Video wird geladen...

Video konnte nicht geladen werden

Zur Startseite

Budak kurus struggle lain. Budak gemuk struggle pun lain. 🙂‍↔️ Tapi dua-dua boleh nampak stylo kalau tahu pilih baju ikut bentuk badan. tak kisah la kau team kurus atau team chubby, thread ni untuk kau: 🫵🏼

147,558 Aufrufe • vor 1 Jahr •via X (Twitter)

11 Kommentare

Profilbild von sarr
sarrvor 1 Jahr

Pernah rasa “eh tak kena je baju ni…”? Mungkin sebab tak ikut fit/style yang sesuai. Ramai yang pakai ikut trend, bukan ikut badan. Padahal dengan tips simple ni, terus nampak kemas & confident. 👇🏼

Profilbild von sarr
sarrvor 1 Jahr

Tengah cari baju lawa & nampak kemas ikut bentuk badan? Yang ni antara pilihan paling viral sekarang:👇🏼 Untuk badan berisi / chubby: -Baju berkolar & bertekstur, buat badan nampak lebih terletak. -Stylo tapi masih selesa. -jeniss oversized / baggy

Profilbild von sarr
sarrvor 1 Jahr

Untuk badan kurus: Oversized tee ni memang ramai repeat. 👇🏼 - Potongan lawoo, warna banyak pilihan, terus nampak clean. Bonus: yang berisi pun boleh rembat oversized ni. Chill je!

Profilbild von sarr
sarrvor 1 Jahr

apa yg aku dah share ni hanyalah pandangan aku dalam dunia fashion. Korang blh stylekan ikut citarasa korang sendiri cuma ni guidelines yg aku buat supaya korang boleh spicekan ootd korang based on bentuk badan kengkorang Baru tak nampak dull!🔥🔥

Profilbild von JuJus
JuJusvor 1 Jahr

Nk content ceni lagi. Tanak jadi awam hahahah

Profilbild von sarr
sarrvor 1 Jahr

boleh follow saya

Profilbild von helen folasade adu
helen folasade aduvor 1 Jahr

Girl.... The kurus guy looks good in anything

Profilbild von Abang Panda 🐼
Abang Panda 🐼vor 1 Jahr

mantab

Profilbild von Proper Cloth
Proper Clothvor 1 Jahr

Your next warm, workhorse shirt is here. The Japanese Low Twist is a rugged, heavyweight fabric worn alone or as a chore coat. Shop now.

Profilbild von syukuwu
syukuwuvor 1 Jahr

Tips kedua terus langgar tips pertama

Profilbild von 🎁
🎁vor 1 Jahr

Good info!

Ähnliche Videos

Kisah sebenar : Harini nak santai je. Bawa anak keluar. Tapi tulah. Benda tak bermoral pula terjadi. Masa dekat booth luar mydin seremban 2, dah perasan dan ade seorang budak baju kuning macam merakam. Tapi takdelah fikir bukan -bukan. Masuk dalam mydin, perasan budak ni ikut lagi. Sambil phone tegak merakam. Mungkin kebetulan masuk skali. Bila ke bahagian lain, perasan budak ni ikut sambil merakam. Telefon tegak. Ke bahagian lain pun sama. Obvious sangat . Anak-anak pun perasan, dengan kehadiran budak ni. “Dia asyik tengok kita je umi” Ada bagitahu husband, husband pun terus ikut budak ni dari belakang. Tapi saya rasa tak puas hati. Saya terus berjumpa budak ni sambil rakam sebagai bukti. Takdalah serang kosong je kan. Rupanya ada beberapa video saya siap zoom belakang saya. Dan beberapa video perempuan mengandung yang lain. Berpurdah pun ada. Taste memang dengan orang mengandung Video terpaksa di potong atas tindakan seterusnya. Perasaan seorang suami tak dijangka kalau isteri kena macamni. Dan ditenteramkan oleh orang ramai. Sampai terkencing perilaku akibat takut. Si perlaku pun sudah di serah ke polis . Kami sendiri buat report. Selepas disoal siasat, baru 20 tahun. Budak uni sini. Katanya suka buat stock puaskan nafsu. Dah lama buat keje macamni katanya. Ikutkan saya nak si perlaku ke dalam. Tapi atas budi bicara, muda lagi 20 tahun. Saya tarik report semula. Suka suka rakam perempuan . Buat stock sex sendiri puas sendiri kat rumah. Takut lepasni berani meraba pulak kan? Sebab terlampau banyak video orang perempuan yang dirakam sekitar malam tadi. Mangsa tak perasan. Masalahnya siap zoom body part! Untuk wanita -wanita gadis-gadis dekat luar sana, jangan takut pertahankan benda betul. Rakam sebagai bukti. Jangan takut. Jaga diri sendiri. Pakai purdah pun dah tak selamat. Kalau dah fetish tu fetish juga tak kiralah dah bertutup penuh. Untuk pesanan anak muda, bayangkan kalau mak, kakak awak yang kena sexual fixation macam ni apa awak rasa? Muda lagi. Dah buat perangai bukan -bukan. Fikir guna otak laju sikit.
0:37

Sensitive content

Kisah sebenar : Harini nak santai je. Bawa anak keluar. Tapi tulah. Benda tak bermoral pula terjadi. Masa dekat booth luar mydin seremban 2, dah perasan dan ade seorang budak baju kuning macam merakam. Tapi takdelah fikir bukan -bukan. Masuk dalam mydin, perasan budak ni ikut lagi. Sambil phone tegak merakam. Mungkin kebetulan masuk skali. Bila ke bahagian lain, perasan budak ni ikut sambil merakam. Telefon tegak. Ke bahagian lain pun sama. Obvious sangat . Anak-anak pun perasan, dengan kehadiran budak ni. “Dia asyik tengok kita je umi” Ada bagitahu husband, husband pun terus ikut budak ni dari belakang. Tapi saya rasa tak puas hati. Saya terus berjumpa budak ni sambil rakam sebagai bukti. Takdalah serang kosong je kan. Rupanya ada beberapa video saya siap zoom belakang saya. Dan beberapa video perempuan mengandung yang lain. Berpurdah pun ada. Taste memang dengan orang mengandung Video terpaksa di potong atas tindakan seterusnya. Perasaan seorang suami tak dijangka kalau isteri kena macamni. Dan ditenteramkan oleh orang ramai. Sampai terkencing perilaku akibat takut. Si perlaku pun sudah di serah ke polis . Kami sendiri buat report. Selepas disoal siasat, baru 20 tahun. Budak uni sini. Katanya suka buat stock puaskan nafsu. Dah lama buat keje macamni katanya. Ikutkan saya nak si perlaku ke dalam. Tapi atas budi bicara, muda lagi 20 tahun. Saya tarik report semula. Suka suka rakam perempuan . Buat stock sex sendiri puas sendiri kat rumah. Takut lepasni berani meraba pulak kan? Sebab terlampau banyak video orang perempuan yang dirakam sekitar malam tadi. Mangsa tak perasan. Masalahnya siap zoom body part! Untuk wanita -wanita gadis-gadis dekat luar sana, jangan takut pertahankan benda betul. Rakam sebagai bukti. Jangan takut. Jaga diri sendiri. Pakai purdah pun dah tak selamat. Kalau dah fetish tu fetish juga tak kiralah dah bertutup penuh. Untuk pesanan anak muda, bayangkan kalau mak, kakak awak yang kena sexual fixation macam ni apa awak rasa? Muda lagi. Dah buat perangai bukan -bukan. Fikir guna otak laju sikit.

kamaghul deghaman

309,438 Aufrufe • vor 1 Jahr

Ramai tanya, kenapa tak boleh balik PKR? Tak boleh reconcile ke? Bukan soal merajuk. Bukan soal jawatan. Keputusan saya dah buat seawal April. Dua bulan sebelum mengundi pun, saya dah nampak ke mana arah permainan itu. Dua minggu selepas Datuk Seri Anwar umumkan “beri laluan mudah kepada Rafizi”, saya dah baca permainan itu. Mesej sebenar Datuk Seri Anwar ialah: “Saya tak nak you ada pengaruh dalam parti. Jadi teknokrat. Duduk diam. Terima jawatan Timbalan Presiden tanpa bertanding tapi dari cabang sampai MPP, semua orang saya.” Maksudnya apa? Duduk sorang-sorang dalam MPP. Kena maki, kena dengar, jadi rubber stamp. Depan cakap lain, belakang cakap lain, buat lain, umum lain. Saya tak masuk politik untuk menang. Tak masuk untuk jadi menteri. Tak masuk untuk pangkat. Saya masuk politik sebab saya rasa ada peranan untuk membetulkan keadaan. Dan bila parti itu sendiri dah sampai ke peringkat menipu anggota sendiri? Keanggotaan RM200 untuk jadi ahli baharu, laporan polis mengenai rasuah, setiausaha-setiausaha politik PM sendiri menggerakkan jentera, blockchain, fenomena kepala tanpa badan, sistem one member one vote dibuang dan diganti dengan sistem perwakilan. Bila sesebuah parti dah hilang benda paling asas, sense of fairness, parti itu dah rosak. Mencuri boleh. Menipu boleh. Salah guna kuasa boleh. Dah tak perlu tanya betul atau salah. Kepada yang kata “𝘵𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶 𝘭𝘦𝘱𝘢𝘴 𝘈𝘯𝘸𝘢𝘳, 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘣𝘦𝘵𝘶𝘭𝘬𝘢𝘯”, ingat Farhash dan Ramanan tak susun semuanya? Sistem yang ditipu sekali boleh ditipu lagi. Dah tak ada ruang. Kecuali saya pergi cium tangan. Tapi bukan sebab itu saya dalam politik. Panggil prinsip ke, merajuk ke, apa pun. Tapi garis merah itu dah dilanggar. Dan dilanggar dengan teruk sekali. Tonton kupasan penuh isu ini di Podcast YBM Episod 48:

Rafizi Ramli

85,283 Aufrufe • vor 2 Monaten

Kenapa BERSAMA wujud? Isu ini saya huraikan dengan lebih panjang dalam Podcast YBM Episod 55. Saya dah nampak lama dah. Setiap kali pilihan raya, rakyat dihidangkan menu yang sama. Ugutan emosi. Emotional blackmail. Kalau kau bukan Melayu, kau diberitahu kena bersatu di belakang DAP dan PH untuk melawan UMNO. Kalau kau Melayu, kau diberitahu kena bersatu di belakang UMNO dan PAS untuk menghalang DAP dan PH. Hakikatnya, kedua dua belah menggunakan formula yang sama. Yang mereka lupa, semua benda ada law of diminishing returns. Cuba fikir. PH, dalam satu bentuk atau yang lain, sudah menjadi kerajaan hampir lapan tahun. Hanya dari 2020 hingga 2022 mereka tidak berada dalam kerajaan. Bila dah lama jadi kerajaan, moral high ground itu semakin hilang. Tambah pula dengan pelbagai kontroversi, termasuk isu korporat mafia dan rasuah. Bila keadaan jadi begitu, ugutan emosi yang sama semakin hilang kesannya. "Kalau tak undi kami, Najib akan kembali." "Kalau tak undi kami, Rosmah akan kembali." Sampai satu ketika, pengundi pun akan tanya. Apa bezanya? Sekarang BN pula membawa naratif yang sama. "Jom bersatu. UMNO, PAS, Bersatu, Wawasan. Asalkan tiada DAP. Asalkan tiada PH." Mungkin mereka boleh menang. Tetapi kemenangan yang bergantung kepada ugutan emosi tidak akan bertahan lama. Sebab manusia akan sampai satu tahap, mereka mula kebal dengan ketakutan yang sama. Ugutan emosi ada tarikh luput. Tonton kupasan lanjut isu ini di Podcast YBM Episod 55:

Rafizi Ramli

18,417 Aufrufe • vor 25 Tagen

Tak pasti dia scammer, atau mental sebab hidup stress. Hari ini masa budak aku tengah pasang battery customer outdoor, aku kebetulan lalu kedai, so aku singgah kejap jaga. Tiba-tiba brother ni datang. Kalau korang tengok video CCTV, nampak kereta dia pun problem — jalan sikit, mati tengah jalan. Siap aku kena pergi tolak masuk. Sama ada baru redah banjir, atau alternator memang K.O. ngam2 banjir kilat sini 11/7/2024 dia beli battery dgn budak aku Takpelah, kita tetap layan. Buka bonet, aku terkejut — battery pelik, takde sticker, takde barcode, kosong langsung. Mcm biasa la, kalau dah tau sudah mau kena diambil kesempatan mmg la nada auto jadi tegas sikit . Niat dia datang mmg nak claim battery, akan tetapi battery bukan dari kedai kita mmglah kena bagi Tau awal2 dulu . Aku minta dia tunjuk resit — memang resit kedai aku. Aku tanya elok-elok, "Bang, abang ada pergi mana-mana bengkel ke? Sebab battery kita ada barcode & laser marking camni." (sambil tunjuk contoh battery baru) Tanya elok elok jer pun x provoke pun, Dia terus naik angin: "Memang aku beli sini! Ini battery kau! Kau yang pasang!" Padahal yang pasang staff aku, bukan aku — beza badan pun jauh: aku 69kg, budak aku 100kg.🤣 Aku explain elok-elok, lebih 10 kali. Kalau battery rosak, kita settle. Warranty jalan. TAPI battery mesti battery kita. Battery ni, sumpah, aku tak pernah tengok. Aku siap video call supplier — confirm bukan dari kita. Battery kalau rosak sebelum 1 tahun , mmg kilang akan gantikan dengan yg baru . Kita x akan rugi sesen pun . Buat apa kita nak gaduh sama u kalau itu battery kita ? X logic kan? Masalah sekarang mmg bukan kita punya battery yg u beli 10bulan lepas. Battery yg u beli mungkin dah kena swap . Beratus Kali aku terangkan .. ko asyik ckp "mmg beli sini mmg beli sini ".. Dia ckp aku jerit kat dia , saya cuma tegaskan yg Battery bukan battery yg dia beli dgn saya siap Tanya dia paham x ? Dia naik angin tolak saya la , nak pukul saya la , siap sentuh saya berkali-kali ,Cuba provoke saya untuk tumbuk dia la. Kalau aku nak, aku boleh je call polis. Sebab dah ada body contact Tapi nasib baik aku dah taubat. Kalau zaman dulu, memang terus ICU bro. Lepas tu aku reman, naik mahkamah, ambil lawyer... Anak bini kau macam mana? Anak bini aku macam mana? Semua sebab battery DIN55R MF RM260? Last-last, aku malas nak panjangkan Aku bagi dia satu battery baru — FREE. Suruh dia blah, jangan datang lagi. Lepas tukar battery baru pun, kereta dia tetap susah nak start. Check punya check — confirm alternator rosak. Bukan sebab battery. Battery yang dia bawa (aku rasa kena swap tanpa dia sedar ) juga tidak rosak . Kemungkinan besar dia pergi redah banjir dan akibatkan alternator dia basah dan tidak berfungsi . Aku sedekah battery baru tu, TAPI aku tak halalkan. Sebab kau dah fitnah aku bro. Kenapa dah sedekah tapi x halalkan? 1.Dah terbukti battery dia bukan battery yg dia beli 11/7/25 2.dah double confirm dengan supplier yg berkemungkinan bagi battery handle warna merah(supplier ckp bukan KOBA) 3.battery x rosak 4.kereta dia ada problem , siap aku kena tolak masuk . Dia boleh start lagi tapi kejab mati kejab mati . 5.dah tunjuk semua diatas pun dia bekeras mau aku ganti battery baru . Gua bagi jer la.. dah x boleh bincang dah.. Umpama kena rompak ni.. xnak panjangkan . Sebab tu aku pun letih Dan ckp lebih .. Bagi-rekod video yg aku bagi dia battery baru, suruh jgn balik lagi . Kalau battery tu betul dari aku, aku takkan lari. Ini memang 1000000% BUKAN barang kita. Aku bagitau juga, kalau aku nak, boleh charge kau bawah Seksyen 323 (Kanun Keseksaan): Setahun penjara, atau Denda RM2,000, atau Dua-dua sekali. Hadiah emosi kalau x kawal . Lepas aku dah bagi battery baru, baru lah dia macam terfikir, "Eh, betul ke battery ni aku beli kat sini?" Kalau bukan aku yang handle, kalau budak aku yang naik angin? Entah apa jadi. Ingat — rezeki haram takkan kekal. Datang minta free pun aku bagi, apatah lagi kalau betul battery aku. Kalau

MYNEWSHUB

364,195 Aufrufe • vor 1 Jahr

Maszlee Buat Kelakar, Itu Jalan Persekutuan Bukan Jalan Negeri - Shahrol Shiro Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Maszlee Malik didakwa tersilap apabila membuat 'content' untuk mengkritik keadaan jalan di Johor kerana laluan yang dilaluinya dengan memandu kereta jenis Perodua Myvi berada di bawah seliaan Kerajaan Persekutuan, bukan kerajaan negeri. Pelakon yang juga aktivis politik Barisan Nasional (BN), Shahrol Shiro berkata, video dimuat naik Maszlee memandu dari Kampung Melayu ke Ulu Tiram sambil mendakwa keadaan jalan seumpama "menaiki bot di Tanjung Surat" tidak boleh dijadikan alasan untuk menyalahkan pentadbiran Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi. "Yang kelakarnya, jalan itu adalah jalan di bawah seliaan Persekutuan. Jadi itu jalan Pusat," katanya dalam satu video di media sosial. Shahrol turut berkata Maszlee sendiri mengakui penyelesaian terhadap masalah jalan tersebut memerlukan tempoh yang panjang dan bukannya boleh disiapkan dalam masa singkat. Katanya, pengakuan itu secara tidak langsung menunjukkan usaha membaik pulih jalan berkenaan memerlukan proses tertentu dan bukan sesuatu yang boleh diselesaikan serta-merta. "Dr. Maszlee sendiri cakap nak selesaikan masalah itu bukan jangka masa yang pendek. Maksudnya memang ada proses yang panjang," katanya. Dalam masa sama, Shahrol turut mempersoalkan kenyataan Maszlee bahawa penyelesaian isu jalan itu memerlukan kerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan. Menurutnya, kenyataan sedemikian boleh ditafsirkan seolah-olah bantuan kepada Johor bergantung kepada sama ada rakyat memilih PH atau sebaliknya. "Maksudnya, kalau kau tak undi PH jangan harap Persekutuan nak bantu Bangsa Johor? Kau orang yakin betul ye bila PRU-16 nanti kau orang masih berkuasa. "Tapi apa pun, kita ni rakyat Johor. Budak-budak Johor ni tak mudah untuk dicoki-cokikan," katanya. - MYNEWSHUB Sumber info/foto: Akaun media sosial Shahrol Azizie Azmi

MYNEWSHUB

51,521 Aufrufe • vor 1 Monat

𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗟𝗜𝗔𝗕𝗜𝗟𝗜𝗧𝗜 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗦𝗘𝗟𝗨𝗥𝗨𝗛 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 Saya tak kenal seorang yang bernama Profesor Dr Tajuddin Rasdi. Pernah la dengar yang dia dilantik sebagai ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN). Tiba-tiba ramai yang tag saya suruh respon kepada komen dia. Kalau setakat pandangan politik tu, ikut suka masing-masing la. Saya pun baca la apa yang bising-bising suruh jawab ni. Dulu dia hentam saya pasal Anwar nak jadi PM. Dia kata saya biadap. Kali ini lagi teruk - ini laporan media pasal apa yang dia kata: “Rafizi liabiliti kepada seluruh politik Malaysia – Ahli Majlis MPPN” “Daripada aset Pakatan Harapan (PH), bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli telah bertukar menjadi liabiliti bukan sahaja kepada gabungan parti tersebut, malah juga kepada negara dan seluruh politik Malaysia.” Ikut suka hati dia je jadi ketua hakim politik negara, kalau ada la jawatan macam tu, jatuh hukuman yang saya dah jadi liabiliti kepada negara dan seluruh politik Malaysia. Ikut Dr Tajuddin ni, saya lebih teruk dari semua ahli politik yang pernah ada la. Saya sehina-hina ahli politik yang ada di negara ni dan jadi liabiliti. Ikut suka dia jatuh hukum, macam Malaysia dan arena politik Malaysia ni milik dia. Saya fahamlah kenapa dia panic sangat dan hentam saya berkali-kali. Kalau boleh, orang macam dia nak suruh saya hilang terus dari muka bumi ini. Sebab dia takut kalau saya terus bersuara, takut PH hilang undi. Lebih tepat, dia takut DAP hilang undi, sebab saya dimaklumkan dia ahli DAP. Saya tak paham macam mana dia boleh jadi professor. Sekejap dia kata saya beban, ahli politik paling tak guna, paling dibenci dan tak de sapa suka kat saya dan tak de sapa yang nak kerjasama dengan saya. Kalau dah macam tu, apa yang dia nak takut. PH atau DAP takkan terjejas sebab tak de sapa yang akan dengar cakap saya, undi PH atau DAP takkan terganggu. Tapi gaya hentam saya ni macam luar cakap lain, dalam rasa lain. Macam dalam hati ada taman, yang sedang bergelora sebab takut pandangan saya akan ada kesan kepada sokongan PH dan DAP. Saya ni dah lama bertanding dalam pilihanraya. Jadi pengarah pilihanraya lagi. Saya nak kongsi dengan profesor ni ilmu nak menang pilihanraya. Kalau parti kita tak buat salah, orang kritik macam mana pun, Insya Allah dapat undi. Kalau parti kita memang ada kelemahan, orang tak kritik pun rakyat tak undi. Sebab itu nasihat saya kepada Prof Tajuddin: Awak tu ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara. Sekarang ni banyak isu-isu ketegangan perkauman. Baik awak tumpu buat kerja sebagai ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara. Elaun awak yang dibayar oleh cukai rakyat bukan untuk awak komen pasal politik lebih-lebih, tapi untuk mengharmonikan hubungan kaum di Malaysia. Sia-sia kami semua berjuang sampai PH bentuk kerajaan dan awak jadi ahli Majlis Penasihat, kalau yang itu pun awak tak boleh buat sebab sibuk komen politik yang di luar skop kerja awak. Selamat Hari Raya!

Rafizi Ramli

26,282 Aufrufe • vor 5 Monaten

Soal saya kononnya merajuk ditanyakan di Podcast YBM Episod 26. Saya perhati satu penyakit lama yang tak pernah baik: bila parti jadi kerajaan, kita pakai “topi pemerintah” sahja. Kita tengok semua benda dari lensa kita. Lepas tu kita hairan kenapa rakyat tak ikut cara kita fikir. Hakikatnya, rakyat tak ambil port pun drama dalaman kita. Rakyat bukan duduk kira “siapa merajuk”, “siapa narsisis”, “siapa betul”. Rakyat fikir satu benda: hidup dia makin senang ke makin sempit? Institusi negara makin elok ke makin rosak? Sebab tu saya kata “survey” dan data tu penting. Mustahil kita nak teka apa dalam kepala 30 juta rakyat. Data sama ada “nationwide survey”, atau “big data sentiment”dia tolong kita keluar dari gelembung sendiri. Satu lagi, tolonglah jangan main serangan peribadi macam “merajuk” ni sembarangan. Golongan muda yang tak melalui peristiwa 1998 mungkin tak nampak implikasinya. Kalau naratif “merajuk-narsisis” tu kita pakai balik kepada Anwar pada tahun 1998, lagi sedap orang tembak. “16 tahun dalam kerajaan, tak pernah bangkang… tiba-tiba reformasi?” Itu dialog yang saya dengar masa muda dulu. Sebab jawapan saya dari dulu sampai sekarang sama: "this is not about Anwar Ibrahim the person". Ini pasal keruntuhan kredibiliti institusi bila kuasa digunakan untuk selesaikan saingan politik. Kalau benda itu boleh dibuat pada seorang TPM, tidak ada seorang pun selamat. Sekarang Anwar jadi PM, lagi besar tanggungjawab dia untuk dengar teguran supaya reformasi yang kita jerit sejak 98 tu bukan tinggal slogan. Kalau PKR/PH pilih budaya defensif, tak jawab isu, tak betulkan kelemahan, pergi serang orang, itu jalan Najib dulu. Cybertrooper, tangkap, saman, akhirnya? Kita tahu hujung cerita. Malah, jangan juga silap, sesuatu isu jadi besar bukan sebab saya. Dia jadi besar sebab isu itu dekat dengan rakyat, sebab ada rakyat yang memang fikir benda sama, cuma tak ada medium. Jadi ini bukan soal “Rafizi merajuk tak merajuk”. Ini soal kerajaan dan kalau terus lari dari masalah, malapetaka lain pula akan datang. Dua tahun sebelum Parlimen bubar pun boleh hangus kalau strategi politik masih “sangat-sangat ke laut”.

Rafizi Ramli

31,349 Aufrufe • vor 8 Monaten

𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗟𝗔𝗜𝗡 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧 𝗞𝗔𝗧 𝗚𝗘𝗡𝗭, 𝗗𝗜𝗔 𝗣𝗨𝗡 𝗡𝗔𝗞 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧 𝗝𝗨𝗚𝗔𝗞 Saya kena serang dengan siswa dari Fakulti Ekonomi, Universiti Malaya minggu lepas. Bertalu-talu soalan sehingga tak sempat menepis. Kena serang dengan ceplos pun tak seteruk ni. Saya nampak adik-adik siswa ni cerdik-cerdik, baik-baik, selalu hadir ke kuliah, besar kemungkinan lebih tinggi kehadiran ke kuliah berbanding saya di uni dulu. Soalan wajib yang mesti ditanya oleh siswa-siswa bila serbu Ahli Parlimen: 𝗔𝗽𝗮 𝗻𝗮𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗮𝗺𝗶 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘂𝗺𝘂𝗿 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴? Saya bagi dua nasihat sahaja yang sempat tadi: 𝘕𝘢𝘴𝘪𝘩𝘢𝘵 𝘱𝘦𝘳𝘵𝘢𝘮𝘢: Apa yang kita susah payah belajar di universiti tidak semuanya akan dipraktikan bila mula bekerja. Memang nak lulus cemerlang kena mahir semua, segala teori, formula, campur kira, fakta nak kena tahu. Tapi yang lebih penting ialah kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan sesuatu masalah. Di tempat kerja, masalah yang perlu diselesaikan bukanlah seperti yang ada dalam buku teks. Kadang-kadang masalah staf sama staf bermasam muka, tak de dalam buku teks ni. Tetapi universiti dan ijazah mengajar kita kemahiran berfikir. Dari kemahiran itu kita tahu punca, apa teknik, tools dan ilmu yang kita ada untuk menyelesaikan masalah. Perkara terperinci itu selalunya ada saja rujukan - dalam buku, tanya senior, Google, ChatGPT dan macam-macam. 𝘕𝘢𝘴𝘪𝘩𝘢𝘵 𝘬𝘦𝘥𝘶𝘢: Lebih banyak bergaul dengan orang yang lebih berumur dari kita, walaupun mereka ni bosan di mata kita. Kita rasa mereka ketinggalan zaman, semua tak boleh, baju pun out of fashion. Tetapi bila mula-mula masuk kerja, kita akan bersaing dengan ratusan lagi graduan yang masuk kerja dengan kita, ijazah semua sama hebat macam kita. Kalau boss nak kenal pasti potensi semata-mata dari latar belakang akademik atau hasil kerja, semua nampak hampir sama. Pada umur 25 tahun, kita akan menonjol apabila kita nampak lebih matang dari umur 25 tahun. Matang tu bukan bermaksud rambut dah beruban atau dah botak macam saya. Matang maksudnya gaya percakapan, isi percakapan, lontaran idea, mutu kerja itu macam budak ni dah kerja 5 tahun, setanding dengan yang umur 30an. Jenis macam ini akan menonjol serta merta dan dilihat ada potensi besar. Macam mana nak nampak macam dah kerja 5 tahun padahal baru keluar universiti 6 bulan? Sebab itu bergaul dengan orang yang lebih tua, lebih berpengalaman akan memberi peluang kita mencedok ilmu mereka dan pengalaman mereka. Lama-lama kita pun bunyi tua dan berpengalaman macam mereka. Budak-budak universiti yang nak lepak dan sembang benda-benda macam ni, bolehlah cuba contact saya. Macam mana nak contact saya - ha3 yang tu universiti tak ajar.

Rafizi Ramli

24,247 Aufrufe • vor 6 Monaten