Loading video...

Video Failed to Load

Go Home

Data-data dan dalil-dalil ekonomi diolah mengikut citarasa mereka untuk menggambarkan merekalah terpaling cerdik. Ikuti sedikit penjelasan saya. #DRJ #DRJDiParlimen

57,063 views • 1 year ago •via X (Twitter)

9 Comments

Amer Hamzah's profile picture
Amer Hamzah1 year ago

Agensi Kewangan Antarabangsa seperti JP Morgan, S&P Global, Fitch Rating dan Nomura yang diiktiraf dunia menaikan penarafan kepada Malaysia. Kau pulak daripada Ketereh yang takde apa2 pengiktirafan dunia mengata macam2. Kesian kau @RadziJidin. Kelantan tempat kau pun hauk! Nak sembang world.

subkhiddin's profile picture
subkhiddin1 year ago

Ku cuba nak fahami.. Apa yang nak disampaikan.. 🐍 terbelit belit.. Lastly ‘tergantung’.. Sendiri edit pun.. Tetap terbelit².. 🐒💨💨💨

Abang aji🪵's profile picture
Abang aji🪵1 year ago

Penjelasan ko pun bangang.. tkde kualiti langsung

Abdul Aziz bin Abdullah @ AAA's profile picture
Abdul Aziz bin Abdullah @ AAA1 year ago

PH tuntut tambah perbelanjaan awam masa krisis, bkn nya sakau duit negara masuk akaun parti. Nikmat apa dlm budget 2025 yg didustakan sdg YB sendiri tdk punyai budget alternatif. Pemulihan ekonomi skrg ini adalah melalui perancangan jitu bkn sembang politik.

𝑨𝒘𝒂𝒍𝒍𝒖𝒅𝒊𝒏, 𝑴𝒚's profile picture
𝑨𝒘𝒂𝒍𝒍𝒖𝒅𝒊𝒏, 𝑴𝒚1 year ago

Tuan Dr, sila highlight bahagian mana yg tempangnya bajet, dan berikan solusi yg tuntas. Bukannya pung pang, pung pang sekadar gila content!

Artemis.P's profile picture
Artemis.P1 year ago

hello just fock off lah...you are totally useless during your tenure as menteri and the same now...absolute jamban scum

PNBusters's profile picture
PNBusters1 year ago

Bekas menteri paling banggang dlm sejarah

𝖠𝖿𝗋𝖺𝗅'𝗌's profile picture
𝖠𝖿𝗋𝖺𝗅'𝗌1 year ago

Semua orang tau, yg tak cerdik tu kamu!. Kamu dgn @wanfayhsal sekapal yg sarat dengan kebodohan. No?

𝓘𝓬𝓮❄️ 's profile picture
𝓘𝓬𝓮❄️ 1 year ago

Doh memang mu bodo. Nok wak gano? Bakpo mu nk marahnyaa. Bodo gak bodo laa..

Related Videos

Semasa berpeluang bertanya soalan kepada saya di Parlimen hari ini, Ahli Parlimen Bachok cuba serang hendap saya dengan mempromosikan betapa hebatnya kerajaan-kerajaan negeri pembangkang membina pelaburan bersinergi sesama mereka. Contohnya, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Terengganu melabur di Perlis dan sebagainya. Jawapan yang saya bagi tidak disenangi oleh ahli-ahli parlimen pembangkang yang bangun beramai-ramai membuat bising untuk menghalang saya terus memberi jawapan. Sebab jawapan saya itu pahit untuk mereka terima. Malu pun ada. Saya hanya kongsikan fakta. Ia bukan sama ada PKEN (Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri) negeri-negeri pembangkang diberi mandat dan sokongan untuk mengadakan pelaburan rentas negeri sesama negeri pembangkang seperti yang dibawa Bachok. Itu hak PKEN masing-masing. Memang mereka ada mandat itu dalam undang-undang pertubuhan mereka dan mengikut Akta PKEN pun. Isu sebenar ialah kemampuan kewangan dan pengurusan PKEN yang berbeza-beza yang menjadi penghalang kepada mereka membangunkan ekonomi masing-masing dengan mengusahakan pelaburan yang tidak merugikan. Di satu sudut, kita ada PKEN yang telah berjaya sehingga mempunyai pelaburan milik mereka yang disenaraikan di Bursa seperti PKNS (Selangor), JCorp (Johor) dan SEDC Sarawak (Sarawak). Mereka berdiri atas kekuatan kewangan sendiri dan menyumbang hasil kepada kerajaan negeri masing-masing. Di satu sudut lagi, kita ada PKEN yang menangggung kerugian dari pelaburan -pelaburan sehingga terpaksa bergantung kepada suntikan wang rakyat secara berterusan (baik Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat). Faktanya, PKEN dari negeri-negeri yang ditadbir pembangkang inilah yang terus mendapat suntikan peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan sebahagian aktiviti-aktiviti mereka. Pahit untuk mereka dengar, tapi itulah hakikatnya. Roh roh roh neh neh neh Benda yang keroh tambah lagi aneh.

Rafizi Ramli

619,350 views • 2 years ago

Persoalan paling hangat dibincangkan adalah penentuan klasifikasi T15. Bagaimana golongan T15 ini akan ditentukan? Kementerian Ekonomi telah membentangkan sejak tahun lalu cadangan bahawa penilaian kelayakan sesuatu isi rumah beralih dari kaedah pendapatan isi rumah kasar kepada pendapatan boleh belanja bersih isi rumah (net disposable income) untuk mengambil kira perbezaan kos sara hidup mengikut lokasi, saiz keluarga dan sebagainya. Untuk tujuan itu, PADU dibangunkan sebagai repositori utama profil individu dan isi rumah warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia yang turut mengandungi maklumat demografi, sosioekonomi dan pendapatan kasar. Pada masa ini, hasil daripada pengintegrasian data, PADU mengandungi profil demografi dan sosioekonomi terpilih bagi individu dan isi rumah warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia yang meliputi 30.1 juta individu. Menerusi penganalisaan data PADU, Kerajaan telah memperkenalkan pendekatan baharu iaitu Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) dan pendapatan boleh guna bersih bagi isi rumah dan individu. Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) merujuk kepada jumlah perbelanjaan bulanan yang diperlukan oleh sesuatu isi rumah dan individu untuk mencapai kehidupan wajar yang memenuhi keperluan, kehendak dan kemampuan untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan. Ini memang telah mengambil kira faktor-faktor lain, contohnya belanja yang lain bukan mengikut garis kemiskinan dan nilai PAKW ditentukan oleh dua faktor utama iaitu lokasi dan ciri demografi seperti umur, jantina dan saiz isi rumah. Oleh itu, nilai PAKW bagi setiap isi rumah adalah berbeza-beza bergantung kepada ciri-ciri demografi dan juga lokasi tempat kediaman. Pengelasan mereka yang layak atau tidak layak untuk menerima subsidi RON95 adalah berdasarkan kepada pendapatan boleh belanja bersih. Hasrat kerajaan adalah sehingga 85% dari isi rumah mengikut kaedah ini yang akan menerima subsidi kerana ia adalah lebih adil dan saksama. Langkah seterusnya adalah Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan sedang memperhalusi kriteria-kriteria dan keputusan akhir itu akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk diluluskan dan kemudian akan diumumkan kepada rakyat. Untuk mengetahui lebih lanjut pengiraan Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) mengikut kawasan anda, sila ke atau boleh muat turun aplikasi PAKW di Google Play dan App Store.

Rafizi Ramli

21,761 views • 1 year ago

PENJAWAT AWAM MALAYSIA PALING RAMAI? Polemik saiz penjawat awam Malaysia yang besar sudah lama dibincangkan dengan yang selalu disebut di luar adalah Malaysia mempunyai penjawat awam yang paling ramai berbanding dengan negara-negara lain. Pandangan saya adalah isu saiz penjawat awam ini perlu dibincangkan dengan adil dan objektif. Ini kerana takrifan ataupun konteks penjawat awam dan pentadbir adalah berbeza mengikut negara masing-masing. Seperti di Malaysia, guru dan doktor adalah di bawah kategori penjawat awam. Bagi saya lebih ramai guru, doktor mahupun jururawat dalam negara, lebih baik untuk rakyat kerana ini contoh sektor perkhidmatan yang ada interaksi dan kesan terus kepada rakyat. Malah, tatakelola perjawatan adalah terkawal kerana proses penggajian penjawat awam itu memerlukan kelulusan dan bukan semudah-mudahnya untuk mana-mana kementerian atau agensi untuk menambah bilangan penjawat awam. Kawalan menerusi peruntukan turut wujud kerana setiap keputusan untuk menambah penjawat awam memerlukan kelulusan peruntukan. Dari segi rancangan di masa depan, melihat kepada jumlah penduduk yang akan bertambah, ini adalah peluang untuk kita menumpukan pengambilan penjawat awam kepada sektor yang ada kesan terus dan langsung kepada rakyat seperti guru, doktor, dan penjaga. Proses pendigitalan juga harus dimanfaatkan supaya proses kerja lebih berkesan dan sumber-sumber dapat ditumpu dan dialih kepada sektor-sektor awam yang lebih memerlukan. Ikuti penjelasan lanjut saya tentang soal saiz penjawat awam Malaysia. (Video penuh Yang Bakar Menteri EP 3 boleh disaksikan di YouTube saya)

Rafizi Ramli

94,125 views • 2 years ago

Saya bentangkan rekod kenaikan harga makanan dari 2011 hingga 2024 dalam penggulungan Belanjawan 2025. Hakikatnya sesiapa pun yang jadi kerajaan, kita akan menggunakan data yang sama iaitu daripada DOSM. Sementara kita boleh berbeza pendapat, mengenai bagaimana sesuatu perkara itu dilaksanakan atau pendekatannya, janganlah sehingga kita menidakkan data rasmi inflasi seolah-olah data itu tidak melambangkan keadaan sebenar rakyat kerana banyak perbahasan yang menjurus ke arah itu. Data inflasi setiap bulan ini memberi dua gambaran penting. Pertama, ia memberi trend peningkatan harga keseluruhan kerana angka inflasi adalah angka komposit yang menggabungkan kenaikan mengikut kategori seperti makanan mentah, makanan siap dibeli, makanan di restoran, elektrik, api pengangkutan dan sebagainya. Sama ada data 2% atau 1.9% itu adalah data komposit yang telah pun dikira mengikut wajaran dan ini adalah standard antarabangsa bukan hanya digunakan di Malaysia. Kedua, data inflasi menunjukkan berapa tinggi kenaikan itu berlaku. Jika kita amati laporan inflasi setiap bulan, ada saling kait antara angka inflasi keseluruhan dengan kenaikan mengikut kategori tertentu. Bagi bulan September 2024, kadar inflasi adalah 1.8% dan kadar kenaikan harga makanan & minuman, kerana ini yang selalu dilontarkan. Angka inflasi itu banyak itu, 2% tapi kita di bawah ini terbeban dengan harga makanan dan minuman yang tinggi. Jadi saya tengok satu persatu, kalau untuk September 2024, kadar inflasi keseluruhan 1.8%. Kadar kenaikan harga makanan dan minuman dan ini wajaran paling besar 29.8%, kadarnya hanyalah 1.6% lebih rendah daripada kadar inflasi sebenarnya. Kenaikan harga makanan dan minuman pada 1.6%, bagi September 2024 ini, boleh diberikan perspektif berbanding rekod-rekod kenaikan harga makanan dan minuman sejak 2011. Saya semak tiap-tiap bulan, kenaikan harga barang dan minuman yang jadi komponen inflasi itu sejak tahun 2011 mengikut data DOSM. Di antara tahun 2011 hingga 2018, kadar kenaikan harga makanan dan minuman adalah dalam lingkungan 2% hingga 5.7%. Hanya beberapa bulan sahaja dalam tahun 2011 ke tahun 2018 itu yang kadar kenaikan harga makanan itu dalam lingkungan 2% kepada 3%. Majoritinya adalah 3% hingga 5% iaitu lebih dua kali ganda daripada kenaikan yang kita ada sekarang ini September 2024. Kemudian, selepas Mei 2018, kerajaan bertukar, inflasi makanan dan minuman adalah paling rendah pada Julai 2018. Daripada 2011 hingga ke 2024, inflasi makanan dan minuman adalah palng rendah adalah dalam bulan Julai 2018 iaitu 0.7%. Kemudian kekal rendah hingga ke Mei 2019 tetapi mula naik kepada 1.2% iaitu kesan daripada penghapusan GST pada ketika itu. Selepas itu, kenaikan harga makanan dan minuman naik semula daripada Jun 2019 itu dia mula naik dan melebihi 2% daripada itu dan hanya turun sekejap semasa COVID kerana permintaan kurang. Itu pun semasa COVID, kenaikan harga makanan & minuman ini tak banyak beza daripada yang ada sekarang iaitu 1.3% hingga 1.9% julat dia. Jadi dalam keadaan ekonomi merudum masa itu takda permintaan, berbanding dengan keadaan sekarang, kadar inflasi kenaikan harga barang makanan dan minuman boleh dibandingkan dengan zaman COVID yang ada sekarang ini. Bermula Oktober 2021, kenaikan harga barang makanan & minuman mula naik mendadak dari 1.9% Oktober 2021 kepada 7.2% dalam bulan Ogos 2022. Kenaikan harga makanan & minuman hanya mula turun secara signifikan mulai Mac 2023. Mac 2023, 6.9% kepada 4.1% bagi Ogos 2023, kemudian 2% bagji Januari 2024 dan sekarang ini kekal 1.6% bagi September 2024. Maknanya, jika kita teliti semua data ini dari 2011 hingga 2024, prestasi mengawal inflasi, terutamanya kenaikan harga makanan dan minuman adalah terbaik sejak Kerajaan Madani mengambil alih Dari tahun 2011, hanya ada satu tempoh masa saja iaitu Julai 2018 hingga Mei 2019 akibat penghapusan GST yang mana kenaikan harga makanan dan minuman adalah lebih rendah daripada apa yang ada sekarang. Saya huraikan semua ini supaya jangan mudah menuduh kerajaan memutar belit angka ekonomi. Semua ini ada di segala laporan. Sedangkan jika dalam perbahasan, saya tengok dalam perbahasan ada yang sewenang-wenangnya mengatakan harga makanan naik sampai 30%, sampai 20% sedangkan data rasmi yang dikumpul itu keadaannya sangat berbeza dan DOSM inilah yang turut akan membekalkan data rasmi sekiranya pembangkang akan menjadi kerajaan ataupun semasa pembangkang jadi kerajaan dahulu, data yang sama itu jugalah yang digunakan

Rafizi Ramli

32,101 views • 1 year ago