Syahredzan Johan's banner
Syahredzan Johan's profile picture

Syahredzan Johan

@syahredzan • 130,752 subscribers

Ahli Parlimen Bangi | Member of Parliament for Bangi 🇲🇾

Shorts

Di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi tadi. Orang tengah ceramah, ada pula sengaja main mercun. Provokasi? Nilai sendiri.

Di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi tadi. Orang tengah ceramah, ada pula sengaja main mercun. Provokasi? Nilai sendiri.

15,944 görüntüleme

Videos

syahredzan's profile picture

KENYATAAN MEDIA BERSAMA Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP *Sheikh Umar Bagharib Ali* *Syahredzan Johan* *Young Syefura Othman* 9 Ogos 2024 ---------- CERAMAH KEBENCIAN PAS/PN DI NENGGIRI - MENUDUH DAP SEBAGAI 'KAFIR HARBI' 1. Kami merujuk kenyataan dalam sebuah rakaman video yang tular yang memaparkan program ceramah PAS / Perikatan Nasional semasa Pilihan Raya Kecil Nenggiri. Ceramah tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Bachok, YB Syahir Sulaiman dan juga Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa. 2. ⁠Dalam ceramah tersebut, seorang individu yang kami percaya mempengerusikan majlis telah mengeluarkan kenyataan bahawa DAP adalah 'kafir harbi di Malaysia'. 3. ⁠Kami mengecam sekeras-kerasnya kenyataan ini. DAP adalah sebuah parti politik yang sah dan mempunyai keanggotaan daripada pelbagai kaum. Ini termasuk anggota parti yang beragama Islam. 4. Adapun istilah ‘kafir harbi’ merupakan istilah fiqah klasik yang muncul dalam konteks zaman wujudnya ancaman perang dan bunuh dari negara orang kafir (darul harb) keatas negara umat Islam (darul Islam). Golongan kafir ini diklasifikasikan sebagai 'kafir harbi' dan halal darahnya untuk diperangi demi mempertahankan kedaulatan diri dan tanah air umat Islam. 5. ⁠Justeru, kenyataan melampau yang muncul menerusi rakaman video ceramah PAS di Nenggiri itu adalah sesuatu perbuatan takfiri terhadap ahli-ahli parti DAP yang beragama Islam yang langsung tidak boleh diterima. 6. ⁠Kami dengan ini menuntut supaya individu dalam rakaman video tersebut meminta maaf terhadap semua ahli parti DAP yang beragama Islam yang telah dihukum sebagai kafir oleh beliau. Pada masa yang sama, kami menuntut supaya kepimpinan PAS dan Perikatan Nasional supaya menyatakan pendirian mereka sama ada mereka bersetuju dengan kenyataan melampau individu tersebut. Sekiranya tidak, PAS dan Perikatan Nasional turut digesa untuk mengecam kenyataan tersebut. 7. ⁠Kami juga menggesa supaya pihak Perikatan Nasional berkempen dengan matang dan sejahtera, dan bukannya memainkan politik kebencian seperti ini. TAMAT Rara ✨ Sheikh Omar Ali

Syahredzan Johan

77,916 görüntüleme • 2 yıl önce

Daha fazla içerik yok.