
Azalina Othman Said
@AzalinaOthmanS • 48,189 subscribers
Twitter Rasmi Azalina Othman Said, Ahli Parlimen P157 Parlimen Pengerang. Menteri di JPM (Undang-Undang & Reformasi Institusi) #WalkTheTalk
Shorts
Videos

Saya ingin perkenalkan staf-staf di pejabat saya. Mereka adalah tulang belakang saya dalam memastikan dan menjamin segala perancangan pembentangan kajian pelaksanaan berjalan dengan lancar. Jumpa lagi pada bulan Jun 2024 untuk sesi akan datang. #YBAOS #MalaysiaMadani #KerajaanMADANI #AlamakRayaLagi #AlamakKerjaTakHabis2Lagi @defamofficial
Azalina Othman Said228,770 views • 2 years ago

Saya ingin memperkenalkan podcast terbaru daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) yang akan membincangkan isu-isu semasa berkaitan undang-undang dan reformasi institusi. Podcast ini diberi nama... 👩🏻⚖ CIKGU UNDANG-UNDANG 👩🏻⚖ Dalam podcast ini, saya akan menjadi hos anda, membawa perbincangan bersama pakar-pakar yang berpengalaman dalam topik undang-undang. Matlamat saya adalah untuk merakyatkan isu-isu undang-undang dan reformasi institusi agar semua lapisan masyarakat dapat memahami dan terlibat dalam perbincangan ini. Untuk episod pertama, yang akan disiarkan pada jam 8.30 malam ini di saluran media sosial Cikgu Undang-Undang, saya akan ditemani oleh dua orang tetamu hebat: Dr. Farah Nini Dusuki, Pesuruhjaya Kanak-Kanak di SUHAKAM, dan Dato' Dr. Hartini Zainudin, pengasas bersama Yayasan Chow Kit. Kami akan membincangkan dua topik penting: Isu Perlindungan Kanak-Kanak dan pindaan utama kepada Undang-Undang Kewarganegaraan. Nak tahu lebih lanjut? Ikuti kami sekarang di: 📍Facebook: 📍YouTube: 📍TikTok: Jangan lepaskan peluang untuk lebih memahami undang-undang yang mempengaruhi hidup anda! Klik sekarang dan sertai perbincangan yang bermanfaat ini. 💬✨ Terima kasih atas sokongan anda, dan jumpa malam ini dalam episod pertama Cikgu Undang-Undang!
Azalina Othman Said108,710 views • 1 year ago

Sewaktu membentangkan usul Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Berhubung Pengendalian Kes Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, saya menegaskan bahawa tujuan laporan ini dibuat dan dibentangkan di Parlimen bukan bertujuan untuk mencari salah mahupun menuding jari terhadap sesiapa. Ianya dibuat untuk meneliti kelemahan dan kepincangan yang berlaku dalam pengendalian kes itu serta cadangan penambahbaikan agar perkara serupa tidak berulang di masa hadapan. Pada sesi penggulungan, saya telah memaklumkan Dewan Rakyat berkenaan 47 muka surat yang dipadam dalam laporan tersebut adalah kerana bagi menjaga kemaslahatan politik, hubungan diplomatik dua negara dan yang lebih utama adalah berhubung keselamatan negara. Apa yang menggelikan hati saya adalah sebahagian Ahli Parlimen Pembangkang yang menentang laporan RCI ini merupakan anggota pentadbiran pada 2021 yang telah menghasilkan Laporan Pasukan Petugas Khas (PPK) berkaitan kes yang sama namun bezanya ialah laporan PPK ini mereka klasifikasikan Rahsia Besar di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) manakala Kerajaan MADANI memilih untuk membentangkan dan membahas Laporan RCI di Parlimen supaya rakyat khususnya warga Johor mendapat cerita sebenar isu kedaulatan Batu Puteh. Ini bukti ketelusan Kerajaan MADANI pimpinan YAB PMX. #YBAOS #KedaulatanNegara #BangsaJohor #MalaysiaMADANI
Azalina Othman Said60,618 views • 1 year ago

Semalam lepas kesejukan dalam Dewan Merdeka, saya pun panaskan la badan dengan jalan-jalan dan lawat booth yang ada. Sekali nampak booth ATM ada senapang, memang excited la nak try! Tapi saya memang salute askar-askar kita punya kekuatan badan, berat tau senapang tu! 😨 #YBAOS #PAU2025 #ATM #SME
Azalina Othman Said15,252 views • 4 months ago

Usaha Kerajaan MADANI untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri bukanlah satu serangan terhadap mana-mana individu, sebaliknya satu langkah reformasi institusi untuk memastikan kuasa tidak tertumpu terlalu lama pada satu jawatan yang amat berpengaruh dalam sistem pentadbiran negara. Sewajarnya, seorang pemimpin yang benar-benar hebat ialah pemimpin yang mempunyai pelan penggantian (succession plan), serta mampu membina kepimpinan baharu untuk meneruskan kesinambungan tadbir urus. Namun begitu, pemimpin terdahulu masih boleh terus menyumbang kepada negara melalui peranan sebagai penasihat kepada pucuk kepimpinan yang seterusnya. Pendekatan ini mencerminkan kematangan demokrasi dengan meletakkan kepentingan sistem melebihi individu, sekali gus memperkukuh prinsip semak dan imbang serta keyakinan rakyat terhadap institusi pentadbiran negara. #YBAOS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #KerangkaAkauntabilitiMADANI #ReformasiInstitusi
Azalina Othman Said12,409 views • 4 months ago

Hari ini suhu di parlimen agak panas dengan usul yang saya bawa di Dewan Rakyat berhubung penggantungan YB Machang untuk tempoh enam (6) bulan. Sebagai ahli Yang Berhormat yang telah diberi amanah oleh rakyat untuk mewakili mereka dalam Dewan yang mulia ini, kita punya tanggungjawab untuk membahas dan menggubal undang-undang demi kesejahteraan mereka. Sebagai wakil rakyat yang dipilih rakyat, saya rasa kita tidak patut menggunakan ‘immunity’ dalam Dewan untuk kepentingan diri mahupun perjalanan politik kita sendiri dengan merujuk kepada sumber-sumber yang diragui kesahihannya , contohnya surat layang. Saya membawa usul ini supaya ianya dijadikan pengajaran kepada semua Ahli Parlimen supaya mempunyai etika dan tidak menyalahgunakan kedudukan mereka serta tidak membuka ‘floodgate’ amalan merujuk kepada surat layang atau apa-apa sumber yang meragukan apabila berbahas di dewan, bak pepatah lama ‘Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata padah jawabnya’. Saya tinggalkan posting ini dengan serangkap pantun yang saya ucapkan di dalam Dewan petang tadi: Jangan dibuka pintu lukah, Jika dibuka ikan meluru, Jangan suka mencari salah, Salah kita baiki dahulu. #YBAOS #MalaysiaMADANI
Azalina Othman Said38,608 views • 1 year ago

Tiada istilah campur tangan dalam Kerajaan MADANI samada terhadap badan kehakiman mahupun Jabatan Peguam Negara (AGC) meskipun saya adalah Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang. Jangankan urusan pelantikan Peguam Negara, malah perkara sekecil meminta maklumat (terutama maklumat rahsia) dari AGC pun tidak pernah saya terfikir untuk buat kerana ianya adalah kesalahan salahguna kuasa yang nyata. Kenyataan YB Dato’ Sri Takiyuddin Hassan, Ahli Parlimen Kota Bharu yang secara terbuka hari ini mengatakan bahawa Menteri Undang-Undang punya akses utk mendapat maklumat dari AGC adalah amat mengejutkan. Selaku mantan Menteri Undang-Undang, kenyataan itu sudah cukup beri gambaran cara pentadbiran mereka dulu. Namun ini jaminan saya, selagi Kerajaan MADANI mentadbir, perkara-perkara sebegini tidak akan dan tidak akan pernah diizinkan untuk berlaku. #YBAOS #Integriti #LawanTetapLawan #KerajaanMADANI
Azalina Othman Said33,861 views • 1 year ago

MADANI BEKERJA Sedutan Ucapan Penggulungan saya usai perbahasan Ahli-Ahli Parlimen kedua-dua blok Kerajaan dan pembangkang selepas YAB Perdana Menteri membentangkan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 di Dewan Rakyat petang tadi. Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Allah SWT di bulan yang mulia ini RUU ini telah mendapat 148 undian (2/3 majoriti) bagi membolehkan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 dibentang, dibahas dan akan diluluskan dengan majoriti dewan insyallah. Ucapan terima kasih saya kepada semua ahli parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan terutama kepada 148 yang telah menyokong usul ini. Insyallah ini adalah permulaan kepada banyak lagi agenda reformasi institusi akan dilaksanakan - bukti komitmen Kerajaan MADANI yang “walk the talk”. #YBAOS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #MADANIWalkTheTalk #ReformasiInstitusi
Azalina Othman Said12,777 views • 1 year ago

MADANI BEKERJA Saya telah menghadiri Mesyuarat mingguan Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya dan turut dihadiri oleh kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, barisan jemaah menteri dan YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara pagi tadi. Pada sebelah petangnya pula, telah berlangsung Mesyuarat Pasca Kabinet Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang turut dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Fokus utama kedua-dua mesyuarat pada hari ini tertumpu kepada perbincangan mengenai persediaan dan persiapan Malaysia untuk mengehoskan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 pada 26-27 Mei ini di Kuala Lumpur yang akan menyaksikan kehadiran ramai ketua-ketua negara bukan sahaja anggota ASEAN, malah dari Negara-Negara Teluk (GCC) dan Republik Rakyat China. Usai mesyuarat di Pejabat Perdana Menteri, pada lewat petang tadi saya telah mempengerusikan pula Mesyuarat Pasca Kabinet bagi kluster Undang-Undang dan Reformasi Institusi (UURI) di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri yang dihadiri oleh kesemua jabatan dan agensi di bawah seliaan UURI. #YBAOS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #MyASEANChair2025 #MYASEAN2025
Azalina Othman Said10,450 views • 1 year ago

MADANI BEKERJA Hari ini merupakan permulaan bagi peristiwa yang cukup bersejarah buat Parlimen Malaysia apabila saya membentangkan Rang Undang Undang Perkhidmatan Parlimen 2025 untuk bacaan kali yang pertama. Ini merupakan satu lagi bukti jelas komitmen utuh Kerajaan MADANI dalam melaksanakan agenda reformasi undang-undang dan institusi bagi manfaat dan kesejahteraan rakyat dan negara. Bacaan kali yang kedua dijangka akan dibuat oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 4 Mac 2025 insyallah. Usai pembentangan RUU tersebut dalam Dewan, satu majlis taklimat kepada Ahli-Ahli Parlimen kedua-dua blok kerajaan dan pembangkang telah dilaksanakan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) untuk memberi perincian dan penerangan menyeluruh berkaitan RUU Perkhidmatan Parlimen ini. Turut hadir pada sesi taklimat tersebut adalah Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Fadillah bin Haji Yusof. Selain bukti kesungguhan Kerajaan MADANI dalam mengotakan janji, RUU ini juga merupakan ‘game changer’ bagi Malaysia mengorak langkah ke hadapan sebagai sebuah negara yang disanjungi kerana memahami dan menjalankan sistem demokrasi yang sebenar-benarnya. Oleh itu, saya cukup yakin RUU ini akan diluluskan dengan sokongan kesemua 222 Ahli Parlimen di Malaysia. #YBAOS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #madaniwalkthetalk #ReformasiInstitusi
Azalina Othman Said10,936 views • 1 year ago

We #WalkTheTalk. Proses pengasingan kuasa telah pun BERMULA dan sedang BERJALAN, kini di peringkat kajian. Setiap negara mempunyai model yang berbeza bagi kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya. Kajian menyeluruh amat penting sekarang untuk kita mencari model terbaik, dan menjadi asas kita menentukan halatuju ke arah merealisasikannya.
Azalina Othman Said12,382 views • 2 years ago
No more content to load