
KKMalaysia🇲🇾🩺❤️
@KKMPutrajaya • 2,031,027 subscribers
Official account of Malaysia’s Ministry of Health.
Shorts
Videos

Mewakili Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), saya merakamkan ucapan takziah atas pemergian tokoh perubatan negara, Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali. Almarhumah menabur bakti yang tidak ternilai sebagai perintis pembangunan kesihatan awam di Malaysia, khususnya dalam memajukan bidang kesihatan ibu dan anak, penjagaan kesihatan keluarga, serta pembangunan kebajikan masyarakat. Salam takziah yang amat mendalam juga buat Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga atas kehilangan isteri dan ibuanda yang amat dicintai. Kelembutan peribadi, sifat keibuan, serta jasa bakti Almarhumah kepada negara pastinya akan sentiasa mekar dalam ingatan kita semua. 📱Sumber: Media Sosial Rasmi YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan
KKMalaysia🇲🇾🩺❤️12,501 görüntüleme • 4 gün önce

Jenazah Allahyarhamah YBrs. Dr. Ainul Baraah binti Kamarudin telah selamat tiba di Masjid Al Karomah, Mukim Baung Besar, Pengkalan Chepa pada pukul 11.50 pagi tadi bagi urusan solat jenazah. Jenazah Allahyarhamah kemudiannya, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seri Kedeper, Kampung Baung, Pengkalan Chepa. Semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman, serta memberikan kesabaran kepada seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan. Al-Fatihah. Kredit: 📹 KOSMO
KKMalaysia🇲🇾🩺❤️44,153 görüntüleme • 19 gün önce

YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan menziarahi keluarga Allahyarham Kapten Zainol Afiq bin Bee Sham di Senawang, Negeri Sembilan. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan. Segala jasa dan pengorbanan Allahyarham akan sentiasa dikenang. #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
KKMalaysia🇲🇾🩺❤️28,695 görüntüleme • 15 gün önce

Sorotan Majlis Perasmian Hospital Parit Buntar yang disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah. #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
KKMalaysia🇲🇾🩺❤️16,948 görüntüleme • 8 gün önce

Sorotan Perasmian Seminar Penguatkuasaan dan Pendakwaan Undang-Undang Kesihatan Awam Tahun 2026 yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
KKMalaysia🇲🇾🩺❤️13,814 görüntüleme • 10 gün önce

Jenazah mendiang Puan Debra Anak Moset, Jururawat Terlatih telah selamat tiba di Kampung Semadang, Puncak Borneo kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi untuk urusan pengebumian. Semoga keluarga mendiang diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang amat sukar ini. Kredit: 📹 Video BERNAMA
KKMalaysia🇲🇾🩺❤️23,247 görüntüleme • 19 gün önce

Penghormatan terakhir buat wirawati negara, Allahyarhamah Dr. Ainul Baraah binti Haji Kamarudin di Kelantan. Pada waktu yang sama, urusan persemadian rakan-rakan seperjuangan beliau yang turut terkorban juga dilaksanakan; Allahyarham Kapten Zainul Afiq di Senawang, Negeri Sembilan, manakala mendiang Staff Nurse Debra Anak Moset, Penolong Pegawai Perubatan Alexson Adit Anak Henry, dan Staff Nurse Jessies Paya Kok diuruskan oleh pihak keluarga di Sarawak dengan bantuan JKN Sarawak. Ahad, 13 September 2026.
KKMalaysia🇲🇾🩺❤️21,255 görüntüleme • 18 gün önce

Pesawat khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jenazah pegawai perubatan Allahyarham YBrs. Dr Ainul Baraah Kamarudin, dari Miri, Sarawak tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa, Kota Bharu pada 11.21 pagi tadi. Hadir sama, YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan dan ahli keluarga Allahyarhamah. Jenazah Allahyarhamah kemudiannya akan dibawa ke Masjid Al Karomah Mukim Baung Besar, Pengkalan Chepa untuk urusan solat jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Seri Kedeper, Kampung Baung, Pengkalan Chepa. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-fatihah. Kredit: 📹 videoBERNAMA
KKMalaysia🇲🇾🩺❤️17,738 görüntüleme • 19 gün önce

YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan bersama beberapa ahli keluarga kepada pegawai perubatan Allahyarham YBrs. Dr Ainul Baraah Kamarudin, di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa, Kota Bharu untuk menguruskan urusan pengebumian. Jenazah Allahyarham akan diterbangkan dari Miri, Sarawak ke Kota Bharu menggunakan pesawat khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seri Kedeper, Kampung Baung, Pengkalan Chepa. Kredit: 📹videoBERNAMA
KKMalaysia🇲🇾🩺❤️17,003 görüntüleme • 19 gün önce

Sorotan Istiadat Konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) 2026 Zon Sabah yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah. #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
KKMalaysia🇲🇾🩺❤️33,992 görüntüleme • 1 ay önce

Jom ceburi profesion kejururawatan‼️ Jururawat adalah tulang belakang sistem kesihatan negara. Mereka bukan sekadar memberi rawatan, malah memberikan sokongan, empati dan harapan kepada pesakit serta masyarakat. Sistem kesihatan kita masih memerlukan lebih ramai tenaga jururawat yang komited. Jika anda berkelayakan dan berminat untuk menyumbang kepada kesejahteraan rakyat, jangan tunggu lagi. Mohon sekarang melalui SPA9. Jom bantu KKM teruskan khidmat kesihatan yang terbaik untuk rakyat!
KKMalaysia🇲🇾🩺❤️41,655 görüntüleme • 2 ay önce

Jenazah Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham, juruterbang telah tiba di Masjid Bandar Baru Senawang pada pukul 4.30 petang tadi untuk disolatkan. Jenazah diiringi keluarga serta ratusan kenalan dan sanak saudara yang hadir memberi penghormatan terakhir sebelum Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Forest Height, Senawang. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T. dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah. Kredit: 📹 VideoBERNAMA
KKMalaysia🇲🇾🩺❤️14,295 görüntüleme • 19 gün önce

Sorotan Majlis Pelancaran Pelan Strategik Penentu Sosial Kesihatan Orang Asli (NSPSDHOA) 2026–2035 yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan dihadiri oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan. #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
KKMalaysia🇲🇾🩺❤️33,135 görüntüleme • 1 ay önce