Загрузка видео...

Не удалось загрузить видео

На главную

Finally, 𝗳𝗮𝘁𝘄𝗮 baru dah sampai panas-panas dari parti 𝗣𝗲𝗻𝗷𝘂𝗮𝗹 𝗔𝗴𝗮𝗺𝗮. Kena undi PN, arahan dari 𝗔𝘆𝗼𝗵 𝗖𝗵𝗶𝗸, sebab itu sebahagian dari 𝗙𝗮𝗿𝗱𝘂 𝗔𝗶𝗻. Tak keluar (tak undi) tu, jatuh 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗺. 🫡🫡🫡

77,077 просмотров • 2 лет назад •via X (Twitter)

Комментарии: 9

Фото профиля 𝖠𝖿𝗋𝖺𝗅'𝗌
𝖠𝖿𝗋𝖺𝗅'𝗌2 лет назад

'Farwa' songsang dari pemimpin yg 'sesat'. Dulu amantnya juga dah sesatkan ramai umat.

Фото профиля Mr.Nazril
Mr.Nazril2 лет назад

Rasenya dpt hint depa akan kalah, siap dah ckp nak buat bantahan sekiranya PH mng

Фото профиля 𝕐𝔹_𝔽𝕆ℝ𝕋𝕐
𝕐𝔹_𝔽𝕆ℝ𝕋𝕐2 лет назад

Dia ni lawyer ada pengetahuan agama. Rugi nye lah hidup berfatwakan presideng demi survival politics. Taksub takntentu arah. Wahai seluruh ahli pas keluar lah korang undi PH or keluar lah korang dari parti tonggang agama nih

Фото профиля Boy Chan
Boy Chan2 лет назад

Memang hebat pegundi2 dia ni kerana undi banggang ni tahniah.

Фото профиля Magomed Borz
Magomed Borz2 лет назад

Ni pun taktik jugak ni. Pemimpin PN buat macam diorang dah terdesak utk buat penyokong pro-PH+BN rasa confident so tak perlu keluar mengundi.

Фото профиля イコライザー
イコライザー2 лет назад

Nanti tiket di batalkan 😇

Фото профиля 🇲🇾❤️دينا
🇲🇾❤️دينا2 лет назад

Nasib wartawan tak tanyo jika calon tu BUKAN ISLAM adakah ia jg FARDHU AIN 😂

Фото профиля zektwowan
zektwowan2 лет назад

Suruh Undi PN tu ertinya sokong pesakau penyamun dan yg sekongkol dgn penunggang2 Qazaf. Semua itu tertulis dlm kitab suci Ulamak Pas. Fikir2 lah bila ulamak desprado bg hukum dan dalil. Biarlah dia sesat sorang2 jgn kita ikut pula.

Фото профиля Ahmad
Ahmad2 лет назад

Wahyu dah turun dari ayatolla hadi khomeini.

Похожие видео

Ramai tanya, kenapa tak boleh balik PKR? Tak boleh reconcile ke? Bukan soal merajuk. Bukan soal jawatan. Keputusan saya dah buat seawal April. Dua bulan sebelum mengundi pun, saya dah nampak ke mana arah permainan itu. Dua minggu selepas Datuk Seri Anwar umumkan “beri laluan mudah kepada Rafizi”, saya dah baca permainan itu. Mesej sebenar Datuk Seri Anwar ialah: “Saya tak nak you ada pengaruh dalam parti. Jadi teknokrat. Duduk diam. Terima jawatan Timbalan Presiden tanpa bertanding tapi dari cabang sampai MPP, semua orang saya.” Maksudnya apa? Duduk sorang-sorang dalam MPP. Kena maki, kena dengar, jadi rubber stamp. Depan cakap lain, belakang cakap lain, buat lain, umum lain. Saya tak masuk politik untuk menang. Tak masuk untuk jadi menteri. Tak masuk untuk pangkat. Saya masuk politik sebab saya rasa ada peranan untuk membetulkan keadaan. Dan bila parti itu sendiri dah sampai ke peringkat menipu anggota sendiri? Keanggotaan RM200 untuk jadi ahli baharu, laporan polis mengenai rasuah, setiausaha-setiausaha politik PM sendiri menggerakkan jentera, blockchain, fenomena kepala tanpa badan, sistem one member one vote dibuang dan diganti dengan sistem perwakilan. Bila sesebuah parti dah hilang benda paling asas, sense of fairness, parti itu dah rosak. Mencuri boleh. Menipu boleh. Salah guna kuasa boleh. Dah tak perlu tanya betul atau salah. Kepada yang kata “𝘵𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶 𝘭𝘦𝘱𝘢𝘴 𝘈𝘯𝘸𝘢𝘳, 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘣𝘦𝘵𝘶𝘭𝘬𝘢𝘯”, ingat Farhash dan Ramanan tak susun semuanya? Sistem yang ditipu sekali boleh ditipu lagi. Dah tak ada ruang. Kecuali saya pergi cium tangan. Tapi bukan sebab itu saya dalam politik. Panggil prinsip ke, merajuk ke, apa pun. Tapi garis merah itu dah dilanggar. Dan dilanggar dengan teruk sekali. Tonton kupasan penuh isu ini di Podcast YBM Episod 48:

Rafizi Ramli

85,299 просмотров • 3 месяцев назад

𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗟𝗜𝗔𝗕𝗜𝗟𝗜𝗧𝗜 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗦𝗘𝗟𝗨𝗥𝗨𝗛 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 Saya tak kenal seorang yang bernama Profesor Dr Tajuddin Rasdi. Pernah la dengar yang dia dilantik sebagai ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN). Tiba-tiba ramai yang tag saya suruh respon kepada komen dia. Kalau setakat pandangan politik tu, ikut suka masing-masing la. Saya pun baca la apa yang bising-bising suruh jawab ni. Dulu dia hentam saya pasal Anwar nak jadi PM. Dia kata saya biadap. Kali ini lagi teruk - ini laporan media pasal apa yang dia kata: “Rafizi liabiliti kepada seluruh politik Malaysia – Ahli Majlis MPPN” “Daripada aset Pakatan Harapan (PH), bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli telah bertukar menjadi liabiliti bukan sahaja kepada gabungan parti tersebut, malah juga kepada negara dan seluruh politik Malaysia.” Ikut suka hati dia je jadi ketua hakim politik negara, kalau ada la jawatan macam tu, jatuh hukuman yang saya dah jadi liabiliti kepada negara dan seluruh politik Malaysia. Ikut Dr Tajuddin ni, saya lebih teruk dari semua ahli politik yang pernah ada la. Saya sehina-hina ahli politik yang ada di negara ni dan jadi liabiliti. Ikut suka dia jatuh hukum, macam Malaysia dan arena politik Malaysia ni milik dia. Saya fahamlah kenapa dia panic sangat dan hentam saya berkali-kali. Kalau boleh, orang macam dia nak suruh saya hilang terus dari muka bumi ini. Sebab dia takut kalau saya terus bersuara, takut PH hilang undi. Lebih tepat, dia takut DAP hilang undi, sebab saya dimaklumkan dia ahli DAP. Saya tak paham macam mana dia boleh jadi professor. Sekejap dia kata saya beban, ahli politik paling tak guna, paling dibenci dan tak de sapa suka kat saya dan tak de sapa yang nak kerjasama dengan saya. Kalau dah macam tu, apa yang dia nak takut. PH atau DAP takkan terjejas sebab tak de sapa yang akan dengar cakap saya, undi PH atau DAP takkan terganggu. Tapi gaya hentam saya ni macam luar cakap lain, dalam rasa lain. Macam dalam hati ada taman, yang sedang bergelora sebab takut pandangan saya akan ada kesan kepada sokongan PH dan DAP. Saya ni dah lama bertanding dalam pilihanraya. Jadi pengarah pilihanraya lagi. Saya nak kongsi dengan profesor ni ilmu nak menang pilihanraya. Kalau parti kita tak buat salah, orang kritik macam mana pun, Insya Allah dapat undi. Kalau parti kita memang ada kelemahan, orang tak kritik pun rakyat tak undi. Sebab itu nasihat saya kepada Prof Tajuddin: Awak tu ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara. Sekarang ni banyak isu-isu ketegangan perkauman. Baik awak tumpu buat kerja sebagai ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara. Elaun awak yang dibayar oleh cukai rakyat bukan untuk awak komen pasal politik lebih-lebih, tapi untuk mengharmonikan hubungan kaum di Malaysia. Sia-sia kami semua berjuang sampai PH bentuk kerajaan dan awak jadi ahli Majlis Penasihat, kalau yang itu pun awak tak boleh buat sebab sibuk komen politik yang di luar skop kerja awak. Selamat Hari Raya!

Rafizi Ramli

26,282 просмотров • 5 месяцев назад

Soal saya kononnya merajuk ditanyakan di Podcast YBM Episod 26. Saya perhati satu penyakit lama yang tak pernah baik: bila parti jadi kerajaan, kita pakai “topi pemerintah” sahja. Kita tengok semua benda dari lensa kita. Lepas tu kita hairan kenapa rakyat tak ikut cara kita fikir. Hakikatnya, rakyat tak ambil port pun drama dalaman kita. Rakyat bukan duduk kira “siapa merajuk”, “siapa narsisis”, “siapa betul”. Rakyat fikir satu benda: hidup dia makin senang ke makin sempit? Institusi negara makin elok ke makin rosak? Sebab tu saya kata “survey” dan data tu penting. Mustahil kita nak teka apa dalam kepala 30 juta rakyat. Data sama ada “nationwide survey”, atau “big data sentiment”dia tolong kita keluar dari gelembung sendiri. Satu lagi, tolonglah jangan main serangan peribadi macam “merajuk” ni sembarangan. Golongan muda yang tak melalui peristiwa 1998 mungkin tak nampak implikasinya. Kalau naratif “merajuk-narsisis” tu kita pakai balik kepada Anwar pada tahun 1998, lagi sedap orang tembak. “16 tahun dalam kerajaan, tak pernah bangkang… tiba-tiba reformasi?” Itu dialog yang saya dengar masa muda dulu. Sebab jawapan saya dari dulu sampai sekarang sama: "this is not about Anwar Ibrahim the person". Ini pasal keruntuhan kredibiliti institusi bila kuasa digunakan untuk selesaikan saingan politik. Kalau benda itu boleh dibuat pada seorang TPM, tidak ada seorang pun selamat. Sekarang Anwar jadi PM, lagi besar tanggungjawab dia untuk dengar teguran supaya reformasi yang kita jerit sejak 98 tu bukan tinggal slogan. Kalau PKR/PH pilih budaya defensif, tak jawab isu, tak betulkan kelemahan, pergi serang orang, itu jalan Najib dulu. Cybertrooper, tangkap, saman, akhirnya? Kita tahu hujung cerita. Malah, jangan juga silap, sesuatu isu jadi besar bukan sebab saya. Dia jadi besar sebab isu itu dekat dengan rakyat, sebab ada rakyat yang memang fikir benda sama, cuma tak ada medium. Jadi ini bukan soal “Rafizi merajuk tak merajuk”. Ini soal kerajaan dan kalau terus lari dari masalah, malapetaka lain pula akan datang. Dua tahun sebelum Parlimen bubar pun boleh hangus kalau strategi politik masih “sangat-sangat ke laut”.

Rafizi Ramli

31,349 просмотров • 8 месяцев назад

𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗛𝗞𝗔𝗠𝗔𝗛 𝗨𝗦 𝗕𝗔𝗧𝗔𝗟 𝗜𝗧𝗨 𝗧𝗔𝗥𝗜𝗙, 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗝𝗔𝗡𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗗𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗡𝗗𝗔𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 Bekas menteri MITI, Tengku Zafrul konon sekolahkan saya mengenai perjanjian ART, selepas mahkamah US mengisytiharkan tarif yang dikenakan tidak sah. Dia kata saya spin pasal tarif 19% yang dia runding itu lebih tinggi dari tarif yang dikenakan kepada negara-negara lain yang tidak berunding. Dia kata lagi bila mahkamah US batalkan tarif, maknanya semua tarif yang ditetapkan sebelum ini terbatal, termasuk tarif 19% yang Malaysia kena. Jadi OK lah, kita pun dapat tarif yang sama macam negara lain yang tak susah-susah runding. Tapi dia tak jawab beberapa perkara. Yang mahkamah US batal adalah tarif timbal balas, sebahagian besarnya dikenakan secara unilateral oleh Trump kepada negara-negara lain. Mahkamah US tak batalkan perjanjian yang telah dimeterai. Sebab itu, reaksi dari Washington ialah mereka akan mempertahankan perjanjian yang telah ditandatangani dan memberi amaran kepada negara-negara yang telah tanda tangan supaya patuh kepada perjanjian. Ini kenyataan yang dibuat oleh Jamieson Greer, US Trade Representative: “... bahawa perjanjian-perjanjian itu kekal.. dan berbeza dari tarif 15% yang baru diumumkan..” Kecuali pemahaman bahasa Inggeris Zafrul berbeza dari saya, sangat jelas bahawa jawapan Zafrul kononnya tarif 19% yang dia runding itu akan terbatal - nampaknya tak betul. Jadi betul lah bila saya persoalkan apa jalan yang terbaik sekarang: Kalau kata perjanjian itu diperlukan untuk dapatkan tarif yang lebih rendah, itu dah tidak terpakai sebab tarif kepada semua negara adalah 15%, lebih rendah dari 19% Lebih teruk, kita terikat dengan segala macam syarat yang menjejaskan kedaulatan negara kita, sedangkan negara lain tidak perlu patuh kepada apa-apa syarat Jalan yang terbaik adalah untuk kita tidak mengesahkan perjanjian ini dan supaya ia terbatal begitu sahaja. Kita tunggu lebih maklumat dari Washington, tetapi apa pun perinciannya ini peluang untuk kita tidak meneruskan perjanjian ini. Sementara kita masih dalam proses ratifikasi iaitu pengesahan komitmen, lebih baik kita menghentikan proses ratifikasi agar ia terbatal begitu sahaja. Sebab itu saya kata Zafrul tergesa-gesa merundingkan perjanjian ini, cuma dia bernasib baik sebab Azam Baki suka dekat dia. Kalau tak, dia pun kena siasat SPRM juga sebab runding perjanjian secara tergesa-gesa.

Rafizi Ramli

135,732 просмотров • 5 месяцев назад

Kontroversi demi kontroversi berkenaan isu rasuah ini kalau dibiarkan, dia bukan sekadar “isu media sosial”. Dia boleh jadi malapetaka kepada PH dan PKR, sebab satu perkara yang orang selalu lupa: dalam mana-mana parti pun, memang ada yang “makan”. Bezanya cuma bentuk. Zaman UMNO, yang bawa beg duit pakai suit, tie, songkok. Kalau PAS, kopiah. Kalau PKR, mungkin beg kepit. Tapi budaya dia sama: ada kumpulan dengan 𝘷𝘦𝘴𝘵𝘦𝘥 𝘪𝘯𝘵𝘦𝘳𝘦𝘴𝘵 yang tak pernah pupus. Kerajaan bertukar macam mana pun, kumpulan ini tetap ada. Sebab kita datang daripada budaya politik yang orang biasa pun, kadang-kadang, dah “redha” wakil rakyat ambil duit 300 ribu sini, 1 juta sana, dia tak kisah pun. Kenapa? Sebab dalam kepala dia, “dia kena ada duit sebab nanti dia kena bagi kat aku.” Macam “lambai dapat 100”, kalau dia tak ada duit, macam mana dia nak bagi? Duit itu datang dari mana, dia makan duit ke apa itu “hal dia”. Yang penting ada bahagian untuk dia. Kalau seperti itu pemikiran masyarakat, lagi-lagi bila SPRM pula nampak tak bebas, habislah. Bila kebebasan SPRM dipersoalkan, setiap pendakwaan akan jadi bahan: “pendakwaan terpilih”. Paling bahaya, bila perkara itu dah melekat dalam kepala rakyat, kes yang betul pun nanti orang akan sapu bawah karpet sebab “alah, game politik je.” Lihatlah kes-kes terbaru. Ada kes masuk mahkamah, tetapi penyokong-penyokong tertentu diam. Tak ada kesan. Sebab naratif “terpilih” tu semakin kuat: kononnya nak tutup kes lain, kononnya ada motif. Itu kerugian besar untuk PH/PKR sebab selepas ini, sebarang kes melibatkan PAS, Bersatu, UMNO semua orang boleh menolak dengan senang, “tak ada apa pun.” Kesan jangka panjang dia? Usaha nak membersihkan budaya politik daripada rasuah semakin pudar. Kita menjadi negara yang dah tak percaya kepada institusi. Apabila rakyat dah tak percaya, tidak ada reformasi yang hidup. Saya cakap benda ini bukan sebab saya ada “personal” dengan sesiapa. Saya tak ada kawan SPRM, saya tak pernah panggil pegawai pergi lepak. Itu kerja dia, biar dia bebas. Tetapi kalau sampai kontrak disambung kali ke-4, dan persepsi rakyat tentang SPRM tak berubah, habis semua “berteras rasuah” yang dilaungkan menjadi seperti mencurah air ke daun keladi. Yang paling sakit: berbelas tahun kita bina imej dan kredibiliti sebagai anti-rasuah, keluar masuk kes, risiko peribadi, tenaga, masa, tiba-tiba menjadi sia-sia kalau akhirnya PKR/PH diletakkan sama dengan parti lain. Apabila credential anti-rasuah hilang, saya tanya satu soalan mudah: PKR nak jual apa lagi kepada rakyat? Sebab itu saya akan terus bercakap, sekurang-kurangnya supaya masih ada saki-baki rakyat yang meraskan 𝘢𝘭𝘭 𝘪𝘴 𝘯𝘰𝘵 𝘭𝘰𝘴𝘵 dalam PKR/PH. Tonton ulasan penuh isu SPRM dan isu-isu lain di Podcast Yang Berhenti Menteri Episod 26:

Rafizi Ramli

16,071 просмотров • 8 месяцев назад

Kenapa BERSAMA wujud? Isu ini saya huraikan dengan lebih panjang dalam Podcast YBM Episod 55. Saya dah nampak lama dah. Setiap kali pilihan raya, rakyat dihidangkan menu yang sama. Ugutan emosi. Emotional blackmail. Kalau kau bukan Melayu, kau diberitahu kena bersatu di belakang DAP dan PH untuk melawan UMNO. Kalau kau Melayu, kau diberitahu kena bersatu di belakang UMNO dan PAS untuk menghalang DAP dan PH. Hakikatnya, kedua dua belah menggunakan formula yang sama. Yang mereka lupa, semua benda ada law of diminishing returns. Cuba fikir. PH, dalam satu bentuk atau yang lain, sudah menjadi kerajaan hampir lapan tahun. Hanya dari 2020 hingga 2022 mereka tidak berada dalam kerajaan. Bila dah lama jadi kerajaan, moral high ground itu semakin hilang. Tambah pula dengan pelbagai kontroversi, termasuk isu korporat mafia dan rasuah. Bila keadaan jadi begitu, ugutan emosi yang sama semakin hilang kesannya. "Kalau tak undi kami, Najib akan kembali." "Kalau tak undi kami, Rosmah akan kembali." Sampai satu ketika, pengundi pun akan tanya. Apa bezanya? Sekarang BN pula membawa naratif yang sama. "Jom bersatu. UMNO, PAS, Bersatu, Wawasan. Asalkan tiada DAP. Asalkan tiada PH." Mungkin mereka boleh menang. Tetapi kemenangan yang bergantung kepada ugutan emosi tidak akan bertahan lama. Sebab manusia akan sampai satu tahap, mereka mula kebal dengan ketakutan yang sama. Ugutan emosi ada tarikh luput. Tonton kupasan lanjut isu ini di Podcast YBM Episod 55:

Rafizi Ramli

18,417 просмотров • 27 дней назад