
tv3malaysia
@tv3malaysia • 1,065,775 subscribers
Sejak penubuhan pada tahun 1984,TV3 Registration Number: 198301011326 (106645 T) kekal sebagai siaran terestrial nombor satu di Malaysia.
Shorts
Videos

Setelah sekian lama azan di TV3 menjadi panduan harian umat Islam. Kini, memperkenalkan seruan azan versi baharu yang lebih segar dan inovatif, dengan penggunaan AI. Azan baharu yang dibawakan dengan kemerduaan suara Sheikh Abdul Karim Umar Al Makki ini akan mula siaran mulai hari ini. #InspirasiRaudhah #PanggilanJiwaPenghubungIman
tv3malaysia3,772,609 次观看 • 1 年前

Rindu tak berpenghujung. Seorang bekas peguam, N. Pathmanabhan & dua or lagi rakan subahatnya dikekalkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Persekutuan kerana membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya & 3 yang lain; pegawai bank, Noorhisham Mohamad, peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, dan pemandu, Kamaruddin Shamsuddin. Pembunuhan kejam keempat-empat mangsa yang terjadi pada bulan Syawal tahun 2010 mendapat perhatian meluas, apatah lagi mayat kesemua mereka dibakar sehingga rentung dan menjadi abu. Fail Mahkamah | Rabu | 9.00 Malam Strim sekarang melalui Tonton atau aplikasi Tonton! #FailMahkamah
tv3malaysia775,969 次观看 • 1 年前
0:35
Sensitive content
This media may contain sensitive content.

Saksikan Fail Mahkamah, 9.00 malam di TV3! Seorang kanak-kanak menjadi saksi ibunya dikelar, sebelum dirogol oleh perompak yang dikenali keluarga itu. Mangsa, Yashmin Fauzi mati ketika dirawat di Hospital Gua Musang. Sebelum menemui ajal, Yashmin sempat menulis nota yang menyatakan pelaku jenayah kejam itu, dibantu seorang jururawat hospital. #FailMahkamah
tv3malaysia742,324 次观看 • 1 年前

Dari kedalaman 1,300 meter di perut bumi hingga ke laut dalam perairan Sabah, PFLNG 2 mencipta sejarah sebagai teknologi pertama dunia yang memproses gas asli terus menjadi cecair di tengah lautan. Dalam kitaran masa kritikal 12 hari, loji terapung ini perlu memenuhkan lapan tangki gas sebelum gas asli cecair dipindahkan ke kapal pengangkut LNG MISC untuk dieksport ke Jepun, China dan Korea Selatan. Di sebalik operasi berskala global ini, setiap proses sarat dengan risiko, termasuk detik paling mencemaskan apabila dua kapal gergasi merapati antara satu sama lain, di mana kesilapan kecil atau perubahan cuaca mendadak boleh mengundang bencana. Bagaimana teknologi, kepakaran dan disiplin tinggi kru menjadi benteng keselamatan dalam operasi berisiko tinggi ini? Saksikan pendedahan eksklusif Merintis Horizon dalam #Majalah3, Isnin, jam 9 malam di TV3. Strim juga melalui atau aplikasi Tonton.
tv3malaysia88,495 次观看 • 7 个月前

