
Fahmi Fadzil 🇲🇾
@fahmi_fadzil • 225,041 subscribers
🇲🇾Menteri Komunikasi, MP Lembah Pantai, Ahli MPP KEADILAN🇲🇾
Shorts
Videos

Johor ke depan, undi Harapan! 11 Julai nanti, ayuh semua yang bekerja atau berada di luar negeri Johor, pulang lah untuk mengundi. Pakatan Harapan kekal berkempen secara sihat, bersih dan berhemah. Politik mesti dilaksana dengan idea serta khidmat kepada rakyat, bukan dengan provokasi, membakar bendera atau menggunakan akaun media sosial palsu. Undi anda mampu menentukan masa depan Johor. #JohorKeDepanUndiHarapan #PakatanHarapan
Fahmi Fadzil 🇲🇾98,133 Aufrufe • vor 29 Tagen

Walaupun AI makin canggih, ada juga risiko kian membimbangkan, contohnya deepfake, scam yang lebih licik, dan berita palsu. Sebab itu kita kena lebih berhati-hati, tingkatkan literasi digital, dan guna teknologi dengan lebih bertanggungjawab supaya masyarakat tak terkesan dengan penyalahgunaannya.
Fahmi Fadzil 🇲🇾168,283 Aufrufe • vor 3 Monaten

BERSIH dijemput ke sesi libat urus MCMC mengenai pelesenan platform media sosial dan perkhidmatan pesanan internet, tapi tidak hadir. MUDA juga dijemput dan tidak hadir. Banyak komen daripada mereka tapi apabila dijemput untuk berikan pandangan dan bertanyakan soalan, kelibat mereka langsung tidak kelihatan. Pengguna juga perlu faham dan jangan mudah terpedaya dengan maklumat yang diputar belitkan sesetengah pihak. Pelesenan yang diperkenalkan pada 1 Ogos 2024 dan berkuat kuasa mulai 1 Januari tahun depan tidak sama sekali melibatkan pengguna. Ianya hanya terpakai kepada pihak penyedia perkhidmatan media sosial (contoh: TikTok, Meta, X, Telegram).
Fahmi Fadzil 🇲🇾491,119 Aufrufe • vor 2 Jahren

Menjunjung kasih Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra atas perkenan menerima patik menghadap di Istana Kota Lama, Kota Bharu. YTM Tuanku disembah maklum berhubung pelaksanaan pelbagai inisiatif di bawah Kementerian Komunikasi, selain beberapa isu dan perkembangan semasa termasuk akaun palsu yang semakin berleluasa di media sosial, khususnya melibatkan Institusi Diraja. Patik merafak sembah menjunjung kasih atas segala titah, pandangan serta nasihat YTM Tuanku. Daulat Tuanku.
Fahmi Fadzil 🇲🇾10,923 Aufrufe • vor 1 Monat

Apa yang berlaku minggu lepas? Ini 10 pengumuman penting yang diumumkan oleh Kerajaan Perpaduan.
Fahmi Fadzil 🇲🇾119,117 Aufrufe • vor 2 Jahren

Naik ETS ke Johor hari ini. Pasukan dari MCMC turut melaksanakan ujian kelajuan dan kualiti liputan selular sepanjang laluan ETS KL Sentral ke Segamat. Memuaskan, tapi masih belum mencapai tahap yang amat baik. Saya telah pun arahkan MCMC serta syarikat telekomunikasi untuk menyelesaikan masalah capaian Internet di sepanjang laluan perkhidmatan ETS berkenaan dalam tempoh sebulan. #MADANIBekerja #YakinMADANI
Fahmi Fadzil 🇲🇾19,330 Aufrufe • vor 3 Monaten

➡️RTM dan Unifi TV sah sebagai penyiar rasmi di Malaysia. ➡️104 perlawanan secara langsung di Unifi TV. ➡️RTM turut bawakan aksi secara langsung dan tertunda. Kerajaan MADANI komited memastikan seluruh rakyat Malaysia dapat menikmati Piala Dunia FIFA 2026 secara inklusif, sah dan menyeluruh melalui kerjasama strategik bersama sektor swasta demi penyiaran berkualiti tinggi serta capaian lebih meluas. 📲 Bagi yang belum mempunyai RTMKlik, muat turun aplikasi RTMKlik sekarang di Google Play atau App Store untuk terus mengikuti Piala Dunia FIFA 2026⚽️🌏 Bersedia untuk demam bola sepak terbesar dunia! #MADANIbekerja #YakinMADANI
Fahmi Fadzil 🇲🇾15,474 Aufrufe • vor 2 Monaten

Saya amat kesal dengan langkah Meta menurunkan bahan yang dimuat naik di media sosial malaysiakini.com dan sinarharian berhubung pertemuan YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama pimpinan Hamas. Malaysia Gazette pula dinyahaktifkan akaun mereka sehingga terpaksa membuka akaun baru kerana memuat naik futej berkaitan Palestin bulan lepas. Bukan pertama kali perkara ini terjadi. Program di Axiata yang melibatkan Perdana Menteri juga pernah berdepan situasi sama. Saya kecam sekeras-kerasnya tindakan ini dan meminta penjelasan daripada pihak Meta. Saya juga akan membangkitkan isu ini bila bertemu dengan platform-platform media sosial pada bulan Jun nanti.
Fahmi Fadzil 🇲🇾75,877 Aufrufe • vor 2 Jahren