
Bumbung Ehsan Official
@bumbungehsan • 6,512 subscribers
Ya Allah, kau permudahkan lah urusan rezeki dan segala urusan kehidupan mereka semua para penyumbang 🤲 PPM-004-10-06012021
Shorts
Videos

Rumah Anak Yatim Pertama Bulan Muharram 💔 (Rumah Kebajikan Anak Yatim Miskin Semarak) Teruskan menyebar kebaikan di muka bumi ini, kerana setiap usaha kecil kita, di sisi Allah SWT, mempunyai nilai yang amat besar. Rumah ini menempatkan puluhan anak yatim & anak-anak pelbagai latar belakang yang tiada tempat berlindung. Mereka seringkali mengharapkan belas ehsan orang ramai untuk sebarang bantuan kerana sering kekurangan kos perbelanjaan bulanan. Tapi suara mereka seringkali tidak didengari.. Marilaha meneruskan perjalanan kita ini dengan sedekah yang disukai Rasulullah SAW. Semoga urusan rezeki kita serta semua urusan dipermudahkan Allah SWT asbab memudahkan urusan hambaNya yang lain. Aamin Ya Rabb. Jemput Ke Link Untuk Belanja Makan : 👉🏻 👉🏻 👉🏻
Bumbung Ehsan Official66,908 views • 2 days ago

Jom Bantu Anak-Anak Yatim & Asnaf ❤️ Kadang-kadang bila melihat kehidupan adik-adik di rumah kebajikan, kita akan sedar betapa banyak nikmat yang Allah telah berikan kepada kita. Di saat ramai kanak-kanak membesar dengan kasih sayang ibu bapa, ada antara mereka yang telah kehilangan tempat bergantung sejak usia yang sangat muda. Ada yang kematian ibu ayah, ada yang ditinggalkan keluarga, dan ada yang membesar dalam serba kekurangan. Apa yang mereka perlukan sebenarnya tidak banyak. Makanan yang mencukupi, keperluan harian yang terjaga, dan rasa bahawa masih ada insan yang mengambil berat tentang mereka. Sebab itu kami membuka ruang kepada orang ramai untuk sama-sama berkongsi rezeki. Tak perlu tunggu mampu memberi banyak. Sedekah RM3, RM5 atau RM10 juga sangat bermakna apabila dikumpulkan bersama. Mudah-mudahan setiap ringgit yang disumbangkan menjadi asbab terisinya perut yang lapar, tercukupinya keperluan harian adik-adik ini, dan menjadi saham akhirat yang berpanjangan buat kita semua. Semoga Allah menerima setiap amal kebaikan, melapangkan rezeki para penyumbang dan membalasnya dengan ganjaran yang berlipat kali ganda. Amin Ya Rabb Jemput Sedekah Makanan Disini : 👉🏻 👉🏻 👉🏻
Bumbung Ehsan Official403,974 views • 16 days ago

PECUTAN SEDEKAH BULAN BERKAH ZULHIJJAH ☪️ ✅ 10 Hari Terawal Zulhijjah: Amalan Amat Dicintai Allah ✅ Hari Tarwiyah: Hari Jemaah Hari Mula Wukuf Arafah ✅ Hari Aidiladha/Qurban: Kemuncak Ibadah Haji ✅ Hari Tasyrik: Hari Makan, Minum, & Beramal ✅ Seluruh Zulhijjah: Bulan Yang Dimuliakan, Setiap Amalan Dilipatgandakan Pahala Rebut lah pahala sedekah yang berganda kepada anak-anak yatim di bulan Zulhijjah ini, bulan dimana setiap amalan kita dilipatgandakan pahala serta berkahnya. Pemilik rumah ni sangat rajin buka kelas mengajar Al-Quran, dan berniaga makanan sebagai usaha untuk menampung anak-anak yang tak ada tempat berlindung ni. Tapi semua ni masih tak cukup.. Ada 27 anak yatim & anak asnaf berlindung di Pusat Jagaan Kanak Kanak Yatim & Miskin Muhammad Al Fateh ni.. Bawah 5 tahun ada enam orang, yang paling kecil baru berusia 1 tahun 🥺 Jadi kami nak ajak anda beramai-ramai untuk turutserta ambil bahagian dalam sedekah makanan kepada mereka. Kerana 1/6/2026 ni kami akan hantar semua bantuan yang terkumpul ke rumah ini. Setiap ringgit yang anda bantu amatlah memberi kesan. Berilah anak yatim ini semampu yang anda boleh. Bihun, sayur, gula, mee kuning baru RM3 sahaja, insyaAllah tak terasa sangat keluarkan bantuan banyak tu, tapi untuk orang susah amat besar maknanya 🥘 Sedekah Makanan Anak Yatim : 👉🏻 👉🏻 👉🏻
Bumbung Ehsan Official734,698 views • 1 month ago

Rumah Anak Yatim Ke-2 Bulan Syawal ✨ (Rumah Amal Asnaf Al Barakh) Teruskan menyebar kebaikan di muka bumi ini, kerana setiap usaha kecil kita, di sisi Allah SWT, mempunyai nilai yang besar. Buat sesiapa yang nak sedekah makanan ke rumah anak yatim ni, boleh klik link dibawah ya. Rumah ni antara yang selalu menanti bantuan dari kami, kerana kos bulanan untuk tampung 50 anak yatim & asnaf yang berlindung disini selalu tak dapat dipenuhi pemilik rumah. Pemilik rumah ni adalah seorang pakcik yang tak sanggup melihat anak2 yatim ni hidup tanpa ada hala tuju. Orang yang berhati mulia macam ni, Allah sentiasa hantar bantuan untuk dia. Kalau tak dari anda, pasti akan ada orang lain yang berhati mulia yang Allah hantar untuk bantu. Harapan min, yang nampak posting ni bantulah walau sekecil RM3, kerana itu akan menjadi saham akhirat kita juga. Tak pernah rugi orang yang bersedekah & membantu orang susah yang lain. Jemput Sedekah Makanan Ke Rumah Ni : 👉 👉 👉
Bumbung Ehsan Official728,266 views • 2 months ago

Sedekah Rumah Pertama Syawal ✨ (Rumah Jalinan Kasih Anak Yatim/Miskin Cheras) Alhamdulillah, setelah bangkit bercuti Raya ni kami akan teruskan usaha meringankan beban rumah-rumah kebajikan anak yatim diluar sana ya. Para volunteers pun dah ada yang bersedia untuk tolong hantar bantuan nanti! Rumah ni kali terakhir kita hantar pada sabtu minggu lepas. Tapi rumah ni memang sikit dapat bantuan, kerana kempen Ramadan yang lepas hanya berdurasi 1 hari je pengumpulan sumbangan, lebih lagi rumah ni yang ke-30. Jadi orang sedang sibuk membuat persiapan raya 😅 Kami fikir, rumah ni yang patut didahulukan dulu untuk kempen di bulan Syawal ini.. Pemilik rumah ni banyak kali juga menyeru bantuan & pertolongan orang ramai kerana dah tak mampu nak tampung semua kos penjagaan ini bersendirian.. Selama bertahun lamanya, pemilik rumah ni telah menjaga ratusan anak yatim, yatim piatu, keluarga bermasalah, dan anak asnaf tanpa mengharapkan sebarang bayaran. Jumlah terkini, ada seramai 40 orang yang ditanggung, paling kecil baru berumur 3 tahun. Sangat besar jasa beliau 🥺 Mereka sangat memerlukan bantuan kita semua. Bantulah walau sekecil RM3, kerana setiap ringgit sangat memberi kesan 💔 Sedekah Makanan : 👉🏻 👉🏻 👉🏻
Bumbung Ehsan Official690,255 views • 2 months ago

Kisah Rumah Anak Yatim Bakti Nur Syaheera 🏠 Kami kembali hantar bantuan kesini setelah usaha terakhir untuk bantu rumah ni agak lama juga, pada Oktober 2025. Masa Ramadan ada bagi juga, tapi tak berapa banyak kerana durasi kami war-warkan cuma sehari setiap rumah. Murninya hati seorang pengasas rumah ini, mencurahkan segala bakti, harga, dan jiwa raga dalam usaha beliau mendidik dan membesarkan ratusan anak yatim piatu sepanjang kehidupan beliau. Kini beliau telah meninggal dunia, dan legasi yang ditinggalkan bukanlah kecil 🥺 Selain dari 30 anak yatim piatu yang sedang menetap di rumah ini, ratusan lagi anak yatim yang telah keluar dari sini dan menjadi manusia berguna kepada masyarakat dan agama. Begitulah besarnya impak sedekah kita. Al-fatihah buat beliau. Jadi kepada yang nampak tweet ini, ambil lah bahagian dalam membantu meneruskan kelangsungan hidup rumah ini agar adik-adik disini mendapat keperluan asas yang secukupnya. Setiap perbuatan atau amalan yang baik tidak pernah sia sia, lebih lagi disisi Allah SWT. Jemput Sedekah Kepada Anak Yatim : 👉🏻 👉🏻 👉🏻
Bumbung Ehsan Official296,236 views • 1 month ago

Ini merupakan rumah kebajikan yang terakhir kami kumpulkan bantuan sebelum tibanya bulan Ramadan 2026 🤍 Ada seramai 70 orang berdaftar di rumah ni, agak ramai juga. Pemilik rumah ni sangat rajin menjalankan beberapa perniagaan kecil bagi menampung semua adik-adik disini. Latar belakang mereka? Ada yang anak yatim, yatim piatu, anak tidak sah taraf, yang keluarga mereka bermasalah, serta anak dari keluarga daif.. Kenapa sumbangan anda penting? Kerana keperluan asas seperti makan dan minum saja dah menelan kos yang sangat tinggi setiap bulan. Lebih lagi dalam persiapan menjelang Ramadan, kita boleh bantu banyak dari segi makanan untuk mereka berbuka dan sahur nanti. Semoga setiap sedekah menjadi wasilah keberkatan pada pemilik harta dan memberi manfaat kepada anak-anak yang memerlukan. Sesungguhnya sedekah menyucikan rezeki dan membuka pintu rahmat Allah SWT 🤲🏻 Jemput Sedekah Juadah Anak Yatim : 👉🏻 👉🏻 👉🏻
Bumbung Ehsan Official763,167 views • 4 months ago

Dikala musim persekolahan ni, pemilik rumah amal ni berasa sangat tersepit kerana ramai anak yatim disini akan mula bersekolah secara serentak.. dan kondisi kewangan mereka pula dalam keadaan serba kekurangan 🥺 Rumah Kebajikan Anak Yatim & Asnaf An-Naafi ni menempatkan seramai 26 orang anak yatim & asnaf.. Tanpa dana operasi yang kukuh, keperluan harian dan sekolah anak2 yatim disini tak dapat disempurnakan dan mereka terpaksa mencatu keperluan dan makanan harian.. Oleh itu, kami menjalankan semula kempen untuk rumah ni dan menjemput semua yang melihat tweet ini untuk bantu sedekah makanan, ada pilihan makanan cuma RM3 saja.. Mereka sangat memerlukan bantuan kita, anggaplah mereka seperti anak-anak atau adik-adik kita sendiri yang memerlukan pertolongan kita.. Pilihan Makanan Untuk Disedekahkan : 👉🏻 👉🏻 👉🏻
Bumbung Ehsan Official794,688 views • 5 months ago

Walaupun kami agak jarang menghantar bantuan ke rumah diluar Lembah Klang, tapi satu rumah ni kami tak sampai hati nak tolak. Bayangkan ya, adik2 kecil ni membesar kat rumah kayu usang je 😢 Boleh tengok rumah mereka di ruangan komen. Tak cukup dengan tu, masing-masing ada kisah duka walaupun umur masih kecil.. Kalau nampak post kami ni, bantu lah mana yang boleh ya. Sedekah rm3 pun boleh, bantu rt percuma pun boleh. Semuanya amat diperlukan untuk menjayakan kempen bantuan ke rumah ni. Min kepilkan juga gambar & video adik-adik yang menetap disini dibawah ya. Semoga Allah merahmati segala usaha murni & amal baik kita semua. Amin Ya Rabb 🤲🏻 Untuk Sedekah Makanan Kesini : 👉🏻 👉🏻 👉🏻
Bumbung Ehsan Official607,241 views • 4 months ago

Ambil Berkah Sedekah Bulan Rejab ☪️ Ini rumah terbaru dalam list kami, yang menjadikan ia rumah ke-2 kami cover di luar Lembah Klang. Rumah yang terletak di Semarak, Nilai ini mempunyai penghuni seramai 65 orang adik-adik yang terdiri dari kalangan anak yatim, yatim piatu, keluarga susah, serta yang tiada waris. Pada awalnya pemilik rumah ini membuat rumah amal ni dengan seikhlas hati dengan sasaran hanya menampung cuma belasan anak kecil. Namun semakin lama semakin ramai yang datang menghantar & merayu untuk menjaga anak kecil mereka. Ada bermacam latar belakang mereka ni, mereka terlalu mentah untuk menghadapi semua cabaran hidup yang dialui. Oleh kerana itu, pakcik ni terima juga mereka dan berikhtiar untuk mencari pendapatan lebih serta meminta ihsan dari orang ramai. Begitu mulia Allah angkat darjat pakcik ni 🥺 Setiap ringgit yang anda bantu amatlah memberi kesan. Berilah anak yatim ini semampu yang anda boleh. Bihun, sayur, gula, mee kuning baru RM3 sahaja, insyaAllah tak terasa sangat keluarkan bantuan banyak tu, tapi untuk orang susah amat besar maknanya 🥘 Sedekah Makanan Anak Yatim : 👉🏻 👉🏻 👉🏻
Bumbung Ehsan Official712,791 views • 6 months ago

Ini rumah anak yatim yang pertama di luar Lembah Klang yang kami bersetuju untuk bantu setelah sekian lama. Kenapa? 💔 Kerana kali pertama hantar bantuan ke sini pada bulan Jun yang lalu, mereka sudah hampir kehabisan bahan makanan untuk dimasak. Bukan tidak usaha, macam-macam mereka berniaga, seperti ternak kambing, jual madu, dll. Kami hanya pernah hantar bantuan kesini sekali sahaja, jadi kami cadang untuk war-war kan mereka lagi. Semoga kita beramai-ramai dapat ringankan beban mereka setelah lebih 5 bulan kami hantar ke rumah lain, kerana mengikut giliran yang ada dalam list bantuan.. Setiap perbuatan dan amalan yang baik tidak pernah sia sia, lebih lagi disisi Allah SWT. Jazakallah khairan (Semoga Allah membalas kebaikanmu). Marilah Sedekah Hari Ini : 👉🏻 👉🏻 👉🏻
Bumbung Ehsan Official789,978 views • 6 months ago

Ini antara rumah anak yatim yang paling kurang mendapat perhatian.. Bantuan untuk rumah kedua bulan ini. Ada 27 anak yatim & anak asnaf berlindung di Pusat Jagaan Kanak Kanak Yatim & Miskin Muhammad Al Fateh ni.. Bawah 5 tahun ada enam orang, yang paling kecil baru berusia 6 bulan 🥺 Pemilik rumah ni sangat rajin buka kelas mengajar Al-Quran, dan berniaga makanan sebagai usaha untuk menampung anak-anak yang tak ada tempat berlindung ni. Tapi semua ni masih tak cukup.. Anggaran kasar pendapatan hanya mampu tampung tak sampai 50% kos hidup mereka, selebihnya atas belas ikhsan dari orang ramai setiap bulan. Jadi kami nak ajak anda beramai-ramai untuk turutserta ambil bahagian dalam sedekah makanan kepada mereka. Kerana 22/12/2025 ni kami akan hantar semua bantuan yang terkumpul ke rumah ini. Setiap ringgit yang anda bantu amatlah memberi kesan. Berilah anak yatim ini semampu yang anda boleh. Bihun, sayur, gula, mee kuning baru RM3 sahaja, insyaAllah tak terasa sangat keluarkan bantuan banyak tu, tapi untuk orang susah amat besar maknanya 🥘 Sedekah Makanan Anak Yatim : 👉 👉 👉
Bumbung Ehsan Official670,145 views • 6 months ago

Ada sesiapa yang masih ingat adik-adik disini? 😊 Kali terakhir kita membantu rumah anak yatim ini adalah pada bulan 5 yang lepas.. Ada 30 anak yatim berlindung di Rumah Kasih Nurul Hasanah ni. Kecil-kecil lagi dah kena bawa diri, tak sempat merasa kasih sayang mak ayah. Sebak min 🥹 Masalah utama mereka? Tak cukup duit untuk tampung perbelanjaan bulanan adik2 yang masih kecil ni. Adik-adik ni sangat rajin berniaga, macam2 makanan mereka jual untuk tampung hidup. Tetapi kos bulanan tetap tak cukup setiap bulan. Yang paling kecil baru berumur 3 tahun. Ramai juga yang dah bersekolah, yang dah jadi ibubapa pasti faham kos anak bersekolah ni. Jadi untuk tempat kedua bulan ni, kami nak ajak ramai-ramai untuk turutserta ambil bahagian dalam sedekah makanan kepada mereka. Setiap ringgit sangat memberi kesan! 🤍 Tolong sebarkan juga ya. Jemput tekan link untuk sedekah, ada pilihan makanan dari RM3 sahaja 🥘 👉🏻 👉🏻 👉🏻
Bumbung Ehsan Official740,080 views • 7 months ago

𝐀𝐲𝐮𝐡 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐑𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫! 🤍 (Rumah Amal Asnaf Al Barakh) Mari kita kembali membantu rumah anak yatim ni. Sebelum ini, kita pernah menghantar bantuan kesini cuma dua kali, bermula tahun lepas. Adik-adik dekat sini bukan sahaja anak yatim piatu, tapi juga anak yang ditinggalkan keluarga, anak asnaf yang mana keluarga mereka tak mampu memenuhi keperluan asas.. Dari umur sekecil 9 bulan, kesemuanya berjumlah 47 orang anak-anak. Atas jasa yang telah dicurahkan oleh pemilik rumah, dan orang-orang baik yang menyumbang selama 13 tahun ditubuhkan, ramai adik-adik yang telah keluar dari sini menjadi insan yang berguna. Jadi hari ini, kami ingin mengajak orang ramai agar bantu rumah ini dengan bersedekah makanan. Setiap bulan mereka sangat perlukan bantuan luar, kerana kos untuk menjaga 47 orang anak yang bersekolah sudah jauh melebihi kemampuan pemilik rumah ni.. Doa kami agar Allah hadirkan ramai orang baik-baik yang membantu mereka ni. Segala sumbangan yang terkumpul akan dihantar pada 15 September ini. Marilah teruskan sedekah kepada anak yatim disini, kerana sedekah tak pernah merugikan. Malah membawa manfaat yang terlalu banyak buat pemberi dan juga penerima. Jazakallah khairan (Semoga Allah membalas kebaikanmu). Jemput sedekah melalui link dibawah : 👉 👉 👉
Bumbung Ehsan Official697,436 views • 9 months ago

Rumah Anak Yatim Ke-2 Bulan Muharram 💔 (Pusat Jagaan Kasih Murni) Teruskan menyebar kebaikan di muka bumi ini, kerana setiap usaha kecil kita, di sisi Allah SWT, mempunyai nilai yang amat besar. Rumah ini menempatkan puluhan anak yatim & anak asnaf yang tiada tempat berlindung. Mereka seringkali mengharapkan belas ehsan orang ramai untuk sebarang bantuan kerana sering kekurangan kos perbelanjaan bulanan. Tapi suara mereka seringkali tidak didengari.. Marilah meneruskan perjalanan kita ini dengan sedekah yang disukai Rasulullah SAW. Semoga urusan rezeki kita serta semua urusan dipermudahkan Allah SWT asbab memudahkan urusan hambaNya yang lain. Aamin Ya Rabb. Boleh Klik Link Untuk Belanja Makan Disini : 👉 👉 👉
Bumbung Ehsan Official757,266 views • 11 months ago

Anak-anak yatim ini perlukan bantuan anda segera! (Rumah Titian Kaseh) Rumah ini telah kita bantu pada bulan 5 yang lepas. Ayuh bantu mereka lagi! Ikutkan rumah ni setiap bulan perlukan bantuan yang besar setiap bulan, tapi kami perlu berlaku adil juga dengan rumah2 lain yang meminta pertolongan kami. Makcik yang menubuhkan rumah perlindungan ini, sedang bergelut dengan kesempitan kewangan dan tak mampu membayar kos-kos bulanan untuk menjaga semua anak-anak kecil disini.. Jadi kami disini ingin war-warkan tempat ni agar ramai yang mengetahui kesusahan mereka serta membantu mana yang boleh. Ayuh kita sedekah makanan untuk anak yatim semua di rumah ni! 💔 Ada 45 anak yatim dan asnaf yang berlindung di rumah ni. Semoga ada banyak rezeki buat mereka 🤲🏻 Ayuh Sedekah Makanan : 👉🏻 👉🏻 👉🏻
Bumbung Ehsan Official493,809 views • 8 months ago

𝐒𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐢𝐤𝐡𝐥𝐚𝐬 𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐲𝐚𝐭𝐢𝐦 𝐧𝐢 💔 Lokasi : Rumah Jalinan Kasih Anak Yatim & Miskin Cheras Seramai 40 orang adik-adik yang berlindung di rumah ni (jumlah terkini), paling kecil baru berumur 3 tahun. Kos untuk menyara 40 anak kecil & bersekolah tanpa sebarang bayaran bukanlah kecil, pemilik rumah ni hanya mampu berdoa supaya setiap bulan ada yang bantu mencukupkan keperluan belanja mereka. Teruskanlah bersedekah ya, ramai sangat orang yang mendapat manfaat daripada amalan sedekah. Kalau rasa duit tak cukup untuk sedekah makanan berat seperti beras, bolehlah belikan kek atau biskut. Tapi kalau tak ada juga, boleh tolong sebarkan dengan rt. Kita taktau amal kita yang mana Allah pandang dengan pandangan rahmatNya. Sekecil-kecil amal buat je dengan ikhlas 😊 Marilah sedekah makanan, ia merupakan antara amalan yang banyak kali diseru oleh Allah SWT & juga Rasulullah SAW untuk kita lakukan. Jazakallah khairan (Semoga Allah membalas kebaikanmu). Jemput sedekah melalui link dibawah : 👉 👉 👉
Bumbung Ehsan Official450,659 views • 7 months ago

Bagi sesiapa yang ingin bersedekah kepada rumah anak yatim ni, jemputlah membaca tweet ini ya.. Rumah ni menjaga & melindungi seramai 25 orang anak yatim, anak asnaf, dan yang tiada waris. Ada satu masa dulu rumah ni pernah viral kerana beberapa influencer pernah datang untuk memberi liputan & bantuan. Tapi mereka kata tak lama lepas tu bantuan luar semakin sunyi sepi.. Tinggal seorang sahaja artis tanah air yang kerap bantu mereka. Comel kan adik adik ni? Mereka satu bumbung, tapi semua ada cerita yang berbeza.. Nama rumah ni Rumah Perlindungan Nur Qaseh. Oleh kerana kami akan menghantar bantuan kesini pada minggu depan, kami ingin mengajak sesiapa yang nampak post ini untuk selitkan juga sedekah makanan ya. Semoga banyak makanan yang diterima adik-adik ni ❤️ Sedekah Makanan : 👉🏻 👉🏻 👉🏻
Bumbung Ehsan Official100,350 views • 1 month ago

Ini Rumah Amal Asnaf Al Barakh, satu tempat yang agak unik bagi kami. Jemput baca jika kelapangan.. Kami tak pernah hantar kesini sebelum ni. Tapi dapat tahu dari kenalan kami yang rumah ni selalu tak cukup bekalan makanan penting untuk hidangan harian.. Anak-anak disini sangat unik kerana dari bermacam latar belakang : anak yatim piatu, keluarga cerai berai, keluarga asnaf, keluarga bermasalah, anak gelandangan, serta anak yg mak ayah dalam perintah penjara. Setelah kenalpasti masalah mereka, kami rasa sumbangan mmg amat diperlukan segera. Kami cadang untuk menghantar bantuan makanan pada hujung minggu ni. Tapi bekalan kami pun dah tak banyak, apa yang ada saja. Jadi sesiapa yang nak turut sumbang makanan amat dialu alukan, demi kelangsungan pusat jagaan percuma ini. Semoga Allah saja dapat membalas jasa baik kalian.. Jazakallah. Pilihan makanan untuk disedekahkan : 👉
Bumbung Ehsan Official796,310 views • 1 year ago

Ini Rumah Kasih Nurul Hasanah ✨ Kita kembali menjalankan kempen bantuan untuk rumah perlindungan anak yatim ni. Ada lebih 40 orang anak yatim piatu di rumah kecil ni. Kecil-kecil lagi dah kena bawa diri, tapi mereka ni rajin berniaga tau. Ada gambar kat bawah mereka berniga. Tapi walaupun mereka sangat rajin berniaga untuk tampung hidup, kos bulanan tetap tak cukup setiap bulan. Ramai yang dah bersekolah, yang dah jadi ibubapa pasti faham kos anak bersekolah ni. Ayuh jadikan setiap hari peluang untuk bersedekah, sebagaimana Rasulullah tidak pernah lelah memberi. Tolong sebarkan ya. Jemput tekan link, ada pilihan makanan dari RM3 sahaja 🥘 👉 👉 👉
Pertubuhan Bumbung Ehsan530,896 views • 1 year ago