
BERNAMA
@bernamadotcom • 1,148,470 subscribers
Agensi Berita Nasional Malaysia, sejak 1967 / The Malaysian National News Agency, since 1967 - SUMBER BERITA KEPERCAYAAN ANDA / YOUR TRUSTED NEWS SOURCE
Shorts
Videos

#Putrajaya: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini hadir menziarahi pusara Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali di Pusara Negara pada 11.05 pagi, empat hari selepas pemergian isterinya itu. Kehadiran Tun Dr Mahathir yang turut ditemani anggota keluarga, mencuri perhatian orang ramai yang berada di kawasan Pusara Negara untuk menziarahi Allahyarham. Beliau meluangkan masa kira-kira 20 minit di pusara Allahyarham sebelum beredar, dalam suasana tenang yang turut menyaksikan orang ramai memberikan ruang dan penghormatan kepada beliau. 📹 videoBERNAMA #BernamaNews #VideoBernama #TunMahathir #AllahyarhamTunSitiHasmah
BERNAMA326,608 次观看 • 24 天前

Seorang ibu dan rakan perempuannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan menganiaya dan mengabaikan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di Pasir Gudang antara 1 Julai hingga 9 Ogos lepas. 📹Nur Fadhliana Shaari | BERNAMA #BernamaNews
BERNAMA5,578,719 次观看 • 3 年前

#Perak Nahas bas Gerik: Salah seorang mangsa yang terselamat, Abdul Wafiy Kamarudin, 23, menceritakan kepada Bernama detik cemas sebelum berlakunya kemalangan yang meragut nyawa 15 rakannya dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) semalam. Kemalangan tersebut membabitkan sebuah bas persiaran dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza, awal pagi Isnin (9 Jun 2025). 📸 Iqram Rosli / BERNAMA #BernamaNews #kemalangan #UPSI
BERNAMA2,055,858 次观看 • 1 年前

#NegeriSembilan Beberapa kenderaan antaranya dipercayai membawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negeri Sembilan, Changkat Persekutuan pada 6 petang. Anwar bersama timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Besar Negeri Sembilan dijangka menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Sesi menghadap Tuanku Muhriz itu berikutan ketegangan yang semakin meningkat membabitkan krisis adat dan perlembagaan di Negeri Sembilan. 📸videoBERNAMA #BernamaNews
BERNAMA116,244 次观看 • 1 个月前

Dalam doa yang dipanjatkan, tersimpan sebak dan kenangan yang tidak terungkap dengan kata-kata. Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat mengaminkan doa buat Tun Dr Siti Hasmah, insan yang sekian lama menjadi teman dalam perjalanan hidupnya. Semoga segala doa dipanjatkan menjadi tanda kasih yang terus kekal, dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beroleh rahmatNya. #BernamaNews #VideoBernama #SalamTakziah
BERNAMA78,047 次观看 • 27 天前

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kompleks CIQS (Kastam, Imigresen, Kuarantin, Keselamatan) Sungai Golok, Narathiwat, Thailand hari ini untuk mengadakan lawatan kerja. Ketibaan Anwar disambut rakan sejawatannya dari Thailand Srettha Thavisin. Tujuan utama lawatan itu adalah untuk menilai kemajuan projek naik taraf jambatan menghubungkan Rantau Panjang-Sungai Golok, iaitu satu daripada inisiatif utama kesalinghubungan sempadan kedua-dua negara. 📹 Muhammad Afiq Mohd Asri | BERNAMA #BernamaNews #VideoBernama Anwar Ibrahim
BERNAMA2,039,705 次观看 • 2 年前

#Putrajaya Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengesahkan beberapa bahagian Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengalami kebocoran susulan hujan ribut tengah hari tadi. MAHB dalam kenyataan memaklumkan pasukan kejuruteraan, operasi dan keselamatan telah digerakkan untuk menangani situasi berkenaan sambil mengutamakan keselamatan penumpang, usaha pembendungan dan perlindungan sistem elektrik. "Kami berhubung rapat dengan rakan kongsi untuk meminimumkan sebarang impak terhadap operasi," katanya. Menurut MAHB cuaca ekstrem dijangka berterusan hingga 6 petang ini dan langkah pemantauan dipertingkatkan telah dilaksanakan. Terdahulu, klip video berdurasi 26 saat yang menunjukkan berlakunya kebocoran dipercayai di balai berlepas terminal itu tular di media sosial. #BernamaNews 📸 Orang awam
BERNAMA765,827 次观看 • 11 个月前

#Kelantan Seorang anggota tentera didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas pertuduhan menganiaya anak perempuan kandungnya yang berusia lima tahun dengan menyepak mangsa, Jumaat lepas. Mohamed Nisa Mohamed Nasir, 40, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah hari ini. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap anaknya berusia lima tahun di sebuah kedai makan Lot 143, Batu 2, Jalan Kuala Krai, pada 10.55 malam, 11 Sept 2026. 📷 videoBERNAMA #VideoBernama #BernamaNews #mahkamah
BERNAMA79,273 次观看 • 1 个月前

Ibu bapa kepada Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain iaitu Zulkarnain Idros, 60, dan Hawa Osman, 61, membuat sujud syukur selepas mendengar keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas enam bekas penuntut UPNM kerana membunuh Zulfarhan, tujuh tahun lepas. 📹 Nur Aimidiyana Zuher | BERNAMA #BernamaNews #Zulfarhan #BernamaVideo
BERNAMA1,002,718 次观看 • 2 年前

#KualaLumpur: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur membongkar sindiket penyelewengan minyak masak peket yang membotolkan semula barangan bersubsidi itu untuk dijual sebagai minyak sembahyang dalam empat serbuan di sekitar ibu negara hari ini. Timbalan Pengarah KPDN Kuala Lumpur Mohd Shahran Mohd Arshad berkata serbuan menerusi Ops Tiris 4.0 itu membongkar tiga kes saling berkait dan merampas sembilan tan minyak masak bernilai kira-kira RM165,000. Beliau berkata operasi hasil risikan dan pemprofilan bekalan selama dua bulan itu melibatkan empat premis di Sentul dan Chow Kit, masing-masing dua premis pemborong berlesen dan dua premis tidak berlesen. “Taktik sindiket ini adalah membeli minyak masak peket bersubsidi satu kilogram (kg) daripada pembungkus dan pemborong sebelum peket berkenaan dipotong secara manual untuk dibotolkan semula,” katanya ketika ditemui di sebuah lokasi serbuan di sini. Mohd Shahran berkata minyak berkenaan kemudian dibotolkan dalam saiz satu, dua, lima hingga 15 kg dan dijual sebagai minyak sembahyang, sama ada tanpa campuran bahan lain atau dengan sedikit bahan tambahan bagi pasaran peruncit di Lembah Klang. Beliau berkata sindiket membeli minyak bersubsidi pada harga RM2.45 seliter sebelum menjualnya semula pada harga sekitar RM7.50 seliter. 📹 videoBERNAMA #BernamaNews #VideoBernama #KPDNKL
BERNAMA82,480 次观看 • 2 个月前

#Terengganu: Suasana pilu menyelubungi pekarangan Jabatan Forensik Hospital Dungun apabila ahli keluarga dan rakan tiga penuntut UiTM Dungun yang maut dalam nahas jalan raya membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Pantai Sura di Dungun malam tadi, berkumpul pagi ini. 🎥 Khairul Fikiri Osman | BERNAMA #BernamaNews
BERNAMA698,500 次观看 • 2 年前

#Sepang Egyptian President Abdel Fattah El-Sisi arrived in Malaysia today for a two-day state visit. The special aircraft carrying El-Sisi and his delegation arrived at the Bunga Raya Complex of KLIA at 6.30 pm, where he was welcomed by Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim. 📸videoBERNAMA #BernamaNews #VideoBernama
BERNAMA21,432 次观看 • 16 天前