
Malaysiakini (BM)
@mkini_bm • 721,806 subscribers
Twitter rasmi Malaysiakini versi Bahasa Malaysia. Mkini Dotcom Sdn Bhd - 199901014818 (489718-U) Telegram: https://t.co/msLPIbaXqQ
Videos

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mencuri perhatian ketika sesi ramah mesra bersama masyarakat India di Negeri Sembilan apabila beliau sekali lagi mempersembahkan tarian ala legenda filem Tamil, MGR. Aksi itu dipersembahkan ketika majlis di Klana Resort, Seremban dengan iringan lagu daripada filem lakonan MGR, sebelum Anwar meneruskan seruan kepada masyarakat India negeri itu untuk menyokong Pakatan Harapan pada PRN Negeri Sembilan. Video kredit: Hariz Mohd | Malaysiakini #malaysiakini #malaysianpolitics #fyp #PMX #AnwarIbrahim #mencuriperhatian #ramahmesra #masyarakatIndia #NegeriSembilan #tarian #legenda #Tamil #MGR #majlis #KlanaResort #Seremban #iringanlagu #seruan #menyokong #PakatanHarapan #PRN
Malaysiakini (BM)35,937 просмотров • 2 дней назад

Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh mempertikaikan dakwaan bahawa laporan RCI Tabung Haji membuktikan wujud penyelewengan oleh pemimpin Umno. Katanya, laporan itu tidak menyatakan mana-mana pemimpin Umno terlibat dalam rasuah atau mengambil dana Tabung Haji. Sumber video: #malaysiakini #malaysianpolitics #fyp #DrAkmalSaleh #mempertikai #laporan #RCI #TabungHaji #wujud #penyelewengan #pemimpinUmno #terlibat #rasuah #mengambildana #TabungHaji
Malaysiakini (BM)25,465 просмотров • 2 дней назад

Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim menggesa pengundi menggunakan undi mereka untuk menghukum Barisan Nasional susulan isu pengurusan Tabung Haji yang kembali menjadi perhatian selepas laporan RCI didedahkan. Berucap pada ceramah penutup kempen Pakatan Harapan di Seremban, Anwar turut menyindir pihak yang menggunakan slogan perjuangan Melayu, sambil menegaskan isu Tabung Haji bukan soal kaum tetapi kegagalan mengurus amanah rakyat. Sumber video: #malaysiakini #malaysianpolitics #fyp #PakatanHarapan #AnwarIbrahim #menggesa #pengundi #undi #menghukum #BarisanNasional #pengurusan #TabungHaji #menjadiperhatian #laporan #RCI #didedahkan #ceramah #kempen #menyindir #slogan #perjuangan #Melayu #amanah #rakyat
Malaysiakini (BM)14,474 просмотров • 2 дней назад

Perikatan Nasional (PN) menggunakan retorik kaum dan agama dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, dengan menyamakan kepimpinan Melayu dalam kerajaan seperti watak pengkhianat bangsa "Buang" dalam filem klasik Sarjan Hassan. Pengarah Pilihan Raya PN Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa, kuasa politik dan penguasaan ekonomi orang Melayu semakin terhakis dan berdepan risiko hilang sepenuhnya dalam tempoh 10 tahun jika tiada perubahan drastik dilakukan. Sumber video: #malaysiakini #malaysianpolitics #fyp #PerikatanNasional #PN #retorik #kaum #agama #kempen #PilihanRayaNegeri #PRN #NegeriSembilan #kepimpinanMelayu #kerajaan #watak #pengkhianat #bangsa #Buang #filemklasik #SarjanHassan #SanusiMdNor #orangMelayu #risiko
Malaysiakini (BM)26,418 просмотров • 8 дней назад

Keputusan berani mati Menteri Besar sementara Negeri Sembilan, Aminuddin Harun yang meninggal Sikamat dan bertanding di DUN Linggi masih menjadi tanda tanya. Linggi dianggap kubu kuat Barisan Nasional yang hanya pernah bertukar tangan sekali sejak 1969, selepas itu Linggi menjadi kubu BN. Selepas lebih seminggu kempen, tinjauan Malaysiakini mendapati ramai pengundi Melayu di kawasan itu masih kekal menyokong BN dan menyifatkan laluan Aminuddin amat sukar. Sumber video: #malaysiakini #malaysianpolitics #fyp #keputusan #beranimati #MenteriBesar #NegeriSembilan #AminuddinHarun #Sikamat #bertanding #DUN #Linggi #tandatanya #kempen #pengundi #Melayu #menyokong #BN #laluan #sukar
Malaysiakini (BM)16,453 просмотров • 5 дней назад

"Kami kalau mintak bantuan, akan dapat. Dia memang mesra rakyat dan selalu bantu kami" [AD] Itu antara pandangan yang dikongsikan penduduk mengenai Datuk Noorzunita Begum, calon Pakatan Harapan bagi DUN Pilah, ketika beliau menyantuni masyarakat dan berkongsi keutamaan yang ingin diberi perhatian sekiranya diberi mandat. #KekalHARAPAN #MemaknaiHARAPANRakyat #UndiHARAPAN #SayangPilah #PRNNegeriSembilan #N18Pilah
Malaysiakini (BM)22,413 просмотров • 8 дней назад

"Saya dapat bantuan, memang dari PH. Saya rasa saya tak akan beralih lagi." [AD] Itu antara pengalaman yang dikongsikan seorang penduduk Seri Menanti mengenai bantuan yang diterimanya. Calon Pakatan Harapan bagi N.16 Seri Menanti, Kamarul Arifin Wafa turut berkongsi keutamaan yang ingin diberi perhatian, termasuk kebajikan penduduk, peluang untuk belia serta usaha membangunkan tanah pertanian sekiranya diberi mandat. #KekalHARAPAN #MemaknaiHARAPANRakyat #UndiHARAPAN #PRNNegeriSembilan #N16SeriMenanti
Malaysiakini (BM)17,488 просмотров • 6 дней назад

Ahli Parlimen PKR, Hassan Karim berkata beliau kini berada dalam "zon bahaya" selepas secara terbuka menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan susulan isu pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP). Hassan berkata, beliau tidak akan membuat sebarang penjelasan lanjut kerana pendiriannya mengenai isu itu sudah dinyatakan dengan jelas. Ahli Parlimen Pasir Gudang itu berkata demikian ketika KiniTV meminta reaksinya terhadap penjelasan Anwar di Dewan Negara semalam berhubung kerugian pelaburan KWAP. Sumber video: #malaysiakini #malaysianpolitics #fyp #AhliParlimen #PKR #HassanKarim #zonbahaya #secaraterbuka #PMX #AnwarIbrahim #meletakjawatan #MenteriKewangan #isupelaburan #KumpulanWangPersaraanDiperbadankan #KWAP #penjelasan #jelas #reaksi #DewanNegara #kerugian
Malaysiakini (BM)27,699 просмотров • 11 дней назад

Penduduk Taman Dato’ Harun menyuarakan kebimbangan terhadap pembinaan sebuah kuil di kawasan perumahan yang didakwa majoritinya dihuni masyarakat Melayu dan beragama Islam, melibatkan isu sensitiviti agama serta keharmonian komuniti. Mereka turut mempersoalkan proses kelulusan yang didakwa tidak dimaklumkan secara menyeluruh, dan berharap Kerajaan Negeri Selangor dapat memberi perhatian bagi memastikan perpaduan masyarakat terus terpelihara. Sumber video: #malaysiakini #malaysianpolitics #fyp #TamanDatoHarun #kebimbangan #pembinaan #kuil #kawasanperumahan #majoriti #masyarakatMelayu #agamaIslam #sensitiviti #agama #keharmonian #komuniti #KerajaanNegeriSelangor #memberiperhatian #perpaduan #masyarakat #terpelihara
Malaysiakini (BM)307,009 просмотров • 5 месяцев назад

Saksi utama skandal rasuah Sabah yang dikenali sebagai Albert menepis dakwaan kononnya dia mahu memonopoli lesen perlombongan di Sabah. Albert menegaskan dirinya bukan ahli politik dan tiada niat menjatuhkan kerajaan. Dia hanya mahu berniaga secara sah di Sabah, namun mendapati lesen perlu melalui orang politik dan sebuah syarikat yang dikawal ketua menteri. Albert mendakwa dia ditekan untuk membantu proses tersebut, atau tidak akan dibenarkan berniaga di Sabah. Sumber video: #malaysiakini #malaysianpolitics #fyp #saksiutama #skandal #rasuah #Sabah #Albert #menepis #dakwaan #monopoli #lesenperlombongan #menegasdiri #bukanahlipolitik #tiadaniat #menjatuhkan #kerajaan #berniaga #secarasah #melaluiorangpolitik #syarikat #dikawal #ketuamenteri
Malaysiakini (BM)664,215 просмотров • 1 год назад

Gabungan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional dijangka mempunyai kelebihan untuk menguasai Pilihan Raya Negeri Negeri Sembilan. Bekas Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming meramalkan BN-PN berpotensi memenangi antara 23 hingga 25 kerusi daripada 36 kerusi DUN yang dipertandingkan. Sumber video: #malaysiakini #malaysianpolitics #fyp #BarisanNasional #PerikatanNasional #dijangka #kelebihan #menguasai #PilihanRayaNegeri #NegeriSembilan #Bangi #OngKianMing #meramalkan #BNPN #berpotensi #DUN
Malaysiakini (BM)11,681 просмотров • 5 дней назад

Krisis institusi di Negeri Sembilan semakin memuncak apabila Pengerusi UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias tampil bersuara lantang mempertahankan tindakannya yang dituduh sebagai “derhaka” dan “gila kuasa”. Dalam perbincangan ini, beliau menegaskan bahawa menarik sokongan kepada Menteri Besar bukanlah satu penderhakaan, sebaliknya isu sebenar ialah kegagalan kepimpinan negeri mengurus konflik sehingga mencetuskan polemik besar yang kini diperdebatkan secara terbuka di media sosial. Beliau turut mendedahkan bagaimana krisis seumpama ini pernah berlaku sebelum ini tetapi berjaya diselesaikan secara berhemah melalui pendekatan institusi dan musyawarah. Saksikan pendedahan penuh tentang realiti politik, krisis kepimpinan dan masa depan Negeri Sembilan. Sumber video: #malaysiakini #malaysianpolitics #fyp #NegeriSembilan #UMNO #JalaluddinAlias #tampil #bersuara #lantang #dituduh #derhaka #gilakuasa #krisis
Malaysiakini (BM)15,972 просмотров • 8 дней назад

Beberapa daerah di Selangor dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan sejak awal pagi ini. Antara daerah terlibat ialah Sungai Buloh, Petaling Jaya dan Subang Jaya dengan 86 rumah terjejas, namun tiada mangsa dipindahkan. Kampung Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh sebanyak 80 buah rumah telah dinaiki air dengan kedalaman tiga kaki tetapi paras air dilaporkan semakin surut. Sumber video: #malaysiakini #malaysianpolitics #fyp #daerah #Selangor #banjirkilat #hujanlebat #berterusan #awalpagi #SungaiBuloh #PetalingJaya #SubangJaya #rumahterjejas #tiadamangsadipindahkan #KampungPayaJarasHilir #dinaikiair #parasair #surut
Malaysiakini (BM)584,236 просмотров • 1 год назад

Ratusan petani durian di Raub mengadakan bantahan terhadap unit penguatkuasaan Pahang (UPNP) hari ini. Mereka menuntut kerajaan negeri menghentikan operasi menebang pokok durian dan menghormati hak mereka. Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui mengingatkan pihak berkuasa bahawa perintah mahkamah yang dikeluarkan pada Mei 2023 melarang sebarang pemusnahan ladang sementara menunggu rayuan. Walaupun rundingan secara aman, operasi itu tetap diteruskan mendorong Chow dan petani berdepan dengan pegawai UPNP namun Chow diminta berunding secara terus dengan kerajaan negeri. Sumber video: #malaysiakini #malaysianpolitics #fyp #petani #durian #Raub #bantahan #unitpenguatkuasaanPahang #UPNP #menuntut #kerajaannegeri #menghentikanoperasi #menebangpokok #durian #AhliParlimen #Raub #ChowYuHui #pihakberkuasa #perintahmahkamah #melarang #pemusnahanladang #rayuan
Malaysiakini (BM)546,462 просмотров • 1 год назад

Desakan supaya Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, meletakkan jawatan kedengaran selepas Barisan Nasional (BN) mengumumkan kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Laungan tersebut tercetus ketika suasana di pusat operasi BN selepas pimpinan parti memaklumkan bahawa gabungan itu berjaya memperoleh kemenangan. Sumber video: #malaysiakini #malaysianpolitics #fyp #desakan #NgaKorMing #meletakjawatan #kedengaran #BarisanNasional #BN #mengumum #kemenangan #PilihanRayaNegeri #PRNJohor #tercetus #suasana #pusatoperasi #pimpinanparti #gabungan #berjaya #kemenangan
Malaysiakini (BM)29,462 просмотров • 21 дней назад