
Wan Ahmad Fayhsal
@wanfayhsal • 14,266 subscribers
MP of Machang, Kelantan.
Shorts
Videos

MANA JANJI KERAJAAN MADANI KEPADA PENGHANTAR MAKANAN P-HAILING? Lepas Solat Jumaat tadi saya telah dijemput oleh sekumpulan anak muda penghantar makanan p-hailing Grab untuk menerima aduan dan memorandum mereka berkenaan kadar upah asas (base rate) yang semakin menekan punca rezeki mereka. Dalam keadaan ekonomi rakyat semakin parah dengan harga barang yang semakin mahal - kebajikan para pekerja ekonomi gig seperti penghantar makanan ini amat-amat terjejas. Mereka tidak akan buat protes terbuka seperti ini melainkan benar-benar terdesak. Lebih malang mereka menuntut JANJI PENYELESAIAN yang diberikan oleh Perdana Menteri pada Julai tahun lalu! Di mana Menteri-Menteri terlibat? Mengapa diam seribu bahasa? Apa keputusan rundingan antara pihak kerajaan dan Grab? Riders tuntut pembelaan yang wajar! Kami ahli-ahli parlimen Perikatan Nasional akan terus memperjuangkan suara dan nasib golongan pekerja ekonomi gig khususnya anak muda dalam P-Hailing dan E-Hailing! #MahalDahNi #JanjiPalsu
Wan Ahmad Fayhsal2,689,105 Aufrufe • vor 2 Jahren

Kami berhimpun, bermunajat dan rapat umum demi menzahirkan kecintaan kami kepada Baginda Rasulullah ﷺ, kepada Syariat Islam yang WAJIB dipertahankan bukan saja dengan harta tapi juga nyawa kita! Doakan keputusan harini memihak kepada umat Islam yang mahukan Islam diamal laksanakan secara syumul (menyeluruh) bukan Islam yang dipengaruhi sekularisme dan warisan penjajah! #selamatkansyariah
Wan Ahmad Fayhsal827,892 Aufrufe • vor 2 Jahren

I said the same exact thing in parliament on Thursday. Was ready to debate Tengku Zafrul 🇲🇾 but he wasn’t there due to APEC. I am pretty sure the full text wasn’t presented to the cabinet. If not this won’t happen. No way UMNO ministers like DS Ahmad Zahid Hamidi, Tok Mohamad Haji Hasan, DS Johari Abdul Ghani and others will allow this to be approved and sanctioned!
Wan Ahmad Fayhsal209,035 Aufrufe • vor 7 Monaten

𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐈𝐊 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐏𝐍 𝐯𝐬 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐈𝐊 𝐓𝐎𝐍𝐆 𝐁𝐀𝐁𝐈 𝐏𝐇 Lain yang diminta, lain yang diberi; lain yang dijanji, lain pula yang dinyanyi! Agenda Reformasi 20 tahun dibakul sampahkan kerana takutkan bayang-bayang: kamu sudah memiliki 2/3 sokongan ahli parlimen, apa keperluan MOU untuk dirundingkan? Jelas MOU ini adalah perangkap untuk memandulkan pembangkang. Satu bentuk muslihat demi mengekang kemaraan PN yang mendapat sokongan rakyat dalam menentang petualang dan pengkhianat agama, bangsa dan tanah air. Sebab itu kamu takut kami bercakap soal Melayu, Islam atas alasan ianya hasutan walhal ancaman-ancaman ini adalah kebenaran!!! Dana Peruntukan Pembangunan Parlimen bukan duit kamu, ianya duit pembayar cukai rakyat Malaysia yang perlu diagih secara adil dan saksama! Semua negeri pembangkang tidak letakkan sebarang syarat, rundingan apatah lagi MOU untuk wakil rakyat pembangkang terima peruntukan. Kenapa PN boleh buat, PH tidak boleh??? Jawapannya ialah pada makna POLITIK/POLITICS: WHO gets WHAT, HOW and WHEN! Politik PN: Politik Adil dan Madani (Sebenar): peruntukan diberikan TERUS: tak perlu ❌ rundingan, MOU! Politik PH: Politik Tong Babi (Pork Barrel Politics): rundingan, MOU matikan, mandulkan demokrasi; kalau sokong PMX dapat peruntukan, tak sokong pergi mati rakyat kamu: sifat zalim, jahat: check!✅ 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐊 𝐍𝐀𝐊 𝐌𝐎𝐔, 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐍𝐀𝐊 𝐑𝐔𝐔 𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐌𝐄𝐍! #HarapanPalsu #MadaniZalim #HakRakyat #WangRakyat #TolakRasuahPolitik #PeruntukanParlimen
Wan Ahmad Fayhsal415,263 Aufrufe • vor 1 Jahr

Sidang media Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional berhubung kes pengurusan jenazah allahyarham adik Muhammad Adam Mikhail yang ditahan dan disimpan di dalam peti sejuk mayat selama 16 hari kerana ibu bapanya tidak mampu bayar bil perubatan. Kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak berperi kemanusiaan dan tiada belas ihsan oleh pihak pengurusan hospital. Tidak sepatutnya perkara ini berlaku sama sekali khususnya di negeri yang kaya seperti Selangor. Pihak hospital perlu tampil beri penjelasan kepada semua mengapa hal ini boleh berlaku dan Kementerian Kesihatan perlu bertindak siasat dan ambil tindakan sewajarnya! #hospital #jenazah
Wan Ahmad Fayhsal346,918 Aufrufe • vor 1 Jahr

Alhamdulillah apa PMX Anwar Ibrahim utarakan semalam di Vladivostok, saya telah utarakan hal yang sama 3 bulan lalu di St. Petersburg malah lebih banyak lagi cadangan dasar dan polisi yang dapat tingkatkan nilai perdagangan dan hubungan dua hala antara Malaysia-Russia; juga ASEAN-BRICS. Demi 🇲🇾 kita bersetuju dalam hal kepentingan bersama.
Wan Ahmad Fayhsal340,787 Aufrufe • vor 1 Jahr

Usul tergempar saya telah ditolak secara rasmi berdasarkan aturan sidang kali ini tapi saya yakin kita boleh sama-sama yakinkan Tuan Yang Dipertua untuk beri ruang dalam membahaskan isu ini kerana rakyat benar-benar ingin tahu kebenaran. #SelamatkanMalaysia
Wan Ahmad Fayhsal409,136 Aufrufe • vor 2 Jahren

YB Menteri DAP,Anthony Loke dan YAB DS Anwar Ibrahim jangan taichi masalah penjualan saham MAHB ini! Bangkangan dan bantahan bukan sekadar daripada parti pembangkang tetapi juga puluhan NGO yang perjuangkan nasib Palestin! Hentikan penjualan saham ini! Pertahankan maruah negara! Jangan sekongkol dengan Blackrock untuk miliki pegangan dalam aset strategik negara! This is BEYOND RINGGIT AND CENTS! #MAHB #blackrock #blockout
Wan Ahmad Fayhsal301,502 Aufrufe • vor 2 Jahren

Kelantan contoh perpaduan terbaik! Salah satu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Poey Sit di Pulai Chondong, Machang mempersembahkan dikir barat. Salah satu seni budaya ore Kelate. Tahniah kepada pelajar yang dapat jadi tuke joro dalam loghat Kelate. Tak dop bunyi pelat sikit habuk. Benarlah apabila duduk di negeri Kelate semua adalah “Ore Kelate”. Kami Ore Kelate! #Machang #Machester #SekKito Kredit: FB Newky Jeff
Wan Ahmad Fayhsal268,871 Aufrufe • vor 2 Jahren

Ketepikan perbezaan. Utamakan rakyat. Ini bukan masa menunding jari. Kita perlukan segala jenis bantuan keperluan asas kerana masih banyak belum mencukupi. Bagi yang ingin menyumbang buat kami salurkan terus kepada mangsa banjir di 23 buah PPS, 3,000 ++ mangsa di Machang boleh salurkan: 𝐂𝐈𝐌𝐁 𝐁𝐀𝐍𝐊 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐌𝐀𝐂𝐇𝐀𝐍𝐆 - 𝟖𝟔𝟎𝟓𝟓𝟎𝟎𝟖𝟑𝟕. 𝐑𝐮𝐣𝐮𝐤𝐚𝐧: 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑 Semoga Allah permudahkan urusan kita semua! #banjir #machang #wanfayhsal #TeamWAF #parlimenmachang #p029
Wan Ahmad Fayhsal182,120 Aufrufe • vor 1 Jahr

𝐊𝐀𝐏𝐀𝐋 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐒 𝐏𝐀𝐓𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐋𝐀𝐆𝐈…𝐒𝐈𝐀𝐏𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐆𝐉𝐀𝐖𝐀𝐁???!! Semalam kapal terbang MAS terpaksa patah balik. Ini dah kali ke-5 insiden yang mengancam keselamatan berlaku. Siapa salah? Apa punca??!! Jawapannya banyak pada Menteri Pengangkutan kita yang izinkan SIAEC pancing (poaching) pekerja teknikal MRO MAS mudah-mudah! Patutnya Anthony Loke kenalah pertahankan MAS dulu dengan letak syarat yang ketat kepada SIAEC!!! Anthony Loke (Menteri DAP) ni Menteri Pengangkutan Malaysia ke Singapura? Cuba jawab! #BahayaUMDAP #MAS #MalaysiaAirlines #DAP #AnthonyLoke #SIAEC #KhazanahNasional #Politik #Madani #WanFayhsal #ArmadaBersatu #PNBest #KapalTerbang #MRO #Subang
Wan Ahmad Fayhsal194,353 Aufrufe • vor 1 Jahr

‘𝐇𝐚𝐝𝐢𝐚𝐡’ 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚𝐚𝐧𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐃𝐀𝐏 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐝𝐚𝐧𝐢! Kegagalan teknikal syarikat penerbangan negara kita Malaysia Airlines (MAS) yang semakin parah akhir-akhir ini bukanlah sesuatu yang kecil seperti yang didakwa Menteri Pengangkutan dari DAP, Anthony Loke. Punca masalah adalah KEGAGALAN Kerajaan Madani melindungi kepentingan negara dalam sektor penerbangan awam sehingga memberikan “sweet heart deal” kepada pesaing MAS (dalam hal ini Singapore Airlines) yang membolehkan mereka bersaing secara tidak adil. Kegilaan apakah ini? Kita bukan tolak pelaburan tapi bak pepatah Melayu: kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan! Apakah benar ada kospirasi nak menjahamkan MAS dari dalam? Bagaimana Menteri Pengangkutan dan Kabinet Kerajaan Madani boleh luluskan urus niaga yang jelas merugikan MAS??!!! Ini rupanya hadiah Kemerdekaan Madani buat kita! Rakyat harus bangkit menentang urus niaga buluh kasap melibatkan MAHB dan kini MAS! Dua-dua sedang dirosakkan! #weekasiong #anthonyloke #wanfayhsal #kapalterbang #malaysiaairlines #singaporeairlines #malaysia #singapore #mro #merdeka #independence #mahb #dap
Wan Ahmad Fayhsal193,605 Aufrufe • vor 1 Jahr

UMDAP Machang hantar orang veteran ketar-ketar tangan suruh rekod nak sebar fitnah konon program Merdeka DUN Kemuning anjuran YB Ahmad Zakhran tak ramai hadir. Jijik politik kamu ini. Kalau anak jantan berdepan dengan kami, bukan curi-curi! 😄 #munafikpolitik #umdap #bacul #Machang #merdeka #ybz #kemuning #wanfayhsal
Wan Ahmad Fayhsal174,454 Aufrufe • vor 1 Jahr

𝐊𝐞𝐫𝐮𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐒𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐥 “𝐁𝐚𝐭𝐮 𝐇𝐢𝐭𝐚𝐦”: 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚𝐚𝐧 “𝟏𝐌𝐃𝐁” 𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢 𝐀𝐧𝐰𝐚𝐫 𝐈𝐛𝐫𝐚𝐡𝐢𝐦??? Kami telah perolehi dokumen dalaman daripada beberapa pemegang taruh MAHB bahawa mereka juga tidak bersetuju dan rela nilai saham MAHB dijual serendah RM 11 sesaham. Kegilaan urus niaga penswastaan yang dipacu oleh Khazanah, KWSP ini seperti penjelasan daripada dokumen tersebut bakal membawa kerugian sehingga RM 4.9 BILION wang rakyat! Nampaknya pihak kerajaan Madani tidak endahkan teguran ini biarpun telah berkali-kali kami bangkitkan dalam Dewan Rakyat. Tahun depan PAC akan panggil dan siasat semua urus niaga ini. Kalau FashionValet boleh dituduh sebegitu rupa kerana kerugian yang kecil anak, bandingkan kerugian yang jauh lebih besar bakal berlaku kalau kerajaan terus paksa PNB, KWAP jual saham mereka dalam MAHB dengan nilai serendah itu. Siapa yang ketawa mengilai ke bank kalau bukan “Batu Hitam”!!! Pencarum Melayu, Bumiputera dan Penjawat Awam bakal ditipu sekali lagi!!!! #wanfayhsal #tolakblackrock #batuhitam #mahb #janganjualasetnegara #klia #kapalterbang
Wan Ahmad Fayhsal123,953 Aufrufe • vor 1 Jahr

Kami takkan masuk perangkap! Ini semua muslihat nak melumpuhkan Perikatan Nasional (PN) agar DAP terus kekal berkuasa! PN adalah benteng semak dan imbang segala kebobrokan kerajaan Campuran PH-BN. Kalau PN lemah maka hancurlah politik yang membela golongan terbanyak dan terpaling susah dalam negara! Ayuh Mahkota kita zahirkan protes demi ABATA! #PerikatanNasional #BersamaKitaBoleh #WanFayhsal #MadaniZalim #HarapanPalsu #MOU #PolitikMalaysia #HassanKarim #reformasidikorupsi #reformati
Wan Ahmad Fayhsal115,264 Aufrufe • vor 1 Jahr

Jawapan balas Menteri Kewangan Kedua, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, mengenai penjualan saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) jelas cuba meremehkan isu sebenar dan mengelirukan rakyat dengan naratif separuh benar. Beliau mendakwa bahawa KWSP tidak mengalami kerugian dalam penjualan saham MAHB, walhal hakikatnya KWSP telah rugi dari segi nilai sebenar aset dan potensi keuntungan masa depan. 1️⃣ Kenapa Dakwaan “KWSP Tidak Rugi” Itu Mengelirukan? 🔴 KWSP Jual Saham di Bawah Nilai Maksimum Potensinya • Menteri berhujah bahawa KWSP tidak rugi kerana menjual saham pada harga lebih tinggi daripada harga belian asalnya. • Namun, ini sengaja mengabaikan fakta bahawa KWSP menjual sahamnya sebelum proses penswastaan yang terbukti mampu menyebabkan nilai saham meningkat dengan ketara selepas diluluskan Perjanjian Pengurusan (OA) sampai 2069. • Sekiranya KWSP mengekalkan pegangan, nilai asetnya akan jauh lebih tinggi selepas pengumuman penswastaan oleh Khazanah, KWSP dengan BlackRock-GIP. 🔴 Kehilangan Potensi Keuntungan (Opportunity Cost) Tidak Diambil Kira • Saham MAHB melonjak selepas pengumuman pengambilalihan. KWSP, sebagai pelabur besar, sepatutnya menganalisis potensi kenaikan nilai sebelum menjual sahamnya. • KWSP seolah-olah tergesa-gesa menjual pegangan tanpa strategi pelaburan yang bijak, menyebabkan ia terlepas keuntungan yang boleh diperoleh. Atau sebenarnya memang ada udang disebalik batu mahu tekan (surpress) harga saham MAHB untuk jatuh lebih murah? 🔴 Siapa Yang Untung? • Jika benar KWSP tidak rugi, siapa yang paling mendapat manfaat daripada penjualan saham ini? • Jelas bahawa BlackRock-GIP mendapat manfaat kerana boleh membeli MAHB pada harga lebih rendah sebelum lonjakan harga akibat penswastaan. • Ini menimbulkan tanda tanya: adakah KWSP secara tidak langsung membantu syarikat asing mendapatkan pegangan MAHB dengan harga murah? 2️⃣ Peranan Amir Hamzah di KWSP Sebelum Jadi Menteri & Konflik Kepentingan? Sebelum dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua, Amir Hamzah adalah CEO KWSP dari 2021 hingga 2023. Ini bermaksud: ✅ Beliau bertanggungjawab ke atas banyak keputusan pelaburan KWSP sebelum memasuki kabinet. ✅ Beliau terlibat secara langsung dalam merangka strategi KWSP, termasuk polisi jualan saham besar-besaran seperti kes MAHB. ✅ Beliau kini mempertahankan keputusan KWSP yang dibuat semasa eranya – ada potensi konflik kepentingan. Ini menimbulkan persoalan serius: 👉 Adakah Amir Hamzah mempertahankan penjualan saham MAHB kerana ia sebahagian daripada dasar yang beliau laksanakan semasa mengetuai KWSP? 👉 Adakah keputusan ini dibuat berdasarkan kepentingan pencarum KWSP, atau terdapat faktor lain yang mempengaruhi tindakan tersebut? 3️⃣ Polisi “China Wall” KWSP – Alasan atau Perlindungan? Menteri juga menggunakan konsep “China Wall” dalam KWSP untuk menyatakan bahawa tiada campur tangan luar dalam keputusan pelaburan dana pencen ini. 🔴 Apa Itu Polisi China Wall KWSP? • Polisi ini kononnya memastikan keputusan pelaburan KWSP dibuat secara bebas daripada pengaruh politik atau kerajaan. • Ia dicipta bagi mengelakkan percanggahan kepentingan dalam keputusan pelaburan dan urus niaga saham. 🔴 Kenapa “China Wall” KWSP Tidak Relevan Dalam Kes MAHB? • Hakikatnya, China Wall tidak bermaksud keputusan KWSP bebas dari sebarang kesilapan atau kepentingan tertentu. • KWSP masih bertanggungjawab menjelaskan rasional di sebalik penjualan saham besar seperti MAHB, terutama apabila ia ternyata menguntungkan pihak luar lebih daripada pencarum sendiri. • Jika benar KWSP berfungsi secara bebas, kenapa keputusan ini secara tidak langsung memihak kepada entiti asing dalam penswastaan MAHB? PAC wajib panggil Menteri Kewangan Kedua untuk disiasat.
Wan Ahmad Fayhsal87,642 Aufrufe • vor 1 Jahr