正在加载视频...

视频加载失败

Dah tak payah subscribe whatsapp blaster, whatsapp chatbot semua tu. Host sendiri jer. FREE selama-lamanya (selagi mark zuckerberg benarkan). Nak belajar?

62,709 次观看 • 1 年前 •via X (Twitter)

11 条评论

adib. 的头像
adib.1 年前

Ayuh, 100 subscriber untuk maklumat berharga dan workflow bijak.

ZULAB 的头像
ZULAB1 年前

Lets goooo!

Moescape AI 的头像
Moescape AI1 年前

Sign up & effortlessly find YOUR perfect character to chat with on Moescape AI: #MoescapeTavern #aichatbot

Fitri, Ph.D in Fish Genetics  的头像
Fitri, Ph.D in Fish Genetics 1 年前

Nak. Walaupun tak tahu akan apply di mana.

ZULAB 的头像
ZULAB1 年前

Boleh join sini boss :

Nizam, CFP, IFP 的头像
Nizam, CFP, IFP1 年前

Nak belajar

ZULAB 的头像
ZULAB1 年前

Boleh join sini :

Izzat Azizi | Digital Marketer 的头像
Izzat Azizi | Digital Marketer1 年前

nak

Aizu 的头像
Aizu1 年前

Hebat tuan

akizamy 的头像
akizamy1 年前

menarik!

𝘽𝙤𝙣 的头像
𝘽𝙤𝙣1 年前

Nak

相关视频

Pertama sekali saya minta maaf kepada empunya video kalau tak selesa dengan perkongsian saya. Tapi saya rasa saya nak sangat berkongsi video ni sebagai pengajaran dan teladan untuk semua orang lain juga. Pendapat peribadi saya, kalau ada kemusykilan mengenai harga, tanya terus dengan tuan kedai tu. Kalau betul pengiraannya, dan terlalu mahal tak masuk akal, nak viral ke apa, terpulang. Itu hak masing-masing. Untung-untung dapat perhatian pihak berkenaan. Tapi bila dah viralkan dulu baru nak dapatkan penjelasan, "the damage has been done". Video penjelasan tu cuma mampu buat minimum damage control. Reputasi kedai tersebut dah tercalar dah pun. Cuma kita tak tahu berapa teruk kesannga. Berapa ramai yang dah tengok video pertama dan pasti akan tengok video kedua? Dan maaf sekali lagi, saya rasa terganggu pula saya bila minta maaf tapi ada "andai salahnya datang daripada aku". Maaf, tapi pada saya memang cik bersalah dan saya tak nafikan ada juga salah daripada pihak kedai tersebut. Respect akak tu sebab mampu kawal situasi dengan baik. Cuma kes tax tu kalau kena ambil tindakan, masalah juga tu kalau pihak berkuasa tahu. Jujur saya katakan, walaupun saya tak faham cara dia berfikir, tapi saya hormat keyakinannya yang begitu tinggi. Cuma kadangkala, keyakinan tu boleh memakan diri sendiri dan orang lain. Tapi alhamdulillah dah selesai pun isu ini. Cuma saya harap kita semua dapat belajar sesuatu daripada apa yang jadi ni. Credit : TT keknanjudge

Cikgu_Anep

494,764 次观看 • 2 年前

KEHEBATAN ANAK MUDA Melintas nama Syed Ali di timeline berkali-kali harini. So aku kongsikan petikan video yang mengandungi soalan panas dan kritikal dari beliau untuk sesiapa yang terlepas nak menonton temu anwar Johor. Yang paling menarik perhatian adalah soalan kedua beliau tentang reformasi penerangan. Aku suka cara dia susun ayat untuk menyoal disamping dengan jelas dan berani memetik terus pihak-pihak yang terlibat secara langsung dalam isu yang dia cuba highlight. Tapi maaflah, jawapan dari PMX bagi aku tak berapa solid. Sedangkan soalan Syed Ali tu cukup jelas dah bagitau tentang kelemahan dan kekurangan media/penerangan PH. PMX mintak mahasiswa pulak yang tolong cover. Lepastu bagi contoh fitnah-fitnah yg dah berlegar. Ya, wahai Anwar Ibrahim kami pun dah cukup maklum dah dengan segala fitnah yang berlegar. Soalan pentingnya sekarang, bila dan macamana nak reform penerangan PH/unity gov ni? Bagi ada pasukan penerangan kerajaan yang mantap supaya tak kena buli dengan permainan fitnah pembangkang? Punya teruk kerajaan perpaduan ni jadi mangsa naratif pembangkang sampai tahap pembangkang nampak lagi kuat dari kerajaan dan kerajaan pulak nampak mcm pembangkang. Even di pejabat-pejabat kerajaan, naratif pembangkang lah yang lebih menjadi buah mulut makcik dan pakcik bawang kaki forward berita palsu dalam group whatsapp tempat kerja. Sampai bila nak suruh orang bekap kerajaan secara probono? Agensi-agensi dengan jabatan sedia ada tu untuk apa? Sampai bila nak bagi depa syok goyang teloq ja? Depa tu dibayar dengan duit rakyat tau untuk buat kerja-kerja penerangan, tangkis fitnah apa semua. Kalau tak boleh berfungsi dengan baik, then mansuhkan ja la dari baziaq dok bela isi tembolok depa tapi takdak hasil. Selagi tiada reformasi penerangan, selagi itulah kerja keras kerajaan perpaduan ini akan jadi sia-sia dan ditenggelami dengan segala fitnah dan tohmahan jijik pihak lawan. So jangan buang masa, REFORM!

Injang

256,442 次观看 • 2 年前

DISEBABKAN video ni viral balik kat semua media sosial, jadi aku sebagai orang yang ada dalam video ni jugak (Helmet Merah Pakai Spec) nak cerita la sikit walaupun video full ada kat youtube. Sebab ada yang tertanya-tanya, kat mana kami sekarang.... siap dulu pernah orang kata kawan aku yang helmet merah tu dah mati 😂... dia hidup lagi kome, semua hidup lagi. Ok aku cerita sikit kisahnya -Kami semua ni pelajar Kolej Vokasional Lebuh Cator Ipoh (KVLC) masa ni tahun 3 2017. Kami ada macam satu program nak kena buat, kira macam markah la jugak ni untuk kami. So group kami ni pilih nak buat khidmat komuniti di Kuala Kangsar tapi masalahnya modeii takdak , nak kena beli itu ini lagi jadinya kami semua ni kiranya ditugaskan untuk pergi minta sumbangan la kat wakil rakyat mana yang ada sekitar Ipoh ni. Tengah pergi sana sini, member aku yang helmet merah tu jatuh dulu dah jalan licin Tu yang patah balik semua sembang punya sembang tepi jalan sekaliii pommmm kancil drift impak maksima maii datang nasib takde kena apa-apa kat kami, cuma motor jela 4 bijik kena langgor. Hancor leboh takdak apa dah. Memang viral 1Malaysia masa ni siap wartawan semua datang nak jumpa kawan aku yang ada dalam video ni tapi kami senyap je... yela goyang jugak masa tu so malas la nak ambil port pun. Tapi memang tak sangka viral. Femes la kejap jugak masa tu 😂 dengan loghat Perak pekatnya... Siap ada yang kata kami jugak kami ni berlakon, haha ingat kami skop production ke ada modeii nak buat kancil drift bagai ni. Siap ada kata buat pe la dok sembang kat tepi tu macam takde tempat lain tapi takpelah nak buat macam mana orang takde kat tempat kejadian boleh cakap macam-macam. Kami redho je. Nak tengok video full boleh pergi tengok kat youtube insyaAllah ada kelako n seronok. Mungkin akan ada yang rindu masa zaman belajar jugak- Saya bukan owner vid ye. Ownernya & Video ori ada kat Yt. Saya hanya kawan/orang yang terlibat juge dalam kejadian ni . Takde niat untuk mencari publisiti atau sebagainya, Cuma saja nak bukak balik nak cerita hal sebenar dan alang-alang tengah viral kan jadi saja nak bukak balik , selama ni diam je 😂....So boleh tengok sini.

MYNEWSHUB

30,531 次观看 • 2 个月前

𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗟𝗔𝗜𝗡 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧 𝗞𝗔𝗧 𝗚𝗘𝗡𝗭, 𝗗𝗜𝗔 𝗣𝗨𝗡 𝗡𝗔𝗞 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧 𝗝𝗨𝗚𝗔𝗞 Saya kena serang dengan siswa dari Fakulti Ekonomi, Universiti Malaya minggu lepas. Bertalu-talu soalan sehingga tak sempat menepis. Kena serang dengan ceplos pun tak seteruk ni. Saya nampak adik-adik siswa ni cerdik-cerdik, baik-baik, selalu hadir ke kuliah, besar kemungkinan lebih tinggi kehadiran ke kuliah berbanding saya di uni dulu. Soalan wajib yang mesti ditanya oleh siswa-siswa bila serbu Ahli Parlimen: 𝗔𝗽𝗮 𝗻𝗮𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗮𝗺𝗶 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘂𝗺𝘂𝗿 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴? Saya bagi dua nasihat sahaja yang sempat tadi: 𝘕𝘢𝘴𝘪𝘩𝘢𝘵 𝘱𝘦𝘳𝘵𝘢𝘮𝘢: Apa yang kita susah payah belajar di universiti tidak semuanya akan dipraktikan bila mula bekerja. Memang nak lulus cemerlang kena mahir semua, segala teori, formula, campur kira, fakta nak kena tahu. Tapi yang lebih penting ialah kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan sesuatu masalah. Di tempat kerja, masalah yang perlu diselesaikan bukanlah seperti yang ada dalam buku teks. Kadang-kadang masalah staf sama staf bermasam muka, tak de dalam buku teks ni. Tetapi universiti dan ijazah mengajar kita kemahiran berfikir. Dari kemahiran itu kita tahu punca, apa teknik, tools dan ilmu yang kita ada untuk menyelesaikan masalah. Perkara terperinci itu selalunya ada saja rujukan - dalam buku, tanya senior, Google, ChatGPT dan macam-macam. 𝘕𝘢𝘴𝘪𝘩𝘢𝘵 𝘬𝘦𝘥𝘶𝘢: Lebih banyak bergaul dengan orang yang lebih berumur dari kita, walaupun mereka ni bosan di mata kita. Kita rasa mereka ketinggalan zaman, semua tak boleh, baju pun out of fashion. Tetapi bila mula-mula masuk kerja, kita akan bersaing dengan ratusan lagi graduan yang masuk kerja dengan kita, ijazah semua sama hebat macam kita. Kalau boss nak kenal pasti potensi semata-mata dari latar belakang akademik atau hasil kerja, semua nampak hampir sama. Pada umur 25 tahun, kita akan menonjol apabila kita nampak lebih matang dari umur 25 tahun. Matang tu bukan bermaksud rambut dah beruban atau dah botak macam saya. Matang maksudnya gaya percakapan, isi percakapan, lontaran idea, mutu kerja itu macam budak ni dah kerja 5 tahun, setanding dengan yang umur 30an. Jenis macam ini akan menonjol serta merta dan dilihat ada potensi besar. Macam mana nak nampak macam dah kerja 5 tahun padahal baru keluar universiti 6 bulan? Sebab itu bergaul dengan orang yang lebih tua, lebih berpengalaman akan memberi peluang kita mencedok ilmu mereka dan pengalaman mereka. Lama-lama kita pun bunyi tua dan berpengalaman macam mereka. Budak-budak universiti yang nak lepak dan sembang benda-benda macam ni, bolehlah cuba contact saya. Macam mana nak contact saya - ha3 yang tu universiti tak ajar.

Rafizi Ramli

24,247 次观看 • 6 个月前

Seminggu Kesum dibuka. Dua minggu saya tak cukup tidur. Ramai nampak harga RM5 dan ramai juga tanya macam mana kami boleh kekalkan harga macam tu. Sebenarnya, setiap hari kami fikir satu benda saja: boleh tak model macam ni bertahan lama tanpa bank, tanpa kerajaan, dan hanya dengan sokongan orang ramai? Margin Kesum memang sangat nipis. Yang paling mencabar sebenarnya operasi harian: • Hidangan kena siap dalam 5 minit • Krew dapur tak boleh lebih 3 orang atau setiap hidangan mula rugi • Dapur kena disusun macam production line fryer, plating, bekalan contohnya seperti ayam sampai pukul berapa. Ini semua bukan sebab kami nak kedekut krew atau nak tunjuk hebat. Ini kerana Kesum adalah eksperimen, bukan kedai makan biasa. Kami sedang uji beberapa perkara penting: • Boleh tak perniagaan sosial dengan margin rendah tapi jumlah jualan tinggi (𝘷𝘰𝘭𝘶𝘮𝘦) bertahan? • Boleh tak kita bina model modal yang lebih adil supaya lebih ramai anak muda dan orang biasa boleh mula berniaga tanpa kos tinggi? • dan kalau rakyat sendiri boleh buktikan model ni berfungsi barulah kita boleh tekan bank dan kerajaan tak boleh bagi alasan lagi. Kalau orang biasa boleh jalankan model ni, tidak ada sebab sistem kewangan dan kerajaan tak boleh sokong. Terima kasih kepada semua yang datang dan sanggup beratur. Terima kasih besar juga kepada krew yang bertahan walaupun kami masih belajar dan betulkan banyak kelemahan. Jangan biar Kesum jadi viral dua minggu saja. Perjuangan ini lebih besar daripada sepinggan nasi RM5. Tonton episod penuh di Podcast YBM Episod 22 kalau nak faham keseluruhan model Kesum dan Fleximart dan kenapa kami pilih jalan perusahaan sosial.

Rafizi Ramli

74,395 次观看 • 8 个月前