
saaranimohamad
@saaranimohamad • 1,265 subscribers
Menteri Besar Perak. Towards Perak Sejahtera 2030🇲🇾
Videos

Sekitar perasmian Loji Janakuasa Tenaga Solar Berkapasiti 50MW di Parit Buntar, Daerah Kerian. Perasmian ladang solar oleh Asiabina ini adalah langkah awal menjadikan Daerah Kerian sebagai hab pembangunan teknologi tinggi dan hijau sebagaimana rancangan kerajaan dalam membangunkan Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) di daerah ini. Ladang solar berkapasiti 50MW ini mampu menjana tenaga hijau untuk 25,000 isi rumah setahun, mengurangkan 100,000 tan pelepasan karbon dioksida dan menjimatkan penggunaan elektrik setiap tahun. Kita sedang menggerakkan Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV) di Proton City, Tanjung Malim; Silver Valley Technology Park (SVTP) di Kanthan, Chemor; Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC) di Lumut dan kini, KIGIP di Kerian ini akan menjadi antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi di wilayah utara. Semoga segala rancangan & usaha baik kita untuk negeri ini akan menjadi kenyataan. Insha-Allah. #PerakSejahtera2030
saaranimohamad1,456,919 просмотров • 2 лет назад

Daulat Tuanku. Sekitar Perasmian Pusat Rehabilitasi Neuro-Robotik dan Sibernik Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Meru Raya, Ipoh oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah. Dengan kemudahan canggih serta tenaga pakar yang berpengalaman, pusat ini diyakini mampu membantu mempercepat proses pemulihan pesakit, sekali gus memberi sinar harapan baharu untuk mereka kembali menjalani kehidupan yang lebih berkualiti. Semoga pusat rehabilitasi ini dapat terus memberi manfaat kepada rakyat serta menjadi pemangkin kepada kecemerlangan perkhidmatan rehabilitasi negara. #PerakSejahtera2030
saaranimohamad28,809 просмотров • 29 дней назад

Selama ini saya pilih untuk berdiam dan cuba memujuk hati untuk bersabar, tetapi gelombang fitnah di luar sana begitu keras dan tajam. Pelbagai tohmahan dilemparkan seolah-olah kerajaan yang saya pimpin ini sedang menindas rakyat, malah saya dituduh mahu menghancurkan agama saya. Maka cabaran ini saya lontarkan. Bukan semata-mata mahu membersihkan nama, tetapi untuk mengajak wakil-wakil rakyat untuk berpolitik secara matang. Hendak berpolitik mencari pengaruh tidak mengapa, tetapi bukan dengan menghunus fitnah dan mehnah. Kerana percayalah ia tidak akan membangun ummah, malah memudarat dan memecahbelahkan rakyat dan negeri.
saaranimohamad33,148 просмотров • 1 год назад

Tersentuh hati ini apabila mendapat khabar berita kemalangan jalan raya yang telah mengorbankan 15 orang pelajar UPSI di Jalan Raya Timur Barat (Gerik-Jeli) awal pagi tadi. Mereka semua dalam perjalanan dari Terengganu kembali ke UPSI, Tanjung Malim untuk menjalani kelas setelah pulang bercuti Hari Raya Aidiladha. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat kesemua roh mangsa nahas tragedi yang amat menyedihkan ini. Saya menzahirkan ucapan takziah buat seluruh keluarga mangsa. Semoga dikurniakan ketabahan dan kekuatan atas kehilangan yang tiada galang ganti ini. Saya turut telah menyalurkan sumbangan RM 1,000 kepada setiap keluarga waris sebagai sumbangan ihsan dari Kerajaan Negeri Perak. Saya juga telah mengarahkan jabatan & agensi kerajaan berkaitan untuk menyediakan kelengkapan secukupnya buat keluarga waris yang menunggu jenazah di Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh termasuk makan & minum serta penginapan mereka & urusan penghantaran pulang jenazah. Saya tahu bukan semua di kalangan mereka datang dari keluarga yang senang. Sebab itu kerajaan negeri sedia bantu sehabis baik bagi memudahkan pengurusan keluarga mangsa tragedi ini. Mudah-mudahan Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mereka. Al-Fatihah.
saaranimohamad23,441 просмотров • 1 год назад

YB Trong bertanya kepada saya bila kerajaan negeri nak segerakan pembinaan Mahkamah Syariah di Gerik. Saya jawab mahkamah itu sudah lama tersergam di bumi Gerik - sudah 22 tahun. Harap rakan rakan wakil rakyat baik pembangkang mahupun kerajaan cakna terhadap apa jua isu yang disuarakan dalam Sidang Dewan Negeri. Supaya mudah-mudahan rakyat mendapat sebaik-baik pencerahan.
saaranimohamad21,381 просмотров • 1 год назад
Больше нет контента для загрузки