Wan Ahmad Fayhsal's banner
Wan Ahmad Fayhsal's profile picture

Wan Ahmad Fayhsal

@wanfayhsal14,266 subscribers

MP of Machang, Kelantan.

Shorts

Di SK PAUH JAYA, DUN N.10 SEBERANG JAYA, PERMATANG PAUH, PULAU PINANG. Kertas undi klon dibuat oleh pihak PH. Ini adalah salah dari sisi undang2 SPR. Mohon semua viralkan ke media/presss. #tipuundi

Di SK PAUH JAYA, DUN N.10 SEBERANG JAYA, PERMATANG PAUH, PULAU PINANG. Kertas undi klon dibuat oleh pihak PH. Ini adalah salah dari sisi undang2 SPR. Mohon semua viralkan ke media/presss. #tipuundi

1,695,084 views

Ambil video sekerat cipta persepsi. Ini bacul dan pondan daripada puak UMDAP yang menyelinap masuk ke program rekod sekerat. Konon tiada orang. Walhal kami baru selesai berjalan 10,000 tapak di sekitar Bandar Machang. Faktanya memang hujan dan saya tidak menghina pun majlis di Putrajaya. Nampaknya puak UMDAP Machang tidak senang duduk, kalau nak lawan masuk secara jantan bukan cara main belakang seperti ini sebar fitnah seperti pondan.

305,375 views

Alhamdulillah dapat bersama Dua Negarawan Ulung: Tun M dan Tan Sri Ayah Chik. Hargailah mereka selagi mana Allah izinkan kita bersama mereka 🥹

Alhamdulillah dapat bersama Dua Negarawan Ulung: Tun M dan Tan Sri Ayah Chik. Hargailah mereka selagi mana Allah izinkan kita bersama mereka 🥹

80,212 views

Harakakdaily Teruskan memfitnah. Tak kira dosa pahala. Menyorok belakang akaun medial sosial pro-kerajaan. Hanya kerana kamu sedang jadi kerajaan kamu rasa selamat dan tidak akan dikena tindakan.

Harakakdaily Teruskan memfitnah. Tak kira dosa pahala. Menyorok belakang akaun medial sosial pro-kerajaan. Hanya kerana kamu sedang jadi kerajaan kamu rasa selamat dan tidak akan dikena tindakan.

34,918 views

Saya tanya semalam kpd Menteri KDN dlm parlimen: apakah ada SOP khusus dari PDRM untuk mengkritik, mengecam Benjamin Netanyahu dan Israel sbg Penjenayah Perang seperti dakwa Dr. Musa Nordin. Menteri jawab tak jelas. Nah, semalam bahan2 kecam Israel, Netanyahu kena ban di Axiata.

21,849 views

Videos

wanfayhsal's profile picture

𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐈𝐊 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐏𝐍 𝐯𝐬 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐈𝐊 𝐓𝐎𝐍𝐆 𝐁𝐀𝐁𝐈 𝐏𝐇 Lain yang diminta, lain yang diberi; lain yang dijanji, lain pula yang dinyanyi! Agenda Reformasi 20 tahun dibakul sampahkan kerana takutkan bayang-bayang: kamu sudah memiliki 2/3 sokongan ahli parlimen, apa keperluan MOU untuk dirundingkan? Jelas MOU ini adalah perangkap untuk memandulkan pembangkang. Satu bentuk muslihat demi mengekang kemaraan PN yang mendapat sokongan rakyat dalam menentang petualang dan pengkhianat agama, bangsa dan tanah air. Sebab itu kamu takut kami bercakap soal Melayu, Islam atas alasan ianya hasutan walhal ancaman-ancaman ini adalah kebenaran!!! Dana Peruntukan Pembangunan Parlimen bukan duit kamu, ianya duit pembayar cukai rakyat Malaysia yang perlu diagih secara adil dan saksama! Semua negeri pembangkang tidak letakkan sebarang syarat, rundingan apatah lagi MOU untuk wakil rakyat pembangkang terima peruntukan. Kenapa PN boleh buat, PH tidak boleh??? Jawapannya ialah pada makna POLITIK/POLITICS: WHO gets WHAT, HOW and WHEN! Politik PN: Politik Adil dan Madani (Sebenar): peruntukan diberikan TERUS: tak perlu ❌ rundingan, MOU! Politik PH: Politik Tong Babi (Pork Barrel Politics): rundingan, MOU matikan, mandulkan demokrasi; kalau sokong PMX dapat peruntukan, tak sokong pergi mati rakyat kamu: sifat zalim, jahat: check!✅ 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐊 𝐍𝐀𝐊 𝐌𝐎𝐔, 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐍𝐀𝐊 𝐑𝐔𝐔 𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐌𝐄𝐍! #HarapanPalsu #MadaniZalim #HakRakyat #WangRakyat #TolakRasuahPolitik #PeruntukanParlimen

Wan Ahmad Fayhsal

415,263 views • 1 year ago

wanfayhsal's profile picture

Jawapan balas Menteri Kewangan Kedua, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, mengenai penjualan saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) jelas cuba meremehkan isu sebenar dan mengelirukan rakyat dengan naratif separuh benar. Beliau mendakwa bahawa KWSP tidak mengalami kerugian dalam penjualan saham MAHB, walhal hakikatnya KWSP telah rugi dari segi nilai sebenar aset dan potensi keuntungan masa depan. 1️⃣ Kenapa Dakwaan “KWSP Tidak Rugi” Itu Mengelirukan? 🔴 KWSP Jual Saham di Bawah Nilai Maksimum Potensinya • Menteri berhujah bahawa KWSP tidak rugi kerana menjual saham pada harga lebih tinggi daripada harga belian asalnya. • Namun, ini sengaja mengabaikan fakta bahawa KWSP menjual sahamnya sebelum proses penswastaan yang terbukti mampu menyebabkan nilai saham meningkat dengan ketara selepas diluluskan Perjanjian Pengurusan (OA) sampai 2069. • Sekiranya KWSP mengekalkan pegangan, nilai asetnya akan jauh lebih tinggi selepas pengumuman penswastaan oleh Khazanah, KWSP dengan BlackRock-GIP. 🔴 Kehilangan Potensi Keuntungan (Opportunity Cost) Tidak Diambil Kira • Saham MAHB melonjak selepas pengumuman pengambilalihan. KWSP, sebagai pelabur besar, sepatutnya menganalisis potensi kenaikan nilai sebelum menjual sahamnya. • KWSP seolah-olah tergesa-gesa menjual pegangan tanpa strategi pelaburan yang bijak, menyebabkan ia terlepas keuntungan yang boleh diperoleh. Atau sebenarnya memang ada udang disebalik batu mahu tekan (surpress) harga saham MAHB untuk jatuh lebih murah? 🔴 Siapa Yang Untung? • Jika benar KWSP tidak rugi, siapa yang paling mendapat manfaat daripada penjualan saham ini? • Jelas bahawa BlackRock-GIP mendapat manfaat kerana boleh membeli MAHB pada harga lebih rendah sebelum lonjakan harga akibat penswastaan. • Ini menimbulkan tanda tanya: adakah KWSP secara tidak langsung membantu syarikat asing mendapatkan pegangan MAHB dengan harga murah? 2️⃣ Peranan Amir Hamzah di KWSP Sebelum Jadi Menteri & Konflik Kepentingan? Sebelum dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua, Amir Hamzah adalah CEO KWSP dari 2021 hingga 2023. Ini bermaksud: ✅ Beliau bertanggungjawab ke atas banyak keputusan pelaburan KWSP sebelum memasuki kabinet. ✅ Beliau terlibat secara langsung dalam merangka strategi KWSP, termasuk polisi jualan saham besar-besaran seperti kes MAHB. ✅ Beliau kini mempertahankan keputusan KWSP yang dibuat semasa eranya – ada potensi konflik kepentingan. Ini menimbulkan persoalan serius: 👉 Adakah Amir Hamzah mempertahankan penjualan saham MAHB kerana ia sebahagian daripada dasar yang beliau laksanakan semasa mengetuai KWSP? 👉 Adakah keputusan ini dibuat berdasarkan kepentingan pencarum KWSP, atau terdapat faktor lain yang mempengaruhi tindakan tersebut? 3️⃣ Polisi “China Wall” KWSP – Alasan atau Perlindungan? Menteri juga menggunakan konsep “China Wall” dalam KWSP untuk menyatakan bahawa tiada campur tangan luar dalam keputusan pelaburan dana pencen ini. 🔴 Apa Itu Polisi China Wall KWSP? • Polisi ini kononnya memastikan keputusan pelaburan KWSP dibuat secara bebas daripada pengaruh politik atau kerajaan. • Ia dicipta bagi mengelakkan percanggahan kepentingan dalam keputusan pelaburan dan urus niaga saham. 🔴 Kenapa “China Wall” KWSP Tidak Relevan Dalam Kes MAHB? • Hakikatnya, China Wall tidak bermaksud keputusan KWSP bebas dari sebarang kesilapan atau kepentingan tertentu. • KWSP masih bertanggungjawab menjelaskan rasional di sebalik penjualan saham besar seperti MAHB, terutama apabila ia ternyata menguntungkan pihak luar lebih daripada pencarum sendiri. • Jika benar KWSP berfungsi secara bebas, kenapa keputusan ini secara tidak langsung memihak kepada entiti asing dalam penswastaan MAHB? PAC wajib panggil Menteri Kewangan Kedua untuk disiasat.

Wan Ahmad Fayhsal

87,642 views • 1 year ago