正在加载视频...

视频加载失败

11,921 次观看 • 10 个月前 •via X (Twitter)

0 条评论

暂无评论

原始帖子的评论将显示在这里

相关视频

𝗙𝗟𝗘𝗫𝗜𝗠𝗔𝗥𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗨𝗠 Dua inisiatif utama Ayuh Malaysia akan buka pintu kepada orang ramai pada 1 November dan 8 November ini. Fleximart adalah sebuah kedai serbaneka yang memberi tumpuan kepada makanan siap di bawah RM5 dengan barangan runcit yang lain pada harga yang rendah. Kesum adalah sebuah kedai makan value-meal atas konsep “asal Kenyang, Sedap dan Murah” bersempena daun kesum dan singkatan kepada kenyang, sedap dan murah. Kesum akan menjual makanan sarapan, tengahari dan malam pada harga di bawah RM5. Kedua-dua kedai ini menggunakan konsep perusahaan sosial, iaitu perkongsian di antara penyumbang modal dan pekerja. Keuntungan akan dikongsi bersama di antara penyumbang modal, pekerja dan orang ramai. Lebih untung, lebih tinggi gaji pekerja dan keuntungan itu disumbangkan balik supaya harga dapat dikekalkan rendah. Saya tidak tahu sama ada model yang julung kalinya dibuat untuk kedai-kedai ini akan berjaya. Niat saya ialah membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak muda dan membantu orang ramai dengan menawarkan makanan dan barangan pada harga yang lebih murah. Jika dua eksperimen sosial ini berjaya, kami ada peluang yang lebih baik untuk mengembangkannya kepada lebih banyak cawangan. Lebih banyak cawangan dibuka, lebih banyak tawaran harga yang lebih rendah dan lebih banyak anak muda dilatih memiliki dan mengendalikan perniagaan sendiri. Saya jemput orang ramai untuk hadir ke pembukaan Fleximart pada hari Sabtu, 1 November 2025 jam 10 pagi di alamat 35, Jalan Plumbum U7/U, Seksyen 7, Shah Alam (sederet dengan Speedmart). Kesum akan dibuka pada 8 November 2025 jam 9 pagi di alamat 25, Jalan Pandan Indah 1/20, Pandan Indah (sederet dengan KM Bistro). Insya Allah saya akan buat kopi, sediakan makanan dan menjadi sebahagian dari krew Fleximart dan Kesum pada hari itu.

Rafizi Ramli

34,494 次观看 • 9 个月前

Selamat Datang di Indonesia Paus Fransiskus, Kami selaku muda-mudi Buddhis turut bermuditta atas kedatangan tokoh yang mengedepankan perdamaian dan toleransi nan indah di muka dunia ini.. Semoga energi positif dalam agenda kunjungan ke Indonesia ini dapat dirasakan oleh semua makhluk dan alam semesta 🙏 Video ini saat Paus Fransiskus bertemu dengan delegasi 100 biksu Buddha dari kuil Wat Phra Cetuphon di Bangkok pada beberapa bulan lalu, menekankan pentingnya kolaborasi antara Gereja dan umat Buddha untuk mengatasi tantangan global. Berkaca pada kunjungannya ke Thailand pada tahun 2019 dan Kolokium Budha-Kristen baru-baru ini, beliau menyoroti perlunya upaya bersama untuk menyembuhkan umat manusia dan Bumi. “Saat ini umat manusia dan Bumi, rumah kita bersama, memang terluka! Begitu banyak peperangan, begitu banyak orang yang kehilangan segalanya dan terpaksa mengungsi. Begitu banyak anak-anak yang terkena dampak kekerasan,” kata Paus. Beliau menegaskan kembali bahwa “tidak ada seorang pun yang diselamatkan sendirian” dan mendesak para biksu “untuk terus bekerja sama dengan semua orang” untuk mempromosikan perdamaian dan persaudaraan serta membangun dunia yang lebih inklusif. Paus memuji acara doa para biarawan yang akan diadakan di Roma dan mendorong mereka “untuk terus membina dialog dan kerja sama, khususnya dengan Gereja Katolik di Thailand, dalam semangat persahabatan yang langgeng.” courtesy EWTN Vatican

Young Buddhist Association

178,790 次观看 • 1 年前

𝗦𝗘𝗡𝗔𝗥𝗔𝗜 𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗔𝗪𝗔𝗟 𝗙𝗟𝗘𝗫𝗜𝗠𝗔𝗥𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗨𝗠 Kedai serbaneka Fleximart di S7, Shah Alam akan dibuka pada hari Sabtu, 1 November ini dan kedai makan value-meal Kesum di Pandan Indah akan dibuka pada hari Sabtu, 8 November. Bagaimana kami menentukan harga: 1) Kos bahan mentah 2) Kos barang runcit dari pembekal 3) Kos tidak langsung seperti sewa, gaji pekerja, utiliti 4) Kos perkongsian pra-keuntungan untuk dibayar kepada penyumbang modal 5) Banding dengan harga kedai-kedai lain 6) Tentukan margin agar harga sekitar yang termurah di pasaran Berikut adalah harga di Kesum: Semua juadah iaitu nasi lemak ayam, nasi minyak ayam, mee goreng, nasi ayam berempah, lempeng kari ayam dijual pada harga RM5 ke bawah. Berikut adalah harga di Fleximart: Aiskrim - RM1 per cone Kopi - antara RM2.90 ke RM4 secawan Mee kari & jus - RM5 Mee segera & condiments (bebola ikan dan lain-lain) & jus - RM5 Detergent (sabun basuh baju) - RM1 seliter, kuantiti flexi ikut sukatan sendiri Makanan siap dimakan dari Flexivending - semua di bawah RM5: Nasi lemak, Chicken wrap, Ayam Korea, Ayam cheese, Ayam goreng crispy, spaghetti carbonara, spaghetti bolognese, mee goreng basah telur mata, nasi goreng seafood, sandwich telur, sandwich tuna, sandwich ayam, roti sosej cheese Kalau tak percaya, boleh datang sendiri bila Fleximart mula dibuka pada 1 November dan Kesum pada 8 November ini.

Rafizi Ramli

20,700 次观看 • 9 个月前

𝗣𝗘𝗟𝗨𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗞𝗥𝗘𝗪 𝗙𝗟𝗘𝗫𝗜𝗠𝗔𝗥𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗨𝗠 Jika anda mencari pekerjaan yang fleksi dengan gaji yang bermaruah, ini peluang anda menyertai krew Fleximart dan Kesum yang akan dibuka pada 1 November dan 8 November ini. Fleximart ialah sebuah kedai serbaneka yang menawarkan makanan siap pada harga bawah RM5 dan menjual barang-barang runcit pada harga murah, seperti sabun pembasuh baju pada harga RM1 seliter. Kesum ialah sebuah kedai makanan value-meal yang menjual makanan untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam pada harga RM5 ke bawah. Setiap kedai Fleximart dan Kesum akan dikendalikan oleh 6 orang pekerja tetap dan 6 orang pekerja sambilan yang bekerja mengikut shif. Pekerja tetap bekerja tidak lebih dari 45 jam seminggu dan dibayar gaji RM2,000 sebulan termasuk sumbangan KWSP. Pekerja sambilan bekerja tidak lebih dari 20 jam seminggu dan dibayar gaji mengikut jam pada kadar mengikut undang-undang. Selain dari gaji pokok, pekerja juga akan mendapat perkongsian keuntungan mengikut kadar yang dipersetujui, supaya sebahagian untung dikembalikan kepada pekerja setiap bulan. Anda akan diberikan latihan, kami alu-alukan permohonan tidak kira latar belakang, terutamanya kepada golongan-golongan berikut: - Anak muda yang masih menganggur - Suri rumah yang berkelapangan untuk bekerja sambilan - Pelajar yang boleh buat kerja sambilan Fleximart akan dibuka di Seksyen 7, Shah Alam pada 1 November dan Kesum akan dibuka di Pandan Indah pada 8 November. Jika anda berminat, sila isi borang di sini: Atau boleh menghubungi terus Qimi di 019 7191993.

Rafizi Ramli

17,736 次观看 • 9 个月前