
Adam Adli
@AdamAdli • 94,573 subscribers
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi. MP Hang Tuah Jaya. KEADILAN | HARAPAN
Shorts
Videos

Hampir lima tahun mengurus kekuasaan, kita semakin sedar bahawa cabaran sebenar politik bukan ketika disorak, tetapi ketika kita diuji dengan tekanan, fitnah dan keletihan menjalankan amanah. Ketika kita diuji dengan kuasa dan tawaran-tawaran mewah di depan mata. Namun dalam segala keributan, satu perkara mesti terus dipertahankan; kesetiaan kepada tujuan asal perjuangan. Perjuangan kita tidak dibina oleh orang-orang kaya. Ia hidup kerana mak cik yang memasak di bilik gerakan, pak cik mengenderai motor usang, dan anak muda yang lelah bekerja namun masih memilih berbakti ketika lapang. Perjuangan ini tidak akan kukuh jika bukan kerana harapan rakyat kebanyakan. Kerana rakyat hari ini tidak lagi mahu melihat politik yang hanya tahu bertelingkah mulu, tetapi melihat siapa yang benar-benar bekerja kuat memikul tanggungjawab. “Perjuangan ini wujud bukan untuk jawatan. Bukan untuk kemewahan. Tetapi untuk manusia-manusia kecil yang terlalu lama tidak dipedulikan.” Kerana sedari asal, perjuangan ini tentang maruah dan harapan orang kebanyakan.
Adam Adli39,561 次观看 • 3 个月前

Tahun ini, rezeki Hang Tuah Jaya terasa lebih luas. Dua hari hujung minggu lalu, sebelum sesi persekolahan bermula, Program Back To School dianjurkan di dua lokasi, Ayer Keroh dan Ayer Molek, sebagai bekal awal buat anak-anak kita. Di Ayer Keroh, program dilaksanakan bersama rakan strategik MYDIN Mohamed Holdings Berhad. MYDIN menaja 500 beg sekolah, manakala Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya menyalurkan baucar bernilai RM100 kepada 500 penerima yang sama. Di Ayer Molek, program digerakkan bersama Yayasan Taqwa, MAIWP dan pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), melibatkan 400 orang penerima. Setiap sumbangan membawa mesej yang jelas. Pendidikan tidak seharusnya terhenti hanya kerana kekangan keperluan asas. InsyaAllah, selagi diberi amanah dan peluang, usaha ini akan diteruskan agar setiap anak Hang Tuah Jaya melangkah ke sekolah dengan keyakinan dan harapan. Terima kasih kepada semua rakan kerjasama, ibu bapa dan anak-anak yang hadir. Semoga langkah hari ini menjadi cahaya untuk masa depan.
Adam Adli30,952 次观看 • 7 个月前

Kita telah tawarkan calon yang terbaik buat anak muda Sungai Bakap. Calon yang telah sekian lama berkhidmat untuk masyarakat Sungai Bakap, dan kini ingin berbakti sebagai wakil rakyat untuk semua. Jangan ragu-ragu lagi — nampak kertas undi esok, terus pangkah petak pertama, Cikgu Joohari. Bersama kita bina Perpaduan Demi Sungai Bakap. #PerpaduanDemiSungaiBakap #MalaysiaMADANI
Adam Adli53,209 次观看 • 2 年前

Selesai tugasan di Melaka, terus ke Putrajaya untuk bersama dalam Majlis Berbuka Puasa bersama YAB Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya petang tadi. Majlis ini menghimpunkan lebih 400 pelajar universiti dari seluruh negara. Dengan 38 darinya dari Melaka sendiri. Suasananya sederhana, tapi sangat bermakna. Usai berbuka, berpeluang menunaikan solat Maghrib berjemaah. Disangka selesai di situ, rupanya diteruskan dengan sesi perkongsian yang lebih terbuka. Perdana Menteri duduk sendiri dilantai, sambil berborak secara langsung dengan para mahasiwa, bercerita pengalaman, serta mendengar sendiri pandangan dan harapan mereka. Ramadan bukan hanya tentang lapar dan dahaga, mahupun juadah berbuka di meja, tetapi tentang hati yang dirapatkan dan suara yang diberi perhatian.
Adam Adli12,831 次观看 • 6 个月前
没有更多内容可加载