
Muhyiddin Yassin
@MuhyiddinYassin • 1,056,716 subscribers
Official Twitter of Muhyiddin Yassin, 8th Prime Minister of Malaysia 🇲🇾
Shorts
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinan-Nya kita dapat menyempurnakan ibadah berpuasa di bulan Ramadan. Semoga Allah menerima segala amal ibadah yang kita lakukan, memakbulkan doa dan menganugerahkan kita ganjaran Lailatul Qadar, insya-Allah. Pada kesemptan ini, saya dan isteri serta keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada seluruh umat Islam di mana pun mereka berada. Sambutan Aidifitri tahun ini mungkin paling mencabar bagi rakyat Malaysia. Dalam situasi kenaikan kos sara hidup yang berterusan sejak setahun lalu terutama harga bahan makanan, kos perkhidmatan, tarif elektrik dan beberapa jenis cukai lagi, persiapan raya sedikit sebanyak sudah pasti terjejas. Saya amat memahami keadaan ini dan berdoa semoga saudara saudari bersabar dan tabah menghadapi ujian ini. Dalam kita bergembira menyambut ketibaan Syawal, jangan sesekali kita lupakan saudara-saudara kita yang sedang diuji dengan kesukaran hidup, mala petaka, bencana alam serta penindasan sama ada di tanah air sendiri mahupun di tempat lain seperti di Palestin. Marilah kita sama-sama berdoa semoga pergolakan yang sedang berlaku akan segera berakhir dan mereka dapat kembali menikmati kehidupan yang sebenar, bebas, merdeka dan tidak lagi ditindas. Sempena Aidilfitri ini juga, jangan kita lepaskan peluang untuk mengeratkan silaturahim sesama kita dan kepada yang memandu sentiasa berhati-hati di jalan raya. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.
22,390 次观看