Video yükleniyor...
Video Yüklenemedi
2029 SELAMATKAN NKRI DARI ANTEK ZIONIST #TolakCapresAntekZionist #TolakCapresAntekZionist
15,347 görüntüleme • 5 ay önce •via X (Twitter)
0 Yorum
Yorum bulunmuyor
Orijinal gönderinin yorumları burada görünecek
Benzer Videolar
0:19
Sensitive content
Jeritan Dari Tingkap Selamatkan Remaja Dikurung, Disyaki Diliwat Lelaki Tidak Dikenali SHAH ALAM – Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun melalui detik hitam apabila didakwa diikat, dikurung dan disyaki diliwat oleh seorang lelaki tidak dikenali dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bukit Kemuning di sini, Isnin lepas. Mangsa dikatakan berjaya diselamatkan selepas menjerit meminta pertolongan melalui tingkap rumah sebelum disedari jiran berhampiran. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 12 tengah hari. Menurut beliau, siasatan awal mendapati suspek dipercayai memperdaya mangsa dengan menawarkan pakej internet telefon bimbit sebelum mengajak remaja terbabit membantu mengangkat barang ke dalam rumahnya. “Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati mangsa dilihat berjalan bersama suspek sekitar jam 8.05 pagi. “Mangsa kemudian dipercayai diikat tangan dan kaki sebelum disyaki diliwat oleh suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata, ketika ditinggalkan bersendirian di dalam rumah itu, mangsa berjaya membuka ikatan sebelum menjerit meminta bantuan dari tingkap bilik. Jeritan mangsa didengari jiran yang kemudian bertindak menghubungi pihak polis bagi mendapatkan bantuan segera. Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan dan telah dibawa mendapatkan rawatan lanjut. Susulan kejadian itu, polis kini giat memburu suspek yang dipercayai masih bebas bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana mengurung secara salah, Seksyen 377C Kanun Keseksaan serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan.-MYNEWSHUB
MYNEWSHUB
185,524 görüntüleme • 2 ay önce
