
Fakta Bukan Auta
@FaktaBukanAuta • 306,607 subscribers
Berkongsi info terkini & pengetahuan am buat bacaan rakyat Malaysia. Penulisan santai tapi sampai. 💯
Shorts
Videos

Tahukah anda Thailand punya kuota Haji yg diberikan oleh Saudi adalah sebanyak 13,000 orang. Tapi dari data 2024 yg pergi Haji di sana sekitar 5,000-8,000 orang saja. Oleh kerana Thai dah ada menteri Muslim, Sabida Thaiseth depa sdg belajar kendalikan operasi haji secara komprehensif macam Tabung Haji buat. Mana tau kalau Malaysia pandai deal, silap-silap kuota Thai yg tak terisi, kita boleh tolong isikan. 💪🏻
Fakta Bukan Auta404,375 views • 5 months ago

Tahukah anda masih ingat lagi iklan Sunsilk ni? Heroin dia org kenal, tapi hero dia ramai tak kenal. Kalau nak tau hero dia baru kelmarin kena berkas dgn SPRM disyaki sapu komisyen 3-5% dari RM92.5 billion projek kerajaan. Kira tengok 4%. Lebih RM3 billion komisyen saja.
Fakta Bukan Auta2,156,516 views • 3 years ago

Influencer nak belanja Uncle ni barang dapur, amik je banyak mana pun. Uncle ni tolak. "Anwar bagi saya 600 bulan-bulan dah cukup utk saya yg umur 80." Boom.. 🔥 Uncle ni tinggi dia punya sifat Qana'ah (rasa mencukupi). Sering kali kita berdoa dilimpahi rezeki, amat sedikit kita berdoa minta diberikan sifat Qana'ah. Insaf. 🤲🏻 📷 Cahaya Icha
Fakta Bukan Auta517,601 views • 1 year ago

Di wilayah Yala semalam, ada drama berlaku di salah satu lokasi mencerap hilal di sebuah kg dalam daerah Yaha. Ada 3 individu dakwa nampak hilal Syawal. Satu kg siap takbir raya nak raya esoknya (hari ini). Tapi tempat lain tak nampak hilal! YDP Majlis Agama Islam Yala terpaksa turun interview 3 individu tersebut. Akhirnya baru Syeikhul Islam Thailand (Mufti) umumkan hilal tak kelihatan, dan Thailand akan Raya sama dgn Malaysia.
Fakta Bukan Auta96,362 views • 2 months ago

Bila tau cerita di sebalik video ni rasa sedih ada, rasa nak marah pun ada. Pakcik Rusli ni kalau siapa besa pi Hospital BM mesti kenal. Dia pi kerja ulang-alik naik basikal. Dia juga aktivis PAS Permatang Pauh. PRU lepas kuat bantu menangkan Fawwaz Md Jan. Tapi bila anak nak masuk UTEM, dia mohon la bantuan kat Fawwaz sbb nak bayar yuran uni & tambang ke Melaka. Opis parlimen Permatang Pauh bagi RM150 saja. Pakcik Rusli minta ihsan lagi sikit sebab tak cukup. Tak dapat. Yg nak marah tu opis Fawwaz boleh pi kempen kat adik ni suruh join pakej kahwin beramai-ramai. Bayar RM3,000 saja boleh nikah dah. Kawan ni bukan nak kawen, keutamaan dia sambung study. Betul mangkaq punya MP.
Fakta Bukan Auta637,117 views • 1 year ago

Tahukah anda Azeem Fahmi ni sebenarnya bertuah sebab ada support system yg kuat dari kedua ibu bapanya, Cikgu Fahmi & Cikgu Norazah. Mana tidaknya, UPSR dia cemerlang & Form 1 dapat masuk sekolah STAR, Ipoh. Naik Form 2, Azeem rasa potensi diri dia perlu dicabar. Masa ni dilema samada nak stay sekolah budak pandai (STAR) atau masuk sekolah sukan Perak (SMK Gunung Rapat). Umur 14 tahun mana boleh buat pilihan tepat melainkan bantuan ibu bapa. Mak ayah pilih sekolah sukan. Dok sekolah sukan pun SPM boleh score 6A. Nak pilih IPTA Malaysia atau belajar / berlatih luar negara? Ini pun satu dilema kalau budak umur 17 tahun disuruh buat pilihan. Mak Ayah nasihat pilih Auburn University, USA. Terima kasih Cikgu Fahmi & Cikgu Norazah kerana buat pilihan yg tepat utk masa depan, Manusia Ketiga Terpantas Asia 2023!
Fakta Bukan Auta964,634 views • 2 years ago

Kes penjaja gigit penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur beberapa hari lepas nilah orangnya - Wawa namanya. Wawa kata dia ada lesen sejak 2019, betul ke? Lesen yg Wawa ada tu Lesen KL Madani yg merupakan penjenamaan semula drpd Wilayah Bebas Berniaga zaman Annuar Musa. Lesen KL Madani khas utk khemah je, sebab tu Wawa kena sita sbb dia angkut food truck parking situ. Tu satu. Yg kedua, Wawa takde lesen Bazar Ramadan. DBKL cuma buat kerja mereka.
Fakta Bukan Auta476,011 views • 1 year ago
1:13
Sensitive content
This media may contain sensitive content.

Punya rileks geng swinger dok mengaku depan public aktiviti tak bermoral depa siap seronok promote lagi. JAKIM takkan takleh kerjasama dgn agensi penguatkuasaan lain siasat sampai lubang cacing puak ni? Tapi tulah kes GISB yg ada berpuluh report pun JAKIM bertahun nganga baru nak amik tindakan, nak kata apa. 😬
Fakta Bukan Auta591,792 views • 1 year ago

Tahukah anda tahun 2016, 2 orang lawyer Malaysia dihantar ke UK untuk akses kpd 3,000 dokumen di Arkib Negara British. Dokumen ni baru dinyahrahsia utk tatapan umum. Lawyer tu tadi jumpa 3 dokumen yg kuat menyatakan Pulau Batu Puteh adalah milik Malaysia. Salah satu dokumen tu berupa telegram sulit yg dihantar oleh Navy British kpd boss dia pada tahun 1958. Ada satu kapal Malaysia kena kejar dgn kapal Indonesia dekat-dekat area Pulau Batu Puteh. Navy British nak tolong tapi takleh sebab Pulau Batu Puteh tu kawasan Johor, mana boleh masuk suka-suka. Haaa ini antara bukti kuat British pun anggap Pulau Batu Puteh milik Malaysia. Tahun 2018, Malaysia dibenarkan semak semula keputusan yg dibuat oleh ICJ. Kita ada bukti yg kuat, tapi Tun Mahathir selaku PM waktu tu buat keputusan utk tak teruskan semakan semula. Apa dia kowtim kita pun taktau, sampai Sultan Johor tersangat murka! Masakkkk Dr Mahathir Mohamad Al-Memali!
Fakta Bukan Auta764,701 views • 2 years ago

Tahukah anda lelaki kulit hitam ni namanya Themba Gorimbo seorang petarung di UFC yg berasal dari Zimbabwe. Masa dia sedang ditemu ramah oleh wartawan, The Rock datang dari belakang, utk ajak dia pergi ke satu rumah. The Rock kata rumah kawan, sebenarnya rumah tu The Rock hadiahkan pada dia. Sebab apa? The Rock tersentuh dgn cerita dia. Sebelum game UFC yg Gorimbo menang baru-baru ini dia ada $7 dalam akaun. Dia homeless, tidur di gym, makan pun atas ihsan orang. Lepas menang, hadiah kemenangan tu dia boleh sewa bilik, makan sedap, tapi dia tak buat. Kesemua duit tu dia hantar ke Zimbabwe utk orang kampung dia dapat menikmati air bersih. Ada banyak iktibar kita boleh ambil dari kisah ini - boleh jadi kasih sayang, bantu membantu & bermacam lagi. Tapi dari kisah ni juga kita boleh tahu betapa pentingnya bekalan air bersih utk kehidupan.
Fakta Bukan Auta846,054 views • 2 years ago

Tertonton satu video Menteri Pertanian turun Kedah lawat pesawah yg terkesan banjir, CEO MADACorp takmau salam dgn Bang Mat. Puncanya sebab lain parti ja sampai takmau bersalaman sama Islam. Orang lain berpolitik waktu pilihanraya, puak ni berpolitik 24 jam tak tahwan hala. Tu pun jangan, dok ingat depa saja pembela Islam.
Fakta Bukan Auta502,682 views • 1 year ago

Di Thailand seorang transgender yg meghina Al-Quran buat video kata dia mohon maaf dari semua orang. Di Malaysia seorang Ustaz yang menghina Sahabat Nabi SAW buat video kata dia maafkan semua orang. Beza orang yg rasa dirinya pendosa dgn rasa dirinya ahli syurga.
Fakta Bukan Auta28,154 views • 24 days ago

Tahukah anda bila seorang politician bertaraf Ahli Parlimen gagal MEMPROSES maklumat yg dia terima, ini satu malapetaka pada negara. Ilmu semudah ini pun gagal, macam mana nak proses ilmu yg berat2 macam ekonomi & kewangan? Sudahnya bila gagal kewangan - urus Harakah, Harakah berhutang, buka Kohilal, Kohilal lingkup. Dah jumpa ke belum surat beranak Chin Peng tu Dr Siti Mastura Muhammad?
Fakta Bukan Auta713,384 views • 2 years ago

Tahukah anda kat Dewan Rakyat bukan tak pernah ada askar jadi Ahli Parlimen, ada je. Mejar Jeneral Jamil Khir mantan MP Jerai & Laksama Pertama Imran Abd Hamid mantan MP Lumut pun pangkat diorang dalam siri Jeneral Berbintang juga. Takde pulak diorang dok ulang-ulang "saya ni askar" sambil buat muka cengei.
Fakta Bukan Auta628,380 views • 2 years ago

Tahukah anda ramai yg tak tahu Reezal Merican adalah seorang alumni UIA dalam Bahasa Arab & Kesusasteraan. Terkejut ADUN PAS kena sekolah dek Reezal sambil beliau memetik ayat Quran. Kawan ni punya Arab lagi power dari sesetengah pemimpin PAS. Tinggal lagi dia tak pakai serban je.
Fakta Bukan Auta549,754 views • 2 years ago

Pagi tadi tengok sidang parlimen sebab nak tau isu yg tengah kecoh seminggu dua ni, 🔴U Mobile dipilih sebagai pengendali rangkaian kedua 5G. Jawapan Fahmi Fadzil 🇲🇾 memang cun! Kita risau sebab dalam U Mobile ada saham equiti asing syarikat Singapore sebanyak 48.28%. 1st sekali kita kena tau pemilihan U Mobile bukan RUNDING TERUS. Telco dok ada ni depa bersaing dalam proses tender. Depa kemuka plan bisnes, teknikal, etc, kemudian MCMC yg pilih. Bukan Fahmi pilih, bukan Teo Nie Ching pilih. Ok situ duduknya. Dalam syarat khas lesen kata, pegangan asing takleh lebih 49%. Syarikat Singapore pegang saham 48.28%. So langgar syarat tak? Tak langgar. Dalam kita dok risau-risau tu, U Mobile bagi komitmen pada 2 Nov baru ni dia akan lepaskan pegangan asing tu dari, 🔴 48.28% jadi 20% je. So kawalan rakyat Malaysia akan jadi 80%. Hat ni kita lagi lega. 🫱🏼🫲🏻💯
Fakta Bukan Auta348,279 views • 1 year ago

Tahukah anda 28 Mei 1998, 3 bulan sebelum dipecat, DSAI buat lawatan rasmi ke UK. Macam biasa, bila lawat luar negara, DSAI akan berdialog dgn pelajar Malaysia. Dalam ramai-ramai pelajar di UK yg hadir, ada sosok yg kita kenal sangat wajahnya. Kebetulan hari ini juga 28 Mei. The rest is history. Anwar Ibrahim Rafizi Ramli 📷
Fakta Bukan Auta235,527 views • 1 year ago

Tahukah anda Ayat 9 Surah Yasin dibaca oleh pejuang Al-Q@s@m saat meletakkan bom pada Merkava yg dikatakan antara kereta kebal tercanggih dunia. Ingat lagi tak? DIG kita Dato Ayob Khan selalu share kisah Ayat 9 Surah Yasin yg selalu jadi amalan dia sejak dia sarung uniform polis. Bangun tido baca, keluar rumah baca, buat kerja baca.
Fakta Bukan Auta516,145 views • 2 years ago