Загрузка видео...

Не удалось загрузить видео

На главную

Farah lee pun pernah update dorang pergi training before gerak ke Gaza. 15 tahun team flotilla ni usaha nak hantar bantuan ke Gaza, tahun ni misi sekarang ni lah paling hampir jarak kapal dengan Gaza Kena terus percaya dan bagi semangat kat peserta flotilla.

45,865 просмотров • 10 месяцев назад •via X (Twitter)

Комментарии: 0

Нет доступных комментариев

Здесь появятся комментарии из оригинального поста

Похожие видео

DISEBABKAN video ni viral balik kat semua media sosial, jadi aku sebagai orang yang ada dalam video ni jugak (Helmet Merah Pakai Spec) nak cerita la sikit walaupun video full ada kat youtube. Sebab ada yang tertanya-tanya, kat mana kami sekarang.... siap dulu pernah orang kata kawan aku yang helmet merah tu dah mati 😂... dia hidup lagi kome, semua hidup lagi. Ok aku cerita sikit kisahnya -Kami semua ni pelajar Kolej Vokasional Lebuh Cator Ipoh (KVLC) masa ni tahun 3 2017. Kami ada macam satu program nak kena buat, kira macam markah la jugak ni untuk kami. So group kami ni pilih nak buat khidmat komuniti di Kuala Kangsar tapi masalahnya modeii takdak , nak kena beli itu ini lagi jadinya kami semua ni kiranya ditugaskan untuk pergi minta sumbangan la kat wakil rakyat mana yang ada sekitar Ipoh ni. Tengah pergi sana sini, member aku yang helmet merah tu jatuh dulu dah jalan licin Tu yang patah balik semua sembang punya sembang tepi jalan sekaliii pommmm kancil drift impak maksima maii datang nasib takde kena apa-apa kat kami, cuma motor jela 4 bijik kena langgor. Hancor leboh takdak apa dah. Memang viral 1Malaysia masa ni siap wartawan semua datang nak jumpa kawan aku yang ada dalam video ni tapi kami senyap je... yela goyang jugak masa tu so malas la nak ambil port pun. Tapi memang tak sangka viral. Femes la kejap jugak masa tu 😂 dengan loghat Perak pekatnya... Siap ada yang kata kami jugak kami ni berlakon, haha ingat kami skop production ke ada modeii nak buat kancil drift bagai ni. Siap ada kata buat pe la dok sembang kat tepi tu macam takde tempat lain tapi takpelah nak buat macam mana orang takde kat tempat kejadian boleh cakap macam-macam. Kami redho je. Nak tengok video full boleh pergi tengok kat youtube insyaAllah ada kelako n seronok. Mungkin akan ada yang rindu masa zaman belajar jugak- Saya bukan owner vid ye. Ownernya & Video ori ada kat Yt. Saya hanya kawan/orang yang terlibat juge dalam kejadian ni . Takde niat untuk mencari publisiti atau sebagainya, Cuma saja nak bukak balik nak cerita hal sebenar dan alang-alang tengah viral kan jadi saja nak bukak balik , selama ni diam je 😂....So boleh tengok sini.

MYNEWSHUB

30,531 просмотров • 2 месяцев назад

Harith Iskander Buat Lawak Menghina Rosmah....Tak Cukup Lagi Ke Apa Yang Keluarga Najib Lalui Sejak 10 Tahun Lalu? Rosmah digambarkan hantu nombor satu paling menakutkan selepas toyol dan pontianak. Ia dibuat dalam satu persembahan di Melaka. Apa pun...sekurang-kurangnya Rosmah isteri yang setia....Harith ni isteri pun dah cabut.... Gambar awal tahun 2018 nampak "pelawak" ni dan isteri dia (belum kena tinggal lagi masa tu) begitu beriya bergambar dengan Rosmah yang ketika itu isteri Perdana Menteri.... Antara komen netizen dari FB Shahrol Shiro : - Patutlah bini pun lari 🤦 buruk2 DS Rosmah suami anak2 sayang beliau...anak2 tahfiz syg dan doakan hari2...buruk2 beliau tiap2 tahun khatam Quran....Allah tak nilai fizikal kita tp kebaikan yg kita bawa manfaat pd seisi alam....so botak ni bawak manfaat apa???!🤨 - walaupon aku bukan penyokong najib sekeluarga,tapi aku rasa lawak membahan datin rosmah tu memang x patut..cuba gamba mak kau yang dijadikan bahan lawak .x profesional langsung... -Harith Iskander MMG Bodo lawak dia. Tak ada standard langsung lawak beliau. Dah tak ada idea lagi ke. Jika dah tak ada idea.. Berhenti je lah. Jgn asyik nak gelakkan orang je. Orang ramai gelakkan awak tu tak perasan ke. 🤣🤣 TOLONG JANGAN BUAT LAWAK BODOH LAGI. MINTA MAAF KE DATIN SERI ROSMAH MANSUR - Dah tua² pun bodooo.. bukannya lawak sgt pun ape yg dilawakkan tuu.. yg menonton pun sama lima jugak.. geng bodooo berjemaah.. Patut la bini pun lari yea botak....🤣 Cukup-cukup la..keluarga Najib sudah dan sedang melalui macam-macam dugaan...tak payah la nak malukan mereka lagi....

MYNEWSHUB

136,963 просмотров • 6 месяцев назад

Kisah sebenar : Harini nak santai je. Bawa anak keluar. Tapi tulah. Benda tak bermoral pula terjadi. Masa dekat booth luar mydin seremban 2, dah perasan dan ade seorang budak baju kuning macam merakam. Tapi takdelah fikir bukan -bukan. Masuk dalam mydin, perasan budak ni ikut lagi. Sambil phone tegak merakam. Mungkin kebetulan masuk skali. Bila ke bahagian lain, perasan budak ni ikut sambil merakam. Telefon tegak. Ke bahagian lain pun sama. Obvious sangat . Anak-anak pun perasan, dengan kehadiran budak ni. “Dia asyik tengok kita je umi” Ada bagitahu husband, husband pun terus ikut budak ni dari belakang. Tapi saya rasa tak puas hati. Saya terus berjumpa budak ni sambil rakam sebagai bukti. Takdalah serang kosong je kan. Rupanya ada beberapa video saya siap zoom belakang saya. Dan beberapa video perempuan mengandung yang lain. Berpurdah pun ada. Taste memang dengan orang mengandung Video terpaksa di potong atas tindakan seterusnya. Perasaan seorang suami tak dijangka kalau isteri kena macamni. Dan ditenteramkan oleh orang ramai. Sampai terkencing perilaku akibat takut. Si perlaku pun sudah di serah ke polis . Kami sendiri buat report. Selepas disoal siasat, baru 20 tahun. Budak uni sini. Katanya suka buat stock puaskan nafsu. Dah lama buat keje macamni katanya. Ikutkan saya nak si perlaku ke dalam. Tapi atas budi bicara, muda lagi 20 tahun. Saya tarik report semula. Suka suka rakam perempuan . Buat stock sex sendiri puas sendiri kat rumah. Takut lepasni berani meraba pulak kan? Sebab terlampau banyak video orang perempuan yang dirakam sekitar malam tadi. Mangsa tak perasan. Masalahnya siap zoom body part! Untuk wanita -wanita gadis-gadis dekat luar sana, jangan takut pertahankan benda betul. Rakam sebagai bukti. Jangan takut. Jaga diri sendiri. Pakai purdah pun dah tak selamat. Kalau dah fetish tu fetish juga tak kiralah dah bertutup penuh. Untuk pesanan anak muda, bayangkan kalau mak, kakak awak yang kena sexual fixation macam ni apa awak rasa? Muda lagi. Dah buat perangai bukan -bukan. Fikir guna otak laju sikit.
0:37

Sensitive content

Kisah sebenar : Harini nak santai je. Bawa anak keluar. Tapi tulah. Benda tak bermoral pula terjadi. Masa dekat booth luar mydin seremban 2, dah perasan dan ade seorang budak baju kuning macam merakam. Tapi takdelah fikir bukan -bukan. Masuk dalam mydin, perasan budak ni ikut lagi. Sambil phone tegak merakam. Mungkin kebetulan masuk skali. Bila ke bahagian lain, perasan budak ni ikut sambil merakam. Telefon tegak. Ke bahagian lain pun sama. Obvious sangat . Anak-anak pun perasan, dengan kehadiran budak ni. “Dia asyik tengok kita je umi” Ada bagitahu husband, husband pun terus ikut budak ni dari belakang. Tapi saya rasa tak puas hati. Saya terus berjumpa budak ni sambil rakam sebagai bukti. Takdalah serang kosong je kan. Rupanya ada beberapa video saya siap zoom belakang saya. Dan beberapa video perempuan mengandung yang lain. Berpurdah pun ada. Taste memang dengan orang mengandung Video terpaksa di potong atas tindakan seterusnya. Perasaan seorang suami tak dijangka kalau isteri kena macamni. Dan ditenteramkan oleh orang ramai. Sampai terkencing perilaku akibat takut. Si perlaku pun sudah di serah ke polis . Kami sendiri buat report. Selepas disoal siasat, baru 20 tahun. Budak uni sini. Katanya suka buat stock puaskan nafsu. Dah lama buat keje macamni katanya. Ikutkan saya nak si perlaku ke dalam. Tapi atas budi bicara, muda lagi 20 tahun. Saya tarik report semula. Suka suka rakam perempuan . Buat stock sex sendiri puas sendiri kat rumah. Takut lepasni berani meraba pulak kan? Sebab terlampau banyak video orang perempuan yang dirakam sekitar malam tadi. Mangsa tak perasan. Masalahnya siap zoom body part! Untuk wanita -wanita gadis-gadis dekat luar sana, jangan takut pertahankan benda betul. Rakam sebagai bukti. Jangan takut. Jaga diri sendiri. Pakai purdah pun dah tak selamat. Kalau dah fetish tu fetish juga tak kiralah dah bertutup penuh. Untuk pesanan anak muda, bayangkan kalau mak, kakak awak yang kena sexual fixation macam ni apa awak rasa? Muda lagi. Dah buat perangai bukan -bukan. Fikir guna otak laju sikit.

kamaghul deghaman

309,349 просмотров • 1 год назад

𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗟𝗔𝗜𝗡 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧 𝗞𝗔𝗧 𝗚𝗘𝗡𝗭, 𝗗𝗜𝗔 𝗣𝗨𝗡 𝗡𝗔𝗞 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧 𝗝𝗨𝗚𝗔𝗞 Saya kena serang dengan siswa dari Fakulti Ekonomi, Universiti Malaya minggu lepas. Bertalu-talu soalan sehingga tak sempat menepis. Kena serang dengan ceplos pun tak seteruk ni. Saya nampak adik-adik siswa ni cerdik-cerdik, baik-baik, selalu hadir ke kuliah, besar kemungkinan lebih tinggi kehadiran ke kuliah berbanding saya di uni dulu. Soalan wajib yang mesti ditanya oleh siswa-siswa bila serbu Ahli Parlimen: 𝗔𝗽𝗮 𝗻𝗮𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗮𝗺𝗶 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘂𝗺𝘂𝗿 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴? Saya bagi dua nasihat sahaja yang sempat tadi: 𝘕𝘢𝘴𝘪𝘩𝘢𝘵 𝘱𝘦𝘳𝘵𝘢𝘮𝘢: Apa yang kita susah payah belajar di universiti tidak semuanya akan dipraktikan bila mula bekerja. Memang nak lulus cemerlang kena mahir semua, segala teori, formula, campur kira, fakta nak kena tahu. Tapi yang lebih penting ialah kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan sesuatu masalah. Di tempat kerja, masalah yang perlu diselesaikan bukanlah seperti yang ada dalam buku teks. Kadang-kadang masalah staf sama staf bermasam muka, tak de dalam buku teks ni. Tetapi universiti dan ijazah mengajar kita kemahiran berfikir. Dari kemahiran itu kita tahu punca, apa teknik, tools dan ilmu yang kita ada untuk menyelesaikan masalah. Perkara terperinci itu selalunya ada saja rujukan - dalam buku, tanya senior, Google, ChatGPT dan macam-macam. 𝘕𝘢𝘴𝘪𝘩𝘢𝘵 𝘬𝘦𝘥𝘶𝘢: Lebih banyak bergaul dengan orang yang lebih berumur dari kita, walaupun mereka ni bosan di mata kita. Kita rasa mereka ketinggalan zaman, semua tak boleh, baju pun out of fashion. Tetapi bila mula-mula masuk kerja, kita akan bersaing dengan ratusan lagi graduan yang masuk kerja dengan kita, ijazah semua sama hebat macam kita. Kalau boss nak kenal pasti potensi semata-mata dari latar belakang akademik atau hasil kerja, semua nampak hampir sama. Pada umur 25 tahun, kita akan menonjol apabila kita nampak lebih matang dari umur 25 tahun. Matang tu bukan bermaksud rambut dah beruban atau dah botak macam saya. Matang maksudnya gaya percakapan, isi percakapan, lontaran idea, mutu kerja itu macam budak ni dah kerja 5 tahun, setanding dengan yang umur 30an. Jenis macam ini akan menonjol serta merta dan dilihat ada potensi besar. Macam mana nak nampak macam dah kerja 5 tahun padahal baru keluar universiti 6 bulan? Sebab itu bergaul dengan orang yang lebih tua, lebih berpengalaman akan memberi peluang kita mencedok ilmu mereka dan pengalaman mereka. Lama-lama kita pun bunyi tua dan berpengalaman macam mereka. Budak-budak universiti yang nak lepak dan sembang benda-benda macam ni, bolehlah cuba contact saya. Macam mana nak contact saya - ha3 yang tu universiti tak ajar.

Rafizi Ramli

24,247 просмотров • 6 месяцев назад

𝗣𝗢𝗗𝗖𝗔𝗦𝗧 𝗬𝗕𝗠 𝗘𝟱𝟬: 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗗𝗘𝗣𝗔𝗡 𝗙𝗜𝗥𝗜𝗡𝗚 𝗦𝗤𝗨𝗔𝗗 Malam ini episod ke-50 podcast YBM. Masa saya mula pada tahun 2023, namanya Yang Bakar Menteri. Tujuannya nak bagi peluang kepada orang ramai, terutamanya tokoh dari parti lain, atau penganalisis politik, datang bakar saya depan-depan dan saya jawab depan-depan. Akhirnya susah dengan format itu sebab tak ramai yang berani datang bakar depan-depan. Kita tukar format dalam Jun 2025 jadi Yang Berhenti Menteri. Sama juga, mulanya saya nak jemput tokoh-tokoh untuk hadir sekali. Lepas 2-3 kali kena tokoh yang saya jemput cancel last minute dengan macam-macam alasan, saya faham keadaannya. Tak ramai berani nak hadir takut kena cop melawan kerajaan. Hadir dalam podcast lain tak apa, asal jangan hadir podcast YBM. Sebab itu, akhirnya saya ulas sendiri ha3. Alhamdulillah, nampak serasi dengan pendengar. Jumlah yang menonton naik, ramai juga yang menonton penuh 3 jam tiap-tiap minggu. Pengalaman saya melalui podcast YBM ini mengesahkan satu perkara mengenai politik yang ramai ahli politik lupa. Kawan yang berpangkat, tokoh perniagaan yang kaya, mereka datang dan pergi mengikut jawatan. Bila ada pangkat, orang ada jawatan dalam kerajaan, GLC dan macam-macam lagi, mereka lah yang paling awal beratur dan sebut “saya memang support YB dari dulu”. Bila kita tak ada pangkat, mereka ini jugalah yang paling awal angkat kaki pergi cari siapa yang perlu dikipas seterusnya. Memang begitu dinamik kuasa di mana-mana. Yang paling setia hanyalah rakyat biasa yang tidak bernama. Mereka support kita dari kita tidak ada apa-apa. Bila kita menang dan ada pangkat, mereka tidak berpeluang pun untuk tunjuk muka, selalunya jadual dah kena conquer dengan geng-geng berpangkat yang sebelum itu sokong lawan kita. Bila kita kena bermula balik, rakyat biasa ini jugalah yang sokong dan beri semangat. Dia lebih semangat dari kita. Sebab itu, Episod ke-50 malam ini, adalah untuk orang-orang biasa yang tidak bernama. Malam ini, kita buang format biasa, kita buat format Firing Squad. Saya jemput sertai live podcast YBM episod 50, Jumaat 29 Mei 2026 jam 9 malam di YouTube saya. Tanya saja apa-apa soalan, mintak lah saya komen apa-apa, saya akan jawab. Had jawapan saya paling panjang 90 saat satu jawapan, supaya boleh bagi peluang kepada ramai orang bertanya. Kalau nak korbankan saya di depan skrin, malam ni lah peluangnya.

Rafizi Ramli

22,389 просмотров • 2 месяцев назад

𝗜𝗡𝗜 𝗖𝗔𝗣𝗥𝗜𝗖𝗘 - 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗚𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 Semua fitnah yang dibuat Caprice - saya telah jawab satu persatu. Saya juga telah serahkan urusan saman Caprice kepada peguam saya. Jadi tinggal satu saja lagi - perkongsian bagaimana Caprice bertukar angin, dari semasa saya jadi menteri kepada selepas saya bukan jadi menteri. 4 Jan 2024 - hantar mesej nak catch up dengan pegawai dari pejabat saya, sebut pasal sistem subsidi yang dia pernah bentang kepada KPDN. Masa itu semua orang tahu Kementerian Ekonomi yang merangka dasar penyelarasan semula subsidi. Nama Mat Sabu pun kena name-dropped, ada presentation app untuk pertanian nama YouFarm. Dia minta “private coffee session” dengan pegawai saya sebab nak tunjuk “what else i’ve been doing for Madani”. Siap cakap “I really wanna show u”. Pejabat saya tak layan. 9 Julai 2024 - dia cuba lagi. “Yoooo” “Rafizi really needs a rebranding bruv” 4 Mei 2025 - still kejar pegawai saya. Nasihat saya kepada orang ramai, memang kita senang terpengaruh dengan pempengaruh. Kerja dia mempengaruhi kita. Kalau pasal nak pilih ais krim atau sambal mana nak makan, OK lah nak berpandukan pempengaruh macam Caprice. Tapi kalau pasal politik, kepimpinan, sebelum buat keputusan, perhatikan dia konsisten ke tidak. Sebab memang ada pempengaruh macam ni. Semua ni bagi dia job je. Hari ni dia lambung Madani, esok kalau kerajaan bertukar dia lanyak Madani. Yang bodoh ialah orang-orang politik juga yang dok cari dan bagi job kepada pempengaruh macam ni.

Rafizi Ramli

317,421 просмотров • 5 месяцев назад

𝗝𝗔𝗠𝗘𝗦 𝗦𝗨𝗗𝗔𝗛, 𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 𝗡𝗜 𝗦𝗔𝗬𝗔: 𝗜𝗡𝗜 𝗣𝗔𝗡𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗦𝗣𝗥𝗠 𝗠𝗔𝗖𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗡𝗔𝗞 𝗖𝗔𝗥𝗜 𝗦𝗔𝗬𝗔 Hari ini, bekas pegawai dasar saya James Chai, pulang dari Cambridge untuk memberi keterangan kepada SPRM. SPRM menyiasat kononnya ada penyelewengan dalam usaha sama kerajaan dengan ARM, gergasi perisian semikonduktor dunia. Kalau ingat, Mac 2025, Perdana Menteri melancarkan usaha sama ini untuk membolehkan Malaysia berubah dari menjadi pengilang yang memasang cip semikonduktor kepada pencipta yang mereka bentuk cip semikonduktor. Saya tahu siasatan itu tidak ada kena mengena dengan wang yang hilang. Kalau tidak dah lama saya ditahan dan berpuluh juta wang dipamerkan kepada orang ramai, seperti yang pernah berlaku dalam kes ahli politik lain. Siasatan menjurus kononnya saya mendesak kerajaan untuk menandatangani usaha sama itu secara tergesa-gesa. Macam perjanjian ART yang sesetengah pihak kata tergesa-gesa lah. Cuma yang saya disiasat besar-besaran, yang ART itu langsung tidak disentuh. Pun begitu, saya berbesar hati untuk membantu siasatan SPRM. Kemungkinannya begini: James adalah saksi terakhir yang SPRM ingin ambil keterangan. Selepas James, tinggal saya. Maka saya mungkin dipanggil, seterusnya ditahan dan didakwa dalam tempoh seminggu, dua minggu atau tiga minggu dari sekarang. Masalahnya saya tidak ada Whatsapp dan saya tidak angkat telefon yang saya tidak kenali. Banyak scammer sekarang ni. Jadi saya mohon kepada SPRM untuk menghantar notis memanggil saya memberi keterangan, atau kalau nak tangkap hantar notis siap-siap, ke email saya [email protected] Jangan bimbang, saya tidak pernah lari ke mana. Dah berpuluh kali saya kena tahan pihak berkuasa dari 2010 lagi, tidak pernah sekali pun saya lari. Insya Allah kita jumpa di ibu pejabat SPRM Putrajaya dalam masa yang terdekat ini.

Rafizi Ramli

46,062 просмотров • 3 месяцев назад