
Maszlee Malik 🏴🇲🇾
@maszlee • 338,148 subscribers
Daripada Rakyat Kepada Rakyat
Videos

Pusat Khidmat Masyarakat DUN Puteri Wangsa telah mula beroperasi... Di bangunan D Apple Fried Chicken dulu... Belakang Balai Polis Bandar Dato’ Onn, Belakang AEON Bandar Dato’ Onn Bawah masjid Bandar Dato’ Onn KEADILAN #drmaszleemalik #dunputeriwangsa #bandardatoonnjb
Maszlee Malik 🏴🇲🇾17,215 Aufrufe • vor 1 Monat

Jom kita bersama membantu mangsa gempa di Turkiye dengan APAC Wrestling Saya akan masuk gelanggang untuk bergusti dengan penggusti tempatan demi mengumpulkan RM100,000 yang akan disalurkan melalui kedutaan Turkiye jika posting ini mendapat 10,000 like. Hannah Yeoh
Maszlee Malik 🏴🇲🇾152,650 Aufrufe • vor 3 Jahren

Prof Dr Victor Pogdaev, pakar kajian Melayu dan Nusantara dari Russia memuji PM DS Anwar Ibrahim. Beliau yang pernah sezaman dengan DS Anwar di UM di awal 70’an amat mengkagumi PMX sedari tahun-tahun di kampus lagi. Pada hemat beliau, DS Anwar bukan sekadar sosok politik, malah seorang pemimpin, negarawan, ilmuwan, tokoh beradab dan peminat sastera dunia. Anwar Ibrahim IAIS Malaysia
Maszlee Malik 🏴🇲🇾43,263 Aufrufe • vor 11 Monaten

“Abang Maszlee di sekolah!” Saya telah diundang oleh pihak SMK Tun Fatimah Hashim untuk meninjau keadaan tanah runtuh, parit tersumbat, parkir yang hampir roboh dan surau mereka yang bocor. Pengetua, YDP PiBG dan tim mereka semua telah bersama bertemu dan berbincang dengan saya. Ya, memang situasi perkara yang mereka laporkan itu agak serius dan membahayakan murid dan guru. Kami telah berbincang solusi segera dan jangka panjang untuk perkara tersebut. Saya juga telah mula berhubung dengan pihak-pihak berkenaan untuk tindakan segera. Apa yang lebih utama, kembali melawat sekolah, bertemu para guru, murid-murid dan semua warga sekolah telah memberikan saya satu kekuatan dan semangat. Di celah-celah kami berbincang dan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dalam sekolah tersebut, tiba-tiba saya terdengar suara murid-murid menjerit: “Abang Maszlee! Abang Maszlee!” Ceria mereka beramai-ramai melambai dan bersorak gembira…. Cuma… rasanya adik-adik lebih manis panggil saya “Pakcik Maszlee” atau “Uncle Maszlee”… Saya ni menantu pun dah bersusun dan anak bongsu pun dah masuk Universiti 😬 Apapun, saya akan cuba terbaik mungkin untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh SMK Tun Fatimah Hashim ini… Insya-Allah
Maszlee Malik 🏴🇲🇾11,424 Aufrufe • vor 2 Monaten
Keine weiteren Inhalte verfügbar