
Dr Zaliha Mustafa
@DrZalihaMustafa • 20,255 subscribers
Mama of four. Medical doctor. Ahli Parlimen Sekijang.
Videos

Keharmonian dalam merayakan kepelbagaian budaya dan bangsa memberikan satu keunikan unggul buat masyarakat Malaysia MADANI. Sambutan Tahun Baharu Cina kali ini memberikan sejuta makna buat semua yang meraikannya. Tahun Naga atau “Year of The Dragon” memberikan satu nafas baru dengan semangat hormat sesama kita untuk mencapai kecemerlangan dan keharmonian. Di kesempatan ini, saya ingin mengingatkan bahawa tidak akan ada sambutan yang meriah tanpa adanya keluarga atau orang tersayang di sisi. Maka, raikanlah tahun baharu ini dengan mereka yang tersayang dengan penuh rasa hormat dan kesyukuran. Selamat Tahun Baharu Cina. Gong Xi Fa Cai! Nota: Video Selamat Tahun Baharu Cina ini menggunakan 100% teknologi Kecerdasan Buatan (AI). #DrZ #JWP #MalaysiaMADANI #50WP
Dr Zaliha Mustafa1,104,935 次观看 • 2 年前

PELANTIKAN VENDOR SISTEM PEMILIHAN KEADILAN DIBUAT SECARA SENYAP-SENYAP? Jangan heret JPP dalam pertembungan antara calon. JPP akan kekal sebagai satu badan bebas dan terus komited dalam memastikan perjalanan Pemilihan KEADILAN 2025 berlaku secara adil, bersih, bebas, telus dan berintegriti.
Dr Zaliha Mustafa196,471 次观看 • 1 年前

Baru-baru ini saya telah turun sendiri membuat lawatan mengejut di Hospital Jitra. Kenapa mesti terjah? Kalau saya bagitahu awal-awal nak datang, saya takkan nampak masalah. Saya tahu warga kk malaysia cuisine 🇲🇾 ni susah macam mana pun mereka akan cuba sedaya upaya tunjukkan semuanya ok. Jadi saya boleh tahu apa sebenarnya yang jadi di fasiliti. Saya dapat maklumbalas terus dari pesakit untuk cari jalan selesaikan isu berbangkit dan mereka tak ada halangan untuk berkomunikasi dengan menteri. Apa solusi? saya boleh bincang dengan bahagian di KKM untuk pastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan terbaik buat rakyat. #DrZ #MalaysiaMADANI
Dr Zaliha Mustafa392,990 次观看 • 2 年前

PEMUTIHAN PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR) DILAKSANAKAN UNTUK MENYANTUNI WARGA KOTA YANG BENAR-BENAR MEMERLUKAN Saya terpanggil untuk memberi respon tentang isu notis pengosongan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) yang menjadi keresahan rakyat beberapa hari ini. Kerajaan MADANI mewarisi satu cabaran legasi yang besar dalam memastikan kemudahan PPR benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan. Dengan kadar sewa hanya RM124 sebulan, rumah PPR adalah antara subsidi besar kerajaan untuk membantu keluarga B40 hidup dengan lebih selesa di ibu kota Kuala Lumpur. DBKL telah menetapkan syarat yang jelas kepada penyewa, iaitu: 1️⃣ suami dan isteri warganegara Malaysia 2️⃣ pendapatan terkumpul suami isteri (kos rendah kurang RM3,000 dan kos sederhana kurang RM4,000) 3️⃣ tidak mempunyai rumah atau tanah di dalam lingkungan 35km dari pusat bandar KL 4️⃣ berkahwin (berpasangan, janda, duda, ibu/bapa tunggal) 5️⃣ tinggal atau bekerja di KL 6️⃣ berdaftar dengan DBKL Proses pemutihan yang sedang dijalankan oleh DBKL kini adalah untuk menegakkan syarat-syarat ini. Untuk makluman, pemakluman kepada penyewa telah diberikan 6 bulan sebelum tarikh tamat tempoh kontrak mereka, dan ini merupakan prosedur semakan standard yang dilaksanakan setiap kali kontrak penyewaan tamat. Daripada 3,379 penyewa yang disemak, seramai 3,031 penyewa (89.7%) masih layak dan kekal menyewa, manakala 348 penyewa (10.3%) gagal disambung kerana melanggar syarat, iaitu: ❌ mempunyai tunggakan sewa yang tinggi ❌ pendapatan isi rumah telah melebihi syarat kelayakan ❌ memiliki rumah lain dalam lingkungan 35km dari KL ❌ pasangan bukan warganegara ❌ tidak lagi menetap di unit PPR tersebut (kemungkinan disewakan semula kepada orang lain atau dibiarkan kosong) Saya ingin tegaskan bahawa golongan B40 yang benar-benar layak tidak akan terjejas. Bagi mereka yang terkesan dan ingin membuat rayuan, DBKL menyediakan mekanisme rayuan dalam tempoh 30 hari. Bagi penyewa yang berdepan masalah tunggakan sewa pula, DBKL bersedia berunding untuk menetapkan kadar dan jadual pembayaran ansuran. Penyewa hanya perlu membuat aku janji untuk mematuhi jadual tersebut, supaya mereka boleh terus menetap di rumah PPR dengan syarat-syarat yang dipersetujui. Untuk rekod, pada masa ini tunggakan sewa PPR dan Perumahan Awam DBKL mencecah sehingga RM70 juta. Langkah pemutihan ini adalah untuk memastikan keadilan dilaksanakan dalam proses pengagihan. Unit kosong hasil pemutihan akan diagihkan semula kepada pemohon yang lebih memerlukan. Cabaran legasi ini mesti ditangani dengan berani agar inisiatif perumahan rakyat bersifat adil, berintegriti dan benar-benar menyantuni golongan yang memerlukan. #DrZ #WilayahPersekutuanKita #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja
Dr Zaliha Mustafa51,410 次观看 • 9 个月前

Naik ETS ke Segamat! Alhamdulillah, bermula bulan lepas, laluan ETS ke Segamat dah dibuka untuk orang ramai. Ini memudahkan dan menjimatkan masa kepada orang Segamat, khususnya warga Parlimen Sekijang yang duduk di KL untuk balik kampung. Tadi, saya naik dari stesen TBS. Dalam 2 jam dah sampai ke Segamat. Koc pun selesa. Ada jual makan juga dalam koc. Kepada semua warga Parlimen Sekijang.... yok ke Sekijang naik ETS! #DrZ #DemiSekijang #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
Dr Zaliha Mustafa55,107 次观看 • 1 年前

𝐏𝐄𝐑𝐔𝐓𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari ini, kita berkumpul sebagai sebuah keluarga besar, satu keluarga yang datang dari pelbagai latar belakang dengan cerita hidup yang berbeza-beza namun berpijak di tanah yang sama, Wilayah Persekutuan. Wilayah ini bukan sekadar tempat tinggal ia adalah tempat kita membina impian, mencipta kenangan dan menyemai harapan. Di sini, setiap jalan yang kita lalui, setiap bangunan yang menjulang tinggi semuanya berdiri teguh kerana usaha dan keringat kita bersama. Namun, kemajuan tidak pernah bermakna jika hati kita kosong dan jiwa kita terpisah. Apa yang membuatkan Wilayah Persekutuan ini istimewa, bukan sekadar kemodenannya, tetapi semangat perpaduan dan nilai kekeluargaan yang kita sematkan di setiap sudutnya. Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, setiap wilayah ini mempunyai cerita yang tersendiri. Kuala Lumpur, jantung ekonomi negara yang berdenyut dengan kehidupan. Labuan, permata di perairan yang menjadi pintu kepada peluang antarabangsa. Putrajaya, pusat pentadbiran negara, lambang kesungguhan dan harapan masa depan. Tetapi, di sebalik bangunan tinggi dan jalan yang sibuk, kita semua adalah jiwa-jiwa yang saling menyokong, saling membantu dan saling menjaga. Apa maknanya sebuah kota besar jika penghuninya tidak berpegang kepada nilai kemanusiaan dan kasih sayang. Hari ini, saya ingin mengajak kita semua untuk melangkah ke hadapan dengan hati yang terbuka. Bersama kita bawa kebaikan dan semangat baru kepada semua penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Mari kita buktikan bahawa kemajuan bukan hanya tentang bangunan yang megah, tetapi tentang nilai-nilai yang kita pegang erat. Kita jaga tradisi, kita pelihara budaya, kita semai perpaduan, di mana pun kita berada, kita adalah warga yang punya tanggungjawab bersama untuk memastikan wilayah ini terus makmur, aman dan sejahtera. Percayalah, setiap usaha kecil itu memberi impak besar. Senyuman yang kita berikan, sampah yang kita kutip, jiran yang kita tegur, semuanya menyumbang kepada membentuk komuniti yang lebih baik. Wilayah Persekutuan ini adalah rumah kita dan rumah yang bahagia terhasil daripada cinta, hormat dan rasa tanggungjawab bersama. Mari kita bina masa depan yang cerah bersama. Mari kita terus bersatu dan mari kita pastikan setiap langkah yang kita ambil, membawa kebaikan bukan hanya untuk diri kita, tetapi untuk generasi akan datang. Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2025. Semoga Wilayah ini terus menjadi tanah harapan, simbol perpaduan dan kebanggaan kita bersama. Wilayah kita, tanggungjawab kita. Wilayah Persekutuan Kita! DR. ZALIHA MUSTAFA Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)
Dr Zaliha Mustafa35,023 次观看 • 1 年前
没有更多内容可加载