
BERNAMA
@bernamadotcom • 1,155,027 subscribers
Agensi Berita Nasional Malaysia, sejak 1967 / The Malaysian National News Agency, since 1967 - SUMBER BERITA KEPERCAYAAN ANDA / YOUR TRUSTED NEWS SOURCE
Shorts
Videos

Terkini‼️ 📌DUN Negeri Sembilan dibubar berkuat kuasa esok 📌Pembahagian kerusi selesai, PH tanding semua 36 kerusi DUN Negeri Sembilan 📌Masa depan Negeri Sembilan kini di tangan rakyat -- Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun 📹 fotoBERNAMA #BernamaNews #VideoBernama
BERNAMA20,634 просмотров • 1 день назад
Sensitive content
This media may contain sensitive content.

TUHAN TEMPAT MENGADU Teruslah berdoa meskipun tiada yang percaya Pegangan itu menjadikan Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid tabah dan kuat menghadapi segala cabaran dan tohmahan Sepanjang podcast, terdetik juga di hati min, sememangnya tidak mudah menjadi ‘Nurul Zahid Hamidi’ Ikuti podcast #hidupinikeras di semua platform Youtube dan Facebook Bernama pada Sabtu, 10 pagi #podcast #hidupinikeras #bernamaofficial #bernamatv #bernamaradio
BERNAMA3,252,841 просмотров • 1 год назад

Deligasi dan media Timor Leste tidak dapat menahan sebak apabila Perdana Menteri yang juga Pengerusi ASEAN 2025, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan secara rasmi menjadi anggota ke-11 ASEAN. 📸 Amirul Sajadi | BERNAMA #BernamaNews #VideoBernama #ASEANxBernama #ASEAN2025
BERNAMA1,654,869 просмотров • 7 месяцев назад

#Perak Nahas bas Gerik: Salah seorang mangsa yang terselamat, Abdul Wafiy Kamarudin, 23, menceritakan kepada Bernama detik cemas sebelum berlakunya kemalangan yang meragut nyawa 15 rakannya dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) semalam. Kemalangan tersebut membabitkan sebuah bas persiaran dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza, awal pagi Isnin (9 Jun 2025). 📸 Iqram Rosli / BERNAMA #BernamaNews #kemalangan #UPSI
BERNAMA2,053,817 просмотров • 1 год назад

Seorang ibu dan rakan perempuannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan menganiaya dan mengabaikan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di Pasir Gudang antara 1 Julai hingga 9 Ogos lepas. 📹Nur Fadhliana Shaari | BERNAMA #BernamaNews
BERNAMA5,576,582 просмотров • 2 лет назад

#Putrajaya Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengesahkan beberapa bahagian Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengalami kebocoran susulan hujan ribut tengah hari tadi. MAHB dalam kenyataan memaklumkan pasukan kejuruteraan, operasi dan keselamatan telah digerakkan untuk menangani situasi berkenaan sambil mengutamakan keselamatan penumpang, usaha pembendungan dan perlindungan sistem elektrik. "Kami berhubung rapat dengan rakan kongsi untuk meminimumkan sebarang impak terhadap operasi," katanya. Menurut MAHB cuaca ekstrem dijangka berterusan hingga 6 petang ini dan langkah pemantauan dipertingkatkan telah dilaksanakan. Terdahulu, klip video berdurasi 26 saat yang menunjukkan berlakunya kebocoran dipercayai di balai berlepas terminal itu tular di media sosial. #BernamaNews 📸 Orang awam
BERNAMA764,575 просмотров • 6 месяцев назад

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kompleks CIQS (Kastam, Imigresen, Kuarantin, Keselamatan) Sungai Golok, Narathiwat, Thailand hari ini untuk mengadakan lawatan kerja. Ketibaan Anwar disambut rakan sejawatannya dari Thailand Srettha Thavisin. Tujuan utama lawatan itu adalah untuk menilai kemajuan projek naik taraf jambatan menghubungkan Rantau Panjang-Sungai Golok, iaitu satu daripada inisiatif utama kesalinghubungan sempadan kedua-dua negara. 📹 Muhammad Afiq Mohd Asri | BERNAMA #BernamaNews #VideoBernama Anwar Ibrahim
BERNAMA2,039,323 просмотров • 1 год назад

[Video] Sungai Kelantan saksi solidariti Kelantan untuk Gaza #VideoBernama #BernamaNews #solidariti #Gaza
BERNAMA445,431 просмотров • 7 месяцев назад

Ibu bapa kepada Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain iaitu Zulkarnain Idros, 60, dan Hawa Osman, 61, membuat sujud syukur selepas mendengar keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas enam bekas penuntut UPNM kerana membunuh Zulfarhan, tujuh tahun lepas. 📹 Nur Aimidiyana Zuher | BERNAMA #BernamaNews #Zulfarhan #BernamaVideo
BERNAMA1,002,423 просмотров • 1 год назад

#Sabah Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba di Pondok Timpohon, Kundasang dalam daerah Ranau bagi memulakan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu sempena Ekspedisi Mahkota Borneo yang berlangsung selama tiga hari dan berakhir esok. 🎥 Noorazlina Jindeh/BERNAMA #BernamaNews #EkspedisiMahkotaBorneo #GunungKinabalu
BERNAMA42,774 просмотров • 25 дней назад

Mayat suspek kes tembak di pusat beli belah di Setia Alam minggu lalu dibawa keluar dari sebuah hotel di Pulau Ketam, Klang selepas suspek maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis awal pagi tadi. 📹Mohd Azrin Muhammad | BERNAMA #BernamaNews #VideoBernama
BERNAMA610,828 просмотров • 1 год назад

#Terengganu: Suasana pilu menyelubungi pekarangan Jabatan Forensik Hospital Dungun apabila ahli keluarga dan rakan tiga penuntut UiTM Dungun yang maut dalam nahas jalan raya membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Pantai Sura di Dungun malam tadi, berkumpul pagi ini. 🎥 Khairul Fikiri Osman | BERNAMA #BernamaNews
BERNAMA697,741 просмотров • 1 год назад

#Makkah: Lebih 900 jemaah Malaysia yang baru tiba di Makkah bergerak ke Masjidil Haram bagi melakukan umrah wajib di sini, malam tadi Terdahulu, kumpulan jemaah dari KT041, KT051, dan KT056 itu bergerak dari Abraj Al Jinadiria ke Masjidil Haram pada 11 malam waktu tempatan (4 pagi Malaysia) dan selesai sekitar dua jam kemudian. 📸 Amirul Sajadi | BERNAMA #BernamaNews #VideoBernama
BERNAMA42,648 просмотров • 1 месяц назад

Seorang lelaki yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal di Jalan Raya Barat di Klang, 29 Mac lalu tiba di pekarangan Mahkamah Klang pada 8.50 pagi untuk didakwa hari ini. Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Lim Jit Huey sebelum ini memaklumkan kes lelaki-20 an itu disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. 📹 Nur Khalidah Abdul Halim | BERNAMA #VideoBernama #BernamaNews #mahkamah
BERNAMA87,500 просмотров • 2 месяцев назад

[TERKINI] Tan Sri Abu Sahid mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan pecah amanah RM313 juta dan 13 tuduhan pengubahan wang haram RM139.2 juta berkaitan projek MEX II 📹 Nur Aimidiyana Zuher | BERNAMA #BernamaNews #VideoBernama #mahkamah #pecahamanah #rasuah
BERNAMA307,746 просмотров • 9 месяцев назад

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain membantu seorang anggota RELA yang terbabit kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban pagi ini. Beliau bersama pegawai turut mengawal aliran trafik serta membantu mangsa sehingga dibawa ke hospital untuk rawatan. 📸 PDRM #BernamaNews
BERNAMA529,671 просмотров • 1 год назад

Anak dan menantu Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi iaitu Tan Sri Kamaluddin serta Khairy Jamaluddin tidak dapat menahan sebak ketika upacara pengebumian Perdana Menteri kelima itu di Makam Pahlawan, Masjid Negara hari ini. Abdullah, 85, meninggal dunia semalam di Institut Jantung Negara. 📹 Hafzi Mohamed / BERNAMA #BernamaNews #VideoBernama
BERNAMA442,276 просмотров • 1 год назад

Seorang buruh warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu kereta secara melulu sehingga menyebabkan kematian seorang pejalan kaki, minggu lepas. Atique Zaman, 39, didakwa memandu kereta jenis Nissan Sylphy berwarna hitam secara melulu sehingga menyebabkan kematian Muhammad Redzuan Jamal, 46, di Jalan Ipoh (berhadapan Masjid Abu Hurairah Kampung Batu) dari arah Sentul menghala Jinjang di sini pada 11.49 pagi, 13 Jun lepas. Berita penuh: #BernamaNews
BERNAMA376,165 просмотров • 11 месяцев назад
