Sensitive content

This media may contain sensitive content.

Загрузка видео...

Не удалось загрузить видео

На главную

Anda kenal ?

362,703 просмотров • 1 месяц назад •via X (Twitter)

Комментарии: 0

Нет доступных комментариев

Здесь появятся комментарии из оригинального поста

Похожие видео

𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗧𝗘𝗥𝗣𝗔𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗚𝗔𝗚𝗔𝗟 Berita wajib tiap-tiap hari kebelakangan ini ialah “Rafizi Menteri Paling Gagal, Patut Bersara Dari Politik”. Seluruh media; dari media perdana ke media ceplos akan ulang perkara yang sama. Koordinasi berita-berita ini sangat baik. Sudah tentu serangan dan naratif “menteri gagal” ini disusun; ada kumpulan berpengaruh di belakang naratif ini. Sebabnya individu-individu yang buat serangan dan gesaan ini, orang pun tak kenal. Kalau tidak disusun, saya tak rasa media-media utama di negara ini sudi menghabiskan ruang media mereka melaporkan komen-komen mereka. Ini antara individu-individu yang disusun untuk mengulangi serangan - cuba tengok mana yang betul-betul anda kenal sebelum ini: Ng Lum Yong - konon pengasas PKR yang kemudian masuk MCA dan tiap-tiap hari maki Anwar Ibrahim sebelum ini Faizan Mohd Noor - konon aktivis politik? Eyh aktivis politik senang-senang masuk berita, berlambak lagi menteri yang berhari-hari media tak cover Mahmud Epah - yang dapat 721 undi sahaja dalam pilihanraya negeri Sarawak yang lepas Saya akan jawab tuduhan-tuduhan “menteri gagal” ini dalam Podcast YBM #42 hari Jumaat ini. Saya tidaklah terkejut dengan serangan-serangan ini kerana ia cubaan untuk mengalih perhatian. Tapi saya juga sedar saya pun ada banyak perkara yang gagal. Saya gagal berdiam diri bila saya rasa ada rasuah, lagi tinggi pangkat, lagi kuat saya bersuara. Sebahagian kegagalan saya itu ada kesan kepada masyarakat. Minggu ini, Dato’ Seri Najib diarahkan membayar lebih RM5 bilion kepada kerajaan akibat penyelewengan yang berlaku dalam 1MDB. Masa saya mula-mula dedah mengenai SRC dan 1MDB, ramai pencacai yang memaki fitnah, gagal, sotong dan macam-macam. Minggu ini, mahkamah membuktikan kegagalan saya itu ada kebenaran. Minggu ini juga, kenyataan saya yang menamakan Naib Presiden PKR, R Ramanan sebagai ahli parlimen yang menerima RM9.5 juta dari Victor Chin dalam kes mafia korporat masih tidak dicabar. Saya juga gagal dalam membodek. Kalau harga tidak membodek itu bermakna saya diserang, dimaki atau dicerca, saya gagal takut dan tidak sekali-kali akan membodek sesiapa pun yang berkuasa. Saya juga gagal berhenti walau disiasat, disaman, dikenakan tekanan. Jumlah kes dan siasatan yang saya terpaksa lalui sejak 2010 hingga sekarang sudah mencecah 20 kes, sebahagiannya menyebabkan saya dilokap dan dijatuhkan hukuman penjara. Tapi saya tetap gagal berhenti. Yang paling saya gagal ialah saya gagal meletakkan kepentingan peribadi dan keluarga saya setelah saya pikul amanah jadi ahli parlimen. Setelah anak saya diserang, isteri saya diugut, sepatutnya saya ikut saja apa yang mereka mahu - saya berhenti dari politik, cium tangan dan membodek, walaupun saya tahu ada perkara yang tidak kena. Tapi sebab saya sudah setuju untuk pikul amanah, mahu tidak mahu, selagi itulah saya perlu teruskan kegagalan saya. Biarlah gagal di mata manusia, apatah lagi di mata pencacai berbayar, daripada gagal di mata Allah.

Rafizi Ramli

21,732 просмотров • 3 месяцев назад