
Akmal Nasir
@akmalnasir • 27,184 subscribers
Menteri @ekonomimalaysia | Ahli Parlimen Johor Bahru
Videos

Bila berlaku krisis akibat konflik geopolitik di Asia Barat, ini rupanya yang sibuk dibincangkan antara kita dengan Presiden Vladimir Putin dan Kerajaan Rusia. Baca sampai habis. Ramai melihat konflik dari sudut politik dan keselamatan. Tetapi untuk mengurus ekonomi, satu perkara yang sentiasa menjadi perhatian ialah bekalan dan harga tenaga dunia. Sebab itu, sempena lawatan kerja ke Rusia bagi menghadiri Russia–ASEAN Business Forum, saya juga turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Pembangunan Ekonomi Persekutuan Rusia, His Excellency Maxim Reshetnikov. Antara perkara yang dibincangkan ialah bagaimana Malaysia beserta kerangka ASEAN dan Rusia boleh memperkukuh kerjasama dalam sektor tenaga, khususnya LNG, teknologi tenaga baharu, penyahkarbonan dan keselamatan bekalan tenaga khususnya melalui platform seperti JCESTC. Sedar tidak sedar, Malaysia dan Rusia telah menjalin hubungan diplomatik selama lebih 50 tahun. Dalam dunia yang semakin tidak menentu, hubungan seperti ini menjadi semakin penting. Matlamatnya mudah — memastikan ekonomi terus berkembang, pelaburan terus masuk, dan rakyat tidak menanggung kesan daripada gangguan bekalan serta kenaikan kos tenaga global. Kerana dalam ekonomi hari ini, keselamatan tenaga bukan lagi pilihan. Ia adalah keperluan strategik untuk masa depan negara. Selepas ini, saya akan kongsikan cerita delegasi YAB PM akan ke Turkmenistan pula untuk satu misi besar.
Akmal Nasir21,963 次观看 • 3 天前

Kelantan satu2nya negeri yang ada diberi peruntukan geran sewa lori air tangki. Bila ? PM umum dalam Bajet 2024. Sebab itu beberapa bulan lepas saya tanya, apecer dah dua tahun ni ? Selepas dikejar berkali2 akhirnya lantikan kontraktor selesai dibuat. Saya akan terus pantau.
Akmal Nasir203,660 次观看 • 6 个月前

Beria saudara Isham Jalil screenrecord live saya turun di LRA negeri Kedah tempoh hari. Kononnya sebab pilihan raya dah dekat, jadi saya baru turun tunjuk function. Kepada yang mengikuti, taulah bukan itu ceritanya apatah lagi saya turun berkali-kali sejak 2024 lagi. Jadi saya pun beria menjemput Sdr Isham Jalil yang tertinggal keretapi untuk tonton Podcast saya malam ni, jam 9 malam di YouTube dan TikTok live saya. Saya akan kongsi secara terperinci apa yang berlaku dan apa solusi untuk menyelesaikan masalah di projek LRA di Kedah. Saya jemput saudara dan saudari yang lain sekali untuk menonton 😁
Akmal Nasir14,476 次观看 • 11 天前

Betapa rahsianya operasi gempur ini, saya hanya tahu lokaliti lokasinya pada pagi yang sama ‼️ Satu premis bitcoin haram curi elektrik RM65,000 sebulan, boleh tampung bil elektrik untuk 325 buah rumah 🏠 Itu baru satu. Ada berapa belas lagi premis yang team gempur semalam 🤦🏻♂️
Akmal Nasir459,236 次观看 • 1 年前

Apakah perkembangan terbaru kerjasama Arm dengan Kerajaan Malaysia? Syukur Alhamdulillah. Beberapa syarikat anak Malaysia akan mendapat surat tawaran akses IP atau token ARM limited pada hari Isnin. Ya hari Isnin ini❗️ Kita tak tergesa-gesa, tapi kita cergas nak berjaya! Ini bermakna sekarang mereka sudah ada akses untuk mula pembuatan cip sendiri. Cip Made by Malaysia ‼️ Beberapa syarikat anak tempatan ini akan jadi perintis kepada cita-cita besar kita untuk keluarkan cip semikonduktor sendiri. Selama ini kita kata susah nak beralih dari back-end kepada reka bentuk cip front-end, susah nak sediakan peluang pekerjaan yang beri bayaran yang sangat tinggi kepada yang muda-muda melalui industri semikonduktor seperti ini. Memang susah tapi kalau buat dengan cara yang betul seperti apa yang kita usahakan sekarang, sedikit demi sedikit kita semua dapat tuai hasilnya. Insya Allah, nantikan update seterusnya.
Akmal Nasir40,815 次观看 • 1 个月前

Saya tak marah jika tambahan RM50 juta bukan dana awam. Tapi saya marah kerana Kementerian Ekonomi terpaksa luluskan peningkatan kos RM50 juta 🤦🏻♂️ Dalam keadaan krisis dan kita dikerah berjimat-cermat. Sepatutnya saya boleh alihkan RM50 juta untuk projek lain yang lebih memerlukan. Lagi marah, sebab kita sudah pesan berkali-kali sebelum ini. Semuanya kerana hilang rasa malu, tak ambil serius amanah dan kepercayaan dari rakyat.
Akmal Nasir35,283 次观看 • 1 个月前

Saya tahu tak mudah nak terangkan kepada semua. Betapa ruginya negara kita jika perjanjian kerjasama Kerajaan Malaysia dengan Arm tak dapat direalisasi. Pertumbuhan bagi sektor semikonduktor dunia dianggarkan berkembang sehingga 26.3% untuk tahun 2026 ‼️ Sebab itu Malaysia sedang pecut selaju yang boleh untuk cipta ekosistem front end semikonduktor kita. Dengan perjanjian ini, kita buat serampang pelbagai mata : ✅ Syarikat tempatan dengan IP sendiri ✅ Latih 10,000 bakat chip designer ✅ Wujudkan ekosistem start up melalui IC Design Park Kerjasama terganggu, maka keseluruhan cita-cita besar kita ini sia-sia. Penerangan berterus terang saya menjawab pertanyaan YB Senator di Dewan Negara ini harap diterima dengan baik.
Akmal Nasir83,007 次观看 • 3 个月前

Masih lagi cakap tentang projek IPR gagal atau tidak ? Mesej kali ini bukan sangat tentang peluang yang diberikan oleh Kerajaan. Kerajaan boleh sediakan segala kemudahan dengan ekosist m yang lebih menyeluruh, tetapi ia juga datang dengan keazaman peserta untuk buat sehabis baik 💪🏻 Macam di Bursa Malaysia kali ini, saya terjah selepas habis event di sini. Peserta perlu beradaptasi dengan cepat di sini, buat sedikit ‘R&D’ apa yang paling digemari untuk pasaran sekitar. Jika betul dan kena caranya, dapatlah kita tuai hasil ✅
Akmal Nasir19,352 次观看 • 20 天前

Apa lagi perkembangan projek LRA Sungai Limau ? Yang ini confirm. Akhirnya projek LRA Sungai Limau kini terpaksa Kerajaan Persekutuan ambil alih dari Kerajaan Negeri Kedah. Kita mewarisi projek terbengkalai dengan kemajuan projek hanya sebanyak 25%. Saya pohon kepada Kementerian pelaksana selepas ini, perlu blacklist terus kontraktor sedia ada supaya tak berulang lagi kejadian yang sama 🤦🏻♂️
Akmal Nasir21,972 次观看 • 1 个月前

Ini pasal silibus Khairulaming yang tengah viral 🤣 Saya ada dua pengumuman. Baik dan buruk. Pengumuman buruknya, saya tak akan buat puding caramel macam MB Negeri Sembilan Tok Min buat. Dia student kelas depan. Tak terkejar saya. Tapi berita baiknya, saya akan buat Majlis Iftar Perdana Parlimen Johor Bahru. Jumaat (27 Februari) di Masjid Jamek Bandar Baru Uda Johor Bahru. Menu special 😍 Yang penting kena datang ramai-ramai. Kita jumpa esok!
Akmal Nasir59,817 次观看 • 3 个月前

❌ Mesyuarat CEO Menyamar ✅ Mesyuarat CEO Sebenar Sebenarnya ini bukanlah meeting dengan CEO yang menyamar, tetapi dengan CEO yang betul 😁 Kerajaan memang ada satu pasukan khas untuk memudahcara perniagaan atau mengurangkan apa-apa birokrasi yang perlu dalam perniagaan yang dinamakan PEMUDAH. Sejauh mana beban yang dihadapi peniaga-peniaga dalam mematuhi prosedur dan peraturan perniagaan sedia ada ? Tambahan lagi sewaktu krisis di Asia Barat yang melanda sekarang. Jadi kerajaan pun meletakkan sasaran, seboleh-bolehnya kita berupaya meringankan beban kerenah birokrasi ini dengan mengurangkannya sehingga 25% untuk tahun 2026. Tetapi apa pun, kita dengar keadaan apa yang berlaku dari CEO-CEO yang sebenar.
Akmal Nasir17,070 次观看 • 27 天前

Sebentar tadi saya umumkan keputusan Kerajaan melalui MTEN - kini biodiesel menjadi salah satu alternatif utama memanjangkan lagi ketersediaan bekalan diesel negara DENGAN SEGERA ‼️ Baru semalam saya semak ketersediaan dan operasi pengadunan biodiesel sedia ada. Ini disebabkan asas industri, rantaian bekalan dan keupayaan campuran memang ‘ready’ untuk pengeluaran biodiesel. Sebab itu baru sebentar tadi juga, saya umumkan Kerajaan bersetuju untuk meningkatkan kadar adunan biodiesel daripada B10 kepada B15 bermula dengan adunan B12. Tapi apa maknanya ini kepada kita ? Saya akan kongsikan esok.
Akmal Nasir36,181 次观看 • 2 个月前

Belum reda isu projek sakit LRA Bukit Selambau, ada satu lagi projek LRA yang sakit di Kedah. Lebih membimbangkan, LRA Sungai Limau mengalami kelewatan lebih 50% ! Jika keadaan berterusan, sehingga 80% bekalan air terawat di daerah Baling dan sekitar akan terganggu 🤦🏻♂️
Akmal Nasir277,682 次观看 • 2 年前

Dari awal tahun lepas saya dah tegur prestasi kontraktor perlu dipertingkatkan tetapi saya terus dicaci dan diherdik 😔 Dengan Kedah satu-satunya negeri di Malaysia rizab margin air 0%, lewat sedikit pun akan beri kesan besar❗️ Apatah lagi untuk ulang semula proses dari awal 😥
Akmal Nasir153,231 次观看 • 1 年前

Di kementerian lama saya beri amaran demi amaran selepas tiga kali turun. Kalau ditangguhkan, kos akan meningkat, lebih ramai yang akan susah. Amaran itu dah jadi kenyataan. Kontraktor ditamatkan kontrak. Kos tambahan meningkat. Sudahlah begitu, saya pindah ke Kementerian baru pun, masalah projek ini ikut saya sekali 🤦🏻♂️ Permohonan peningkatan kos projek RM50 juta sampai ke Kementerian Ekonomi. Here we go again, sekarang kami turun kali keempat.
Akmal Nasir18,700 次观看 • 1 个月前

Saya agak bimbang melihat sebahagian respon-respon politik hasil lawatan saya di projek Loji Rawatan Air (LRA) Kedah tempoh hari. Kita terlampau banyak berpolitik sampaikan soal keperluan paling asas seperti air pun kita tak pandang serius. Kenapa projek LRA di Kedah jadi tumpuan Kerajaan Persekutuan, sebab fakta jelas tunjukkan Kedah satu-satunya negeri dengan rizab margin bekalan air bersih 0%. Bahasa lain, tidak ada simpanan bekalan air bersih sama sekali. Belum dilihat angka NRW / keciciran bekalan air bersih yang cukup tinggi. Siap projek-projek LRA ini, banyak masalah akan selesai. Bekalan air stabil untuk rakyat Kedah, besar juga limpahan ekonomi kerana cukup bekalan air sebagai keperluan asas. Ini dah tahun 2026, bukan tahun 70-an. Kita masih lagi bergelut soal keperluan asas air ? Sepatutnya kita fokus siapkan once for all, dan move on fokus kepada perkara-perkara lain untuk bangunkan negara. Sebab itu walaupun saya agak ralat, tetapi Kementerian Ekonomi tetap luluskan peningkatan kos sehingga RM50 juta bagi LRA Sg Limau. Dan seperti saya kongsi semalam, pelaksanaan projek terpaksa diambil alih Kerajaan Persekutuan dari Kerajaan Negeri. Apa yang saya nyatakan hanyalah fakta. Kita tak boleh kalih lagi isu bekalan air di Kedah. Jangan kalih isu.
Akmal Nasir14,669 次观看 • 1 个月前

Saya diasak dengan pelbagai persoalan daripada pihak media. Apakah status kerjasama Kerajaan Malaysia dengan Arm Holdings? Adakah kita akan mengalah dan lupakan cita-cita negara untuk melihat cip Made by Malaysia? Mereka juga nyatakan kebimbangan sekiranya siasatan SPRM akan mengganggu usaha ini? Saya tegaskan pendirian KE selepas peluncuran Banci Ekonomi 2026 semalam. Perjanjian ARM ini diputuskan secara kolektif oleh kabinet sebelum ini. Ini adalah komitmen negara untuk beralih dari back-end ke front-end semiconductor. Maka, Kementerian Ekonomi kekal dengan pendirian untuk TERUSKAN dan fokus kepada PELAKSANAAN.
Akmal Nasir38,929 次观看 • 3 个月前

Saya penat 😔 Beberapa minggu ini asyik DITIPU. Turun tapak - ditipu. MB Kedah - dapat komen MEREPEK. Eh, ini satu-satunya negeri SIFAR rizab air bersih ‼️ 40,000 rakyat Kedah tunggu bekalan air bersih sejak 2023 ‼️ Masih gelak tawa tatkala kamu khianat kepercayaan orang ?
Akmal Nasir100,625 次观看 • 1 年前