
Fahmi Fadzil 🇲🇾
@fahmi_fadzil • 223,336 subscribers
🇲🇾Menteri Komunikasi, MP Lembah Pantai, Ahli MPP KEADILAN🇲🇾
Shorts
Videos

Selamat Maju Jaya, Aleeyah! 🇲🇾🎓 Tahniah Aleeyah Nashua atas kejayaan menerima Leaders of the Next-Generation Scholarship (LEGASI) MCMC untuk melanjutkan pengajian di University College London (UCL). Semoga terus cemerlang dalam pengajian, menjadi kebanggaan keluarga dan rakan-rakan, serta menggunakan ilmu dan pengalaman yang diperoleh untuk menyumbang kembali kepada negara suatu hari nanti. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI
Fahmi Fadzil 🇲🇾109,796 次观看 • 1 个月前

SATU APLIKASI, PELBAGAI URUSAN KERAJAAN Tak perlu lagi cari perkhidmatan kerajaan di merata tempat. Dengan aplikasi MyGov Malaysia, pelbagai urusan seperti lesen memandu, cukai jalan, saman JPJ, pasport, temujanji klinik dan STR dihimpunkan dalam satu aplikasi. Lebih banyak perkhidmatan akan ditambah secara berperingkat. InsyaAllah, kita permudahkan urusan rakyat. Muat turun MyGOV dan cuba sendiri! 🇲🇾 #MalaysiaMADANI #YakinMADANI
Fahmi Fadzil 🇲🇾84,958 次观看 • 1 个月前

SARA DAH MASUK! Penerima STR boleh terima SARA sehingga RM200 sebulan, bergantung kepada kategori dan status eKasih. Tak perlu keluarkan tunai... guna terus MyKad untuk beli barangan keperluan yang diluluskan. Semak kelayakan dan baki anda. Jangan biarkan manfaat yang ada tak digunakan. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI
Fahmi Fadzil 🇲🇾85,739 次观看 • 1 个月前

Walaupun AI makin canggih, ada juga risiko kian membimbangkan, contohnya deepfake, scam yang lebih licik, dan berita palsu. Sebab itu kita kena lebih berhati-hati, tingkatkan literasi digital, dan guna teknologi dengan lebih bertanggungjawab supaya masyarakat tak terkesan dengan penyalahgunaannya.
Fahmi Fadzil 🇲🇾168,665 次观看 • 7 个月前

BERSIH dijemput ke sesi libat urus MCMC mengenai pelesenan platform media sosial dan perkhidmatan pesanan internet, tapi tidak hadir. MUDA juga dijemput dan tidak hadir. Banyak komen daripada mereka tapi apabila dijemput untuk berikan pandangan dan bertanyakan soalan, kelibat mereka langsung tidak kelihatan. Pengguna juga perlu faham dan jangan mudah terpedaya dengan maklumat yang diputar belitkan sesetengah pihak. Pelesenan yang diperkenalkan pada 1 Ogos 2024 dan berkuat kuasa mulai 1 Januari tahun depan tidak sama sekali melibatkan pengguna. Ianya hanya terpakai kepada pihak penyedia perkhidmatan media sosial (contoh: TikTok, Meta, X, Telegram).
Fahmi Fadzil 🇲🇾491,202 次观看 • 2 年前

Johor ke depan, undi Harapan! 11 Julai nanti, ayuh semua yang bekerja atau berada di luar negeri Johor, pulang lah untuk mengundi. Pakatan Harapan kekal berkempen secara sihat, bersih dan berhemah. Politik mesti dilaksana dengan idea serta khidmat kepada rakyat, bukan dengan provokasi, membakar bendera atau menggunakan akaun media sosial palsu. Undi anda mampu menentukan masa depan Johor. #JohorKeDepanUndiHarapan #PakatanHarapan
Fahmi Fadzil 🇲🇾98,502 次观看 • 4 个月前

SARA 2027: RM100 + RM100 Rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan menerima SARA RM100 sebanyak dua kali pada 2027! Satu kali sebelum Aidilfitri dan sekali lagi menjelang sambutan 70 tahun Merdeka. Tahun depan, SARA juga boleh digunakan untuk membeli barangan basah dan segar di lokasi yang mengambil bahagian. Jangan lupa semak kelayakan! #Belanjawan2027 #EkonomiMADANI #MalaysiaMADANI #YakinMADANI
Fahmi Fadzil 🇲🇾11,960 次观看 • 1 个月前

CEPAT TAK SEMESTINYA TEPAT Dalam apa jua isu, lebih-lebih lagi yang melibatkan reputasi, dengar kedua-dua pihak sebelum publish. Pastikan konteks, ketepatan dan keadilan diberikan keutamaan. Kepada semua atlet, jurulatih serta penggiat sukan negara, terima kasih atas segala yang anda lakukan untuk Malaysia. 🇲🇾
Fahmi Fadzil 🇲🇾10,333 次观看 • 1 个月前

