
Adam Adli
@AdamAdli • 95,186 subscribers
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi. MP Hang Tuah Jaya. KEADILAN | HARAPAN
Shorts
Videos

Hampir lima tahun mengurus kekuasaan, kita semakin sedar bahawa cabaran sebenar politik bukan ketika disorak, tetapi ketika kita diuji dengan tekanan, fitnah dan keletihan menjalankan amanah. Ketika kita diuji dengan kuasa dan tawaran-tawaran mewah di depan mata. Namun dalam segala keributan, satu perkara mesti terus dipertahankan; kesetiaan kepada tujuan asal perjuangan. Perjuangan kita tidak dibina oleh orang-orang kaya. Ia hidup kerana mak cik yang memasak di bilik gerakan, pak cik mengenderai motor usang, dan anak muda yang lelah bekerja namun masih memilih berbakti ketika lapang. Perjuangan ini tidak akan kukuh jika bukan kerana harapan rakyat kebanyakan. Kerana rakyat hari ini tidak lagi mahu melihat politik yang hanya tahu bertelingkah mulu, tetapi melihat siapa yang benar-benar bekerja kuat memikul tanggungjawab. “Perjuangan ini wujud bukan untuk jawatan. Bukan untuk kemewahan. Tetapi untuk manusia-manusia kecil yang terlalu lama tidak dipedulikan.” Kerana sedari asal, perjuangan ini tentang maruah dan harapan orang kebanyakan.
Adam Adli39,179 görüntüleme • 23 gün önce

The way everyone stood and cheered when Palestine entered the stadium. 🇵🇸 #4thAsianParaGames #Palestine
Adam Adli281,651 görüntüleme • 2 yıl önce

Tahun ini, rezeki Hang Tuah Jaya terasa lebih luas. Dua hari hujung minggu lalu, sebelum sesi persekolahan bermula, Program Back To School dianjurkan di dua lokasi, Ayer Keroh dan Ayer Molek, sebagai bekal awal buat anak-anak kita. Di Ayer Keroh, program dilaksanakan bersama rakan strategik MYDIN Mohamed Holdings Berhad. MYDIN menaja 500 beg sekolah, manakala Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya menyalurkan baucar bernilai RM100 kepada 500 penerima yang sama. Di Ayer Molek, program digerakkan bersama Yayasan Taqwa, MAIWP dan pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), melibatkan 400 orang penerima. Setiap sumbangan membawa mesej yang jelas. Pendidikan tidak seharusnya terhenti hanya kerana kekangan keperluan asas. InsyaAllah, selagi diberi amanah dan peluang, usaha ini akan diteruskan agar setiap anak Hang Tuah Jaya melangkah ke sekolah dengan keyakinan dan harapan. Terima kasih kepada semua rakan kerjasama, ibu bapa dan anak-anak yang hadir. Semoga langkah hari ini menjadi cahaya untuk masa depan.
Adam Adli30,874 görüntüleme • 4 ay önce

Selesai tugasan di Melaka, terus ke Putrajaya untuk bersama dalam Majlis Berbuka Puasa bersama YAB Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya petang tadi. Majlis ini menghimpunkan lebih 400 pelajar universiti dari seluruh negara. Dengan 38 darinya dari Melaka sendiri. Suasananya sederhana, tapi sangat bermakna. Usai berbuka, berpeluang menunaikan solat Maghrib berjemaah. Disangka selesai di situ, rupanya diteruskan dengan sesi perkongsian yang lebih terbuka. Perdana Menteri duduk sendiri dilantai, sambil berborak secara langsung dengan para mahasiwa, bercerita pengalaman, serta mendengar sendiri pandangan dan harapan mereka. Ramadan bukan hanya tentang lapar dan dahaga, mahupun juadah berbuka di meja, tetapi tentang hati yang dirapatkan dan suara yang diberi perhatian.
Adam Adli12,812 görüntüleme • 3 ay önce

Kita telah tawarkan calon yang terbaik buat anak muda Sungai Bakap. Calon yang telah sekian lama berkhidmat untuk masyarakat Sungai Bakap, dan kini ingin berbakti sebagai wakil rakyat untuk semua. Jangan ragu-ragu lagi — nampak kertas undi esok, terus pangkah petak pertama, Cikgu Joohari. Bersama kita bina Perpaduan Demi Sungai Bakap. #PerpaduanDemiSungaiBakap #MalaysiaMADANI
Adam Adli53,195 görüntüleme • 1 yıl önce

Hari ini, KBSMalaysia menerima kunjungan rasmi YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Menara KBS sempena Program Ihya’ Ramadhan 2025 yang dimulakan beliau sejak 3 Mac 2025. Lawatan dimulakan dengan sesi ramah mesra bersama warga KBS, diikuti mesyuarat ringkas bersama pengurusan tertinggi KBS. Ihya’ Ramadhan Perdana Menteri kali ini turut diisi dengan tazkirah Ramadan oleh Ustaz Haji Mohd Lukmanul Hakim, diakhiri dengan Solat Zohor berjemaah di Dewan KBS. Kunjungan Perdana Menteri ini bukan sekadar lawatan, tetapi tanda keprihatinan dan komitmen beliau dalam menyantuni tulang belakang Kerajaan selama ini, selain menyemarakkan semangat Ramadan yang penuh keberkatan. #KBS #MADANIBekerja #MalaysiaMADANI
Adam Adli25,894 görüntüleme • 1 yıl önce

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Peringkat Kebangsaan telah berlangsung dengan penuh meriah di MITC, Melaka, dengan diserikan oleh YDP Negeri Melaka Tun Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, serta barisan kepimpinan Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Sambutan ini memperlihatkan semangat kebersamaan rakyat berbilang kaum, khususnya warga Melaka, yang hadir dalam suasana harmoni dan penuh keceriaan. Dalam ucapan, YAB Perdana Menteri menekankan bahawa kejayaan kerajaan hanya dapat diukur apabila rakyat sendiri merasai manfaat pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang mampan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang turut serta memeriahkan majlis ini. Moga semangat perpaduan terus subur dalam kalangan masyarakat. #MADANIBekerja #MalaysiaMADANI
Adam Adli23,840 görüntüleme • 1 yıl önce

Sungai Bakap bersama Cikgu Joohari, Insya-Allah. #PerpaduanDemiSungaiBakap #MalaysiaMADANI
Adam Adli16,472 görüntüleme • 1 yıl önce
Daha fazla içerik yok.