
Fahmi Fadzil 🇲🇾
@fahmi_fadzil • 224,876 subscribers
🇲🇾Menteri Komunikasi, MP Lembah Pantai, Ahli MPP KEADILAN🇲🇾
Shorts
Videos

Johor ke depan, undi Harapan! 11 Julai nanti, ayuh semua yang bekerja atau berada di luar negeri Johor, pulang lah untuk mengundi. Pakatan Harapan kekal berkempen secara sihat, bersih dan berhemah. Politik mesti dilaksana dengan idea serta khidmat kepada rakyat, bukan dengan provokasi, membakar bendera atau menggunakan akaun media sosial palsu. Undi anda mampu menentukan masa depan Johor. #JohorKeDepanUndiHarapan #PakatanHarapan
Fahmi Fadzil 🇲🇾98,502 просмотров • 2 месяцев назад

Walaupun AI makin canggih, ada juga risiko kian membimbangkan, contohnya deepfake, scam yang lebih licik, dan berita palsu. Sebab itu kita kena lebih berhati-hati, tingkatkan literasi digital, dan guna teknologi dengan lebih bertanggungjawab supaya masyarakat tak terkesan dengan penyalahgunaannya.
Fahmi Fadzil 🇲🇾168,558 просмотров • 5 месяцев назад

BERSIH dijemput ke sesi libat urus MCMC mengenai pelesenan platform media sosial dan perkhidmatan pesanan internet, tapi tidak hadir. MUDA juga dijemput dan tidak hadir. Banyak komen daripada mereka tapi apabila dijemput untuk berikan pandangan dan bertanyakan soalan, kelibat mereka langsung tidak kelihatan. Pengguna juga perlu faham dan jangan mudah terpedaya dengan maklumat yang diputar belitkan sesetengah pihak. Pelesenan yang diperkenalkan pada 1 Ogos 2024 dan berkuat kuasa mulai 1 Januari tahun depan tidak sama sekali melibatkan pengguna. Ianya hanya terpakai kepada pihak penyedia perkhidmatan media sosial (contoh: TikTok, Meta, X, Telegram).
Fahmi Fadzil 🇲🇾491,202 просмотров • 2 лет назад

Di sebalik "Human Graphic". Nampak cantik di pentas… tapi tahu tak apa yang berlaku di belakangnya? Latihan. Disiplin. Semangat luar biasa. Adik-adik sekalian, anda memang hebat! We are all proud of you. #HKHM2026 #MalaysiaMADANI #KesejahteraanDinikmati
Fahmi Fadzil 🇲🇾12,203 просмотров • 19 дней назад

Apa yang berlaku minggu lepas? Ini 10 pengumuman penting yang diumumkan oleh Kerajaan Perpaduan.
Fahmi Fadzil 🇲🇾119,132 просмотров • 3 лет назад

Saya amat kesal dengan langkah Meta menurunkan bahan yang dimuat naik di media sosial malaysiakini.com dan sinarharian berhubung pertemuan YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama pimpinan Hamas. Malaysia Gazette pula dinyahaktifkan akaun mereka sehingga terpaksa membuka akaun baru kerana memuat naik futej berkaitan Palestin bulan lepas. Bukan pertama kali perkara ini terjadi. Program di Axiata yang melibatkan Perdana Menteri juga pernah berdepan situasi sama. Saya kecam sekeras-kerasnya tindakan ini dan meminta penjelasan daripada pihak Meta. Saya juga akan membangkitkan isu ini bila bertemu dengan platform-platform media sosial pada bulan Jun nanti.
Fahmi Fadzil 🇲🇾75,883 просмотров • 2 лет назад

Naik ETS ke Johor hari ini. Pasukan dari MCMC turut melaksanakan ujian kelajuan dan kualiti liputan selular sepanjang laluan ETS KL Sentral ke Segamat. Memuaskan, tapi masih belum mencapai tahap yang amat baik. Saya telah pun arahkan MCMC serta syarikat telekomunikasi untuk menyelesaikan masalah capaian Internet di sepanjang laluan perkhidmatan ETS berkenaan dalam tempoh sebulan. #MADANIBekerja #YakinMADANI
Fahmi Fadzil 🇲🇾19,330 просмотров • 5 месяцев назад

[meow-syuarat] Encik Meow jalan-jalan pulak time saya berucap… Saya wakili negara-negara Asia semasa Sesi ke-40 Jawatankuasa Tetap Kerjasama Ekonomi dan Komersial (COMCEC) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) tadi - haha! Terima kasih TYT Sherzod Shermatov, Menteri ITC Uzbekistan, yang rakam.
Fahmi Fadzil 🇲🇾55,393 просмотров • 1 год назад