
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim • 2,222,507 subscribers
Perdana Menteri Malaysia 🇲🇾
Shorts
Videos

Malaysia dibina oleh cita, kudrat dan kekuatan rakyatnya yang rencam kaum dan budaya. Justeru, melalui inisiatif dan ikhtiar yang terbentang, saya mahu terus mendengar dan menggarap harapan anak muda, pengorbanan oleh sekalian ibu bapa, warga emas serta suara rakyat mendambakan masa depan yang jauh lebih baik Jadi, saya amat berharap bahawa kalian boleh kongsikan pandangan, kebimbangan, dan aspirasi secara terus melalui avatar ini kerana saya yakin negara hanya akan bertambah baik sekiranya ia berpaksi pada suara dan kehendak rakyat. Saya mengajak semua untuk ikut serta dalam kempen ini dan mula mencipta wacana yang segar untuk negara dan rakyat. #PMXAI #MalaysiaMADANI #YakinMADANI
Anwar Ibrahim519,461 görüntüleme • 6 gün önce

Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh pengangkutan awam negara agar lebih cekap, selesa dan diyakini rakyat. Pelaburan dalam infrastruktur serta prasarana pengangkutan merupakan ikhtiar berterusan untuk meningkatkan kualiti hidup, merancakkan ekonomi dan menjamin kesejahteraan rakyat. #YakinMADANI
Anwar Ibrahim1,592,867 görüntüleme • 23 gün önce

Saya tegaskan pendirian negara bahawa kita tegas tanpa tolak ansur terhadap entiti haram Zionis Israel. Jangan ingat kita mudah dicabar sebegitu rupa seolah-olah Malaysia tidak ada maruah dan boleh dijadikan boneka. Kita ada kedaulatan dan selagi mana saya di sini, saya akan pastikan pendirian kita tidak berubah sama sekali waima sebesar mana pun ugutan! #MADANIbekerja #YakinMADANI
Anwar Ibrahim81,961 görüntüleme • 2 gün önce

Sekitar penamaan calon HARAPAN bagi mendepani Pilihan Raya Negeri Sembilan. Saya merayu kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan agar sekali lagi memberikan mandat lebih kukuh kepada HARAPAN. Marilah kita pertahankan kestabilan yang telah dibina, meneruskan pembangunan yang sedang berjalan, dan bersama-sama mencorakkan masa depan negeri ini dengan penuh harapan dan keyakinan. #KekalHARAPAN #MemaknaiHARAPANrakyat #UndiHARAPAN
Anwar Ibrahim133,957 görüntüleme • 9 gün önce

JS-SEZ bukan projek mana-mana individu atau satu pihak. Ini adalah hasil kerjasama Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Johor dan Kerajaan Singapura demi masa depan ekonomi serta kesejahteraan rakyat. Janganlah kerana musim pilihan raya, sumbangan Kerajaan Persekutuan pula cuba dinafikan. Ini bukan sahaja tidak adil, malah langsung tidak menunjukkan semangat kerjasama. Sudahlah tidak berterima kasih, dijadikan bahan kempen untuk mencela pula. #YakinMADANI
Anwar Ibrahim310,202 görüntüleme • 21 gün önce

Saya memberi peringatan kepada semua Menteri, Timbalan Menteri dan pemegang jawatan agensi Kerajaan Persekutuan supaya berdisiplin sepanjang tempoh kempen. Berkempen dan bertarunglah atas isu-isu negeri. Jangan sesekali menggunakan kedudukan di peringkat Persekutuan untuk menyerang rakan yang sama-sama menganggotai Kerajaan MADANI. Jika ada yang memilih untuk berbuat demikian, maka wajar untuk mereka melepaskan jawatan. #MalaysiaMADANI
Anwar Ibrahim58,743 görüntüleme • 5 gün önce

Saya sedar tiada manusia yang sempurna, dan masih ada kekurangan yang sentiasa saya muhasabah. Namun amanah ini tetap saya galas dengan seluruh jiwa raga, kerana setiap langkah yang diambil adalah demi memastikan masa depan bangsa dan tanah air sentiasa terbela.
Anwar Ibrahim480,150 görüntüleme • 2 ay önce

🇲🇾📞📞📞🇮🇷 Saya telah berhubung dengan Presiden Republik Islam Iran, Masoud Pezeshkian, bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung konflik Asia Barat yang kian meruncing. Malaysia merakamkan takziah yang mendalam kepada seluruh rakyat Iran atas kehilangan besar yang menimpa kepimpinan tertinggi negara, termasuk tokoh politik, ketenteraan dan keselamatan, di samping nyawa tidak berdosa, termasuk kanak-kanak dan orang awam. Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel yang didukung Amerika Syarikat ke atas Iran. Dalam masa yang sama, Malaysia turut menyatakan keprihatinan terhadap negara-negara sahabat di Teluk yang terkesan akibat konflik ini. Malaysia mengutuk sebarang tindakan yang menyasarkan orang awam, kerana ia jelas melanggar undang-undang antarabangsa, prinsip kemanusiaan dan nilai keadilan. Saya turut mengambil maklum kesediaan Iran untuk berunding, dengan syarat penamatan perang secara muktamad. Pengalaman lalu membuktikan bahawa gencatan senjata tanpa jaminan kukuh hanya akan mengulang kitaran keganasan, sebagaimana yang berlaku di Gaza dan Lebanon. Justeru, usaha damai mesti berteraskan keadilan, akauntabiliti dan komitmen berpanjangan. Malaysia percaya keamanan sejati menuntut penyelesaian yang tuntas, demi menjamin keselamatan semua pihak serta memulihkan maruah kemanusiaan di rantau Asia Barat. Saya turut menghargai penghargaan Presiden Pezeshkian terhadap sokongan Malaysia, dan komited untuk terus memperkukuh solidariti ini. Sama-sama kita doakan agar konflik di Asia Barat dapat menemui jalan damai dengan kadar segera. #MalaysiaMADANI #DiplomasiMADANI
Anwar Ibrahim861,398 görüntüleme • 3 ay önce

Dalam jawapan saya di Dewan Negara hari ini, saya menjelaskan bahawa kes eFishery merupakan dakwaan penipuan korporat yang turut menjerat pelabur terkemuka dunia seperti Temasek, SoftBank dan 42XFund. KWAP bukan satu-satunya pelabur yang terkesan. Walaupun kerugian pelaburan itu telah diambil kira pada 2024, KWAP tetap mencatat keuntungan bersih RM12.9 bilion dengan pertumbuhan nilai dana sebanyak 9.3%, sekali gus mencerminkan pengurusan dana yang profesional dan berhemat. Melalui ikhtiar GEAR-uP, KWAP bersama GLIC lain akan terus meningkatkan pelaburan dalam syarikat tempatan berpotensi seperti ZUS Coffee, Bateriku dan Lapasar demi menjana pulangan mampan, memperkukuh ekonomi negara serta mewujudkan lebih banyak peluang kepada anak Malaysia. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI #EkonomiMADANI
Anwar Ibrahim22,553 görüntüleme • 4 gün önce

Alhamdulillah, saudara Aminuddin Harun atau Tok Min telah memimpin Negeri Sembilan sejak 2018 dengan amanah, sederhana dan berintegriti. Hasil keserasian antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, banyak usaha pembangunan telah dilaksanakan demi manfaat rakyat, dan masih banyak lagi yang perlu kita teruskan. Dengan penuh rasa rendah diri, saya merayu kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan agar terus memberikan kepercayaan kepada HARAPAN di bawah pimpinan Tok Min. Jangan biarkan usaha yang telah kita bina bersama ini terhenti di pertengahan jalan. Mandat kalian adalah demi memastikan Negeri Sembilan terus dipimpin oleh sebuah kerajaan yang bersih, stabil dan bekerja untuk rakyat. Insya-Allah, HARAPAN akan terus memikul amanah ini dengan sebaik-baiknya demi masa depan Negeri Sembilan yang lebih makmur dan sejahtera. #KekalHARAPAN #MemaknaiHARAPANrakyat #UndiHARAPAN
Anwar Ibrahim37,953 görüntüleme • 8 gün önce

I welcome Pakistan’s timely and constructive offer to host dialogue between the United States and Iran. I commend Prime Minister Shehbaz Sharif and the leaders of other friendly nations for stepping forward at a moment of acute regional danger, following the earlier commendable efforts of the leadership of Oman and other friendly countries. Pakistan’s relationships with the relevant parties, and its standing as a credible voice in the Muslim world, place it in a strong position to help create the conditions for meaningful negotiations. Malaysia supports this initiative and encourages in particular the United States and Iran to respond in the spirit in which it was offered. I note with cautious hope the signals, however incomplete, that suggest some space for diplomacy may still exist. That space should be treated with the seriousness it deserves. Any negotiation must proceed on the basis of genuine intent: a clear commitment to ending the conflict, not managing its tempo for tactical advantage. The international community has seen too many ceasefires that function as pauses rather than conclusions. The region deserves something more durable. Malaysia reaffirms Iran’s right to defend its sovereignty, as recognised under international law, particularly in the face of continued Israeli strikes in the country and in Lebanon. At the same time, we call on all parties to exercise maximum restraint and to ensure that civilian populations and the infrastructure of neighbouring states, namely the Gulf states, are not drawn further into a conflict they did not choose. The Gulf states, the region and the world have much at stake — economically, socially and in terms of long-term stability — and their peoples must not bear the consequences of decisions taken elsewhere. It is also a matter of concern that some of the strongest advocates of the rules-based international order appear to apply it unevenly. International law cannot be invoked selectively. It cannot shield one party from accountability while denying another its inherent right to self-defence. Its credibility depends on consistency. In recent days, I have held discussions with leaders of the Gulf Cooperation Council, Türkiye, Egypt, Indonesia, Japan, Pakistan and other partners to better understand the situation and to advocate for de-escalation. Malaysia will continue to support every credible effort towards a just and lasting peace. Thank you. ANWAR IBRAHIM
Anwar Ibrahim555,538 görüntüleme • 4 ay önce

Alhamdulillah. Di celah jadual hari ini, sempat menikmati makan tengah hari di Restoran Suhada, Nilai dan menunaikan solat Jumaat bersama masyarakat setempat. Kepada para murid dan bakal guru, teruslah mengejar ilmu dengan tekun, membina sahsiah yang baik dan menggalas amanah pendidikan sebaiknya. Dari bilik darjah lahir generasi yang akan mencorakkan masa depan Malaysia.
Anwar Ibrahim31,523 görüntüleme • 7 gün önce

Jumpa peminat tegar di Segamat tadi. Sempat mengusik dan bergambar. Azizah jangan cemburu ya 🙏
Anwar Ibrahim117,405 görüntüleme • 1 ay önce

As of this afternoon, I have held direct discussions with the Prime Minister of Qatar, the President of Türkiye, and the President of Egypt to secure their support in demanding the immediate release of Malaysian volunteers and activists unjustly detained. My team and I have also remained in close contact with other key partners, including the United States Secretary of State, to press for urgent intervention without delay. I reiterate, in the strongest possible terms, that the atrocities and acts of aggression committed by the Israeli regime must cease immediately. We demand the immediate and unconditional release of all detainees, and for humanitarian aid to be allowed to reach our brothers and sisters in Gaza swiftly and without obstruction. #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIbekerja
Anwar Ibrahim866,174 görüntüleme • 9 ay önce

Semoga pembukaan jajaran jalan baharu menghubungkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam dengan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Thailand ini membuka ruang kepada pertumbuhan ekonomi yang pesat serta manfaat yang lebih besar buat rakyat kedua-dua negara, Insya-Allah. 🇲🇾🤝🇹🇭 #MalaysiaMADANI #YakinMADANI #DiplomasiMADANI
Anwar Ibrahim37,244 görüntüleme • 13 gün önce