duniaartismalaysia's banner
duniaartismalaysia's profile picture

duniaartismalaysia

@duniaartismalaysia • 63,900 subscribers

Videos

duniaartismalaysia's profile picture

"Saya Clubbing, Merompak, Minum Arak", Aedy Ashraf Bongkar Sisi Gelap Zaman Remajanya Pelakon, Aedy Ashraf atau nama sebenarnya, Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 32, telah mendedahkan sisi gelap kehidupan semasa remajanya. Dia berkata, dirinya pernah terjebak dalam aktiviti tidak bermoral ketika usianya meningkat dewasa. Dalam satu podcast Kita Aje! bersama Datuk Aznil Haji Nawawi, Aedy telah membuat pengakuan, fasa paling mencabar dalam hidupnya adalah apabila dia terlibat dalam aktiviti rompakan (pecah kereta), minum arak, dan 'clubbing'. Aedy berkata, pada ketika itu, dia merasakan dirinya bukan remaja yang rosak tapi seorang yang kehilangan arah. "Bila saya tengok balik diri saya pada ketika itu umur 26, saya tak nampak 'a broken kid', saya nampak seorang budak yang tak ada guide. "Saya nampak seorang budak yang curious the world and want to explore more about the world. "Jadi saya terlibat dengan dadah, clubbing, party, dan saya juga terlibat dengan rompakan (pecah kereta)," luahnya. Aedy tidak menafikan dia terjebak dalam gejala tidak bermoral ini kerana dia tersilap pilih kawan. Walau bagaimanapun, dia enggan menyalahkan orang lain atas kesalahan dirinya. "Mungkin salah pilih kawan juga, tetapi adalah tidak adil untuk saya menyalahkan orang lain dan pada ketika itu saya cuma nak explore. "Bila orang cakap salah, bagi saya dia bukan siapa-siapa. Dan satu-satunya cara untuk saya belajar adalah untuk melakukan sesuatu. Dan dari situ baru saya tahu sama ada perkara itu betul atau salah," jelasnya. Walau banyak kesalahan yang dia lakukan, Aedy percaya, sehingga kini dia rasa dilindungi kerana doa dari seorang ibu. Ibu yang sentiasa berdoa agar dia menjadi manusia berguna dan sentiasa dalam perlindungan Allah SWT. "Satu benda yang membuatkan saya sampai pada hari ini, Alhamdulillah selamat in one piece is doa ibu saya. Benda tu kuat sangat saya pegang Pak Nil. "Ada satu situasi, saya cerita ni bukan untuk saya bangga. Tapi orang boleh dengar dan jadikan inspirasi 'don't ever go there no matter how hard, how though, don't ever go there'. Memilih jalan yang tak bagus. Aedy turut berkongsi sewaktu kejadian dia pergi ke kelab malam. Kawan dia kena tahan siap tangan kena gari, tapi ada hamba Allah tolong dia dan selamatkan dia daripada kena tahan pada masa tersebut. Jika kena tahan pasti hancur kerjaya dan namanya dalam industri, tapi akhirnya dia terselamat. "Ada satu situasi masa tu umur saya 17 tahun, saya pergi kelab dekat Doraisamy. Kawan saya bawa saya masuk dalam tu dan malam itu confirm saya kena. Saya tengok kawan saya urine tak lepas, tangan bergari dan untuk keluar dari kelab itu kena serahkan kad pengenalan pada pihak polis. "Tapi lepas pihak polis tengok kad pengenalan saya..dia minta untuk saya tunggu di luar. Dan saya rasakan masa tu adalah penghujung kepada karier saya. "Tapi ada satu hamba Allah ni dia yang selamatkan saya. Dia tengok saya dia kata dia nak selamatkan saya. Masa tu kerjaya saya on and off. Sebab saya tak bawa nama saya seorang kerana saya juga bawa nama mak saya," kongsi Aedy dalam podcast yang dihoskan oleh Pak Nil. Aedy turut berkata, ketika dia dilahirkan, bapanya tidak berada di sisi ibunya kerana sedang jalani hukuman penjara selama enam tahun. "Ibu saya melahirkan saya ketika ayah tiada di situ. Ayah saya dipenjara selama enam tahun atas kesalahan dadah dan senjata api. "Pertama kali saya lahir di dunia, buka mata sahaja bapa saya tiada. Saya membesar tanpa ayah sehingga usia tujuh tahun," luahnya. Terdahulu, Aedy dalam Thread pernah membuat hantaran dengan mengatakan dia merupakan produk jenayah untuk orang miskin yang berkahwin, sehingga mendatangkan masalah. Sekadar info, Aedy berkata kini ayahnya berada di Kelantan, masih sihat dan dah jadi orang masjid. @duniaartismalaysia #duniaartis #artis #aedyashraf #duniaartismalaysia #fyp

duniaartismalaysia

108,000 просмотров • 8 месяцев назад

Больше нет контента для загрузки