
Fahmi Fadzil 🇲🇾
@fahmi_fadzil • 225,056 subscribers
🇲🇾Menteri Komunikasi, MP Lembah Pantai, Ahli MPP KEADILAN🇲🇾
Shorts
Videos

Walaupun AI makin canggih, ada juga risiko kian membimbangkan, contohnya deepfake, scam yang lebih licik, dan berita palsu. Sebab itu kita kena lebih berhati-hati, tingkatkan literasi digital, dan guna teknologi dengan lebih bertanggungjawab supaya masyarakat tak terkesan dengan penyalahgunaannya.
Fahmi Fadzil 🇲🇾166,672 görüntüleme • 1 ay önce

Internet Spot Check! Ujian liputan rangkaian untuk pastikan sambungan internet yang konsisten.
Fahmi Fadzil 🇲🇾551,831 görüntüleme • 1 yıl önce

BERSIH dijemput ke sesi libat urus MCMC mengenai pelesenan platform media sosial dan perkhidmatan pesanan internet, tapi tidak hadir. MUDA juga dijemput dan tidak hadir. Banyak komen daripada mereka tapi apabila dijemput untuk berikan pandangan dan bertanyakan soalan, kelibat mereka langsung tidak kelihatan. Pengguna juga perlu faham dan jangan mudah terpedaya dengan maklumat yang diputar belitkan sesetengah pihak. Pelesenan yang diperkenalkan pada 1 Ogos 2024 dan berkuat kuasa mulai 1 Januari tahun depan tidak sama sekali melibatkan pengguna. Ianya hanya terpakai kepada pihak penyedia perkhidmatan media sosial (contoh: TikTok, Meta, X, Telegram).
Fahmi Fadzil 🇲🇾491,119 görüntüleme • 1 yıl önce

➡️RTM dan Unifi TV sah sebagai penyiar rasmi di Malaysia. ➡️104 perlawanan secara langsung di Unifi TV. ➡️RTM turut bawakan aksi secara langsung dan tertunda. Kerajaan MADANI komited memastikan seluruh rakyat Malaysia dapat menikmati Piala Dunia FIFA 2026 secara inklusif, sah dan menyeluruh melalui kerjasama strategik bersama sektor swasta demi penyiaran berkualiti tinggi serta capaian lebih meluas. 📲 Bagi yang belum mempunyai RTMKlik, muat turun aplikasi RTMKlik sekarang di Google Play atau App Store untuk terus mengikuti Piala Dunia FIFA 2026⚽️🌏 Bersedia untuk demam bola sepak terbesar dunia! #MADANIbekerja #YakinMADANI
Fahmi Fadzil 🇲🇾15,077 görüntüleme • 1 ay önce

Naik ETS ke Johor hari ini. Pasukan dari MCMC turut melaksanakan ujian kelajuan dan kualiti liputan selular sepanjang laluan ETS KL Sentral ke Segamat. Memuaskan, tapi masih belum mencapai tahap yang amat baik. Saya telah pun arahkan MCMC serta syarikat telekomunikasi untuk menyelesaikan masalah capaian Internet di sepanjang laluan perkhidmatan ETS berkenaan dalam tempoh sebulan. #MADANIBekerja #YakinMADANI
Fahmi Fadzil 🇲🇾19,307 görüntüleme • 1 ay önce

Mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan lbrahim yang berkenan berangkat ke Bazar Ramadan di Jalan Telawi, Bangsar. Selain menyantuni para peniaga, Seri Paduka Baginda turut membeli juadah berbuka puasa bersama kakitangan Istana Negara. Selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai, patik menjunjung kasih atas kesudian Tuanku mencemar duli mengunjungi bazar ini, seterusnya berangkat ke sebuah pusat beli-belah di kawasan yang sama.
Fahmi Fadzil 🇲🇾63,590 görüntüleme • 1 yıl önce

Apa yang berlaku minggu lepas? Ini 10 pengumuman penting yang diumumkan oleh Kerajaan Perpaduan.
Fahmi Fadzil 🇲🇾119,117 görüntüleme • 2 yıl önce

Thank you for your dedication and service, Tok Mie. We’re going to miss you, but see you soon!✌🏻
Fahmi Fadzil 🇲🇾20,951 görüntüleme • 3 ay önce

Saya amat kesal dengan langkah Meta menurunkan bahan yang dimuat naik di media sosial malaysiakini.com dan sinarharian berhubung pertemuan YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama pimpinan Hamas. Malaysia Gazette pula dinyahaktifkan akaun mereka sehingga terpaksa membuka akaun baru kerana memuat naik futej berkaitan Palestin bulan lepas. Bukan pertama kali perkara ini terjadi. Program di Axiata yang melibatkan Perdana Menteri juga pernah berdepan situasi sama. Saya kecam sekeras-kerasnya tindakan ini dan meminta penjelasan daripada pihak Meta. Saya juga akan membangkitkan isu ini bila bertemu dengan platform-platform media sosial pada bulan Jun nanti.
Fahmi Fadzil 🇲🇾75,871 görüntüleme • 2 yıl önce

[meow-syuarat] Encik Meow jalan-jalan pulak time saya berucap… Saya wakili negara-negara Asia semasa Sesi ke-40 Jawatankuasa Tetap Kerjasama Ekonomi dan Komersial (COMCEC) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) tadi - haha! Terima kasih TYT Sherzod Shermatov, Menteri ITC Uzbekistan, yang rakam.
Fahmi Fadzil 🇲🇾55,389 görüntüleme • 1 yıl önce