
Fakta Bukan Auta
@FaktaBukanAuta • 304,059 subscribers
Berkongsi info terkini & pengetahuan am buat bacaan rakyat Malaysia. Penulisan santai tapi sampai. 💯
Shorts
Videos

Sedap tengok ZRA balun komunikasi korporat TNB! Mungkin ada yg kita tak setuju, tapi banyak juga yg boleh kita bersetuju apa dia suarakan. Sebelum taik politik nak serbu tak pakai helmet, fahamkan dulu isu ini adalah isu seorang ZRA yg memakai "baju pengguna" & mendesak TNB jelaskan - 1) Adakah semenjak dua menjak ini bil elektrik telah meningkat tapi TNB senyapkan? 2) Dulu² kalau nak penaik tarif elektrik akan ada sidang media besar, sekarang adakah TNB tak buat pengumuman ini tapi "balut" kenaikan ini dgn klausa lain di dalam bil pengguna? Dia minta TNB telus kalau ada kenaikan sebabnya - bila ada kenyataan rasmi baru boleh dia pakai "baju rakyat" untuk mohon campur tangan dari Kerajaan. Perlu diingat - kalau kita berniaga nasi lemak, kita takut nak transfer kenaikan kos 100% pada pembeli sebab ada persaingan kedai nasi lemak sebelah. Tapi TNB ni bisnes monopoli, dia tak perlu takut pada siapa pun.
Fakta Bukan Auta347,732 просмотров • 1 месяц назад

Total 126 ✅ PH 75 GPS 23 GRS 7 Warisan 3 KDM 2 STAR 1 PBM 1 Independent 7 BERSATU 6 MUDA 1
Fakta Bukan Auta50,626 просмотров • 12 дней назад

Tahukah anda masih ingat lagi iklan Sunsilk ni? Heroin dia org kenal, tapi hero dia ramai tak kenal. Kalau nak tau hero dia baru kelmarin kena berkas dgn SPRM disyaki sapu komisyen 3-5% dari RM92.5 billion projek kerajaan. Kira tengok 4%. Lebih RM3 billion komisyen saja.
Fakta Bukan Auta2,157,237 просмотров • 3 лет назад

Laporan menyebut - hujung tahun 2020 bos besar sebuah yayasan berkaitan pendidikan salahguna kuasa buat pelaburan sebanyak RM10 juta kpd syarikat pelaburan berkaitan abangnya. Kelulusan pelaburan dibuat tanpa lalu BOD, dan bos besar tersebut beroleh ganjaran hasil pelaburan ini. Tak susah kerja SPRM - mantan Pengerusi Yayasan Bank Rakyat 2020-2022 ini dedah sendiri abang bagi hadiah superbike rega setengah juta.
Fakta Bukan Auta70,910 просмотров • 1 месяц назад

I COME ALONE, NO TEAM. Masa awal kemunculan Rifdean di gelanggang Muaythai, baya² dia kurang lebih yg tengah top adalah Hakimi Jengking Merah. Satu ketika ada game di Sarawak - masa tu ramai terkejut Hakimi kalah kpd nama baru Rifdean Masdor. Dari sinilah satu coach Muaythai yg berpengkalan di Ipoh nama Bernard Radin nampak potensi Rifdean. Dipendekkan cerita, maka berpindahlah Rifdean dari Kuching ke Ipoh ketika usia di sekolah menengah. Bernard latih, hantar-ambil sekolah, bagi makan & jaga macam anak sendiri. Bernard bawa pusing semua game di Perak, wakil SUKMA Perak, sampai orang ingat Rifdean orang Perak. Long story short - kalau Siam tak welcome anda, pulanglah ke Ipoh!
Fakta Bukan Auta41,430 просмотров • 23 дней назад

Tahukah anda Thailand punya kuota Haji yg diberikan oleh Saudi adalah sebanyak 13,000 orang. Tapi dari data 2024 yg pergi Haji di sana sekitar 5,000-8,000 orang saja. Oleh kerana Thai dah ada menteri Muslim, Sabida Thaiseth depa sdg belajar kendalikan operasi haji secara komprehensif macam Tabung Haji buat. Mana tau kalau Malaysia pandai deal, silap-silap kuota Thai yg tak terisi, kita boleh tolong isikan. 💪🏻
Fakta Bukan Auta404,605 просмотров • 10 месяцев назад
2:06
Sensitive content
This media may contain sensitive content.

Influencer nak belanja Uncle ni barang dapur, amik je banyak mana pun. Uncle ni tolak. "Anwar bagi saya 600 bulan-bulan dah cukup utk saya yg umur 80." Boom.. 🔥 Uncle ni tinggi dia punya sifat Qana'ah (rasa mencukupi). Sering kali kita berdoa dilimpahi rezeki, amat sedikit kita berdoa minta diberikan sifat Qana'ah. Insaf. 🤲🏻 📷 Cahaya Icha
Fakta Bukan Auta517,874 просмотров • 1 год назад

Tahukah anda Azeem Fahmi ni sebenarnya bertuah sebab ada support system yg kuat dari kedua ibu bapanya, Cikgu Fahmi & Cikgu Norazah. Mana tidaknya, UPSR dia cemerlang & Form 1 dapat masuk sekolah STAR, Ipoh. Naik Form 2, Azeem rasa potensi diri dia perlu dicabar. Masa ni dilema samada nak stay sekolah budak pandai (STAR) atau masuk sekolah sukan Perak (SMK Gunung Rapat). Umur 14 tahun mana boleh buat pilihan tepat melainkan bantuan ibu bapa. Mak ayah pilih sekolah sukan. Dok sekolah sukan pun SPM boleh score 6A. Nak pilih IPTA Malaysia atau belajar / berlatih luar negara? Ini pun satu dilema kalau budak umur 17 tahun disuruh buat pilihan. Mak Ayah nasihat pilih Auburn University, USA. Terima kasih Cikgu Fahmi & Cikgu Norazah kerana buat pilihan yg tepat utk masa depan, Manusia Ketiga Terpantas Asia 2023!
Fakta Bukan Auta964,933 просмотров • 3 лет назад

5 kali Gabenor BNM, TS Zeti utus surat amaran kpd Jamil Khir & Azeez Rahim peringat depa tentang kewangan TH kini dalam masalah bila asetnya lebih rendah dari tanggungan/liabiliti. TS Zeti sebenarnya tak perlu pun peringat TH, sebab TH bukan bawah kawalan BNM. Tapi mungkin sayang punya pasai. 5 kali peringat, 5 kali surat masuk bakul sampah. Akhirnya hujung 2017 - Aset TH ada RM70.3 bilion, manakala liabiliti RM74.4 bilion. Akta TH kata kalau nak bagi hibah aset kena lagi tinggi dari liabiliti. Dari sini idea kreatif perakaunan mai!
Fakta Bukan Auta96,859 просмотров • 3 месяцев назад

Bila tau cerita di sebalik video ni rasa sedih ada, rasa nak marah pun ada. Pakcik Rusli ni kalau siapa besa pi Hospital BM mesti kenal. Dia pi kerja ulang-alik naik basikal. Dia juga aktivis PAS Permatang Pauh. PRU lepas kuat bantu menangkan Fawwaz Md Jan. Tapi bila anak nak masuk UTEM, dia mohon la bantuan kat Fawwaz sbb nak bayar yuran uni & tambang ke Melaka. Opis parlimen Permatang Pauh bagi RM150 saja. Pakcik Rusli minta ihsan lagi sikit sebab tak cukup. Tak dapat. Yg nak marah tu opis Fawwaz boleh pi kempen kat adik ni suruh join pakej kahwin beramai-ramai. Bayar RM3,000 saja boleh nikah dah. Kawan ni bukan nak kawen, keutamaan dia sambung study. Betul mangkaq punya MP.
Fakta Bukan Auta637,515 просмотров • 2 лет назад

Tahukah anda tahun 2016, 2 orang lawyer Malaysia dihantar ke UK untuk akses kpd 3,000 dokumen di Arkib Negara British. Dokumen ni baru dinyahrahsia utk tatapan umum. Lawyer tu tadi jumpa 3 dokumen yg kuat menyatakan Pulau Batu Puteh adalah milik Malaysia. Salah satu dokumen tu berupa telegram sulit yg dihantar oleh Navy British kpd boss dia pada tahun 1958. Ada satu kapal Malaysia kena kejar dgn kapal Indonesia dekat-dekat area Pulau Batu Puteh. Navy British nak tolong tapi takleh sebab Pulau Batu Puteh tu kawasan Johor, mana boleh masuk suka-suka. Haaa ini antara bukti kuat British pun anggap Pulau Batu Puteh milik Malaysia. Tahun 2018, Malaysia dibenarkan semak semula keputusan yg dibuat oleh ICJ. Kita ada bukti yg kuat, tapi Tun Mahathir selaku PM waktu tu buat keputusan utk tak teruskan semakan semula. Apa dia kowtim kita pun taktau, sampai Sultan Johor tersangat murka! Masakkkk Dr Mahathir Mohamad Al-Memali!
Fakta Bukan Auta765,117 просмотров • 2 лет назад

Tahukah anda lelaki kulit hitam ni namanya Themba Gorimbo seorang petarung di UFC yg berasal dari Zimbabwe. Masa dia sedang ditemu ramah oleh wartawan, The Rock datang dari belakang, utk ajak dia pergi ke satu rumah. The Rock kata rumah kawan, sebenarnya rumah tu The Rock hadiahkan pada dia. Sebab apa? The Rock tersentuh dgn cerita dia. Sebelum game UFC yg Gorimbo menang baru-baru ini dia ada $7 dalam akaun. Dia homeless, tidur di gym, makan pun atas ihsan orang. Lepas menang, hadiah kemenangan tu dia boleh sewa bilik, makan sedap, tapi dia tak buat. Kesemua duit tu dia hantar ke Zimbabwe utk orang kampung dia dapat menikmati air bersih. Ada banyak iktibar kita boleh ambil dari kisah ini - boleh jadi kasih sayang, bantu membantu & bermacam lagi. Tapi dari kisah ni juga kita boleh tahu betapa pentingnya bekalan air bersih utk kehidupan.
Fakta Bukan Auta846,315 просмотров • 3 лет назад

3 buah kapal tentera laut Myanmar termasuk 1 kapal hospital telah tiba di Lumut hari ini bagi pelaksanaan Program Penghantaran pulang 1,476 warga Myanmar yang berada di Malaysia. Ini merupakan Fasa Pertama dari keseluruhan melibatkan 5,000 orang seperti yang telah dipersetujui antara kedua negara.
Fakta Bukan Auta41,673 просмотров • 1 месяц назад

Tahukah anda bila seorang politician bertaraf Ahli Parlimen gagal MEMPROSES maklumat yg dia terima, ini satu malapetaka pada negara. Ilmu semudah ini pun gagal, macam mana nak proses ilmu yg berat2 macam ekonomi & kewangan? Sudahnya bila gagal kewangan - urus Harakah, Harakah berhutang, buka Kohilal, Kohilal lingkup. Dah jumpa ke belum surat beranak Chin Peng tu Dr Siti Mastura Muhammad?
Fakta Bukan Auta713,543 просмотров • 3 лет назад