
Jason Yew
@jasonyew • 26,589 subscribers
JASON Update 🙋
Shorts
Videos

Saya faham niat setiap calon adalah untuk menang. Tetapi, warga emas yang sedang terbaring uzur dan bertarung dengan kesakitan di atas katil bukanlah audiens untuk kita menjaja manifesto, menabur janji politik, apatah lagi meminta mereka mendoakan kemenangan parti kita. Waktu itu adalah waktu mereka paling rapuh, dan apa yang mereka perlukan hanyalah doa, ketenangan, dan sokongan moral, bukan bebanan kempen politik. Di sinilah kita dapat melihat perbezaan nilai yang sangat jelas. Perhatikan bagaimana Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Aminuddin Harun atau lebih mesra disapa Tok Min, menyantuni pesakit. Beliau melangkah masuk ke ruang ziarah itu bukan dengan 'baju politik', sebaliknya beliau hadir sebagai seorang manusia biasa yang penuh rasa empati. Tiada laungan kempen, tiada permintaan untuk dipangkah pada kertas undi. Yang ada hanyalah kata-kata semangat, permohonan maaf yang sangat merendah diri sebagai seorang pemimpin, dan doa yang ikhlas agar pesakit diberi kesembuhan. Tok Min mengingatkan kita bahawa katil pesakit itu adalah cerminan masa depan kita semua. Kesantunan, keikhlasan, dan sifat tawaduk ini bukanlah sesuatu yang boleh dibuat-buat di hadapan kamera; ia lahir dari hati nurani seorang pemimpin yang benar-benar menghormati rakyatnya. Ketenangan dan jiwa besar Tok Min inilah yang sebenarnya menjadi paksi kepada kestabilan Kerajaan Negeri Sembilan. Pemimpin yang tidak ego dan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di hadapan amat mudah membina keserasian. Nismilan Elok Dah, Kekal Tok Min #KekalHarapan #NegeriSembilan
Jason Yew13,107 次观看 • 2 天前

"Masa kita minta turun RM1.50 harga minyak di Arab Saudi 50 sen. Sekarang kita RM1.99. Harga Arab Saudi lebih daripada RM2.40. Malah UAE dua bulan lalu menaikkan harga minyak." - PM Anwar Ibrahim tampil dengan fakta ekonomi langsung menjawab serangan pembangkang! Realiti pasaran tenaga dunia sudah berubah, dan negara pengeluar minyak gergasi pun terpaksa naikkan harga. Malaysia kekal antara terendah! #parlimen #dewanrakyat #hargaminyak #anwaribrahim #malaysiamadani
Jason Yew50,859 次观看 • 10 天前

"Satu inci tanah saya tak ambil. Satu saham saya tak ambil. Satu projek saya tak ambil. Gaji pun saya tak ambil. Politik ialah khidmat dan tanggungjawab, bukan keistimewaan." - PM Anwar Ibrahim Kuasa adalah satu amanah yang sangat berat, bukan tiket untuk membolot kekayaan negara! Keikhlasan memimpin bermula dari pengorbanan diri sendiri. #PRNJohor #TemuAnwar #JohorKeDepanUndiHarapan #PakatanHarapan #anwaribrahim
Jason Yew81,570 次观看 • 19 天前

Biar betul isi RON95 sampai lebih 71 liter ke dalam ruang but kereta? Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dimohon mengambil maklum dan menjalankan siasatan. Video ini memaparkan tindakan seorang lelaki dan seorang wanita yang mengisi petrol RON95 ke dalam sebuah tong besar yang diletakkan di ruang but kereta mereka. Kejadian tersebut didakwa berlaku di stesen minyak Petronas Mutiara Rini pada jam 9:21 malam. Kenderaan yang digunakan ialah sebuah Nissan Teana dengan nombor pendaftaran JPC 8807. Perakam video, yang merakam dari dalam kenderaan lain, kedengaran terkejut melihat perbuatan tersebut serta jumlah lebih 71 liter RON95 yang diisi, dengan paparan pam menunjukkan bayaran melebihi RM230. Sebagai konteks, perbuatan membeli dan mengisi petrol (terutamanya RON95 bersubsidi) ke dalam tong, dram atau bekas yang tidak diluluskan dalam kuantiti besar tanpa permit sah merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang Malaysia, kerana ia sering dikaitkan dengan aktiviti penyelewengan atau penyeludupan bahan api. sumber: FB 新柔大小事 #ron95 #budi95 #kpdn
Jason Yew461,443 次观看 • 4 个月前

"Tiap tahun hampir 1 bilion kena bayar kerana penyalahgunaan, rasuah, tamak haloba orang yang kita amanahkan sebagai pejuang Melayu..." - PM Anwar Ibrahim Bertahun-tahun lamanya kekayaan negara dirompak, dan kini PMX terpaksa memikul beban liabiliti untuk menyelamatkan Malaysia. Beliau menjadi mangsa keadaan yang terpaksa mencuci najis peninggalan pemimpin terdahulu. Inilah harga sebuah pengkhianatan kepada bangsa sendiri! #hutangnegara #1MDB #FGV #malaysiamadani #anwaribrahim
Jason Yew12,168 次观看 • 4 天前
0:42
Sensitive content
This media may contain sensitive content.