Video wird geladen...

Video konnte nicht geladen werden

Zur Startseite

Finally jumpa dah best solution for ๐™š๐™˜๐™ฏ๐™š๐™ข๐™– Thanks Dr Malar share sendiri experience menggunakan soothing cream ni yang bagus untuk merawat ๐™š๐™˜๐™ฏ๐™š๐™ข๐™– anaknya.

1,176,545 Aufrufe โ€ข vor 2 Jahren โ€ขvia X (Twitter)

10 Kommentare

Profilbild von ู‹ู
ู‹ูvor 2 Jahren

Tiada steroid, tiada bahan logam & tiada toksik yang merbahaya. That's why boleh guna berkali2 untuk pastikan kulit sentiasa LEMBAB To buy

Profilbild von ู‹ู
ู‹ูvor 2 Jahren

Alhamdulillah feedback customer lain yang berpuaahati dgn soothing cream ni ๐Ÿซถ

Profilbild von ู‹ู
ู‹ูvor 2 Jahren

Cream ni sesuai digunakan bayi, kanak2 dan ibu mengandung. Seller sendiri maklumkan bila di tanya. Beli sini

Profilbild von azwan as seromi
azwan as seromivor 2 Jahren

Kenapa Harus takut dgn steroid? 2 benda penting dlm rawatan eczema ketika flare (1) mostuirizer (2) steroid. Steroid untuk membasmi keradangan kulit. Ada regime dia.! Kena sabar & konsisten sapu cream.

Profilbild von yen
yenvor 2 Jahren

Can try this one also! โ˜บ๏ธ

Profilbild von Anish ๐ŸŒป
Anish ๐ŸŒปvor 2 Jahren

Luv bila tahu tak ada steroid!!! Boleh beli for anak fruitttt.

Profilbild von Pembeli Emas Kuantan Naura Gold โœจ
Pembeli Emas Kuantan Naura Gold โœจvor 2 Jahren

sebab dr malar review aku beli

Profilbild von vickymiller
vickymillervor 2 Jahren

Dah agak dah.. Last last jual product pula daaa...inilah mentality orang Malaysia walaupun pelajaran setinggi mana pun.... Kalau kita nak siasat product ini bagus ataupun tidak... Sekejap aje... Kemudian kita boleh tahu credibility doktor ini.... Baik ataupun tidak...

Profilbild von โ‹†๏ฝกโ€งหš ๐™ฒโƒจ๐š˜โƒจ๐š”โƒจ๐š•โƒจ๐šŠโƒจ๐šโƒจ๐š–โƒจ๐š’โƒจ๐š—โƒจ๐š—โƒจ๐šโƒจ หšโ€ง๏ฝกโ‹†
โ‹†๏ฝกโ€งหš ๐™ฒโƒจ๐š˜โƒจ๐š”โƒจ๐š•โƒจ๐šŠโƒจ๐šโƒจ๐š–โƒจ๐š’โƒจ๐š—โƒจ๐š—โƒจ๐šโƒจ หšโ€ง๏ฝกโ‹†vor 2 Jahren

Nak suggest dekat adek lah nanti. Dia ada enzema

Profilbild von Che bayah
Che bayahvor 2 Jahren

Thanks Dr for ur advice

ร„hnliche Videos

BUDAYA โ€œGATALโ€ YANG DIBAWA MASUK KE SEKOLAH? Screen record ini, ini kali, aku sendiri yang buat. Kalau nak menipu lagi kata dah delete lama. Silakan. Aku dah cakap, aku tak kata salah. Kalau ia memang baik dan dipersetujui semua. Aku mohon berkhilaf sebab aku tak setuju. Tapi, elok korang semua baca pandangan salah seorang parents yang anaknya dipergunakan. Boleh pertimbangkan. Aku taknak salahkan sesiapa. Aku dengan pandangan dan pendirian aku, korang yang setuju dengan aku, dengan pandangan dan pendirian korang. โ€”- Surat Terbuka Buat Sesiapa Sahaja Yang Terlibat.. Assalamualaikum, Saya salah seorang ibu bapa yang anaknya sudah digunakan dalam video content dan marketing pihak Aikom (Akademi Ikon Muda Malaysia) dan Amir Lala berasa sangat kecewa dengan tindakan yang kalian telah lakukan. Anak-anak kami bukan talent percuma yang kalian boleh perdagangkan secara percuma untuk digunakan sebagai alat atau bahan marketing. Sudah pasti pihak sekolah telah membayar kalian untuk program-program tersebut. Adakah kalian telah meminta izin pihak sekolah, guru-guru dan ibu bapa untuk menggunakan wajah-wajah mereka sebagai bahan marketing kalian? Saya sebagai ibu bapa tidak mengizinkan bahkan mengharamkan kalian menggunakan wajah anak saya! Selain itu, pengisian jenaka โ€œpickuplineโ€ juga wajar dihentikan. Saya tidak nampak apa keperluan. Nampak lebih menjadikan remaja berani menggatal. Jika mahu menjadikan mereka berani, wajar menggalakkan mereka buat public speaking atau berdebat. Jika mahu mereka berseni, budaya kita sudah ada pantun dan gurindam, sajak dan syair. Saya faham ia hiburan, ia jenaka. Tapi, sebagai pasukan consultant, takkan kalian tidak mampu menghasilkan hiburan dan jenaka yang bersifat ilmiah dan matang. Saya rasa normalisasi perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah mesti segera dihentikan. Saya mengharapkan sekolahlah benteng terakhir menjaga dan menerapkan gagasan budaya timur kita. Kita sudah tidak mampu mengawal media sosial, media massa, dan hiburan di luar sana. Tetapi, apabila kalian juga membawa masuk budaya tersebut ke dalam sekolah. Apalah daya saya untuk menghalang. Saya orang biasa-biasa, tidak punya wang yang banyak, suara saya terhad. Saya pernah tegur pihak Aikom dan Amir Lala, tetapi saya telah disekat selepas itu. Dan baru-baru ini, seorang individu telah memberi pandangan tentang aktiviti kalian di sekolah. Saya sangat bersetuju dengan beliau. Justeru, saya mohon simpati kalian dan perhatian pihak sekolah untuk menghentikan kemasukan modul program motivasi yang tidak membawa budaya timur dan akhlak Islam. Jadikanlah sekolah benteng terakhir pertahanan daripada segala pengaruh media sosial, viral, trending, dan apa saja yang tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anak bangsa kita. Saya juga mohon mencadangkan supaya pihak sekolah menjemput penceramah yang ada track record atau success story yang sebenar untuk memberikan motivasi. Bukan sekadar influencer atau selebriti yang punya ramai pengikut di media sosial. Akhir kalam, Didiklah anak-anak saya supaya menjadi seperti Imam Syafie atau Imam Nawawi. Asuhlah mereka supaya lahir Elon Musk atau Mark Zuckerberg Malaysia. Bimbinglah mereka menjadi pejuang agama, bangsa dan negara. Pimpinlah tangan mereka supaya lahir manusia yang rajin, berani, berprinsip dan matang dalam kehidupan mereka apabila dewasa. Sekian curahan hati. Yang benar, Seorang lelaki, ayah dan rakyat marhaen. 16/12/2023 โ€”- ps : Disalin semula daripada saudara Azrul Adnan

Aliff Ahmad

1,286,209 Aufrufe โ€ข vor 2 Jahren

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ฅ๐—จ ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜ ๐—”๐—ง๐—”๐—ฆ ๐—”๐—ก๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” Bulan Ogos 2025, ada serangan ke atas anak saya dan ugutan kepada isteri saya. Mesejnya simple: kalau saya terus bersuara, mereka nak cucuk AIDS. Saya tidak pernah menulis surat, atau tanya perkembangan siasatan secara terbuka. Saya serah kepada Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab mengawal selia PDRM, badan yang menyiasat. Lagi pun Menteri Dalam Negeri, Saudara Saifuddin Nasution Ismail, adalah kawan lama yang saya dah kenal sejak 1998 lagi. Untuk tempoh masa yang lama, saya panggil dia โ€œabangโ€. Saya kenal rapat keluarga beliau dan beliau kenal isteri dan anak saya. Jadi saya serah amanah itu kepada beliau. Memang saya tidak pernah dapat apa-apa maklumbalas, secara rasmi atau tidak rasmi. Kalau ada kemaskini siasatan pun, itu dari media saja. Saya membaca laporan sama macam rakyat yang lain. Akhir November 2025, Saudara Saifuddin minta untuk adakan pertemuan. Kami pun jumpa di parlimen pada 1 Disember 2025. Lebih sejam kami berjumpa, bincang macam-macam. Saya lagi banyak dengar dari bercakap, seperti biasa bila saya jumpa pimpinan PKR ha3. Saya ingat sebab dia tak sampai hati dah berbulan-bulan tak de maklumat atau hasil siasatan mengenai kejadian serangan, dia ada berkongsi beberapa perkembangan dan sudut-sudut siasatan. Saya pun masukkan soalan di parlimen untuk beliau sahkan secara rasmi di Dewan Rakyat maklumat-maklumat yang dia kongsi dengan saya pada 1 Disember 2025 itu. Minggu ini, beliau jawab dan seperti yang saya dah agak, beliau kena bagi jawapan pentadbiran lah, iaitu tak boleh dedah takut ganggu siasatan. Saya pun tak ambik hati. Sebab anak kita yang kena, takkan orang lain faham perasaan kita. Malah saya berterima kasih kerana jawapan Menteri Dalam Negeri itu mengesahkan dua perkara: Pertama, perjumpaan dengan saya pada 1 Disember itu benar-benar berlaku. Ya lah takkan dia nak menafikan CCTV kat Parlimen semua ada. Kedua, bahawa memang beliau berkongsi maklumat mengenai perkembangan dan sudut siasatan kes itu dalam pertemuan dengan saya pada 1 Disember 2025. Cuma dia tak leh kongsi secara terbuka saja. Itu saja yang saya nak sebenarnya. Saya pun realistik takkan lah beliau akan kongsi apa yang beliau beritahu kepada saya. Sebab saya pun faham dalam sistem kita, kalau tidak ada kuasa, proses nak cari dalang kes macam ini memang jadi lama. Silap-silap hari senyap begitu saja bila dirasakan orang sudah lupa. Nanti saya tunggu lagi, kalau dirasakan siasatan tak ke mana, saya sendiri akan tulis surat kepada Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan PDRM mengusulkan supaya siasatan dihentikan dan NFA saja kes ini. Jangan buang masa anggota polis kat bawah yang hanya menurut perintah. Lagi pun, Perdana Menteri juga yang beriya-iya keluar kenyataan cepat-cepat suruh siasatan dibuat secara telus. Kalau dah lebih 6 bulan tapi tak ke mana, malu lah PMX. Baik saya yang volunteer suruh tutup saja siasatan untuk jaga air muka PMX. Apa yang dah jadi tu dah jadi. Saya redha dan Insya Allah, kami sekeluarga lebih yakin dengan doa dari bergantung kepada budi bicara manusia, agar perkara sebegini tidak akan berulang lagi kepada sesiapa pun di negara ini. Yang nak kena pertahan reputasi di mata rakyat ni bukan anak saya yang kena serang. Yang nak kena jawab dengan rakyat nanti adalah orang-orang besar belaka, mereka tahulah apa jawapan nak diberi satu hari nanti.

Rafizi Ramli

131,476 Aufrufe โ€ข vor 6 Monaten

๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐——๐—” ๐—–๐—›๐—œ๐—ฃ ๐—ฆ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ง๐—˜๐— ๐—ฃ๐—ข๐—› ๐Ÿฑ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก Ada satu berita positif mengenai Malaysia yang tenggelam di tengah-tengah banyak cerita negatif dan keputusan pilihanraya akhir-akhir ini. Minggu ini, Malaysia melangkah setapak lagi untuk menukar wajah industri elektronik kita - dari menjadi tukang pasang saja, kepada pencipta chip elektronik yang dipakai dalam pelbagai aplikasi moden. Ia satu perkara yang sentimental kepada saya. Sebagai Menteri Ekonomi, saya diberi tanggungjawab untuk merancang. Kementerian Ekonomi tidak ada kuasa untuk melaksanakan. Kalau perancangan itu baik, setelah sudah dibuat semua, program atau dasar itu akan diambil oleh kementerian atau agensi lain. Ada program yang dibangunkan, bila diserahkan kepada kementerian lain, berjalan dengan baik. Contohnya Dasar Gaji Progresif. Ada dasar yang pada mulanya dipersetujui bersama, bila telah dibangunkan, dibangkang oleh kementerian lain. Ada banyak kes begini. Ada juga yang ditentang habis-habisan oleh beberapa menteri lain, tetapi saya bertegas sehinggalah berjalan, bila dah berjalan, menteri yang mati-matian menentang itu - merekalah yang paling kedepan tersenyum berjabat tangan. Ini pengalaman pahit manis saya cuba merombak dan menaik taraf industri semikonduktor negara. Salah saya hanyalah kerana ada angan-angan. Angan-angan saya ialah untuk melihat kita beralih dari menjadi kilang tukang pasang yang nilainya rendah, kepada negara yang mencipta dan biar orang pasang barang kita. Dari Made in Malaysia kepada Made by Malaysia, kerana bila kita cipta sendiri, untung yang lebih tinggi bukan sahaja memberi nilai ekonomi, ia mewujudkan pekerjaan bergaji dan berkepakaran tinggi kepada anak-anak kita. Idea ini bukanlah angan-angan Mat Jenin sangat sebab negara lain seperti China, Korea Selatan dan Taiwan pun ambil pendekatan yang sama. Orang kita senang terkeliru bila ada kilang besar dibuka di Malaysia. Kita ingat itu secara automatik akan memindahkan teknologi. Sebenarnya tidak. Kalau kilang itu dibangunkan oleh syarikat global hanya untuk memasang, maka kita hanya digaji untuk memasang. Sebab itu negara lain telah lama memberi tumpuan kepada membangunkan harta intelek, atau IP sendiri. Saya berpandukan kepada pengalaman China, Korea Selatan dan Taiwan dalam usaha menukar hala tuju industri semikonduktor. Mereka membeli IP asas untuk membuat chip. Dari IP asas itu, mereka perbaiki dan hasilkan IP mereka sendiri. Berdasarkan IP itu, mereka cipta chip yang dijual diseluruh dunia. Angan-angan inilah yang menghasilkan Silicon Vision yang dibangunkan oleh Kementerian Ekonomi, dengan cita-cita menghasilkan chip ciptaan Malaysia dalam tempoh 5 tahun. Maklumat lanjut boleh dibaca di Kami berjaya berunding dengan ARM, iaitu syarikat IP chip terkemuka dunia untuk membangunkan satu program chip nasional bagi sebuah negara, iaitu program pertama seumpamanya di dunia yang dipersetujui ARM. ARM adalah syarikat yang mencipta chip yang memonopoli pasaran chip dunia. Lebih 90% dari chip yang digunakan di dalam telefon pintar, gajet dan pelbagai peralatan moden dicipta oleh ARM. Saya yakin majoriti rakyat yang mengikuti bersetuju bahawa ini jalan ke depan untuk memodenkan ekonomi kita. Semua ahli akademik, profesor, pakar-pakar netizen kuat bersyarah bahawa kita mesti meningkatkan penghasilan teknologi. Tapi bila sampai nak buat, masing-masing toleh kiri toleh kanan. Itulah pengalaman pahit manis saya - bila dah siap semua, paling saya terkejut ialah bangkangan mati-matian itu banyaknya berdasarkan kepada hujah โ€œkita belum bersediaโ€. Hujah yang diberikan kepada saya: berapa banyak syarikat yang boleh buat ni? Sebenarnya kita telah kenal pasti dari awal syarikat-syarikat yang berpotensi untuk mencipta chip Made by Malaysia dalam tempoh 5 tahun dari sekarang. Memang bukan semua syarikat tempatan boleh mencipta chip elektronik. Tetapi untuk menghasilkan lima syarikat Malaysia dalam tempoh 10 tahun itu boleh. Dan ada syarikat global yang ingin datang melabur dan menjadi sebahagian dari program pembangunan cip dengan ARM ini. Akhirnya dalam tempoh kurang dari 9 bulan setelah Kementerian Ekonomi melancarkan Silicon Vision, dua syarikat pertama diterima masuk ke dalam program ini. Satu syarikat tempatan iaitu Skyechip, iaitu syarikat yang ditubuhkan oleh jurutera-jurutera yang pernah bekerja dengan gergasi dunia seperti Intel. Mereka adalah antara syarikat tempatan yang meneraju penciptaan chip di Malaysia. Satu lagi ialah syarikat antarabangsa, iaitu XPeng, pembuat kereta elektrik mewah dari China yang menawarkan EV berteknologi tinggi. Perbincangan saya dengan XPeng awal tahun ini meneroka pembangunan bersepadu: mereka membangunkan chip yang direka Malaysia dan akan digunakan di dalam kereta-kereta mereka di seluruh dunia. Ini termasuk membuka pusat pembangunan chip di Malaysia yang menggunakan kepakaran tempatan. Pembangkang, dan kini penyokong kerajaan, selalu menuduh yang kerja saya tidak berbekas. โ€œSekarang baru bising, masa jadi menteri tidak buat apaโ€ Ada segelintir orang kita yang suka nampak benda di depan mata. Berapa banyak projek diumum, berapa banyak wang diagihkan. Yang ini konon banyak buat kerja. Mereka tidak gemar perkara-perkara yang rumit. Kalau terang pun dia suruh lukis. Menteri yang cuba ubah sesuatu ke arah lebih baik secara radikal dengan pasang cita-cita besar, menteri itu sebenarnya bodoh. Sebab usaha itu tidak dapat tepukan dari rakyat di luar, dan mendapat tentangan dari dalam kerana mencabar status quo. Tapi kalau kita pasang niat jadi menteri untuk ubah keadaan, bukan untuk makan duit atau bermewah dengan kedudukan, satu-satunya kepuasan ialah apabila angan-angan Mat Jenin kita jadi kenyataan. Saya harap dalam 4-5 tahun dari sekarang, apabila Malaysia melancarkan cip ciptaan Malaysia yang pertama, saya akan tersenyum puas.

Rafizi Ramli

12,826 Aufrufe โ€ข vor 8 Monaten

BUKTI-BUKTI ORANG KITA MASIH DIJAJAH MINDA MEREKA DENGAN KETUANAN PUTIH (WHITE SUPREMACY) Apabila kau berjaya kahwin dengan orang putih, ibu ayah, keluarga, dan diri sendiri berasa bangga macam menang trofi. Walhal orang putih tu hanyalah โ€œloserโ€, โ€œnerdโ€ atau โ€œbrokeโ€ di negaranya. Bukan yang โ€œawesomeโ€. Macam biasa, yang โ€œawesomeโ€ biasanya dah dimiliki awal. Bila orang putih datang bagi pembentangan (presentation), terdiam dan ternganga orang kita. Itu yang sampai ada syarikat sampai mengupah orang putih untuk buat โ€œpresentationโ€. Itu yang ramai penipu (scammer) menggunakan nama-nama dan watak-watak orang putih dalam barisan (line up) carta orgnisasi mereka. Masih ingat Bitclub Network? Uinvest? Geneva Gold? Kalau orang putih pandai cakap Bahasa Melayu pula, terus diangkat, dijulang, dilambung, diberi ruang dan peluang. Bila orang Melayu fasih berbahasa Inggeris, orang putih tak pernah kisah pun. Kan? Korang masih ingat Mat Dan? Ketika Mat Dan tinggal di Malaysia selama 7 tahun, dia pakai visa apa? Permit apa? Kalau ikut cerita dia, dia hanyalah โ€œbackpackersโ€ yang nak pergi kerja di Australia. Kisahnya, dia habis sekolah (A-Level/ Year 12) terus dia mengembara dan tinggal di Malaysia. Kelulusan pendidikan pun rasanya tiada ijazah atau sijil profesional yang membenarkan dia tinggal dan bekerja di Malaysia. Aku tak nampak apa visa atau permit yang membolehkan dia bekerja di Malaysia. Sampai dia dilantik menjadi duta dan ada rancangan sendiri di kaca tv. Berapa ramai orang Bangladesh yang lancar dan fasih berbahasa Melayu, ada mendapat tempat di hati kita? Aku bukan cemburu atau apa pun tentang Mat Dan ni, aku tak kisah pun. Alhamdulillah, dia dah masuk Islam, berkahwin dan dapat PR. Cuma Mat Dan merupakan salah satu bukti-bukti yang betapa kuatnya jiwa dan minda kita dijajah dengan ketuanan putih bangsa kita ini. Ya, aku tau ada lagi beberapa orang putih yang berjaya menjadi pencipta kandungan (content creator) atau pempengaruh (influencer) yang mencari makan dan tinggal di Malaysia. Apa permit atau visa yang mereka pakai, aku pun tak pasti. Demikianlah bangsa kita yang sentiasa memandang tinggi bangsa orang putih ini, walhal mereka hanyalah โ€œnobodyโ€ sahaja yang datang ke Malaysia. Korang ada jawapan tak kenapa orang kita jadi begini? ;)

Aliff Ahmad

1,372,729 Aufrufe โ€ข vor 2 Jahren

Fitnah Isu DBKL & Peniaga Haram Bazar Ramadhan ๐Ÿ›‘ Fitnah: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur zalim & Dr Zaliha Mustafa tindas peniaga kecil โœ… Fakta: Penguatkuasaan dilakukan ke atas peniaga haram, bukan menindas sesiapa! โธป 1๏ธโƒฃ โ€œBerlesen sangat? Tapi kenapa kanopi merah?โ€ ๐Ÿ“Œ Semua tapak bazar Ramadhan yang sah di bawah DBKL menggunakan kanopi kuning. ๐Ÿ“Œ Kalau ada yang guna kanopi merah, maksudnya mereka buka tapak secara haram, tanpa lesen sah! ๐Ÿ“Œ Kalau betul ada lesen, kenapa tak ikut standard DBKL? โธป 2๏ธโƒฃ โ€œDah diberi amaran, tutup sehari, esok buka balik?โ€ ๐Ÿ“Œ Masalah peniaga haram ni dah lama berlaku โ€“ setiap kali kena halau, mereka buka semula! ๐Ÿ“Œ Sebab tu DBKL terpaksa sita dulu, kalau tidak sampai bila-bila pun takkan selesai. ๐Ÿ“Œ Berniaga ada undang-undang โ€“ kalau semua ikut suka hati, apa jadi pada peniaga yang bayar lesen? โธป 3๏ธโƒฃ โ€œGerai haram = Risiko Kesihatan Awamโ€ ๐Ÿ“Œ Peniaga bazar wajib ambil suntikan typhoid untuk elak risiko keracunan makanan. ๐Ÿ“Œ Peniaga haram tak tertakluk pada syarat kesihatan โ€“ kalau pelanggan sakit akibat makanan mereka, tak boleh ambil tindakan! ๐Ÿ“Œ Nak beli makanan berbuka, biar dari tempat yang selamat & bersih. Kesihatan lebih penting dari simpati! โธป 4๏ธโƒฃ โ€œNak simpati? Kalau tak kawal, KL jadi macam India & Indonesiaโ€ ๐Ÿ“Œ KL ni ibu kota negara โ€“ kalau dibiarkan bazaar jadi tak terkawal, penuh peniaga haram, akhirnya jadi macam jalan di India & Indonesia, berselerak & bersepah! ๐Ÿ“Œ Dr Zaliha serius nak betulkan sistem bazar, kalau tidak, kita akan terus hadap isu sama setiap tahun! ๐Ÿ“Œ Kalau semua ikut undang-undang, bazar lebih teratur, peniaga sah dapat rezeki, pembeli pun lebih selesa. โธป 5๏ธโƒฃ โ€œUndang-undang untuk semua, bukan untuk menindasโ€ ๐Ÿ“Œ Ini bukan isu kaum atau agama, tapi soal memperbaiki sistem bazar dan memastikan KL lebih tersusun. ๐Ÿ“Œ Kerajaan Madani sedang buat reformasi, kalau semua main sentimen, sampai bila-bila tak berubah! ๐Ÿ“Œ Jangan jadikan isu penguatkuasaan sebagai modal politik murahan. Fokus pada solusi, bukan manipulasi! โธป ๐Ÿ’ฌ Setuju tak kalau bazar kita jadi lebih teratur & bersih? Atau nak terus biarkan masalah sama berulang tiap tahun? ๐Ÿ’ฌ Penguatkuasaan undang-undang sebenarnya bukan untuk bazar je.. penjaja mana2 pun yang haram DBKL ambil tindakan.

Adzman Kamaruddin

668,974 Aufrufe โ€ข vor 1 Jahr

#๐—ช๐—ฒ๐—™๐˜‚๐—ป๐—ฑ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฆ๐—”๐—•๐—ง๐—จ ๐—œ๐—ก๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿณ ๐—๐—จ๐—ก, ๐—๐—”๐—ก๐—๐—œ ๐—ง๐—”๐—ž ๐—ง๐—จ๐—ž๐—”๐—ฅ ๐—ฉ๐—˜๐—ก๐—จ๐—˜ ๐——๐—”๐—›. ๐—”๐——๐—” ๐Ÿฏ๐Ÿต๐Ÿฒ ๐—ง๐—œ๐—ž๐—˜๐—ง ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ Terima kasih kepada yang telah membeli tiket ke majlis makan malam mengutip dana #WeFund BERSAMA pada hari Sabtu ini, 27 Jun bermula jam 8 malam. Kat mana? Lepas ni saya komen. Setakat hari Isnin, 22 Jun, lebih kurang 5 hari sebelum #WeFund - sebanyak 602 tiket telah dijual. Tiket platinum RM2,000 habis dijual. Tiket silver RM500 habis dijual. Tiket gold RM1,000 mulanya habis dijual, kemudian ada seorang pembeli yang baik hati dia rasa lebih baik dia dermakan saja satu meja RM10,000 dan minta dijual balik tiket-tiket yang dia. Jadi masih ada 8 tiket gold RM1,000 yang boleh dibeli. Jualan tiket setakat ini telah mencecah RM144,500 dengan berbaki 5 hari. Ada 396 tempat lagi belum dijual iaitu 8 tiket RM1,000 dan 388 tiket RM150 setiap satu. Bagi mereka yang ingin membeli, boleh layari - dari situ klik banner atas atau klik โ€œAcaraโ€, pilih #WeFund. Kami akan mula buat count down setiap hari dan kemas kini berapa tiket masih berbaki. Dekat mana majlis makan malam #WeFund ni? Kami terpaksa tukar tempat dua kali. Mulanya di SJKC Wangsa Maju. Sebaik diumum, pihak sekolah terus dapat surat cinta dari Pejabat Pendidikan Daerah dan terpaksa pulangkan bayaran kami dan batalkan booking, walaupun amalan biasa sekolah-sekolah jenis kebangsaan cina menyewakan dewan mereka untuk acara luar seperti ini sebab ini cara mereka menampung kos operasi mereka. Kami pun berpindah ke SJKC Chung Kwo. Kami dah buat fundraising dinner di sini sejak zaman Datoโ€™ Seri Najib, di kemuncak kes 1MDB lagi. Mereka pun dah biasa dengan kami, dari zaman INVOKE untuk membiayai calon-calon PKR/PH masuk PRU2018 dan zaman Ayuh Malaysia membiayai calon PKR masuk PRU2022. Semua OK, saya umum pertukaran tempat. Pagi umum, tengahari sekolah dapat surat cinta PPD - perkara sama kena pulangkan bayaran dan batalkan tempahan. Akhirnya kami berjaya dapatkan tempat di IDCC Selayang dan setakat ini tidak dapat apa-apa surat cinta. Nak dijadikan cerita, pada masa yang sama Kancil diperlaku begini, yang tak pernah berlaku zaman BN dahulu, DAP Subang Jaya juga buat majlis fundraising dinner di SJK(C) Chee Wen. Bila dah bising pasal double standard - BERSAMA buat tak boleh, DAP buat boleh, barulah agaknya SJKC Chee Wen pun dapat surat cinta dari PPD. Akhirnya, DAP Subang Jaya pun kena tukar ke venue lain. Nak kata ini dasar Kementerian Pendidikan di bawah Fadhlina Sidek yang langsung tidak boleh buat program oleh parti politik di sekolah, DAP Wilayah Persekutuan pun buat sambutan 60 tahun DAP di sekolah - di Sekolah Menengah Confucian pada 7 Jun 2026, lebih kurang 2 minggu lepas. Jadi saya tak rasa ini soal dasar lah sebab memang sekolah-sekolah Cina biasa saja menyewakan dewan-dewan mereka yang kemudahannya lebih baik dari dewan-dewan komersial, kepada function luar pada harga yang murah. Ia sumber kewangan untuk menampung kos operasi. Tapi bagus juga jadi macam ini, majlis #WeFund sampai jadi berita. Bila dilaporkan, lebih ramai orang tahu jualan tiket pun lagi cepat laris. Bila mencabar kuasa, halangan-halangan macam tempahan kena batal, kena sekat ini perkara biasa. Saya dah lalui zaman susah PKR dahulu tahun-tahun 2000 ke 2010 sebelum PKR ada kuasa. Cuma Fadhlina saja yang tak melaluinya, dia masuk masa dah senang terus jadi senator, kemudian terus jadi menteri. Jadi ikut suka mereka lah nak buat apa, yang penting kita jual tiket dan anda beli tiket. Jangan terlambat, kalau berkelapangan beli tiket #WeFund hari ini dan kita jumpa di IDCC Selayang hari Sabtu ini, 27 Jun jam 8 malam.

Rafizi Ramli

21,877 Aufrufe โ€ข vor 1 Monat

๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐——๐—œ๐——๐—”๐—ž๐—ช๐—” ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—•๐—œ๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ช๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฅ๐— ๐Ÿฏ.๐Ÿฒ ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—Ÿ๐—œ๐—ข๐—ก, ๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—œ๐—› ๐—•๐—”๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ž ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฆ ๐—ก๐—”๐—๐—œ๐—• ๐—ฅ๐—”๐—ญ๐—”๐—ž Jangan lupa tonton podcast YBM hari Jumaat ini, 20 Februari 2026 bermula jam 10 malam di saluran YouTube saya. Kami akan rakam pagi Jumaat dan disiarkan bermula jam 10 malam selepas solat tarawih. Isu yang saya akan kupas minggu ini memang berat: Saya akan jawab dan huraikan dua tuduhan salah laku yang kini disiasat oleh SPRM. Satu berhubung perjanjian negara dengan ARM, syarikat cip semikonduktor gergasi dunia. SPRM telah buka kertas siasatan, kononnya untuk menyiasat adakah ia dilakukan secara tergesa-gesa dan telah merugikan negara. Ini yang jadi bahan berita konon โ€œbekas menteri kanan disiasat berhubung dakwaan salah laku RM1.1 billionโ€. Satu lagi mengenai satu projek swasta yang tidak ada kena mengena dengan Kementerian Ekonomi, iaitu projek solar terbesar 750 MW oleh UEM Lestra. Saya dituduh menganugerahkan kontrak kepada sebuah syarikat yang kononnya berkait dengan saya. Ini jadi satu lagi bahan fitnah yang dijaja oleh Caprice dan diulang oleh ceplos-ceplos, konon โ€œRafizi terbabit kes rasuah RM2.5 billionโ€. Semua ini timbul secara tiba-tiba dalam tempoh tidak sampai seminggu. Tidak seperti kes yang lain, SPRM tidak menunjukkan bukti. Tidak ada rampasan ratusan juta atau jongkong emas. Tidak ada bukti ratusan juta dalam akaun saya. Malah, satu bukti pun tidak ada tetapi beriya-iya dijaja jadi bahan berita. Ini masalahnya apabila ada pihak yang terdesak menggunakan fitnah. Saya dituduh terbabit kononnya di dalam skandal yang nilainya melebihi nilai yang diambil Datoโ€™ Seri Najib. Datoโ€™ Seri Najib disabitkan bersalah bila ada RM2.3 bilion masuk akaun peribadi dari dana 1MDB. Saya kini dituduh terbabit kononnya dalam dua skandal kewangan yang jumlahnya RM3.6 bilion - fuyooooo lagi banyak dari Najib! Mereka yang membangunkan skrip fitnah ini tidak terfikir perkara ini tidak masuk akal. Fitnah selalunya berakhir dengan overkill. Oleh kerana tidak ada cerita, maka cerita yang dibuat itu perlu diperbesar-besarkan supaya nampak teruk, lama-lama jadi overkill. Kami yang GenX ke atas ni dah melalui semua ini zaman reformasi dahulu - fitnah yang menjadi overkill. Tilam diusung untuk tunjuk air mani. Semua cerita lucah jadi bahan laporan setiap hari. Kami yang rakyat biasa turun membela Anwar Ibrahim yang jadi mangsa fitnah kerana sepak terajang kuasa. Malangnya, Anwar Ibrahim kini membenarkan fitnah yang overkill dijaja oleh penyokong-penyokongnya setiap hari, kerana kali ini ia digunakan terhadap seorang yang dia sendiri mengaku dia menyampah. Benarlah manusia ini mudah lupa. Jadi nak dengar kupasan penuh, jangan lupa tonton YBM hari Jumaat ini, 20 Februari 2026 bermula jam 10 malam.

Rafizi Ramli

63,778 Aufrufe โ€ข vor 5 Monaten

๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—ข๐—ฌ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—œ๐—Ÿ ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ: ๐—๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฆ๐—”๐—Ÿ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”, ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜๐—ก๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—”๐—ก๐—ก๐—˜๐—ฅ Bila kami perkenalkan BERSAMA sebagai parti yang flat structure, tidak ada lapisan bahagian, cawangan dan lain-lain, saya faham bila ramai yang mengkritik. Kritikan itu ada asasnya sebab parti politik kena masuk pilihanraya. Bila masuk pilihanraya kena ada jentera. Lapisan bawah macam bahagian dan cawangan inilah yang bawa orang jadi jentera. Kalau tak de lapisan bawah macam bahagian dan cawangan, macam mana nak ada jentera? Tapi kami mahu membina BERSAMA sebagai parti masa hadapan dengan inovasi untuk masa depan yang boleh selesaikan beberapa masalah kronik dalam politik negara. Masalah paling kronik adalah rasuah dan orang politik ialah punca utama rasuah. Bila ada lapisan bawah seperti bahagian dan cawangan, ada kepala. Bila mereka kena gerakkan orang untuk buat tugasan seperti pasang bendera, pasang khemah, dulu-dulu saya ingat semua ni secara percuma. Kemudian belanja minum saja. Lama-lama, jadi berbayar. Budaya ini menyebabkan politik jadi mahal kerana semangat sukarelawan itu telah pupus. Buat kerja bukan sebab niat mahu berjuang, tetapi berju-WANG! Yang dekat atas, mereka turun kempen sebagai bangsa-WANG sahaja. Pengiring ramai, dayang-dayang dan hulubalang ke hulu hilir. Bila turun, semua mesti tersedia. Orang mesti ramai. Mesti jerit-jerit sokong. Siapa yang berjaya tunjukkan dia boleh buat sehebat mungkin, orang seramai mungkin, yang ini ada kabel besar dengan pemimpin di atas. Semua ni perlukan wang. Budaya ini melahirkan warlords politik di setiap lapisan yang perlukan duit. Sebab itu kena jadi kerajaan dan wakil rakyat, untuk bayar balik pelaburan berbelanja masa kempen. Atau untuk terus kekal berpengaruh di peringkat masing-masing, perlu duit untuk bayar warlords di setiap lapis. Ini isu utama saya dalam politik. Saya menentang budaya ini dari hari pertama. Saya pun bendul masa muda-muda, saya ingat dah nama reformasi budaya ini mesti dikekang lah. Tapi orang akan beritahu saya, kau ingat kau sorang saja cerdik. Ini cara politik di Malaysia, memang perlukan duit. Cuma yang tak diberitahu kepada saya awal-awal dulu - orang lain buat tak boleh, kita buat tak apa. Sebelum saya mati, saya berharap Nik dan rakan-rakan lain dalam BERSAMA boleh buktikan bahawa kita mampu hapuskan budaya rasuah dalam politik ini. Tapi kita mesti berani ambil risiko. Kita perlu yakinkan ahli parti dan orang ramai bahawa kita perlu kembali kepada semangat gotong royong, jiwa sukarela. Kalau kita percaya kepada sesuatu perjuangan, kita sanggup menyumbang masa, tenaga dan wang kita, tanpa berharap habuan sebab habuan itu datang dalam bentuk pahala. Itu misi BERSAMA dan sekarang kami diuji dalam PRN Johor yang dipanggil sebulan selepas kami lahir. Jadi siapa yang akan pasang bendera, pasang banner bila kita tak bayar jentera? Tak de duit minyak. Semua kena sukarela atas dasar berjuang. Jawapannya: kita semua. Cuma kita nak kena susun secara bersistem, supaya yang sanggup luangkan masa tahu dekat mana nak kutip bendera, jumpa sapa, di mana nak pasang. Tahu dekat mana nak berkumpul, pakai baju apa. Kalau kempen, nak buat apa. Kita tidak perlukan ketua besar nak arahkan semua dan nak bayar kita. Kita semua ketua dan bergotong royong dalam kumpulan kecil kita bila arahan dan maklumat itu jelas. Konsep cantik, sekarang nak diuji dalam PRN Johor. Ada 2 tugas besar yang perlu dipikul oleh kita semua yang bencikan budaya rasuah dalam politik. Ini tanggungjawab saya, Nik, ahli-ahli BERSAMA dan penyokong di seluruh Malaysia. Satu, kita perlu mengiringi calon-calon kita pada hari penamaan calon. Ada 15 calon di 15 pusat penamaan calon. 2 calon di Johor Bahru, 2 di Pulai, 2 di Tebrau, 2 di Pasir Gudang, 2 di Iskandar Puteri, 3 di Kulai, 1 di Kluang dan 1 di Muar. Dua, kita kena pasang bendera cepat-cepat di semua kerusi yang kita bertanding. Setiap satu DUN dalam 8,000 bendera - pusingan pertama pasang bendera mesti bermula sebaik selesai penamaan calon, kemudian pusingan kedua dalam beberapa hari selepas itu. Jadi rancangannya begini: Saya mohon bantuan masa, tenaga dan wang (sebab kena bayar sendiri) ahli-ahli BERSAMA dan penyokong dari seluruh negara untuk hadir ramai-ramai di majlis pelancaran Trak Kancil dan pengumuman calon pada Jumaat malam, 26 Jun di Paragon Market Place, Kampung Baru Majidee, JB. Daftar kehadiran anda dengan imbas kod QR ini atau lawati klik โ€œAcaraโ€. Esoknya, kita akan sama-sama iringi calon-calon BERSAMA ke pusat-pusat penamaan calon di sekitar JB, Tebrau, Pasir Gudang, Pulai, Kota Iskandar, Kulai, Kluang dan Muar. Untuk memastikan agihan yang baik di setiap pusat penamaan calon, anda boleh pilih pusat penamaan calon mana yang anda akan hadir. Kita susun semua ini melalui sistem Kancil yang sekarang ini beroperasi secara web sementara menunggu Apple dan Android Store meluluskan permohonan aplikasi. Ikut langkah-langkah ini. 1. Klik 2. Klik โ€œSertai Kempenโ€ 3. Anda akan lihat laman log masuk ke Komuniti BERSAMA. Jika anda sudah menjadi ahli, klik Ahli. Jika mahu membantu tanpa menjadi ahli BERSAMA, klik Sukarelawan. 4. Masukkan nombor kad pengenalan. Anda akan mendapat OTP di email yang didaftarkan. Jika anda mahu mendapat OTP di telefon pintar, klik โ€œHantar kod melalui SMSโ€ 5. Selepas itu anda akan log masuk ke sistem kempen bersepadu Kancil dan landing page adalah untuk menjadi ejen kira undi atau PACA. Jika anda mahu menjadi PACA, daftar di sini. Semua sumber mengenai PACA ada di sini - video latihan, undang-undang, borang-borang dan dokumen yang perlu dikemukakan untuk kami daftarkan nama anda dengan SPR. 6. Klik โ€œAktivitiโ€ dan anda akan dapat lihat senarai aktiviti kempen pilihanraya. 7. HQ BERSAMA telah senaraikan setiap penamaan calon sebagai satu aktiviti. Anda boleh pilih yang mana anda ingin sertai. Bila kami sudah dapat maklumat di mana pusat penamaan calon bagi setiap kerusi DUN, maklumat ini akan dikemaskini dan anda akan tahu butirannya. Sila sentiasa semak sistem Kancil untuk maklumat terkini. Selepas kita mengiringi calon-calon BERSAMA untuk penamaan calon, aktiviti kempen seterusnya ialah taklimat dan susunan memasang bendera dan bahan kempen untuk DUN itu. Sama juga - setiap aktiviti ini akan terpampang di skrin sistem kempen bersepadu Kancil. Anda boleh pilih untuk sertai dan maklumat - di mana, siapa yang bertanggungjawab dan lain-lain - ada di situ. Setiap sumbangan masa dan tenaga anda akan direkod dan diberikan mata. Setiap bulan, ahli BERSAMA yang paling tinggi mata aktiviti, Insya-Allah saya dan Nik akan raikan. Bila sampai untuk mengundi pimpinan BERSAMA selepas ini, setiap ahli boleh lihat rekod khidmat - baik dari segi aktiviti kempen, jumlah ahli baru yang didaftarkan, capaian content di media sosial dan lain-lain - untuk setiap calon yang bertanding. Dengan cara ini, ahli-ahli BERSAMA ada maklumat yang telus siapa di kalangan kita yang benar-benar bekerja, bukan lagi budaya membodek ketua dan memetik nama ketua untuk naik dalam parti politik. Tapi semua ini yang kita bangunkan untuk melawan budaya rasuah dalam politik, hanya berkesan bila kita dapat buktikannya di PRN Johor. Jadi kita mulakan dengan tiga langkah berikut: 1. Daftar untuk hadir di pelancaran Trak Kancil di Paragon Market Place, Jumaat ini. Jangan daftar saja, make sure hadir juga. 2. Daftar di Komuniti Kancil untuk hadir ke penamaan calon, pilih DUN yang anda akan hadir. 3. Daftar untuk memasang bendera selepas itu. Jika kita berjaya laksanakan perkara ini walaupun BERSAMA tidak ada bahagian atau cawangan, itu petanda awal struktur BERSAMA yang tidak berlapis mampu mencabar struktur warlord parti-parti lain. Insya-Allah, itu sudah jadi satu kejayaan kecil dalam usaha membawa politik yang bersih dari rasuah.

Rafizi Ramli

26,730 Aufrufe โ€ข vor 1 Monat

๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ ๐—ง๐—จ ๐—ฃ๐— ๐—ซ, ๐—ก๐—”๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—ก: ๐—๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—› ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ Kecoh Konvensyen PKR Johor bila Naib Presiden PKR, R Ramanan disanggah secara terbuka oleh Hassan Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang. Sebabnya ialah R Ramanan menggunakan pentas konvensyen parti untuk menyerang saya. Saya tak rasa apa pun. Serangan terhadap saya yang diatur bertali arus ini akan memakan diri. Jadi lagi banyak Ramanan buka mulut, sebenarnya lagi bagus. Saya juga ucap terima kasih kepada Saudara Hassan Karim. Masih ada lagi beberapa orang dalam PKR sekarang yang faham tentang adab, jasa, sumbangan, perjuangan dan pengorbanan. Rakyat menonton sendiri bongkaknya Ramanan sehingga boleh menasihati secara terbuka seorang Perdana Menteri supaya jangan salah pilih menteri ekonomi. Maknanya, sebelum ini Perdana Menteri telah buat silap kerana memilih saya menjadi Menteri Ekonomi. Dia mungkin rasa itu cuit manja dia dengan Anwar Ibrahim, tetapi orang ramai boleh menilai bahawa adab kebiasaannya bukan begitu. Ramanan berkelakuan demikian kerana dia cukup yakin pengaruhnya dengan Anwar Ibrahim. Dan saya menjadi saksi kepada semua itu. Di hari-hari terakhir sebelum pengumuman calon untuk PRU15, hanya tinggal satu kerusi yang tidak ada persetujuan antara saya dengan Datoโ€™ Seri Anwar - iaitu Sungai Buloh. Saya tetap dengan pendirian bahawa antara dua nama iaitu Sivarasa Rasiah (penyandang ketika itu) dan Ramanan, Sivarasa adalah calon yang lebih baik dari segala aspek. Lagi pun Ramanan berkeras pada ketika itu tidak mahu mengisytiharkan harta, sedangkan calon-calon lain telah menghantar pengisytiharan harta. Keadaan ini berlanjutan hingga ke hari pengumuman calon dan tidak selesai sehingga jam 6 petang, sedangkan majlis akan bermula jam 8 malam. Dalam bilik Datoโ€™ Seri Anwar di Bukit Gasing pada ketika itu, ada saya, Anwar Ibrahim dan seorang teman rapat kami. Seboleh yang mungkin, bila berjumpa dengan Datoโ€™ Seri Anwar dari dulu-dulu lagi, saya mahukan ada saksi supaya ceritanya tidak bertukar di kemudian hari. Maka kejadian ini ada saksi. Saksi itu cukup rapat dengan saya dan Anwar Ibrahim. Saya tetap tidak berganjak dan menyatakan keputusan Jawatankuasa Calon bahawa Sivarasa adalah calon yang lebih sesuai dari segenap aspek. Akhirnya, Datoโ€™ Seri Anwar, dalam keadaan kami sama-sama duduk, memegang lutut saya dan merayu untuk lepaskan Ramanan jadi calon. Saya lihat matanya ada genangan air mata. Jadi saya sebut kepada beliau: โ€œYou ada the final say. Iโ€™ve done everything I can, tapi kalau you berkeras, thatโ€™s your decision. You donโ€™t have to plead macam niโ€ Jawapan Datoโ€™ Seri Anwar: โ€œSaya tak mahulah nanti you buat kecohโ€ Saya jawab balik: โ€œAkhirnya itโ€™s your decision. Saya hanya minta Datoโ€™ Seri janji that this is as far as Ramanan will go in PKR and politics. You will not appoint him further in the party and kalau menang jadi kerajaan, you will not appoint him into the government.โ€ Datoโ€™ Seri Anwar nampak lega dan bersetuju dengan janji-janji itu. Malam itu, oleh kerana keputusan hanya dicapai di saat akhir, bila nama Ramanan diumumkan sebagai calon PKR di Sungai Buloh, gambarnya masih gambar Sivarasa. Sebab kami tak sempat tukar gambar Ramanan di saat akhir. Selepas jadi kerajaan, walaupun semasa pembentukan kerajaan Ramanan tidak dilantik, bila ada saja rombakan pertama Ramanan terus dilantik menjadi Timbalan Menteri. Itu sekitar akhir 2023. Jadi pada ketika itu pun saya tahu, ada hubungan istimewa di antara Datoโ€™ Seri Anwar dengan Ramanan, sehingga Perdana Menteri sanggup melanggar janjinya sendiri kepada saya yang disaksikan oleh seorang lagi rakan baik kami berdua. Saya juga telah sedar pun pada ketika itu bahawa banyak perkara yang kita mulanya ingat tidak menjadi titik perbezaan - contohnya soal Azam Baki, SPRM dan lain-lain - akan terus bermasalah, kerana cerita-cerita mengenai Farhash, Ramanan dan lain-lain mula kedengaran. Kalau saya kongsi perkara ini sebelum Konvensyen PKR Johor, orang tidak percaya. Sekarang, saya harap orang ramai boleh nilai sendiri bahawa Datoโ€™ Seri Anwar sudah terikat dengan beberapa orang seperti Ramanan ini.

Rafizi Ramli

107,572 Aufrufe โ€ข vor 4 Monaten

๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—”๐—› ๐—”๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—•๐—”๐—ฅ๐—”๐—›, ๐—œ๐—” ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—จ๐—› ๐—ฆ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ, ๐—œ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—จ ๐——๐—œ๐—–๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฆ: ๐—๐—œ๐—ž๐—” ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐— ๐—˜๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฆ๐—ก๐—ฌ๐—”, ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฃ๐—” ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ? Sabtu ini, 25 April 2026, ada sekumpulan kecil rakyat yang lain dari yang lain. Mereka tahu bahawa melawan yang berkuasa itu tidak mudah. Apatah lagi bila majoriti rakyat tidak ambil peduli kerana terbahagi kepada kesetiaan politik masing-masing. Sabtu ini, 25 April 2026, sekumpulan kecil rakyat ini akan berkumpul di Dataran Merdeka bermula jam 3 petang Mereka tidak minta wang, mereka tidak menuntut pangkat. Mereka hanya minta satu sahaja: Tangkap Azam Baki dan siasat semua dakwaan-dakwaan salah laku dan rasuah yang telah berlarutan merentasi tiga Perdana Menteri dari tiga gabungan politik terbesar dalam negara - dari Tan Sri Muhyiddin dan PN, kepada Datoโ€™ Seri Ismail Sabri Yaakob dan BN, kini bersambung dengan Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim dan PH. Kumpulan kecil rakyat Malaysia ini tidak ada identiti. Mereka tidak mewakili mana-mana parti, agama, bangsa, negeri, umur atau kaya miskin. Jika tidak kerana isu rasuah dan Azam Baki, mereka tidak boleh duduk dalam satu bilik pun. Tetapi ada satu perkara yang mereka bersetuju: rasuah adalah barah masyarakat, dan barah tidak akan sembuh dengan sendirinya. Barah mesti dicantas. Mereka adalah kumpulan yang kecil kerana gabungan-gabungan politik yang mewarnai politik negara ada percaturan masing-masing dalam isu ini. Azam Baki dilantik oleh PN. Semasa PN memerintah, sudah tentu ada banyak keputusan dan tender yang dikendalikan. Hanya ada beberapa orang pimpinan utama yang setakat ini disiasat SPRM, kita tidak terkejut ramai lagi yang ada fail. Menuntut siasatan ke atas Azam Baki maksudnya menggali kubur. Azam Baki dikekalkan oleh BN. Kita semua tahu banyak kes-kes yang dikaitkan dengan pimpinan BN. Membuka mulut mengundang siasatan. Lagi pun, sistem kuasa yang ada ini dibentuk oleh BN dan diwariskan kepada PN dan kini PH. BN yang paling mahir bermain percaturan kuasa dan menggunakan badan-badan kerajaan. Strategi BN kini mudah: biarkan Anwar Ibrahim tercungap-cungap mempertahankan Azam Baki berseorang kerana pengundi progresif yang akan lari dari PH. Azam Baki disambung tiga kali oleh PH. Majoriti pendukung PH kini membuat u-turn dan mengulangi hujah Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim bahawa Azam Baki seorang yang berani dan bekerja keras, walaupun bukti-bukti dan tuduhan salah laku telah dibentangkan kepada rakyat. PH kini terperangkap, turun naik nasib politiknya terikat di kaki dengan nasib Azam Baki. Maka tinggallah segelintir kecil rakyat Malaysia yang lebih bencikan rasuah dan salah guna kuasa dari percaturan politik. Episod Azam Baki membuka mata kita bahawa permainan dan percaturan kuasa di koridor Putrajaya yang gah itu tidak akan berubah dengan perubahan parti pemerintah semata-mata, jika sistemnya tidak berubah. Bila kuasa dipusatkan di tangan beberapa orang sahaja, sukar untuk menolak godaan kuasa. Asalkan sesuatu itu memberi keuntungan politik dan mengukuhkan kuasa aku, persetankan suara-suara kecil segelintir manusia kerana aku ada pengikut yang ramai. Saya yakin walaupun kumpulan rakyat yang tampil mengambil risiko ini kecil, tetapi kebencian mereka kepada rasuah dikongsi majoriti rakyat kita. Mereka telah menjalankan tanggungjawab sivik dan amanah masyarakat. Mereka bersuara, berhadapan dengan tindakan undang-undang walaupun mereka dipandang rendah. Mereka telah lulus ujian mereka. Kita yang turut bencikan rasuah perlu bertanya kepada diri sendiri: di mana aku ketika anak-anak muda ini berhempas pulas menyatakan pendirian mereka melawan rasuah? Jika kita rasa kita berkemampuan untuk hadir, sama-sama kita hadir di Dataran Merdeka hari Sabtu ini, 25 April 2026 jam 3 petang. Jika kita tidak berkelapangan, kongsikan mesej ini dan panjangkan kepada keluarga dan kawan-kawan, agar lebih ramai boleh hadir. Jika kita tidak mahu dipandang serong oleh keluarga dan kawan-kawan kerana ke depan mempromosi demonstrasi Tangkap Azam Baki, tekan butang โ€œlikeโ€ dan โ€œshareโ€ setiap kali ada kandungan mengenai demo ini dan mesej anti-rasuah. Saya tidak pandai sangat berstrategi dalam politik. Saya selalunya bendul - kalau saya rasa perkara itu salah, saya cakap salah. Kalau saya rasa benar, saya cakap benar. Tetapi ada satu kata-kata yang menjadi pegangan saya sejak dari muda: โ€œNever doubt that a small group of thoughtful, committed citizens can change the world; indeed, it's the only thing that ever has." โ€œJangan sesekali ragu-ragu bahawa sekumpulan kecil rakyat yang berfikir dan komited akan mengubah dunia, malah itu sajalah yang membawa perubahan selama iniโ€. Saya dimaklumkan saya akan memberi ucapan terakhir di perhimpunan Tangkap Azam Baki pada hari Sabtu ini. Jumpa di Dataran Merdeka dan bermula hari ini, saya akan menghantar kandungan promosi setiap hari dan count down menjelang 25 April 2026. Rasuah itu barah dan perlu dicantas. Kalau kita tidak mencantasnya, siapa lagi?

Rafizi Ramli

10,768 Aufrufe โ€ข vor 3 Monaten

It's been a month since goblintown SG community event; #Gobmula1 and I'm still recovering from it. Thought I'd finally share the post event trailer and wrap up with a final thank you to everyone involved from sponsoring, attending, and those who helped me bring this crazy idea to life. First off thank you @goblinking1945 for being the Title Sponsor and for encouraging craziness and for the completely off the hook after-after party in Bali. Unreal! Words cannot express gratitude to your generosity. Next up, a huge thanks to the team for all the heavy lifting. @0xMojojo you did an amazing job with all the operations, logistics and everything else I could not or did not want to do. @Metabea5t the merch you helped create really added depth to the entire experience, thank you for indulging my silly ideas and making them work. Medals were a key highlight! jaye incredible job with food, drinks, photo/videography and helping produce the soundtrack which is also on Spotify! Lee your constant DMs to all attendees was a slog but thank you for making sure it was always done. Qoo I loved the main visual, slick work as always! Also a BiG shoutout to the Truth Arts team for providing invaluable support for the event and for making the trip down to have some fun and get to know the community better this side of the world. Jon Macapodi for helping with last minute video resources, SeinahpetS for lugging insane amounts of merch over, GRโ‰กY for painting 150 Grey Originals for everyone, allsee for help with social media and AJT for overall support. Also appreciate theOnlyScottEver @0xFREEGAS Alex Needelman Timehacker for making the long flight over. Next up, huge appreciation to our fantastic sponsors: @okxweb3 The Orientalist Spirits @fleshimp Pere Ocean HZN Pixelmon ๐Ÿ”บ InvisibleSpirits Tasty Toastys ๐Ÿž Cryptobengz ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฌ PARLOUR ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฌ Big Haus Culture Cartel BBRC Official Ice Cream Sandwhich Shop Hungry Bros Club | HBC Last but not least, thanks to everyone that attended and we hope you had a blast! What's your favourite moment from the event? Let's see those photos!

gregg.eth ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฌ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ

32,843 Aufrufe โ€ข vor 2 Jahren

Today, I am excited to share that Bunkerhill Health has raised $55 million from Vinod Khosla at Khosla Ventures, Alfred Lin from Sequoia Capital, Y Combinator, and other amazing investors. Over the past year, we have partnered with more than a dozen health systems and grown revenue 20x. Today, Iโ€™m also excited to formally share what weโ€™ve been building. Our mission is to make it radically easy for health systems to turn their ideas into reality through AI agentsโ€”improving patient outcomes, bending the cost curve, and making healthcare operations dramatically more efficient. UTMB Health is running 20+ AI agents - live - across the enterprise on Bunkerhill. One of those agents - in its first month - flagged a patient at imminent risk of heart attack, leading to a life-saving open heart surgery. Another one, a nephrology triage agent, cut wait times for appointments by >50%. Yet another one, a lung nodule agent, addressed urgent cases 80% faster and doubled guideline-concordant follow-ups. That is what Dr. Peter McCaffrey calls Bunkerhill: โ€œa shared brainโ€ for the health system. Thatโ€™s the promise of AI finally being realized in healthcare. Making it possible requires two things: (1) a shared layer of intelligence for the entire health system, and (2) an operating model to enable rapid development of AI agents for the problems they understand best. Together, these dramatically reduce the cost and time required to turn an idea into a working solution. As that cost approaches zero, the limiting factor is no longer technology. It is imaginationโ€”and the conviction to act. The health systems we work with have both. Our job is to make sure nothing else stands in their way.

Nishith Khandwala

84,547 Aufrufe โ€ข vor 23 Tagen

TRUMPS PRESIDENTIAL TERM!! This video will help humanity understand what Trump actually did during his term as President and prove this is BIBLICAL! Share so others understand what was and is going on! THE TIMELINE - Donald Trump, Q and The Great Awakening.2020-06-22 (1080p30) This is the Podcast that most everyone has been waiting for, the Video package added to the epic layout of the Q Team's Takedown of the Cabal on Mark Devlin's show, GVP #161...this shows you PROOF POSITIVE with news stories (most from Mainstream sources), Articles, and Images that what Colleen and I laid out for you really happened, in the exact order we said, down to the Finest Degree of detail... And what does this tell us? That Donald J. Trump is indeed a "White Hat", and the BEST President the World has ever witnessed...and it is HIGH time to view these events for what they are...Real History unfolding before our very eyes...the unbeatable Cabal DEFEATED, DESTROYED and SCATTERED to the Wind just as John and Robert Kennedy started nearly 60 years ago...the MIRACLE of God Intervention (777) has occurred, the Eucatastrophe has RISEN and our collective Salvation has been secured...and it is time for all the "Naysayers" to fall away in disgrace as they have worked thru Vile, Anger and unsubstantiated LIES to attempt to hijack (like Pirates) this Narrative of Truth and Love, and as such, they have attempted to block the Truth about what has really happened to BILLIONS of our precious Children...and only they and God truly know why they have done this...but know this...Consequences are coming for all those that partake in Evil, Dark deeds... So rejoice my brethren, for our Liberty has truly been won...NESARA is very real, and our Futures look so bright that we are all going to have to wear Sunglasses from time-to-time...and finally, a GREAT THANKS to our wonderful Friend, Felipe Alexander, for putting this together on all of our behalves...it is a gift that we won't soon forget...Blessing to Felipe and his beautiful Family, and to EVERYONE so that they may now find the Peace necessary to heal themselves in the hope that they will then aid in the Healing of others...the solution to true success in Life my Friends is to GIVE...and then you will know what it really means to RECEIVE...and Receive you will!!! So enjoy this Video and marvel in the brilliance of the Plan that was steeped in Goodliness and Godliness...Namaste, my brethren! Charlie Freak (That was from Charlie's channel. The video portion, the last 1.5 hours, is being re-hosted by SoulWorthy.) See other videos of mine ("SoulWorthy") on other video platforms. Some videos are banned on some platforms and not others. More good Q resources are at this page:

Jasper Truth ๐Ÿ‡บ๐Ÿ‡ธ ๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ฆ

132,874 Aufrufe โ€ข vor 1 Jahr