
Keluar Sekejap
@keluarsekejap • 18,819 subscribers
Podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan . Merapatkan jurang dalam perbincangan isu politik dan semasa.
Shorts
Videos

Walaupun Selat Hormuz dibuka semula, pemulihan bekalan minyak dunia tidak berlaku serta-merta. Faktor logistik, keselamatan dan kapasiti simpanan menjadikan proses ini jauh lebih rumit. Episod ini ditaja oleh ENERtec Asia . Dengar dan tonton episod 201 di semua platform!
Keluar Sekejap24,399 次观看 • 6 天前

KUALA LUMPUR, FEB 19 - Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghalang beberapa pemimpin negara asing bertemu dengannya. Dalam audio siar Apa Cerita yang dimuat naik pada Selasa, bekas Perdana Menteri itu mendedahkan hasrat pemimpin-pemimpin negara luar untuk mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir dihalang Anwar. “Ada pemimpin negara asing (datang Malaysia) minta nak jumpa saya. Oh (Anwar kata) tak boleh, tak boleh jumpa.(Pemimpin itu datang) dari dua buah, tiga buah negara. “Pemimpin-pemimpin itu kawan saya, kenal saya dan mereka datang ke Malaysia nak jumplah dengan saya, oh tak boleh,” dedah beliau. Sumber: Apa Cerita? #BeritaKS
Keluar Sekejap681,405 次观看 • 1 年前

“Sebarang passport, kad pengenalan ataupun apa-apa dokumen rasmi yang dikeluarkan secara rasmi oleh autoriti yang sahih di dalam negara berdaulat itu wajar diterima oleh negara lain, di bawah Konvensyen Vienna Hubungan Antarabangsa.”- Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 mengulas isu hukaman FIFA kepada FAM dalam episod 172 Keluar Sekejap. Dengar dan tonton episod 172 #KeluarSekejap di semua platform sekarang.
Keluar Sekejap82,832 次观看 • 8 个月前

Episod 65 #keluarsekejap bersama YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad telah membincangkan isu-isu seperti: -Tun M vs KJ -Dilema Melayu & Malaysia -Isu Dengan Mantan-Mantan Perdana Menteri -Tun M vs Anwar -Pengampunan Najib -Palestin Tonton & dengar EP 65 pada pukul 12 tengah hari ini!
Keluar Sekejap242,270 次观看 • 2 年前

Adakah Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul telah melangkaui bidang kuasanya di bawah Perkara 49A(3) Perlembagaan Persekutuan apabila membuat keputusan mengekalkan keenam-enam kerusi Parlimen yang disandang bekas ahli BERSATU? Apakah langkah yang perlu diambil Tan Sri Johari Abdul selepas menerima notis pemakluman kekosongan enam kerusi tersebut? Ikuti kupasan Tan Sri Azhar Azizan Harun. Dengar dan tonton episod ini di: YouTube: Spotify: Apple:
Keluar Sekejap138,135 次观看 • 1 年前

KUALA LUMPUR, FEB 19 - Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kesediaan untuk berdamai bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan syarat. Syarat yang dinyatakan adalah Anwar perlu mengaku bahawa tuduhan beliau mengatakan Mahathir curi duit adalah tidak benar. Menurut beliau, tuduhan yang dilempar Anwar terhadapnya terkait maha kaya, curi wang negara dan juga pengkhianat dalam isu Pulau Batu Puteh sangat tidak masuk akal. Mahathir malah memberitahu sudah dua tahun beliau menanti bukti yang bakal didedah Anwar berkenaan tuduhan itu, namun masih bungkam. Mengulas lanjut, Mahathir menjangkakan sekiranya hubungan beliau dengan Anwar ‘baik-baik sahaja’ ketika ini tentunya banyak masalah negara dapat diselesaikan bersama. Pun begitu bekas Perdana Menteri itu mendakwa Presiden PKR itu bukanlah jenis orang yang menerima nasihat daripada orang lain. sumber: Apa Cerita? #BeritaKS
Keluar Sekejap86,213 次观看 • 1 年前

Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini menyatakan kesediaaan beliau menerima semula bekas pemimpin yang telah dipecat atau digantung sekiranya menunjukkan komitmen kepada parti. Adakah Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 akan Kembali Semula kepada UMNO? Dengarkan jawapan Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 di episod 135 Keluar Sekejap sekarang! Dengar dan tonton episod 155 #KeluarSekejap di Youtube, Spotify & Apple Podcast.
Keluar Sekejap82,087 次观看 • 1 年前