正在加载视频...

视频加载失败

28,547 次观看 • 1 年前 •via X (Twitter)

0 条评论

暂无评论

原始帖子的评论将显示在这里

相关视频

Video Lama Dedah Cara Bermain Kasar, Dakwaan Pelanggan Dipersoalkan Netizen KUALA LUMPUR – Dakwaan dua pelanggan bahawa mesin permainan “Wangan Midnight” dimatikan tanpa sebab munasabah oleh kakitangan arked AEON Fantasy Malaysia kini dipersoalkan selepas satu video lama bertarikh tahun lalu tular di media sosial. Video berkenaan memperlihatkan cara permainan mereka yang sebenarnya disifatkan agak kasar dan agresif. Rakaman lama berkenaan menunjukkan individu tersebut bermain mesin arked dengan pergerakan tangan yang kuat, termasuk menepuk dan menghayun tangan ke arah skrin serta stereng ketika permainan sedang berlangsung. Perkara itu sekali gus dilihat selari dengan dakwaan kakitangan arked terkini yang menyatakan mesin berkenaan dimatikan kerana pelanggan didakwa “mengetuk” atau “memukul” mesin terbabit. Video lama itu mencetuskan reaksi baharu dalam kalangan netizen, dengan ramai berpendapat tindakan kakitangan arked mungkin berasas dan bertujuan melindungi mesin serta keselamatan pengguna lain. “Kalau tengok video ni, memang jelas gaya permainan kasar. Mesin arked bukan murah,” komen seorang pengguna media sosial. Bagaimanapun, terdapat juga netizen yang berpendapat kakitangan seharusnya memberi penjelasan lebih berhemah kepada pelanggan, bukannya terus mematikan mesin tanpa komunikasi jelas, bagi mengelakkan salah faham. Sebelum ini, pelanggan terbabit mendakwa mereka bermain secara normal dan adil, serta menegaskan bunyi yang terhasil adalah sebahagian daripada mekanik permainan. Setakat ini, pihak AEON Fantasy Malaysia masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pendedahan video lama tersebut. Mynewshub akan terus memantau perkembangan kes ini dan mendapatkan maklum balas rasmi daripada pihak pengurusan arked sekiranya ada. - MYNEWSHUB

MYNEWSHUB

156,001 次观看 • 7 个月前

Isteri ‘Serbu’ Guru Taska: Chat “Assalamualaikum Ayah” Terbongkar, Rupanya Dah Lama Berlaku Sejak Mengandung! Satu lagi drama panas rumah tangga meletup di media sosial apabila seorang isteri dikatakan mengejutkan seorang guru taska yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan suaminya. Bukan biasa-biasa, isteri itu datang lengkap dengan bukti chat yang cukup spicy, antaranya mesej berbunyi: “Assalamualaikum Ayah”. Menurut sumber, kejadian ini bukan sekadar salah faham spontan. Si isteri mendakwa kecurangan itu sudah berlarutan sejak dia masih mengandung, malah ketika ibu mertuanya masih hidup. Dengan kata lain, drama sudah berjalan lama di belakangnya, cuma ‘episod akhir’ baru meletup. Dalam kejadian ambush itu, suasana dikatakan sangat tegang. Si isteri terus mengeluarkan bukti-bukti perbualan yang dipercayai antara suaminya dan guru taska tersebut dengan panggilan “Ayah” yang pada pandangan orang ramai memang lebih daripada mesra. Guru taska itu dilapor cuba menafikan hubungan sulit tersebut, namun si isteri tidak berganjak dan mendakwa gaya perbualan itu jelas menunjukkan ada sesuatu yang “lebih daripada sekadar kawan”. “Curang time bini mengandung… memang tak ada insurans hidup.” Ramai juga yang bersimpati dengan si isteri, terutama apabila mengetahui perkara itu dikatakan berlaku ketika dia sedang sarat dan ketika keluarga mereka baru kehilangan ibu mertua. Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada suami atau pihak taska.

Local Confessions

26,544 次观看 • 8 个月前

Saya faham niat setiap calon adalah untuk menang. Tetapi, warga emas yang sedang terbaring uzur dan bertarung dengan kesakitan di atas katil bukanlah audiens untuk kita menjaja manifesto, menabur janji politik, apatah lagi meminta mereka mendoakan kemenangan parti kita. Waktu itu adalah waktu mereka paling rapuh, dan apa yang mereka perlukan hanyalah doa, ketenangan, dan sokongan moral, bukan bebanan kempen politik. Di sinilah kita dapat melihat perbezaan nilai yang sangat jelas. Perhatikan bagaimana Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Aminuddin Harun atau lebih mesra disapa Tok Min, menyantuni pesakit. Beliau melangkah masuk ke ruang ziarah itu bukan dengan 'baju politik', sebaliknya beliau hadir sebagai seorang manusia biasa yang penuh rasa empati. Tiada laungan kempen, tiada permintaan untuk dipangkah pada kertas undi. Yang ada hanyalah kata-kata semangat, permohonan maaf yang sangat merendah diri sebagai seorang pemimpin, dan doa yang ikhlas agar pesakit diberi kesembuhan. Tok Min mengingatkan kita bahawa katil pesakit itu adalah cerminan masa depan kita semua. Kesantunan, keikhlasan, dan sifat tawaduk ini bukanlah sesuatu yang boleh dibuat-buat di hadapan kamera; ia lahir dari hati nurani seorang pemimpin yang benar-benar menghormati rakyatnya. Ketenangan dan jiwa besar Tok Min inilah yang sebenarnya menjadi paksi kepada kestabilan Kerajaan Negeri Sembilan. Pemimpin yang tidak ego dan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di hadapan amat mudah membina keserasian. Nismilan Elok Dah, Kekal Tok Min #KekalHarapan #NegeriSembilan

Jason Yew

16,129 次观看 • 21 天前