
Projek Hitam
@projekhitam • 57,168 subscribers
Crime || Economist || Business || Security || War || Malaysian || Writer of Gendang Perang https://t.co/q2XR0W3oxD https://t.co/nAT2od62DX
Shorts
Videos

Rasanya video ni didedahkan oleh bekas GISB, dan mungkin menjadi tontonan ahli-ahli muda. Ahli GISB hidup dalam dunia mereka sendiri, dan sangat kuat dari segi survivaliti ekonomi. Setakat ini intel tidak rasmi menunjukkan yang dana utama GISB adalah dari kutipan derma.
Projek Hitam976,420 views • 1 year ago

Operation Alpha Foxtrot (Aqsa Flood) 1. Sayap ketenteraan dari Hamas telah melancarkan serangan melalui elemen laut, darat, dan udara dan dipercayai fokus kepada sasaran sensitif seperti kem tentera dan perlabuhan. 2. Teori saya adalah, serangan roket dan raid dari Hamas ini adalah perang saraf untuk buatkan Gov dan rakyat Israel panik dan takut, seterusnya menyebabkan musuh jadi lumpuh untuk berfikir/bertindak (paralysis of analysis). 3. Hamas secara teori mungkin mampu menyerang lokasi sensitif, tetapi tidak mempunyai sumber yang cukup untuk menawan sektor tersebut bagi tempoh yang lama. IDF pasti akan menawan balik. 4. Jadi apa tujuan serangan jika Hamas hanya mampu menyerang/menawan bagi tempoh 72jam hingga 168 jam? 5. Mungkin Hamas arahkan supaya dilaksanakan serangan darat laut udara sebagai usaha untuk alih perhatian kerajan Israel supaya Briged Al Qassam boleh menculik individu berprofil tinggi dalam kerajaan Israel dan jadikan mereka tahanan perang. 6. Kaedah sama digunakan Mossad ; buru dan hapuskan jurutera, General, Komander tentera, atau individu berpengaruh dalam kerajaan, supaya organisasi musuh jadi lumpuh. 7. Saya harap Hamas culik pilot IDF seramai mungkin supaya Israel tiada pilot nak bawa jet pejuang, dan lumpuhkan sistem udara mereka. 8. Keep updating. Radio Silent
Projek Hitam812,426 views • 2 years ago

Outlaw Motor Club macam ni susah untuk dikawal sebab kebanyakan mereka jenis tough talk, kaya, dan kononnya high status. What is the point datang berseronok ke event, yang akhirnya mati kena rodok botol arak, hanya kerana gaduh mulut. I can still tolerate budak 20an main motor bising-bising, but susah nak brain lelaki umur nak masuk 40an yang lebih senduk dari kuah.
Projek Hitam697,634 views • 2 years ago

Operation Aqsa Flood : Dimana Kuasa Negara Islam? [Part 7] 1. 20 negara Islam termasuk Malaysia pernah mengadakan latihan ketenteraan berpangkalan di UAE, yang dikenali sebagai 'Ex North Thunder' pada tahun 2016. 2. 'Ex North Thunder' mendapat reaksi pelbagai pihak, dan menjadi antara latihan tentera terbesar di rantau Arab (dan negara Islam) 3. Kenapa tak serang saja Israel kalau kita pernah buat 'Ex North Thunder'? 4. Negara timur tengah ada banyak hubungan dengan Israel & US. Hubungan ekonomi, hubungan politik dan sebagainya. Sebab itu mereka tidak mampu untuk menyerang Israel. 5. Sejarah membuktikan bahawa Israel pernah diserang oleh Syria, Mesir dan Jordan selama 6 hari, dan hal ini menjadi saksi bahawa hanya pemimpin yang berani akan cuba membebaskan tanah suci tersebut. 6. Kalau negara Arab tak mahu bantu, kenapa negara islam yang Non-Arab tidak membantu? 7. Hal ini agak teknikal. Sebagai contoh, jika Malaysia, Indonesia,Brunei bertekad untuk melawan Isrel bagi membantu Palestin, tentera Msia memerlukan satu pangkalan (forward base) khas di timur tengah untuk landing jet, heli, dan tentera. 8. Jika tiada negara yang sudi sediakan Forwad Base kepada tentera Msia, Indonesia & Brunei, maka kita akan balik awal jet dan kereta perisai kita tak cukup minyak nak dihantar dari asia tenggara ke timur tengah. 9. Jika Iraq dan Libya tidak diserang dan tidak menjadi 'fail state', mungkin dua negara ini akan jadi Forward Base bagi membantu Palestin. 10. Kalau kita fikir balik, negara terkini yang hampir di Timur Tengah dan tidak tunduk kepada Isrel adalah Afghanistan. 11. Bayangkan jika satu hari nnti Afghanistan membuka 'Forward Base' di sana, dan mengajak semua negara Islam berkumpul di sana untuk menyerang Isrel...mungkin kita sangat hampir dengan kiamat. 10. Negara Islam secara umumnya mempunyai kemampuan untuk berperang, namun terbatas dari segi perlaksanaanya atas faktor politik dan ekonomi. 11. Sebenarnya banyak juga black ops yang dibuat khas untuk membantu pejuang Palestine dari pelbagai negara seperti pemberian senjata dan latihan ketenteraan khas. 12. Kepada Allah SWT kita serahkan batang leher musuh kita untuk dibinasakan. 13. Radio silent
Projek Hitam550,148 views • 2 years ago

Operation Aqsa Flood : Perang Akan Bermula [Part 8] 1. Saya MIA untuk banyak hari kerana tuntutan kerja, namun sentiasa update dengan kolektif intel terkini dari Irfan_newboys🇲🇾🇵🇸🏳️🏴 dan berita semasa. 2. Kini Iran declare perang terhadap Israel, dan negara ini mempunyai sejarah hitam yang belum terbalas. 5. Panglima, pegawai tentera dan jurutera Iran ramai yang telah dibunuh oleh Mossad Israel. 5. Jika serang Israel, pemimpin Iran akan menang dari segi moral dan politik kerana membela kematian warganya, selain menjadi negara Islam paling berani menyerang Israel sejak 1940an. 6. Hizbollah (militan tajaan Iran) juga aktif menyerang Israel dari sempadan Lubnan, dan mungkin Lubnan juga membantu Hizbollah kerana 'enemy to my enemy, is my friend'. 7. US pula telah standby 2,000 tentera Marin di Laut Merah, menunggu arahan sebagai QRF membantu Israel. 8. US berada dalam pelbagai dilema. Perlu fokus perang Ukraine dan support Israel. Politik US juga kacau bilau dengan tekanan. Hingga kini, US masih belum ada Speaker untuk mengemudi Senate. 9. Jika US tak support Israel, maka US selaku superpower akan hilang kuasa di Middle East kerana Israel adalah spy US untuk memantau negara arab yang lain. 10. Jadi selain dari Palestin (Hamas) dan Israel, hampir semua pihak juga ada motif untuk berperang. 11. Berperang juga memerlukan sekutu. Lebih ramai sekutu lebih baik. Jika perang berlaku antara Palestin & Israel, US sudah pasti membentuk pakatan bersama negara NATO dan sokong Israel. 12. Iran pula akan mencari rakan sekutu lain. Sama ada negara OIC, China atau Rusia. China sudah pasti tidak akan lepaskan peluang ini untuk tunjuk kuasa sebagai 'Naga Asia' 13. Perang Dunia ke-3 mungkin akan terjadi dan lokasinya adalah di Timur Tengah. 14. PMX pada masa ini kena proaktif dan arahkan Wisma Putra dapatkan intel terkini dari duta Msia di Mesir dan Jordan. Dapatkan SITREP setiap 5 jam dan CC terus ke Panglima ATM, so Panglima boleh get ready aset untuk deploy bantuan. PMX will get lots of political credit in one move. *** 15. Secara peribadi, Israel perlu diberi satu 'serangan kilat' yang besar. No more talk, no more dialog. Just direct fire. 16. Satu black ops boleh dibuat jika negara arab mahu serang Israel tapi risau kena backfire. Mereka boleh aktifkan serangan jet kamikaze terus ke pusat pentadbiran Israel & base tentera udara Israel (rujuk Pearl Harbor) 17. Setelah serangan dibuat, maka negara Arab yang terlibat boleh terus cakap yang pilot kamikaze itu bertindak sendiri dan berlepas tanpa kebenaran (cuci tangan). 18. Jika diserang dua lokasi ini di Israel, maka serangan Israel akan sedikit lumpuh kerana pusat pentadbiran adalah tempat merancang dasar dan simbol kuasa Israel (seperti Putrajaya). Manakala air base adalah tempat simpan dan landing jet. Kalau jet atau landasan rosak, kuasa udara Israel akan flop. 19. Semoga Allah menanam rasa berani dalam hati kita semua. 20. Radio Silent
Projek Hitam441,869 views • 2 years ago

Rentetan kes culik Presiden Venezuela oleh US Delta, so segelintir pihak mula panik. Sejarah tunjuk Fidel Castro berjaya lari dari US hampir 50 tahun dan survive, guna kaedah risik balas dan decoy yang mantap. Kita akui yang US ada high tech capable, tapi 'berjaya mengesan' dan 'berjaya neutralize' membawa perbezaan yang besar dalam context perang. So, matlamat kecil kita adalah walaupun kita berjaya dikesan, tapi tak berjaya bunuh kita. *Latihan evacuation UTK di Putrajaya. Harap lepas ni boleh bawa lari masuk hutan pula untuk fasa SERE
Projek Hitam59,531 views • 5 months ago

Beberapa minggu sebelum ini, berlaku sedikit class war antara IGP dan pegawai dipimpinnya. Its good image to show that IGP juga turun ke ground, dan mahir baca SD dan jawab radio set sendiri. "True king know how ride a horse and cut enemy head with his own hand"
Projek Hitam240,331 views • 2 years ago

Apa beza 10 Briged Para dengan Komando pada pandangan Panglima Tentera Darat? Komando dihantar untuk masuk ke kawasan musuh tak kurang dari 6 hingga 12 orang sahaja. Lepas tu mereka akan duduk di lokasi, kumpul maklumat, memerhati, tanda kawasan, analisis struktur tanah/musuh/aset musuh, hantar SITREP pada HQ dan lain-lain tugas secara senyap. Selesai tugas, komando akan ditarik keluar dari lokasi. Then, berpandukan intelligent dari komando, Panglima akan arahkan 10 Briged Para untuk menyerang/menawan kawasan yang telah ditanda oleh komando tersebut. 10 Briged Para akan dihantar dalam skala yang besar 100-200 orang kekuatan bersama aset gempur. 10 Briged Para akan dihantar secara pantas dari udara/laut. That why their name ada PAC (Pasukan Aturgerak Cepat).
Projek Hitam250,851 views • 2 years ago
1:04
Sensitive content
This media may contain sensitive content.