
Akmal Nasir
@akmalnasir • 27,267 subscribers
Menteri @ekonomimalaysia | Ahli Parlimen Johor Bahru
Videos

Tiba-tiba syarikat kata tak pandai buat loji air ? Takkan syarikat yang tak reti buat air boleh di-award projek LRA ? 🤦🏻♂️ Masa tender, semuanya boleh. Bila dah masuk tapak, bagi alasan kos tak realistik, tak ada kepakaran dan kemudian nak lepas tangan. Selepas beberapa kali saya kongsi video seperti ini kepada semua, ada yang tak berapa selesa dengan pendakatan saya begini di tapak. Saya pohon maaf tapi kita tak boleh biar keadaan seperti ini berlarutan. Saya memilih pendekatan yang lebih radikal, sebagai pengajaran kepada diri saya dan semua. Dari dulu lagi saya melihat banyak kelemahan seperti ini dalam pengurusan projek-projek besar Kerajaan. Kerana cuai dan kurang akauntabiliti, habis wang pembayar cukai hangus. Saya Menteri Ekonomi yang mengurus agihan perbelanjaan pembangunan (DE) di seluruh negara. Kami bergelut untuk pastikan dana perbelanjaan pembangunan diagih seadil-adilnya dengan memenuhi pelbagai keperluan di seluruh negara. Negara perlu ada lebih banyak sekolah, hospital dan macam-macam keperluan. Jika kaedah pengurusan projek pembangunan masih lagi di takuk sedia ada, banyak mana pun khazanah negara - intan dan berlian setinggi gunung pun belum tentu cukup kerana ada kebocoran seperti ini. Untuk konteks LRA ini juga bukan sebab semata soal duit rakyat, duit pembayar cukai tetapi juga nasib bekalan air asas orang Kedah. Walaupun keadaan tegang di tapak, jauh di sudut hati saya, kita mahu projek ini siap. Saya rayu Kerajaan Negeri fokus memulihkan projek LRA Bukit Selambau sehingga siap sementara masa masih ada. Jangan dibiarkan sehingga terbengkalai seperti LRA Sungai Limau. Manfaat itu akhirnya untuk orang Kedah.
Akmal Nasir57,944 views • 10 days ago

Saya tahu ada yang tak gembira dengan saya bila kongsikan apa yang berlaku dengan projek LRA di Kedah. Ada yang panggil saya ceplos kerana saya sentuh kelemahan pengurusan projek untuk rakyat menggunakan wang pembayar cukai. Ada juga yang kata, ini bukan kerja saya, kerja Menteri jaga dasar sajalah. Terima kasih atas maklum balas. Tetapi saya mohon maaf sebab kita tak boleh lagi buat kerja secara business as usual. Saya nak tanya, kita sudah merdeka hampir 70 tahun, tukar Kerajaan berkali-kali. Betul banyak perkara yang bertambah baik dari masa ke masa. Tetapi masalah culas, masalah kurang pertanggungawaban dan akauntabiliti, saban hari kita dengar ada saja kerugian wang pembayar cukai disebabkan ini. Takkan kita nak biarkan ini terus berlaku ? Ini bukan soal dasar semata-mata. Dasar pun sudah silih berganti. Tetapi ini soal sikap dan mentaliti. Kita boleh buat biasa-biasa, tapi tak akan ada yang berubah. Kebetulan projek LRA di Kedah ini saya follow up begitu lama, merentas Kementerian dari Kementerian PETRA ke Kementerian Ekonomi projek ini mengikut saya. Ada beberapa teguran sudah dibuat tapi saya tak nampak ada effort untuk tambah baik. Saya sudah buat apa yang termampu, tetapi amaran saya tak diendahkan sehinggalah nasi menjadi bubur. Tak apalah, masing-masing dah besar kan 👍
Akmal Nasir16,097 views • 5 days ago

Asyik tunjuk di Kedah, kali ni kita singgah ke Perlis kejap. Mesin gedegung boleh jana income RM8k sebulan? Betul ke? Kuncinya bukan sekadar pada mesin yang Kerajaan sediakan, tapi pada keazaman dan kerajinan peserta itu sendiri 💪🏻 Di UniMAP Perlis, peserta IPR INSAN kita rajin buat R&D makanan, masak sendiri dari rumah, dan konsisten top-up stok 2 ke 3 kali sehari. Bila tahu waktu kritikal pelajar lapar (pukul 9 malam ke atas waktu kantin dah tutup), di situlah peluang jana pendapatan lebih tinggi! Bila Kerajaan sediakan ekosistem dan peserta pulun buat sehabis baik, hasilnya memang nyata. Tahniah buat peserta IPR INSAN UniMAP! Teruskan usaha 💪🏻🔥 #IPR #INSAN #MesinGedegung #UniMAP #Perlis
Akmal Nasir20,237 views • 11 days ago

Kelantan satu2nya negeri yang ada diberi peruntukan geran sewa lori air tangki. Bila ? PM umum dalam Bajet 2024. Sebab itu beberapa bulan lepas saya tanya, apecer dah dua tahun ni ? Selepas dikejar berkali2 akhirnya lantikan kontraktor selesai dibuat. Saya akan terus pantau.
Akmal Nasir203,699 views • 8 months ago

❌ Selesaikan projek sakit LRA ✅ Selesaikan isu UMDAP Saya cuba bersangka baik. Selepas LRA Sungai Limau terbengkalai dan Kementerian Ekonomi terpaksa meluluskan tambahan kos penyiapan, sepatutnya ini menjadi pengajaran buat kita semua supaya projek LRA yang lain tidak menjadi perkara yang sama. Sekurang-kurangnya, perlu lah ada follow up dan langkah mitigasi dari pemilik projek LRA Bukit Selambau yang turut dalam keadaan kritikal, tetapi masih belum terbengkalai. Tetapi kita agak kecewa kerana kita tidak mendengar sebarang rancangan untuk memastikan projek ini dipulihkan oleh Kerajaan Negeri Kedah sebagai pemilik projek. Projek yang sepatutnya siap 16 Julai 2026 walaupun selepas berkali-kali tukar tarikh siap, alih tiang gol sampai tiang keluar padang, tetapi akhirnya sedikit kesungguhan nak siapkan langsung tak nampak. Tak wajar untuk dibiarkan tanpa penyelesaian sehingga terbengkalai hanya kerana pengurusan projek yang sangat lemah. Tak boleh kita sibuk berpolitik tetapi abaikan kerja dan tanggungjawab sebenar untuk selesaikan masalah rakyat. Rakyat juga akan pandang serong kepada kita semua sebagai ahli politik kerana hanya sibuk bercakap soal kuasa, tapi tak serius selesaikan masalah sebenar rakyat. Saya tegas dan menekan-nekan sebab ini semua dana pembayar cukai dari seluruh negara. Tak suka saya, tak apa. Nak hina saya, silakan. Tapi kerja tu, siapkanlah.
Akmal Nasir18,961 views • 17 days ago

Betapa rahsianya operasi gempur ini, saya hanya tahu lokaliti lokasinya pada pagi yang sama ‼️ Satu premis bitcoin haram curi elektrik RM65,000 sebulan, boleh tampung bil elektrik untuk 325 buah rumah 🏠 Itu baru satu. Ada berapa belas lagi premis yang team gempur semalam 🤦🏻♂️
Akmal Nasir459,282 views • 2 years ago

Kononnya saya sengaja nak cari salah sebab sentuh lagi isu LRA. Masalahnya baru saja saya kongsikan LRA Sungai Limau terbengkalai beberapa bulan lepas, sekarang satu lagi LRA iaitu LRA Bukit Selambau pun bermasalah. Dalam pengurusan projek, memang akan ada faktor yang menyebabkan projek lewat dan kenaikan kos dipertimbangkan khususnya perubahan skop dan penambahan kerja. Tetapi culas, cuai dan tak ambil serius kerja BUKAN termasuk salah satunya. Tambah lagi apabila saya dah sebut dua tahun lepas sewaktu di PETRA yang barang komponen Mechanical & Electrical (M&E) perlu diutamakan dan order segera. Saya dah cakap awal-awal tapi tak buat, sekarang dah ada masalah berani pula nak minta tambahan kos dari Kementerian Ekonomi 🤦🏻♂️ Orang Kedah panggil, the audacity. Adilkah buat kami, amaran yang dah diberi bertahun lepas, kini berlaku dan beban itu nak diletak ke atas saya ? Adilkah juga buat pembayar cukai, masih banyak projek pembangunan yang perlu didahulukan, termasuk projek lewat lain yang genuine ? Harapan saya supaya penilaian yang jujur dibuat ke atas usaha ini. Saya hanya buat kerja yang dipertanggungjawabkan sementara masih memegang amanah di Kementerian Ekonomi.
Akmal Nasir14,440 views • 14 days ago

KENAPA ORANG LAIN BOLEH SIAP TAPI KAMU PUNYA BANYAK ALASAN ? Benarkah kos bahan naik punca projek LRA Bukit Selambau lambat ? Projek LRA Layang 2 di Johor mempunyai persamaan garis masa yang sama. Tak pasti sekiranya harga kos bahan di Kedah berbeza dengan negeri lain 🤔
Akmal Nasir485,447 views • 2 years ago

Bina loji air, pasang paip air, tapi pam air tak ada? 🤦🏻♂️ Bila projek dah stuck, cadangan ‘bernas’ kontraktor untuk buang skop M&E supaya mereka boleh lepas tangan dan serah masalah pada orang lain. Ibarat kita tempah kereta, tapi bila dah siap, tayar dan enjin tak ada sebab kontraktor kata kos tak cukup — lepas tu minta kita beli sendiri enjin dari orang lain. Itu bukan menyelesaikan masalah, itu nak melepaskan beban (shift the burden) kepada pihak lain dan Kementerian Ekonomi. Dulu masa tender, letak harga M&E terlalu rendah. Sekarang bila tak boleh nak deliver, guna alasan COVID, lepas tu minta tambah kos dari Kementerian Ekonomi. Orang Kedah panggil, time is of the essence. Kerana cuai, masa terus berjalan dan kos terus meningkat. Duit projek ini duit pembayar cukai, bukannya wang percuma untuk menampung kecuaian atau kesilapan tebakan harga dari awal. Kerana culas juga, rizab margin bekalan air di Kedah kekal paling rendah di Malaysia iaitu 0% ! Bagaimana mahu bina pembangunan dan majukan ekonomi Kedah jika kemudahan asas paling utama pun tak boleh diselesaikan dengan betul ? Kita bukan bergelumang dengan istilah teknikal M&E semata-mata, kita bergelumang dengan nasib bekalan air rakyat Kedah serta potensi ekonomi di negeri jelapang padi ini.
Akmal Nasir10,530 views • 12 days ago

Saya tahu tak mudah nak terangkan kepada semua. Betapa ruginya negara kita jika perjanjian kerjasama Kerajaan Malaysia dengan Arm tak dapat direalisasi. Pertumbuhan bagi sektor semikonduktor dunia dianggarkan berkembang sehingga 26.3% untuk tahun 2026 ‼️ Sebab itu Malaysia sedang pecut selaju yang boleh untuk cipta ekosistem front end semikonduktor kita. Dengan perjanjian ini, kita buat serampang pelbagai mata : ✅ Syarikat tempatan dengan IP sendiri ✅ Latih 10,000 bakat chip designer ✅ Wujudkan ekosistem start up melalui IC Design Park Kerjasama terganggu, maka keseluruhan cita-cita besar kita ini sia-sia. Penerangan berterus terang saya menjawab pertanyaan YB Senator di Dewan Negara ini harap diterima dengan baik.
Akmal Nasir83,007 views • 5 months ago

Belum reda isu projek sakit LRA Bukit Selambau, ada satu lagi projek LRA yang sakit di Kedah. Lebih membimbangkan, LRA Sungai Limau mengalami kelewatan lebih 50% ! Jika keadaan berterusan, sehingga 80% bekalan air terawat di daerah Baling dan sekitar akan terganggu 🤦🏻♂️
Akmal Nasir277,887 views • 2 years ago

Saya kena tipu lagi ke 🤦🏻♂️ Dulu janji siap April. Sekarang tambah masa (EOT) sampai November 2025. MB pula keluar kenyataan siap 2026 🤯 Kata-kata siapa yang nak dipegang ni ? Kita sendiri pun tak yakin bila nak siap sebenarnya. Yang terus tak ada air : rakyat Kedah 😓
Akmal Nasir154,360 views • 1 year ago

Apakah perkembangan terbaru kerjasama Arm dengan Kerajaan Malaysia? Syukur Alhamdulillah. Beberapa syarikat anak Malaysia akan mendapat surat tawaran akses IP atau token ARM limited pada hari Isnin. Ya hari Isnin ini❗️ Kita tak tergesa-gesa, tapi kita cergas nak berjaya! Ini bermakna sekarang mereka sudah ada akses untuk mula pembuatan cip sendiri. Cip Made by Malaysia ‼️ Beberapa syarikat anak tempatan ini akan jadi perintis kepada cita-cita besar kita untuk keluarkan cip semikonduktor sendiri. Selama ini kita kata susah nak beralih dari back-end kepada reka bentuk cip front-end, susah nak sediakan peluang pekerjaan yang beri bayaran yang sangat tinggi kepada yang muda-muda melalui industri semikonduktor seperti ini. Memang susah tapi kalau buat dengan cara yang betul seperti apa yang kita usahakan sekarang, sedikit demi sedikit kita semua dapat tuai hasilnya. Insya Allah, nantikan update seterusnya.
Akmal Nasir40,975 views • 3 months ago

Ini pasal silibus Khairulaming yang tengah viral 🤣 Saya ada dua pengumuman. Baik dan buruk. Pengumuman buruknya, saya tak akan buat puding caramel macam MB Negeri Sembilan Tok Min buat. Dia student kelas depan. Tak terkejar saya. Tapi berita baiknya, saya akan buat Majlis Iftar Perdana Parlimen Johor Bahru. Jumaat (27 Februari) di Masjid Jamek Bandar Baru Uda Johor Bahru. Menu special 😍 Yang penting kena datang ramai-ramai. Kita jumpa esok!
Akmal Nasir59,817 views • 5 months ago

Saya tak marah jika tambahan RM50 juta bukan dana awam. Tapi saya marah kerana Kementerian Ekonomi terpaksa luluskan peningkatan kos RM50 juta 🤦🏻♂️ Dalam keadaan krisis dan kita dikerah berjimat-cermat. Sepatutnya saya boleh alihkan RM50 juta untuk projek lain yang lebih memerlukan. Lagi marah, sebab kita sudah pesan berkali-kali sebelum ini. Semuanya kerana hilang rasa malu, tak ambil serius amanah dan kepercayaan dari rakyat.
Akmal Nasir35,414 views • 2 months ago

Bila berlaku krisis akibat konflik geopolitik di Asia Barat, ini rupanya yang sibuk dibincangkan antara kita dengan Presiden Vladimir Putin dan Kerajaan Rusia. Baca sampai habis. Ramai melihat konflik dari sudut politik dan keselamatan. Tetapi untuk mengurus ekonomi, satu perkara yang sentiasa menjadi perhatian ialah bekalan dan harga tenaga dunia. Sebab itu, sempena lawatan kerja ke Rusia bagi menghadiri Russia–ASEAN Business Forum, saya juga turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Pembangunan Ekonomi Persekutuan Rusia, His Excellency Maxim Reshetnikov. Antara perkara yang dibincangkan ialah bagaimana Malaysia beserta kerangka ASEAN dan Rusia boleh memperkukuh kerjasama dalam sektor tenaga, khususnya LNG, teknologi tenaga baharu, penyahkarbonan dan keselamatan bekalan tenaga khususnya melalui platform seperti JCESTC. Sedar tidak sedar, Malaysia dan Rusia telah menjalin hubungan diplomatik selama lebih 50 tahun. Dalam dunia yang semakin tidak menentu, hubungan seperti ini menjadi semakin penting. Matlamatnya mudah — memastikan ekonomi terus berkembang, pelaburan terus masuk, dan rakyat tidak menanggung kesan daripada gangguan bekalan serta kenaikan kos tenaga global. Kerana dalam ekonomi hari ini, keselamatan tenaga bukan lagi pilihan. Ia adalah keperluan strategik untuk masa depan negara. Selepas ini, saya akan kongsikan cerita delegasi YAB PM akan ke Turkmenistan pula untuk satu misi besar.
Akmal Nasir22,688 views • 1 month ago

Dari awal tahun lepas saya dah tegur prestasi kontraktor perlu dipertingkatkan tetapi saya terus dicaci dan diherdik 😔 Dengan Kedah satu-satunya negeri di Malaysia rizab margin air 0%, lewat sedikit pun akan beri kesan besar❗️ Apatah lagi untuk ulang semula proses dari awal 😥
Akmal Nasir153,231 views • 1 year ago

Sebentar tadi saya umumkan keputusan Kerajaan melalui MTEN - kini biodiesel menjadi salah satu alternatif utama memanjangkan lagi ketersediaan bekalan diesel negara DENGAN SEGERA ‼️ Baru semalam saya semak ketersediaan dan operasi pengadunan biodiesel sedia ada. Ini disebabkan asas industri, rantaian bekalan dan keupayaan campuran memang ‘ready’ untuk pengeluaran biodiesel. Sebab itu baru sebentar tadi juga, saya umumkan Kerajaan bersetuju untuk meningkatkan kadar adunan biodiesel daripada B10 kepada B15 bermula dengan adunan B12. Tapi apa maknanya ini kepada kita ? Saya akan kongsikan esok.
Akmal Nasir36,274 views • 3 months ago

Saya penat 😔 Beberapa minggu ini asyik DITIPU. Turun tapak - ditipu. MB Kedah - dapat komen MEREPEK. Eh, ini satu-satunya negeri SIFAR rizab air bersih ‼️ 40,000 rakyat Kedah tunggu bekalan air bersih sejak 2023 ‼️ Masih gelak tawa tatkala kamu khianat kepercayaan orang ?
Akmal Nasir100,641 views • 1 year ago

Untuk projek sakit Morib Bay ini saja, segala kekuatan jentera kerajaan diturunkan. JPN, MPKL, Air Selangor, LPHS, agensi teknikal lain termasuk wakil kerajaan negeri untuk cari jalan keluar. Alih alih bila turun, boss pemaju tak turun. Saya dah turun, dia tak nak datang 🤦🏻♂️
Akmal Nasir197,060 views • 2 years ago