Загрузка видео...

Не удалось загрузить видео

На главную

Benda mudah

19,445 просмотров • 6 месяцев назад •via X (Twitter)

Комментарии: 0

Нет доступных комментариев

Здесь появятся комментарии из оригинального поста

Похожие видео

Atas kertas ekonomi nampak elok. Pelaburan masuk. Pertumbuhan kukuh. Mata wang mengukuh. Tapi kenapa bawah tak sorak. Sebab ramai orang tak rasa benda itu dalam hidup harian. Bila tak rasa, orang mudah anggap semua ini politik semata mata. Sebab itu bila kerajaan reformasi nak pilih reformasi mana yang paling penting, kena fikir apa yang paling atas dalam kepala rakyat. Bukan yang sedap atas kertas. Bukan pengumuman yang nampak canggih. Yang paling atas ialah kebebasan institusi penguatkuasaan. Orang nak tengok lantikan betul. Orang nak tengok pendakwaan bebas. Orang nak tengok keberanian mendakwa dan memenjarakan pimpinan besar. Dalam masa yang sama, persepsi rakyat tentang usaha lawan rasuah makin teruk. Dulu yang risau pasal rasuah kecil saja. Lepas dua tahun lebih, kebimbangan itu naik berkali ganda. Ini bukan sebab rakyat tiba tiba jadi sensitif. Ini sebab mereka nampak corak. Ada kes besar yang didakwa sekejap. Lepas itu senyap. Ada yang jadi DNAA. Ada yang akhirnya dilepaskan terus. Bila corak itu berulang, pengumuman macam had tempoh PM, FOI, Ombudsman jadi nipis kesannya. Rakyat akan cakap ini semua rundingan dalam kerajaan. Satu pihak dapat pengumuman. Satu pihak dapat kes selesai. Selagi bahagian paling asas itu tak berubah, iaitu penguatkuasaan yang benar benar bebas dan konsisten, angka makro susah nak jadi keyakinan rakyat. 👉 Tonton kupasan penuh isu ini di Podcast YBM Episod 30 di sini:

Rafizi Ramli

25,635 просмотров • 7 месяцев назад

Ramai tanya, kenapa tak boleh balik PKR? Tak boleh reconcile ke? Bukan soal merajuk. Bukan soal jawatan. Keputusan saya dah buat seawal April. Dua bulan sebelum mengundi pun, saya dah nampak ke mana arah permainan itu. Dua minggu selepas Datuk Seri Anwar umumkan “beri laluan mudah kepada Rafizi”, saya dah baca permainan itu. Mesej sebenar Datuk Seri Anwar ialah: “Saya tak nak you ada pengaruh dalam parti. Jadi teknokrat. Duduk diam. Terima jawatan Timbalan Presiden tanpa bertanding tapi dari cabang sampai MPP, semua orang saya.” Maksudnya apa? Duduk sorang-sorang dalam MPP. Kena maki, kena dengar, jadi rubber stamp. Depan cakap lain, belakang cakap lain, buat lain, umum lain. Saya tak masuk politik untuk menang. Tak masuk untuk jadi menteri. Tak masuk untuk pangkat. Saya masuk politik sebab saya rasa ada peranan untuk membetulkan keadaan. Dan bila parti itu sendiri dah sampai ke peringkat menipu anggota sendiri? Keanggotaan RM200 untuk jadi ahli baharu, laporan polis mengenai rasuah, setiausaha-setiausaha politik PM sendiri menggerakkan jentera, blockchain, fenomena kepala tanpa badan, sistem one member one vote dibuang dan diganti dengan sistem perwakilan. Bila sesebuah parti dah hilang benda paling asas, sense of fairness, parti itu dah rosak. Mencuri boleh. Menipu boleh. Salah guna kuasa boleh. Dah tak perlu tanya betul atau salah. Kepada yang kata “𝘵𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶 𝘭𝘦𝘱𝘢𝘴 𝘈𝘯𝘸𝘢𝘳, 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘣𝘦𝘵𝘶𝘭𝘬𝘢𝘯”, ingat Farhash dan Ramanan tak susun semuanya? Sistem yang ditipu sekali boleh ditipu lagi. Dah tak ada ruang. Kecuali saya pergi cium tangan. Tapi bukan sebab itu saya dalam politik. Panggil prinsip ke, merajuk ke, apa pun. Tapi garis merah itu dah dilanggar. Dan dilanggar dengan teruk sekali. Tonton kupasan penuh isu ini di Podcast YBM Episod 48:

Rafizi Ramli

85,213 просмотров • 2 месяцев назад