancaran ringkas dan pendek dengan durasi 41 saat". Oooo ye ke? Ini ada pertanyaan lanjut ini daripada sahabat-sahabat. Harap Menteri boleh jelaskan ya. #DRJ
Radzi Jidin187,371 görüntüleme • 1 yıl önce

Semalam, selepas habis sesi Parlimen, sempat bertanya khabar dengan YB RSN Rayer, Ahli Parlimen Jelutong. Dalam perbualan ringkas itu, beliau berkongsi kisah peribadi tentang mendiang ayahnya yang telah pergi pada 3 Disember 2025 lalu. Perbezaan pandangan tidak menghalang kita untuk terus menjaga silaturahim serta adab dan rasa hormat sesama manusia. #DRJ #DRJdiParlimen #PerikatanNasional
Radzi Jidin58,187 görüntüleme • 4 ay önce

Apakah akan berlaku keadaan di mana seorang Perdana Menteri dibawa ke muka pengadilan di atas keputusan dibuat dan dipersetujui secara bersama oleh anggota Jemaah Menteri? Itu antara perkara saya sentuh dalam Perbahasan Usul Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan petang tadi. Jika diluluskan tersebut, duluan atau precedent hari ini boleh memberi kesan yang tidak baik kepada negara. Akhirnya, selepas dibahas, Kerajaan terpaksa menangguhkan usul tersebut. Selain daripada pembahas pembangkang iaitu, Larut, Kota Bharu, Pasir Mas, Putrajaya serta Muar, dua pembahas Kerajaan iaitu Pasir Gudang dan Puncak Borneo tidak bersetuju dengan usul yang dikemukakan. #DRJ
Radzi Jidin139,611 görüntüleme • 1 yıl önce

Saya yakin ramai yang masih terngiang-ngiang dengan sembang deraih "Menang hari ini......Esok..." Siakap senohong gelama ikan rohu, Bercakap bohong lama-lama orang tahu. Janji yang ditabur semasa berkempen seolah-olah tiada makna. Apakah bagi mereka janji yang dibuat itu adalah untuk dimungkiri? Kali ini janji apa pula yang kecundang? Ini penjelasan saya. Kongsi-kongsikan!
Radzi Jidin154,809 görüntüleme • 2 yıl önce

Sehingga hari ini, Menteri Pendidikan masih kekal dengan keputusan mengumumkan keputusan SPM 2023 bagi batch 06 pada 27 Mei 2024. Ini sedikit pandangan marhaen, kot-kot Menteri nak dengar. Anak-anak Batch 06 dan guru-guru, kongsi-kongsikan supaya sampai kepada Menteri. #spm2023 #FYP #DRJ
Radzi Jidin124,064 görüntüleme • 2 yıl önce

Dalam perbahasan saya di Dewan Rakyat tadi, saya mencadangkan supaya kadar Imbuhan Tetap Perumahan penjawat awam disemak semula. Kenaikan terakhir dibuat pada tahun 2015 dan kadar terendah ketika ini hanya RM300 bagi gred 1 hingga 9. Sebagai contoh, penjawat awam di Putrajaya, dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, sewa bilik sahaja boleh mencecah RM600 manakala sewaan sebuah apartmen bermula sekitar RM1,200. Jurang ini menunjukkan Imbuhan Tetap Perumahan tidak lagi seiring dengan realiti semasa dan perlu dinilai semula dengan mengambil kira keadaan semasa demi kebajikan penjawat awam. #DRJ #DRJdiParlimen
Radzi Jidin31,012 görüntüleme • 4 ay önce

Ubur ubur, ikan lele. Kalau dah ‘bailout’, ngaku je le! #DRJ
Radzi Jidin71,579 görüntüleme • 1 yıl önce

Bila minta laluan untuk dapatkan penjelasan tentang kegusaran rakyat berkenaan T15, ini pula jawapan Menteri! ‘Boleh hantar kat TikTok, Putrajaya'. Mudah sungguh jadi Menteri PH-BN ni. Segala keluhan rakyat diambil mudah!Sahabat-sahabat lihatlah sendiri! #DRJ
Radzi Jidin64,895 görüntüleme • 1 yıl önce