Video wird geladen...

Video konnte nicht geladen werden

Zur Startseite

First time tengok bapak kucing bertanggungjawab camni. Rupanya ada plot twist, bukan bapak, tapi anak sulong yang dah besor bangka tapi still tak putus susu nak menempel jugak tek mak dengan adik2. Kredit : owner

12,722 Aufrufe • vor 2 Tagen •via X (Twitter)

0 Kommentare

Keine Kommentare verfügbar

Kommentare vom Original-Post werden hier angezeigt

Ähnliche Videos

DISEBABKAN video ni viral balik kat semua media sosial, jadi aku sebagai orang yang ada dalam video ni jugak (Helmet Merah Pakai Spec) nak cerita la sikit walaupun video full ada kat youtube. Sebab ada yang tertanya-tanya, kat mana kami sekarang.... siap dulu pernah orang kata kawan aku yang helmet merah tu dah mati 😂... dia hidup lagi kome, semua hidup lagi. Ok aku cerita sikit kisahnya -Kami semua ni pelajar Kolej Vokasional Lebuh Cator Ipoh (KVLC) masa ni tahun 3 2017. Kami ada macam satu program nak kena buat, kira macam markah la jugak ni untuk kami. So group kami ni pilih nak buat khidmat komuniti di Kuala Kangsar tapi masalahnya modeii takdak , nak kena beli itu ini lagi jadinya kami semua ni kiranya ditugaskan untuk pergi minta sumbangan la kat wakil rakyat mana yang ada sekitar Ipoh ni. Tengah pergi sana sini, member aku yang helmet merah tu jatuh dulu dah jalan licin Tu yang patah balik semua sembang punya sembang tepi jalan sekaliii pommmm kancil drift impak maksima maii datang nasib takde kena apa-apa kat kami, cuma motor jela 4 bijik kena langgor. Hancor leboh takdak apa dah. Memang viral 1Malaysia masa ni siap wartawan semua datang nak jumpa kawan aku yang ada dalam video ni tapi kami senyap je... yela goyang jugak masa tu so malas la nak ambil port pun. Tapi memang tak sangka viral. Femes la kejap jugak masa tu 😂 dengan loghat Perak pekatnya... Siap ada yang kata kami jugak kami ni berlakon, haha ingat kami skop production ke ada modeii nak buat kancil drift bagai ni. Siap ada kata buat pe la dok sembang kat tepi tu macam takde tempat lain tapi takpelah nak buat macam mana orang takde kat tempat kejadian boleh cakap macam-macam. Kami redho je. Nak tengok video full boleh pergi tengok kat youtube insyaAllah ada kelako n seronok. Mungkin akan ada yang rindu masa zaman belajar jugak- Saya bukan owner vid ye. Ownernya & Video ori ada kat Yt. Saya hanya kawan/orang yang terlibat juge dalam kejadian ni . Takde niat untuk mencari publisiti atau sebagainya, Cuma saja nak bukak balik nak cerita hal sebenar dan alang-alang tengah viral kan jadi saja nak bukak balik , selama ni diam je 😂....So boleh tengok sini.

MYNEWSHUB

30,531 Aufrufe • vor 1 Monat

Kisah sebenar : Harini nak santai je. Bawa anak keluar. Tapi tulah. Benda tak bermoral pula terjadi. Masa dekat booth luar mydin seremban 2, dah perasan dan ade seorang budak baju kuning macam merakam. Tapi takdelah fikir bukan -bukan. Masuk dalam mydin, perasan budak ni ikut lagi. Sambil phone tegak merakam. Mungkin kebetulan masuk skali. Bila ke bahagian lain, perasan budak ni ikut sambil merakam. Telefon tegak. Ke bahagian lain pun sama. Obvious sangat . Anak-anak pun perasan, dengan kehadiran budak ni. “Dia asyik tengok kita je umi” Ada bagitahu husband, husband pun terus ikut budak ni dari belakang. Tapi saya rasa tak puas hati. Saya terus berjumpa budak ni sambil rakam sebagai bukti. Takdalah serang kosong je kan. Rupanya ada beberapa video saya siap zoom belakang saya. Dan beberapa video perempuan mengandung yang lain. Berpurdah pun ada. Taste memang dengan orang mengandung Video terpaksa di potong atas tindakan seterusnya. Perasaan seorang suami tak dijangka kalau isteri kena macamni. Dan ditenteramkan oleh orang ramai. Sampai terkencing perilaku akibat takut. Si perlaku pun sudah di serah ke polis . Kami sendiri buat report. Selepas disoal siasat, baru 20 tahun. Budak uni sini. Katanya suka buat stock puaskan nafsu. Dah lama buat keje macamni katanya. Ikutkan saya nak si perlaku ke dalam. Tapi atas budi bicara, muda lagi 20 tahun. Saya tarik report semula. Suka suka rakam perempuan . Buat stock sex sendiri puas sendiri kat rumah. Takut lepasni berani meraba pulak kan? Sebab terlampau banyak video orang perempuan yang dirakam sekitar malam tadi. Mangsa tak perasan. Masalahnya siap zoom body part! Untuk wanita -wanita gadis-gadis dekat luar sana, jangan takut pertahankan benda betul. Rakam sebagai bukti. Jangan takut. Jaga diri sendiri. Pakai purdah pun dah tak selamat. Kalau dah fetish tu fetish juga tak kiralah dah bertutup penuh. Untuk pesanan anak muda, bayangkan kalau mak, kakak awak yang kena sexual fixation macam ni apa awak rasa? Muda lagi. Dah buat perangai bukan -bukan. Fikir guna otak laju sikit.
0:37

Sensitive content

Kisah sebenar : Harini nak santai je. Bawa anak keluar. Tapi tulah. Benda tak bermoral pula terjadi. Masa dekat booth luar mydin seremban 2, dah perasan dan ade seorang budak baju kuning macam merakam. Tapi takdelah fikir bukan -bukan. Masuk dalam mydin, perasan budak ni ikut lagi. Sambil phone tegak merakam. Mungkin kebetulan masuk skali. Bila ke bahagian lain, perasan budak ni ikut sambil merakam. Telefon tegak. Ke bahagian lain pun sama. Obvious sangat . Anak-anak pun perasan, dengan kehadiran budak ni. “Dia asyik tengok kita je umi” Ada bagitahu husband, husband pun terus ikut budak ni dari belakang. Tapi saya rasa tak puas hati. Saya terus berjumpa budak ni sambil rakam sebagai bukti. Takdalah serang kosong je kan. Rupanya ada beberapa video saya siap zoom belakang saya. Dan beberapa video perempuan mengandung yang lain. Berpurdah pun ada. Taste memang dengan orang mengandung Video terpaksa di potong atas tindakan seterusnya. Perasaan seorang suami tak dijangka kalau isteri kena macamni. Dan ditenteramkan oleh orang ramai. Sampai terkencing perilaku akibat takut. Si perlaku pun sudah di serah ke polis . Kami sendiri buat report. Selepas disoal siasat, baru 20 tahun. Budak uni sini. Katanya suka buat stock puaskan nafsu. Dah lama buat keje macamni katanya. Ikutkan saya nak si perlaku ke dalam. Tapi atas budi bicara, muda lagi 20 tahun. Saya tarik report semula. Suka suka rakam perempuan . Buat stock sex sendiri puas sendiri kat rumah. Takut lepasni berani meraba pulak kan? Sebab terlampau banyak video orang perempuan yang dirakam sekitar malam tadi. Mangsa tak perasan. Masalahnya siap zoom body part! Untuk wanita -wanita gadis-gadis dekat luar sana, jangan takut pertahankan benda betul. Rakam sebagai bukti. Jangan takut. Jaga diri sendiri. Pakai purdah pun dah tak selamat. Kalau dah fetish tu fetish juga tak kiralah dah bertutup penuh. Untuk pesanan anak muda, bayangkan kalau mak, kakak awak yang kena sexual fixation macam ni apa awak rasa? Muda lagi. Dah buat perangai bukan -bukan. Fikir guna otak laju sikit.

kamaghul deghaman

309,135 Aufrufe • vor 1 Jahr

𝗞𝗔𝗟𝗔𝗨 𝗦𝗣𝗥𝗠 𝗗𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗣𝗜𝗦 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗗𝗜𝗟𝗔𝗡𝗧𝗜𝗞, 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗣𝗜𝗠𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗧𝗔𝗣 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗔𝗛? Saya ada satu plot twist yang saya nak ajukan kepada pimpinan negara, terutamanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM. Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan skandal rasuah bersabit perolehan angkatan tentera. Beberapa orang pimpinan terkanan Angkatan Tentera Malaysia ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah. Tapi ada satu plot twist yang saya masih belum ada jawapan. Masa saya jadi menteri dahulu, setiap lantikan yang melibatkan pegawai kerajaan perlu ditapis terlebih dahulu oleh SPRM. Ini bukan untuk lantikan kanan pun, lantikan yang melibatkan gred 52, 54 pun kena ditapis oleh SPRM. Tapisan SPRM ini memang syarat untuk kenaikan pangkat pun. Ini kenyataan media dari JPA sendiri dalam tahun 2017 mengesahkan perkara ini: Ini pula adalah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2010 mengenai syarat pemangkuan dan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam, yang secara khusus menyebut sebarang kenaikan pangkat bukan sahaja perlu melepasi tapisan SPRM, tetapi perlu mengisytiharkan harta. Nampak tak plot twist? Saya ambil contoh dua kes yang telah dibawa ke mahkamah. Kes terhadap Tan Sri Hafizuddeain Jantan. Beliau dilantik Timbalan Panglima Tentera Darat pada 23 Mac 2023, kemudian dilantik Panglima Tentera Darat pada 6 September 2023. Mengikut laporan berita semasa beliau didakwa, kes rasuah beliau adalah berhubung dengan kontrak-kontrak perolehan sejak 2023. Masa dilantik Timbalan Panglima Tentera Darat dalam Mac 2023 - SPRM luluskan tapisan. Masa dilantik Panglima Tentera Darat dalam September 2023 - SPRM luluskan tapisan. Sedangkan kes yang beliau kena dakwa adalah bersabit kontrak sejak 2023 lagi - sebenarnya apa bentuk tapisan yang SPRM buat ni? Bukan ke perlu semak pengisytiharan harta? Kalau beliau dah ada kes berhubung kontrak perolehan sejak 2023, macam mana SPRM boleh luluskan tapisan beliau? Begitu juga dengan bekas Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Nizam Jaffar. Dilantik pada 31 Januari 2025, maksudnya selepas tapisan diluluskan oleh SPRM. Salah satu dakwaan rasuah adalah perolehan sebanyak RM1.725 juta kepada Helmee Resources pada 24 Jun 2024; iaitu sebelum beliau dinaikkan pangkat. Bila beliau nak dinaikkan pangkat, SPRM yang bertanggungjawab semak dan buat tapisan. Tapi bolos. Tapisan yang bolos. Pengisytiharan harta yang bolos. Yang ini Tan Sri Azam Baki tak pernah jawab atau komen. Bukan ke kalau SPRM buat tapisan betul-betul, semua ini telah dikenal pasti awal-awal? Ini bukan kes 1MDB atau Jho Low yang melibatkan wang di seluruh dunia. Ini kes beli hamper raya je pun. Tan Sri Azam Baki dengan gah keliling podcast tunjukkan dia berani lawan rasuah - tetapi prevention is better than cure. Ada benda yang tak kena ni sehingga tapisan SPRM tidak berkesan untuk menyekat mereka yang ada kes dari dinaikkan pangkat. Bila jadi macam ni, jangan salahkan rakyat kalau rakyat sinis. Masa nak dinaikkan pangkat semua cantik, SPRM lulus semua. Bila ada yang tak berkenan atau tak kena, korek balik semua yang dulu-dulu. Kami bukan cerdik atau hebat atau berani macam Tan Sri Azam Baki. Bila dah jadi macam ni dan tapisan SPRM macam mencukupkan syarat, rakyat fikir macam tu la. Jadi apa jaminan yang tapisan SPRM atau pengisytiharan harta tu sebenarnya ada makna untuk memastikan sesiapa yang ada kes tidak dinaikkan pangkat?

Rafizi Ramli

44,141 Aufrufe • vor 5 Monaten

𝗙𝗥𝗨𝗦𝗧 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗕 𝗦𝗣𝗠 Tahniah kepada adik-adik yang berjaya mendapat keputusan SPM. Ada yang gembira, ada yang sedih. Ada yang puas hati, ada yang kecewa. Adik-adik akan merasa begini buat beberapa ketika. Yang gembira, jangan gembira lama sangat. Yang sedih, jangan nangis sampai mata lebam. Sebab SPM, walaupun ia peperiksaan yang terbesar dalam hidup adik-adik, tetaplah hanya satu dari banyak peperiksaan. SPM bukan jaminan kejayaan atau kegagalan di masa hadapan. Saya nak kongsi pasal keputusan SPM adik bongsu saya. Ni cerita 90an, umur dia sekarang pun lebih kurang saya. Dari kecil, adik saya nampak tak minat belajar. Masa sekolah rendah, dia menghabiskan masa lapang melukis kartun. Dia dalam dunia dia, meniarap atas lantai, melukis kartun dengan segala sound effect perang dia. Habis buku sekolah dilukis kartunnya. Masa sekolah menengah, pun tak nampak dia minat sangat belajar. Dari minat lukis kartun, dia minat binatang pulak dah. Dia pelihara burung, arnab, ikan. Bila saya balik cuti sekolah (sebab saya duduk asrama), ada saja binatang baru. Mak ayah saya cakap biarlah dia minat binatang. Saya bimbang jugak sebab PMR makin dekat dan dia tidak ada minat, jadi PMR dia tidaklah seberapa. Masuk tingkatan empat, dia minat memancing pula. Macam-macam joran dia ada. Pun sama, dia tidak minat sangat belajar. Cuma selain memancing, dia juga mula ke masjid ketika itu, solat waktu di masjid. Kemudian dia mula pakai serban pergi solat waktu ke masjid. Mak ayah saya cakap nampak dia nak ke arah itu dan kami berlapang dada. Saya ingat mak ayah saya beritahu dia hanya ada tanda-tanda nak belajar beberapa bulan sebelum SPM. Alhamdulillah keputusan SPM dia cukup makan untuk ke universiti. Lepas graduate sebagai software engineer, dia kekal dalam bidang IT sehingga sekarang dan kerja dengan syarikat antarabangsa, bertanggungjawab untuk operasi antarabangsa dan gaji yang selesa. Sepanjang masa dia melukis kartun, memelihara binatang atau gila memancing, mak ayah saya sedikit pun tak marah. Mereka rasa rezeki itu di tangan Allah, hanya doa yang mereka iringi asalkan akhlaknya baik. Bila orang tanya mengenai keputusan SPM anak masing-masing, saya selalunya tidak ada komen. Kalau cemerlang saya cakap tahniah, kalau tidak semua A pun saya tahniah. Saya dah lihat macam mana SPM hanyalah satu batu tanda dalam kehidupan yang panjang. Kepada adik-adik, selepas dah habis bergembira atau berduka, jangan lupa untuk mula usaha balik untuk kitaran hidup yang seterusnya.

Rafizi Ramli

17,457 Aufrufe • vor 3 Monaten

Harith Iskander Buat Lawak Menghina Rosmah....Tak Cukup Lagi Ke Apa Yang Keluarga Najib Lalui Sejak 10 Tahun Lalu? Rosmah digambarkan hantu nombor satu paling menakutkan selepas toyol dan pontianak. Ia dibuat dalam satu persembahan di Melaka. Apa pun...sekurang-kurangnya Rosmah isteri yang setia....Harith ni isteri pun dah cabut.... Gambar awal tahun 2018 nampak "pelawak" ni dan isteri dia (belum kena tinggal lagi masa tu) begitu beriya bergambar dengan Rosmah yang ketika itu isteri Perdana Menteri.... Antara komen netizen dari FB Shahrol Shiro : - Patutlah bini pun lari 🤦 buruk2 DS Rosmah suami anak2 sayang beliau...anak2 tahfiz syg dan doakan hari2...buruk2 beliau tiap2 tahun khatam Quran....Allah tak nilai fizikal kita tp kebaikan yg kita bawa manfaat pd seisi alam....so botak ni bawak manfaat apa???!🤨 - walaupon aku bukan penyokong najib sekeluarga,tapi aku rasa lawak membahan datin rosmah tu memang x patut..cuba gamba mak kau yang dijadikan bahan lawak .x profesional langsung... -Harith Iskander MMG Bodo lawak dia. Tak ada standard langsung lawak beliau. Dah tak ada idea lagi ke. Jika dah tak ada idea.. Berhenti je lah. Jgn asyik nak gelakkan orang je. Orang ramai gelakkan awak tu tak perasan ke. 🤣🤣 TOLONG JANGAN BUAT LAWAK BODOH LAGI. MINTA MAAF KE DATIN SERI ROSMAH MANSUR - Dah tua² pun bodooo.. bukannya lawak sgt pun ape yg dilawakkan tuu.. yg menonton pun sama lima jugak.. geng bodooo berjemaah.. Patut la bini pun lari yea botak....🤣 Cukup-cukup la..keluarga Najib sudah dan sedang melalui macam-macam dugaan...tak payah la nak malukan mereka lagi....

MYNEWSHUB

135,845 Aufrufe • vor 5 Monaten

Satu sakit, sakit semua. Itulah makna saudara kandung. Dan itulah juga makna sesama anak negeri ini, meski terpisah ribuan kilometer dan puluhan dialek. 26 Desember 2004. Gempa 9,3 SR mengguncang dasar Samudra Hindia. Tsunami menyapu Aceh, menelan lebih dari 170 ribu nyawa dalam hitungan jam. Di saat yang sama, di perantauan Jawa, ribuan mahasiswa Aceh tak bisa tidur. Mereka menangis di kos-kos-an sempit, tak tahu apakah ibu, bapak, adik, kakak masih bernapas. Tapi malam itu juga, ribuan orang Jawa yang tak pernah ke Aceh, yang bahkan tak tahu bedain Meulaboh sama Lhokseumawe, berdiri berjam-jam di Stasiun Gambir dan Senen, membawa kardus bertuliskan “Untuk Saudaraku di Aceh”. Ada yang menyumbang beras, ada yang menyumbang darah, ada yang cuma bisa menyumbang doa sambil memeluk erat anaknya sendiri. Satu sakit, sakit semua. September 2009. Gempa 7,6 SR menggoyang Padang dan Pariaman. Rumah-rumah bergaya Rumah Gadang yang megah itu runtuh seperti kue kering. Di Jakarta, di Surabaya, di kampus-kampus negeri, mahasiswa Minang yang biasanya sombong dengan rendang dan dendengnya, tiba-tiba jadi pendiam. Mereka tak bisa pulang. Tiket habis. Jalan putus. Tapi malam itu juga, truk-truk berplat B dan D berjejer di pelabuhan Merak, membawa tenda, selimut, mie instan, dan obat-obatan. Sopirnya orang Jawa tulen. Mereka tak diminta. Mereka cuma bilang, “Orang Sumbar lagi susah. Kita bantu.” Satu sakit, sakit semua. Maret 2024, November 2025. Banyaknya banjir bandang dan longsor di Sumatera Utara, di Sumatera Barat lagi. Kampung-kampung di Tanah Karo, di Pesisir Selatan, di Toba, lenyap ditelan tanah. Orang-orang di Jakarta, di Bandung, di Semarang, yang selama ini sibuk mengolok-olok “Jawasentris”, tiba-tiba berhenti bicara. Mereka buka dompet. Mereka buka posko. Mereka rela antre berjam-jam di bandara hanya untuk jadi relawan. Tak ada yang bilang, “Bukan urusan gue.” Karena saat saudara di ujung barat pulau ini menangis, rasa itu menjalar sampai ke ujung timur, melewati Selat Sunda, melewati gunung-gunung, melewati semua cemoohan “Jawa terlalu dominan” yang biasa kita lempar-lemparan di medsos. Satu sakit, sakit semua. Bukan karena darah yang sama. Tapi karena rasa yang sama: rasa yang membuat kita sadar, bahwa garis imajiner bernama “provinsi” itu tak pernah bisa memisahkan hati yang sudah terlanjur terikat sejak 17 Agustus 1945. Jadi kalau ada yang masih bertanya, “Kenapa sih orang Jawa ikut repot kalau Aceh atau Sumatera kena musibah?” Jawab saja dengan kalimat sederhana ini, Karena satu sakit, sakit semua. Itulah makna saudara sebangsa. Bukan karena suku, bukan karena agama, bukan karena pulau. Tapi karena kita terpaksa saling mencintai, dan anehnya, justru karena terpaksa itu, cinta kita tak pernah benar-benar pergi. Meski kadang berisik. Meski kadang saling sindir. Tapi saat bencana datang, kita tetap satu. Satu sakit, sakit semua. Satu bangkit, kita bangkit bersama.

Miss Tweet |

18,102 Aufrufe • vor 7 Monaten