Anfaal Saari 🇲🇾's banner
Anfaal Saari 🇲🇾's profile picture

Anfaal Saari 🇲🇾

@anfaalsaari2,981 subscribers

Exco Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat Selangor | ADN N15 Taman Templer | Naib Ketua Angkatan Wanita AMANAH (AWAN) Nasional

Videos

anfaalsaari's profile picture

KENYATAAN BERKENAAN KES CABUL KANAK-KANAK PEREMPUAN DI SEBUAH MASJID DI BATANG KALI 1. Saya menzahirkan kekesalan dan bersimpati terhadap kanak-kanak perempuan mangsa gangguan seksual oleh lelaki OKU di sebuah masjid di Batang Kali. 2. Saya memohon pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan perkhidmatan kaunseling secara percuma kepada mangsa untuk menangani potensi trauma susulan kes ini. 3. Saya turut kesal dengan kenyataan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa wanita sepatutnya hanya menunaikan solat di rumah. 4. ⁠Sebaliknya, kita perlu menyediakan persekitaran - masjid, sekolah, tempat kerja, tempat-tempat awam, dan sebagainya - yang selamat untuk wanita dan kanak-kanak, bukan menghalang terus wanita dan kanak-kanak daripada keluar daripada rumah. 5. ⁠Saya juga meminta masyarakat untuk tidak mempunyai stigma negatif terhadap golongan orang kurang upaya (OKU) susulan kes ini. Kad OKU tidalah sentiasa mengecualikan pelaku daripada dikenakan tindakan. 6. ⁠Tahap kewarasan pelaku tersebut harus diuji untuk menentukan samada pelaku boleh membezakan baik dan buruk semasa melakukan perbuatan yang tercela ini. Apapun, saya percaya pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan yang baik untuk memastikan keadilan tertegak. 7. ⁠Kita harus melakukan lebih banyak untuk menjaga OKU khasnya yang tidak waras ini, supaya mereka tidak melakukan apa-apa yang boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain atas ketidak-warasan mereka. 8. ⁠Insya-Allah, dengan tertubuhnya Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) yang dijadualkan pada tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk melebarkan lagi inisiatif untuk golongan OKU, agar mencakupi juga OKU dewasa dan memberi manfaat kepada pelbagai lagi kategori OKU. 9. ⁠Semoga mangsa berada dalam keadaan yang sihat dan sejahtera daripada segenap aspek - fizikal, mental, emosional, dan spiritual. Semoga masjid-masjid kita serta seluruh Selangor menjadi tempat yang selamat untuk semua termasuklah golongan kanak-kanak dan wanita. 22 Februari 2025 YB ANFAAL SAARI Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat

Anfaal Saari 🇲🇾

35,632 görüntüleme • 1 yıl önce

Daha fazla içerik yok.