Loading video...

Video Failed to Load

Go Home

Good explaination dari ecentral kenapa gaji bersih lagi sikit dari gaji basic sebab ramai tau sebenarnya tak tahu Potongan wajib setiap bulan: KWSP 11% SOCSO 0.5% EIS 0.2%

10,328 views • 3 months ago •via X (Twitter)

0 Comments

No comments available

Comments from the original post will appear here

Related Videos

Gaji penjawat awam akan naik, gaji pekerja swasta bila lagi? Ini soalan yang sering ditanya. Salah satu strategi utama kerajaan untuk menangani kos sara hidup ialah memastikan pertumbuhan gaji yang lebih seimbang kepada rakyat. Antara keputusan pertama saya sebagai Menteri Ekonomi ialah meminta DOSM menerbitkan laporan gaji pekerja formal setiap 3 bulan sekali, menggunakan data gaji setiap pekerja formal yang ada di KWSP dan PERKESO. Ini bagi membolehkan kerajaan merangka dasar yang lebih baik untuk menaikkan gaji dalam tempoh 10 tahun akan datang selaras dengan aspirasi Ekonomi Madani. Laporan gaji pekerja formal terkini ialah bagi suku kedua 2024 berakhir Jun 2024. Ada beberapa perkembangan awal mengenai pertumbuhan gaji antara Jun 2023 dan Jun 2024: - gaji median meningkat dari RM2,600 sebulan ke RM2,745 sebulan. Gaji median ialah taburan gaji pertengahan, maknanya dari 6.73 juta pekerja yang bergaji (atau pekerja formal), bila dibandingkan gaji bagi setiap pekerja, gaji pertengahan ialah RM2,745 - jumlah pekerja yang gaji di bawah RM2,000 sebulan telah berkurang dari 34.8% dari jumlah pekerja dalam Jun 2023, kepada 32.2% dalam Jun 2024 - jumlah pekerja yang gaji antara RM2,000 ke RM5,000 telah meningkat dari 42.7% dari jumlah pekerja dalam Jun 2023, kepada 43.8% dalam Jun 2024 - Jumlah pekerja yang gaji melebihi RM5,000 juga telah meningkat dari 22.5% dari jumlah pekerja dalam Jun 2023, kepada 24% dalam Jun 2024 Pertumbuhan gaji ini mendukung hasrat kerajaan untuk menganjakkan gaji median menjadi lebih tinggi setiap tahun agar gaji yang dinikmati setiap isi rumah menjadi lebih baik. Pun begitu, fenomena gaji rendah ini masih menjadi cabaran kepada ekonomi negara. Walaupun ada pertumbuhan yang menyaksikan jumlah pekerja di bawah gaji RM2,000 sebulan telah berkurang, 32.2% pekerja di dalam kategori ini bersamaan dengan 2.167 juta rakyat Malaysia masih digaji RM2,000 sebulan. Keadaan akan menjadi lebih baik bermula 2025 dengan tiga keputusan utama kerajaan berkenaan gaji pekerja: Pertama, kenaikan gaji penjawat awam. Kedua, kenaikan gaji minima kepada RM1,700 sebulan.Ketiga, pelaksanaan sepenuhnya gaji progresif bagi pekerja swasta dengan peruntukan awal RM200 juta bagi 2025. Insya Allah, keadaan gaji akan bertambah baik setiap tahun selepas ini.

Rafizi Ramli

13,371 views • 1 year ago

𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥𝗡𝗬𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗝𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗞 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗙𝗥𝗘𝗦𝗛 𝗚𝗥𝗔𝗗𝗨𝗔𝗧𝗘 𝗡𝗜? Saya rasa banyak polemik yang berlegar di kalangan orang atas tidak banyak yang menyentuh cabaran seharian yang dihadapi terutamanya Gen Z yang dibawah umur 28 tahun ini. Kita akan selalu dengar pembangkang memainkan isu kos sara hidup. Tiada siapa yang menafikan kos sara hidup adalah isu nombor satu Malaysia, malah di seluruh dunia. Tetapi selain kos sara hidup, bagi Gen Z, cabaran paling besar ialah mendapatkan pekerjaan yang boleh bagi ruang untuk membina kerjaya di masa hadapan. Dengan prospek kerjaya yang baik, ia akan memberi peluang kepada pendapatan yang stabil dan keupayaan mobiliti sosial untuk membina hidup yang lebih baik di masa hadapan. Data-data ekonomi menunjukkan Gen Z berhadapan cabaran besar membina kerjaya, seperti berikut: 1. Pengangguran di kalangan orang muda sebenarnya tinggi, iaitu sekitar 10% bagi tempoh 2024 hingga awal 2025, berbanding pengangguran purata nasional yang hanya 3.2% (dari data DOSM) 2. Ini selari dengan kajian Bank Dunia, yang menunjukkan 13.4% anak muda berumur 16 hingga 24 tahun dalam kategori NEET (Not in employment, education or training). Maksudnya ada 13.4% dari kalangan ini, lepas sekolah, tidak buat apa-apa 3. 33 hingga 37% dari graduan bekerja dalam pekerjaan yang dibawah kelulusan mereka, yang dipanggil under-employment 4. Kita ada fenomena yang dipanggil “wage compression” iaitu gaji bagi pekerja bawahan tanpa kemahiran sebenarnya meningkat jauh lebih laju dari gaji permulaan graduan atau pekerja berpengalaman atau pekerja separa kemahiran. Ini adalah disebabkan oleh gaji minima. Sementara majikan terpaksa menaikkan gaji minima kepada pekerja kurang berkemahiran kerana itu kehendak undang-undang, mereka terpaksa menampung kenaikan itu dengan memperlahankan kenaikan gaji pekerja yang lebih atas 5. Jurang kemahiran antara graduan dan kehendak pasaran masih tinggi, terutamanya dalam sektor yang banyak kekosongan seperti yang berkaitan teknologi dan sains. Contohnya, jurutera perisian untuk rekabentuk cip semikonduktor boleh mencecah RM6,000 sebulan untuk fresh graduate, tetapi kita tidak cukup graduan yang memenuhi kelayakan akademik dan kelulusan untuk mengisinya 6. Ada ketidakpadanan di antara lulusan universiti dalam bidang-bidang yang tidak menawarkan banyak peluang pekerjaan, sedangkan dalam bidang-bidang teknikal tertentu ada kekosongan yang tidak dapat diisi kerana tidak cukup lulusan yang memenuhi kriteria Akhirnya, negara kita berhadapan dengan masalah yang mengundang semua pihak saling menuding jari: Gen Z dan graduan mengeluh susah nak dapat pekerjaan. Ada yang menuding jari kepada majikan atau kerajaan. Majikan mengeluh susah nak cari cari pekerja yang memenuhi kriteria dan kelayakan. Ada yang menuding jari kepada graduan atau kerajaan. Kerajaan? Terpulang nak tuding jari kepada sesiapa pun, tetapi tidak boleh lari dari cuba menyelesaikan masalah ini. Sebahagian dari masalah ini berpunca dari perkara struktur. Contohnya struktur ekonomi yang tidak sampai ke tahap nilai tinggi, maka pekerjaan dalam kategori gaji tinggi tidak banyak berbanding dengan negara-negara maju. Soal struktur ini adalah tanggungjawab kerajaan. Kalau kerajaan berjaya mewujudkan dan membangunkan sektor ekonomi bernilai tinggi, struktur ekonomi itu akan berubah secara berfasa. Tetapi ada perkara di dalam kawalan majikan, graduan dan pekerja. Majikan perlu menerima hakikat bahawa graduan dan pekerja perlu dilatih secara berterusan, terutamanya dalam bidang-bidang yang lebih teknikal. Majikan juga perlu tahu bahawa jika gaji yang dibayar tidak berpadanan dengan kelayakan, pekerja akan selalu lari yang mengganggu operasi perniagaan. Majikan juga perlu terbuka untuk mengambil fresh graduate yang tidak semestinya keluar universiti dengan kelulusan yang diiklankan, tetapi dalam bidang teknikal yang hampir sama tetapi boleh dilatih. Banyak majikan akan kata: kami dah buat semua ini tetapi masih bermasalah. Jadi apa yang majikan nak sebenarnya dari fresh graduate ni? Oleh kerana majikan tahu hampir semua fresh graduate perlu dilatih semula, dari pengalaman saya, majikan tidak melihat kepada kelayakan akademik semata-mata. Mereka melihat kepada potensi dan sikap calon yang ditemuduga. Oleh itu, kepada fresh graduate, ini kualiti yang dicari oleh majikan: 1. Prestasi akademik yang stabil. Tidaklah perlu mendapat ijazah kelas pertama, tetapi ada konsistensi akademik dari SPM hingga habis ijazah. Sebaiknya dalam quartile pertama dan kedua. 2. Paling penting, keupayaan untuk terus belajar. Bukanlah tahu semua perkara, tetapi ada keinginan dan curiosity untuk belajar perkara baru. 3. Self-starter, dalam bahasa mudah tidak perlu disuruh. Tahu apa yang dia tahu, tahu apa yang dia tak tahu. Untuk laksanakan tugas dia, kalau dia tak tahu, dia usaha untuk tahu, sama ada belajar dari senior, Google or ChatGPT. 4. Berdisiplin dan matang. Tahu membezakan tanggungjawab kepada syarikat dan rakan kerja, dengan keperluan dan keinginan peribadi. Tahu sumbangan yang perlu dibuat agar pasukan atau syarikat dapat bertahan. Tahu tanggungjawab minima yang perlu dilaksanakan. Mesti kena kecam dengan Gen Z lepas ni. Tapi jangan hanya kecam, kalau tak setuju bagi hujah kenapa tidak setuju.

Rafizi Ramli

22,903 views • 10 months ago

𝗧𝗢𝗣 𝟭𝟬 𝗬𝗕𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟱 Podcast YBM minggu ini pada 26 Disember, 9 malam adalah episod ke-28, iaitu episod terakhir bagi tahun ini. Kita akan ada satu segmen khusus yang membedah kembali 10 perkembangan terbesar dalam negara sepanjang 2025. Selain dari senarai yang kami sediakan, kami juga nak semak sama ada senarai itu bertepatan dengan senarai penonton. Boleh klik pautan di sini untuk senaraikan 10 perkembangan terbesar dalam negara sepanjang 2025. Kami akan sesuaikan senarai akhir itu dengan dapatan dari penonton. Klik pautan di sini: Saya ingin ambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih kepada semua yang setia mengikuti podcast YBM sejak kami mula setiap minggu dalam bulan Jun 2025. Saya ikuti statistik tontonan setiap minggu dan pasukan kami cari jalan untuk tingkatkan mutu supaya lebih ramai menonton dengan lebih lama. Selain dari jumlah tontonan atau views, kayu ukur sebenar ialah berapa lama kandungan yang ditonton bagi setiap 1 tontonan. Sebab YouTube mengira 1 view bagi setiap tontonan 30 saat. Ada yang menonton 30 saat tetapi terus ditukar, ada yang menonton sehingga 2 jam. Kedua-dua ini tetap dikira sebagai satu tontonan iaitu satu view. Alhamdulillah, prestasi tontonan podcast YBM bertambah baik kebelakangan ini. Pada awal siaran mingguan dalam bulan Jun 2025, jumlah tontonan memang lebih tinggi iaitu sekitar 150,000 view bagi episod itu, tetapi sebenarnya watch minutes, atau lama mana setiap tontonan, adalah sekitar 11 minit bagi setiap penonton. Kemudian, jumlah tontonan makin berkurangan dalam bulan Ogos ke Oktober, iaitu jumlah views hanyalah purata 40,000 setiap episod. Namun, walaupun jumlah views berkurangan, watch minutes terus meningkat, dari 11 minit bagi setiap penonton kepada 20 minit setiap penonton. Sejak November dan Disember, jumlah views naik kembali kepada purata 80,000 views setiap episod. Alhamdulillah, setakat minggu lepas, watch minutes telah mencecah 30 minit setiap 1 view. Dalam tempoh 6 bulan sejak Jun 2025, jumlah tontonan keseluruhan video podcast YBM dan video-video pendek dari podcast YBM adalah sekitar 4.5 juta views dan 1 juta watch hours, iaitu ia telah ditontonkan selama 1 juta jam. Statistik tontonan ini hanyalah berdasarkan kepada tontonan di platform YouTube, tidak megira tontonan di platform lain seperti TikTok, Facebook dan X. Saya bersyukur kerana dalam tempoh 6 bulan, podcast YBM telah mula ada pendengar tegar setiap minggu yang menonton tanpa berhenti sepanjang lebih 2 jam setiap episod. Saya harap perkara ini dapat diteruskan dan lebih ramai orang baru yang menonton setiap episod sepenuhnya setiap minggu, supaya jumlah watch minutes setiap satu penonton terus meningkat dari 30 minit kepada 40-50 minit selepas ini. Sekali lagi, terima kasih penonton setia setiap minggu. Jangan lupa tonton podcast YBM episod ke-28, iaitu episod terakhir bagi tahun 2025. Jangan lupa juga kongsi senarai 10 isu paling besar bagi 2025 yang perlu kami ulas minggu ini (rujuk pautan di bawah) Klik pautan di sini (Senarai 10 Perkembangan Terbesar Dalam Negara 2025):

Rafizi Ramli

10,629 views • 7 months ago

Kita selalu dengar keluhan di media sosial bahawa harga barang makin melambung. Walaupun kadar inflasi negara stabil dan berada di bawah paras 2%, iaitu terendah sejak beberapa tahun ini, tetapi media sosial masih gamat dengan isu harga barang yang naik melambung. Kata mereka, kadar inflasi itu tidak betul sebab dimanipulasi. Saya pun kadang-kadang termakan juga, kot lah laporan inflasi yang diberikan ni tipu saya. Walaupun saya yakin pegawai-pegawai kerajaan tak tipu saya bila mereka muktamadkan laporan inflasi setiap bulan, saya rasa kena semak juga. Jadi saya dapatkan laporan terperinci dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) untuk menunjukkan perbandingan harga barang. Ini laporan yang dikemukakan dalam bulan September, jadi laporan ini merujuk kepada harga dalam bulan Julai 2024 berbanding Jun 2024. Ada 238 barang yang harganya naik. 177 barang harga turun. 59 harga tidak berubah. Ada 4 barangan segar yang naik harga melebihi 10%. Betik biasa - dari RM4.48 ke RM5.57 sekg Udang putih - RM36.67 ke RM42.29 sekg Oren valencia - RM1.24 ke RM1.43 sebji Jambu batu tanpa biji - RM9.65 ke RM10.81 sekg Tetapi ada 20 barangan segar yang turun harga melebihi 10%, antaranya: Timun, kacang buncis, cili api, kubis bulat, daging kambing bebiri, limau kasturi, sawi, anggur merah, lada benggala, kacang panjang, ayam bersih, kailan, saderi, kacang botol, terung bulat, kubis bunga dan limau nipis. Ayam bersih turun harga dari RM9.62 kepada RM8.54 sekilo. Lepas dapat laporan KPDN itu, saya rasa lebih aman sebab saya tahu kita ada sistem pelaporan harga barang yang baik dan laporan inflasi itu disokong oleh turun naik setiap harga barang yang dipantau. Setiap bulan, ada harga barang yang naik, ada harga barang yang turun, ada yang tidak berubah. Tetapi tidak ada sesiapa yang boleh menafikan bahawa inflasi kekal rendah berbanding sebelum Kerajaan Madani mengambil alih. Jadi kalau terjumpa orang di media sosial yang kata harga barang naik melambung dan hidup sengsara sebab harga barang naik, saya minta hantar bukti itu kepada saya. Supaya saya boleh bagi kepada KPDN untuk diambil tindakan kerana jelas peniaga itu mengambil kesempatan, dalam keadaan suasana inflasi keseluruhannya adalah rendah.

Rafizi Ramli

52,471 views • 1 year ago

Ada yang bilang, kekuasaan merusak. Tapi lebih benar bila dikatakan: kekuasaan membuka siapa kita sebenarnya. Dulu, kita mengenalnya sebagai lelaki sederhana dari Solo. Gaya bicaranya pelan, sering terlihat kikuk, tapi memikat. Ia membangun citra sebagai pemimpin yang lahir dari rakyat, berbicara seperti rakyat, dan berpihak pada rakyat. Tapi hari lalu, lelaki itu duduk di puncak kekuasaan, dan kita seperti mendengar dua suara darinya: satu yang dulu menyapa dengan gaya santun dari Balai Kota, dan satu lagi yang kini membentak dari Istana. Apa yang menjadikan seorang Jokowi berubah demikian drastis? Atau, barangkali, ia tidak berubah sama sekali—kita saja yang dulu belum cukup mengenalnya. Nilai-nilai tak turun dari langit. Ia dibentuk oleh pengalaman, lingkungan, dan lebih dulu lagi: keluarga. Rumah adalah ruang paling sunyi tempat seseorang belajar apa arti kebenaran, apa makna kejujuran, dan bagaimana bersikap terhadap kekuasaan. Jika seorang anak tumbuh dalam rumah yang memperlakukan kebohongan sebagai cara bertahan hidup, maka besar kemungkinan ia akan menjadikan dusta sebagai alat, bukan aib. – “The subconscious mind is formed by observing others, especially during childhood. Most people don’t realize they’re just replaying a program installed by their family.” Konon, masa kecil Jokowi dekat dengan lingkungan ideologis yang tidak bertumpu pada iman sebagai fondasi nilai. Narasi ini memang tidak pernah dikonfirmasi dengan jujur, tapi juga tidak pernah dibantah dengan tegas. Bukan berarti setiap orang yang tumbuh di sekitar ideologi kiri niscaya kehilangan moral, tidak. Tapi jika dalam rumah itu nilai-nilai agama hanya menjadi tempelan sosial—bukan keyakinan batin—maka “dosa” tak punya tempat dalam logika hidup. Dalam logika itu, yang benar bukan yang jujur, melainkan yang berhasil. Dan kita tahu, Jokowi berhasil. Tapi dengan ongkos mahal: hilangnya kepercayaan publik. Ia pernah berjanji tak akan mengangkat anak dan menantunya dalam politik. Hari ini, satu jadi wakil presiden, satu lagi menuju kursi gubernur. Ia pernah bilang tak akan ikut cawe-cawe soal pilpres. Tapi kita tahu betapa kuat bayangannya dalam setiap putusan Mahkamah Konstitusi, KPU, bahkan dalam framing media. Berbohong bukan lagi kegagalan moral. Tapi metode kekuasaan. Tapi kenapa? Barangkali karena sejak awal ia tidak pernah menganggap kebohongan sebagai bentuk pengkhianatan. Barangkali sejak kecil, dalam rumahnya, kebenaran adalah apa yang berguna. Agama? Mungkin hadir sebagai formalitas. Nilai? Mungkin tak lebih dari strategi. Maka ia pun tumbuh menjadi manusia politik tanpa beban akhlak. Berjanji tanpa niat menepati. Berucap tanpa takut dilangitkan. Kita menyaksikan seorang pemimpin yang tidak hanya ingkar, tapi tak merasa bersalah. Seolah ia tak tahu bahwa kata adalah amanah. Dan barangkali ia memang tak pernah diajari begitu. Dalam dunia di mana iman adalah fondasi moral, berbohong adalah dosa. Dalam dunia tanpa itu, bohong hanyalah taktik. Kita tidak dilahirkan dengan akhlak. Kita menyerapnya. Dan apa yang diserap Jokowi—entah dari rumah, entah dari sejarah—telah membentuknya menjadi sosok yang kini kita kenal: presiden yang tak pernah benar-benar jujur. Dan seperti kata seseorang yang sudah lama berhenti berharap: kita bukan sedang menyaksikan seorang pemimpin yang jatuh, tapi seseorang yang akhirnya memperlihatkan wajah aslinya. Copas pak Ali Syarief - アリ・シャリーフ

Ommi de Queen👑

10,814 views • 1 year ago

𝗞𝗔𝗡𝗖𝗜𝗟 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚 𝗞𝗘 𝗣𝗔𝗡𝗧𝗔𝗜 𝗧𝗜𝗠𝗨𝗥 - 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡, 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡𝗚 Selepas Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak, Jelajah Kancil akan berkunjung ke Pantai Timur untuk bertemu ahli dan rakyat biasa yang mahu tahu mengenai BERSAMA. Saya sebenarnya takut sikit bila ke Pantai Timur sebab selera politik pengundi yang berbeza. Pun begitu, sambutan kepada BERSAMA, bila dilihat kepada keahlian, majoriti datang dari pengundi Melayu. 60% ahli BERSAMA adalah pengundi Melayu. Saya dan Nik Nazmi berasal dari Pantai Timur juga, jadi kalau kita nak kata pengundi Pantai Timur tidak suka politik yang progresif pun tidak betul juga. Saya minta maaf kerana program untuk Terengganu digabungkan dengan Kelantan di Kota Bharu bagi kawasan utara Terengganu (terutamanya bagi Setiu, Besut ke atas) dan digabungkan dengan Pahang di Kuantan bagi kawasan selatan (dari Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman). Untuk membantu kami sediakan dewan yang memadai - kalau ramai kita tambah kerusi, kalau sikit kita buat ala kedai kopi - saya mohon ahli BERSAMA dan penduduk sekitar yang ingin hadir supaya mendaftar di laman Atau imbas kod QR untuk mengesahkan kehadiran. Sama-sama kita BERSAMA di: 📍 Kelantan 📅 20 Jun 2026 (Sabtu), 8 malam PCB Beach Resort, Jalan Pantai Cahaya Bulan, 15350, Kota Bharu 📍 Pahang 📅 21 Jun 2026 (Ahad), 8 malam BCIC Lodge, Kompleks Dagangan Mahkota,Jalan Sultan Ahmad Shah, Bandar Indera Mahkota, 25200, Kuantan BERSAMA ini masih di peringkat benih. Kita nak tanam benih ini di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Pokok yang baru di peringkat benih, tapi kalau baka lebih baik dan dijaga dengan lebih rapi, Insya-Allah benih itu akan tumbuh jadi pokok yang lebih segar dan lagi cepat dari pokok-pokok yang ditanam lebih awal.

Rafizi Ramli

14,976 views • 1 month ago

𝗚𝗔𝗝𝗜 𝗘𝗟𝗔𝗨𝗡 𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗣𝗔𝗥𝗟𝗜𝗠𝗘𝗡 𝗡𝗜 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜-𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜, 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥𝗡𝗬𝗔 𝗔𝗣𝗔 𝗗𝗜𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗨𝗔𝗧? Kalau ada satu perkara yang lebih dari 90% rakyat Malaysia sependapat, ialah gaji dan elaun ahli parlimen terlalu tinggi. Baru-baru ini, saya kongsi slip gaji sebagai Ahli Parlimen. Gaji pokok RM16,000 dan elaun RM9,700, jumlah gaji dan elaun bulanan adalah RM25,700. Ada dua saja pandangan yang dominan. Paling dominan, pandangan bahawa ahli parlimen makan gaji buta dan dibayar terlalu tinggi. Ada satu lagi pandangan minoriti ialah gaji ahli parlimen adalah berpatutan, malah rendah berbanding dengan gaji di sektor swasta, yang mana pengurusan pertengahan pun dibayar lebih RM20,000 sebulan. Bagi saya, sebelum kita boleh nilai gaji itu tinggi atau rendah, kita kena nilai dulu apa sebenarnya kerja yang perlu dibuat. Jadi sebenarnya, apa kerja Ahli Parlimen ni? Jawapan standard ialah Ahli Parlimen buat undang-undang. Tapi betul ke Ahli Parlimen di Malaysia ni kerjanya buat undang-undang? Oleh kerana Malaysia mewarisi sistem parlimen Westminster, sebenarnya Ahli Parlimen Malaysia tidak membuat undang-undang. Undang-undang dibuat oleh kerajaan melalui Jemaah Menteri atau Kabinet. Ini berbeza dari sistem di Amerika Syarikat, yang mana kuasa membuat undang-undang itu benar-benar berada di tangan ahli parlimen, iaitu Ahli Kongres atau Ahli Senat. Mereka akan mencadangkan undang-undang, kemudian melalui proses semakan di Jawatankuasa Parlimen, dipinda di peringkat mereka, dibahaskan di Kongres dan Senat, kemudian menjadi undang-undang. Cabang eksekutif yang diketuai oleh Presiden hanya melaksanakan. Jika pun Presiden atau cabang eksekutif hendak memperkenalkan undang-undang, cadangan undang-undang itu mesti diperkenalkan oleh ahli parlimen dan melalui proses yang sama. Tetapi kita mengikuti sistem Westminster, yang mana ahli parlimen perlu menurut keputusan parti dan mengundi mengikut arahan parti. Draf undang-undang pula hanya diperkenalkan oleh kerajaan dan dibuat oleh penjawat awam. Bila sampai ke parlimen, paling hebat pun boleh bercakap sana sini tetapi akan tetap diluluskan kerana kerajaan sudah tentu ada majoriti di Parlimen dan ahli parlimen kerajaan wajib menyokong akta yang dicadang kerajaan itu. Keadaan lebih baik sedikit sekarang berbanding di zaman BN semasa saya mula-mula menjadi ahli parlimen. Paling kurang, sekarang ada Select Committee atau JK Terpilih Parlimen yang sepatutnya menyemak dahulu draf undang-undang dari kerajaan untuk diberi maklum balas, sebelum dibentangkan pada bacaan kedua untuk diundi. Dulu zaman BN, langsung tak ada dan apa-apa yang Perdana Menteri nak, memang jadi undang-undang. Jadi bila Ahli Parlimen di Malaysia bukanlah sebenarnya ada kuasa buat undang-undang, apa fungsi Ahli Parlimen? Bagi saya, Ahli Parlimen atau ADUN ini adalah wakil rakyat. Maka tugasnya adalah menjadi suara rakyat dalam beberapa aspek. Contohnya, menjadi suara rakyat menghubungkan dengan jabatan-jabatan kerajaan agar kes rakyat atau pandangan rakyat diambil kira, atau membela rakyat dalam kes yang rakyat menjadi mangsa. Satu lagi contoh, menjadi suara rakyat membawa isu-isu yang ada kesan besar kepada rakyat. Satu lagi contoh, menjadi suara rakyat membawa idea-idea yang boleh membawa perubahan dalam masyarakat dan negara untuk kebaikan rakyat. Sebagai rakyat biasa, saya menilai mutu seseorang Ahli Parlimen itu berdasarkan perkara-perkara di atas. Saya sama sekali tidak bersetuju jika dikatakan mutu Ahli Parlimen itu diukur atas persembahannya di Parlimen semata-mata kerana itu adalah yang paling minima. Yang sama penting ialah kerajinan, kemampuan dan keberkesanan memainkan peranan sebagai suara rakyat dalam perkara-perkara yang ada kesan kepada rakyat. Sebab itu juga saya kurang bersetuju kalau KPI seorang Ahli Parlimen ialah berapa banyak kenduri yang dihadiri, atau berapa banyak kali tunjuk muka merasmikan acara. Jadi kepada persoalan berbaloikah bayar RM25,700 sebulan kepada Ahli Parlimen anda, agaknya ia bergantung kepada nilai yang dibawa oleh Ahli Parlimen tersebut berdasarkan fungsi yang patut mereka mainkan, seperti yang saya sebut tadi.

Rafizi Ramli

21,451 views • 10 months ago

Apakah strategi komunikasi digital kerajaan MADANI berkesan? Ini isu yang diulas dalam Podcast YBM Episod 46. Pertama. “Ceplos-ceplos” ini bukan aset. Mereka liabiliti. Selepas pemilihan PKR Mei 2025, sentimen terhadap Datuk Seri Anwar masih ok. Masih boleh kerja. Tapi dalam 7-8 bulan kebelakangan ini, pandangan di X terutamanya berubah dengan ketara. Sebab apa? Dua perkara. Overkill attack terhadap saya, dan overkill defense terhadap kerajaan sampai tahap menjilat. Penyokong PH sendiri pun rasa put off. Rasa toksik. Rasa menyampah. Kedua - soal “network effect”. Saya kira teras cybertrooper kerajaan ada lebih kurang 100 orang. Tambah lapisan AMK dan lain-lain, mungkin 300 orang. Setiap seorang pegang 20 hingga 30 akaun palsu, add sesama sendiri, like sesama sendiri. Follower 2 ke 3 orang sahaja. Pusing dalam bubble yang sama. Ambil contoh Vietnam. 100,000 akaun disambung kepada 100 telefon, dikawal oleh 3 orang. Network effect sebenar? Tiga orang. Itu sahaja. Sebab itu, podcast JKOM ke, Podcast Tok Abah ke, view 10 orang. Komen 1 ke 2 orang. LIKE pun sikit. Sebab semuanya berputar dalam bubble yang sama. Ketiga - metrik yang sebenarnya penting. Orang selalu nampak komen maki hamun berkarung-karung dan ingat, “Habislah Rafizi kena bantai.” Tetapi saya dilatih sebagai jurutera. Saya tengok metrik, bukan perasaan. Facebook saya, reach bulanan 8 hingga 15 juta. Tak turun. Like tinggi. Share tinggi. Itu silent majority. Mereka tak komen. Mereka observe, mereka like, mereka share. Ceplos? Dia komen banyak. Tapi sebenarnya algoritma Facebook baca komen itu sebagai engagement tinggi dan push posting saya kepada lebih ramai orang. Jadi ceplos sebenarnya tolong saya. Terima kasih. Keempat - pengajaran daripada Dato Seri Najib. Pada 2022, semua orang takut Facebook Najib. 30,000 like. Viral. Nampak hebat. Tapi saya duduk dengan data scientist dalam team saya dan kaji. 30,000 like itu datang dari mana? Melayu Pantai Timur. Kawasan yang memang UMNO sudah menang. Penyokong yang memang penyokong. Tak ada network effect untuk swing undi. 30,000 like dari Kota Bharu sahaja berbeza dengan 30,000 like dari seluruh negara. Ada Melayu, ada Cina, ada muda, ada tua, ada Kedah, ada Johor. Yang kedua itu ada spread. Ada network effect sebenar. Yang pertama itu syok sendiri. Sama juga dengan PAS. Traction tinggi, tapi berlegar dalam kalangan yang memang sudah cenderung begitu. Sebab itu sampai sekarang tak boleh swing pengundi bukan Melayu. Kelima - jadi macam mana nak betulkan? Kuncinya adalah kandungan. Kalau kandungan tak menarik, tak relevan, tak jujur, you bayar berapa pun reach takkan sampai. Duit habis, kesan tak ada. Itu masalah besar komunikasi kerajaan hari ini. Bukan kurang platform. Bukan kurang bajet. Tapi kurang faham bagaimana media sosial sebenarnya berfungsi. Tonton kupasan penuh isu perang medsos parti-parti politik di Podcast YBM Episod 46:

Rafizi Ramli

13,198 views • 2 months ago

𝗠𝗨𝗛𝗔𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗦𝗧𝗜𝗪𝗔 𝗜𝗡𝗗𝗢𝗡𝗘𝗦𝗜𝗔 Seluruh dunia tertumpu kepada perkembangan di Indonesia, apatah lagi kita di Malaysia yang serumpun dengan saudara-saudara di Indonesia. Reaksi rakyat Malaysia rata-ratanya baik dan juga disambut baik oleh netizen Indonesia. Banyak kandungan yang saling mendoakan. Sudah tentu ada satu dua kerat yang ingin mempolitikkan semuanya. Ini salah satu contoh - yang mendoakan supaya perkara yang sama berlaku di Malaysia dengan memberi konotasi agar kerajaan bertukar. Ada yang menambah lebih baik tentera mengambil alih. Tidak guna kita berhujah dengan dua tiga kerat begini, tetapi kita juga wajar bermuhasabah tentang apa yang berlaku di Indonesia, terutamanya orang-orang politik seperti saya, pimpinan kerajaan dan pembuat dasar. Kesimpulan awal yang diterima umum ialah kejadian tunjuk perasaan dicetuskan oleh kemarahan rakyat akibat tekanan kos sara hidup yang tinggi dan ledakan berlaku melihatkan kemewahan hidup ahli-ahli politik. Sebelum kita buat kesimpulan rambang, kita wajar semak prestasi ekonomi Indonesia selama dua dekad. Sebenarnya, secara makroekonomi, pertumbuhan ekonomi Indonesia dari 2004 hingga 2024 adalah setara dengan Malaysia, kalau tidak lebih baik. Semua petunjuk ekonomi menunjukkan pencapaian ekonomi yang baik. Secara purata, ekonomi Indonesia tumbuh lebih baik sedikit dari Malaysia dalam tempoh ini. Hanya ada beberapa tahun yang pertumbuhan ekonomi Indonesia tidak setanding dengan Malaysia, itu pun kerana pertumbuhan Malaysia dalam tahun 2010 dan 2022 melonjak selepas menguncup, sedangkan Indonesia tidak mengalami kemelesetan dalam 2009 seperti Malaysia; dan penguncupan akibat COVID adalah lebih sederhana berbanding Malaysia. Begitu juga petunjuk lain seperti kadar inflasi. Kadar inflasi Indonesia lebih kurang seperti Malaysia. Bagi tahun 2024, inflasi Indonesia 2.9% berbanding Malaysia 1.8%. Kadar pengangguran Indonesia adalah 3.3% berbanding Malaysia 3.8% bagi tahun 2024. Malah, kedudukan kewangan kerajaan Indonesia adalah jauh lebih stabil, dengan kadar hutang kerajaan sekitar 40% dari saiz ekonomi, berbanding 65-66% bagi Malaysia. Jadi bagaimana ekonomi Indonesia, yang pada pengamatan biasa ahli ekonomi berada dalam keadaan memberangsangkan, menghasilkan rasa tidak puas hati yang begitu tinggi di kalangan rakyatnya? Ini adalah muhasabah yang ahli politik dan pembuat dasar Malaysia perlu ingat. Angka-angka makro itu penting. Ekonomi mesti berkembang pesat, inflasi dikekang supaya tidak menghakis kuasa beli, rakyat mesti ada pekerjaan. Tetapi angka makro tidak memberi gambaran keseluruhan, sekiranya laba dari perkembangan ekonomi itu tidak sampai kepada rakyat dengan cepat. Apa pertalian di antara angka makro dengan kedudukan sosio ekonomi rakyat, yang selalu disebut sebagai ekonomi mikro? Pertumbuhan ekonomi di peringkat makro perlu diterjemahkan kepada kenaikan gaji yang setimpal kepada rakyat. Angka ekonomi lapisan kedua yang sama penting ialah pelaporan gaji rakyat. Kadar inflasi di peringkat makro mesti dibandingkan dengan beban kos sara hidup bulanan isi rumah. Angka ekonomi lapisan kedua yang sama penting ialah statistik pendapatan boleh belanja bersih (net disposable income) yang mengukur lebihan gaji setelah ditolak perbelanjaan utama. Inflasi yang kekal perlahan adalah baik, tetapi harga tinggi yang kekal ditakuk lama, kalau gaji tidak naik dengan lebih cepat, akan tetap menekan rakyat. Begitu juga dengan kadar pengangguran. Kadar pengangguran yang rendah tidak bermakna rakyat melakukan kerja yang setimpal dengan kelayakan, atau mendapat gaji yang setimpal. Sekali lagi, laporan gaji rakyat adalah angka ekonomi lapisan kedua yang penting untuk memahami perkara-perkara ini. Dari sini, kita boleh tahu sama ada pertumbuhan ekonomi diterjemahkan kepada kenaikan gaji dan kerja sepadan yang setara kepada rakyat. Sudah tentu realitinya lebih mencabar. Pertumbuhan ekonomi, seperti yang berlaku di Indonesia, tidak semestinya diterjemahkan menjadi laba kepada rakyat dengan segera. Sebab itu setiap kenaikan cukai atau kos, walaupun ia berkadar dengan kenaikan kos pengeluaran yang perlu ditanggung, ditentang oleh rakyat. Di sinilah pentingnya dasar dan program ekonomi yang mengubah struktur ekonomi, agar pertumbuhan bukan sahaja lebih mampan, laba ekonomi juga dapat dirasai pada kadar yang berpatutan oleh rakyat. Bentuk-bentuk dasar yang penting ini termasuklah reformasi pasaran kerja berkaitan pergantungan kepada pekerja asing, program sokongan kenaikan gaji dan peningkatan kemahiran untuk pekerjaan bernilai tinggi. Selain itu, negara memerlukan tambah baik segera kepada sistem perlindungan sosial dan agihan bantuan yang lebih cekap. Tetapi muhasabah paling besar dari insiden di Indonesia adalah kepada ahli politik dan golongan elit. Jika rakyat melihat ahli politik, yang dari segi pendidikan atau kemahiran tidaklah banyak berbeza dari mereka, tiba-tiba boleh hidup mewah hasil dari kedudukan mereka, maka rakyat akan rasa mual dan marah. Begitu juga kepada tokoh-tokoh yang dilihat sebagai rapat dengan pemerintah atau pun dianggap kroni mereka yang berkuasa. Jika kemahiran dan usaha mereka tidak seberapa tetapi dilihat kaya serta merta dan mewah melampaui batas, rakyat akan benci dan golongan elit pemerintah juga akan terpalit. Jadi jangan marah saya jika saya terus bersuara memberi peringatan mengenai beberapa perkara yang berlaku kebelakangan ini, kerana rakyat kita pun sentiasa memerhati golongan elit di kalangan ahli-ahli politik, keluarga dan rakan-rakan mereka.

Rafizi Ramli

26,709 views • 11 months ago

Yb Steven Sim Steven Sim 🇲🇾 jadi MP Bukit Mertajam dah nak masuk 3 penggal, dari status MP pembangkang sampai menjadi MP kerajaan dan seterusnya menjadi menteri.. Rasanya, semua orang puas hati tak kira Melayu, Cina dan India dgn YB Steven Sim ni.. Kenapa YB keluar statement defend minority rights tu mudah je, sebab YB memang jaga semua kaum.. bukan isu satu kaum sahaja..Tak dak isu dia defend kuil ka, defend dia ka disebabkan Hospital BM susah nak operasi.. tiba-tiba ada dua hamba Allah nama Tamim dgn Zamri dok provoke kuil depan Hospital BM yang sebenarnya perbincangan panjang sedang berjalan. Kononnya, hospital BM susah nak operasi.. Aku rasa, aku perlu highlight sekali lagi perkara ini sebab Hospital BM ni cukup dekat dengan hati masyarakat Bukit Mertajam sebab dh melalui proses naiktaraf yang cukup besar oleh MP Steven Sim, tambah-tambah lepas dia jadi Menteri sehinggalah hospital BM mendapat pengiktirafan hospital paling lestari di Asia, selain dari itu, Hospital BM juga mendapat pengiktirafan sebagai hospital minor specialist terbaik di Malaysia dalam kategori tertentu pada penghujung 2025. Sebab apa? sebab usaha Yb Steven Sim untuk tambah fasiliti dan naiktaraf Hospital BM. 1. Peruntukan RM200,000 naiktaraf tandas hospital yang lebih bersih, moden dan mesra OKU 2. ⁠Naiktaraf bangunan sedia ada menjadi Klinik Pakar Mata baharu yang menelan belanja RM470,000 3. Menerima mesin CT Scan terbaru yang berharga RM5.5juta setelah 10 tahun menanti 4. ⁠Perbincangan "major upgrade" untuk hospital BM yang berusia 130 tahun dengan kerajaan negeri dan persekutuan untuk kekurangan parking, tempat menunggu sesak serta peralatan yang uzur. 5. ⁠Peruntukan lebih RM200,000 untuk upgrade air-cond di Hospital BM dan banyak lagi yang dibuat oleh YB Stevem Sim tak kira dia pembangkang atau menjadi kerajaan. Jadi, kenapa ada orang luar nak ganggu gugat usaha baik ini? Lepas tamim dan zamri tu buat kacau bilau, kuil tu boleh selesai ke? Ambil contoh kuil dalam tanah Jakel pun perlu masa untuk pindah Segala isu sedang diselesaikan, dari Hospital untuk rakyat, fasiliti rumah ibadat rakyat. semuanya sedang diselesaikan. Tapi demo dan buat huru hara sampai rosakkan hubungan antara orang Melayu dan India bukanlah satu jalan penyelesaian di BM

Kim 🇲🇾

17,527 views • 4 months ago

Fitnah Isu DBKL & Peniaga Haram Bazar Ramadhan 🛑 Fitnah: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur zalim & Dr Zaliha Mustafa tindas peniaga kecil ✅ Fakta: Penguatkuasaan dilakukan ke atas peniaga haram, bukan menindas sesiapa! ⸻ 1️⃣ “Berlesen sangat? Tapi kenapa kanopi merah?” 📌 Semua tapak bazar Ramadhan yang sah di bawah DBKL menggunakan kanopi kuning. 📌 Kalau ada yang guna kanopi merah, maksudnya mereka buka tapak secara haram, tanpa lesen sah! 📌 Kalau betul ada lesen, kenapa tak ikut standard DBKL? ⸻ 2️⃣ “Dah diberi amaran, tutup sehari, esok buka balik?” 📌 Masalah peniaga haram ni dah lama berlaku – setiap kali kena halau, mereka buka semula! 📌 Sebab tu DBKL terpaksa sita dulu, kalau tidak sampai bila-bila pun takkan selesai. 📌 Berniaga ada undang-undang – kalau semua ikut suka hati, apa jadi pada peniaga yang bayar lesen? ⸻ 3️⃣ “Gerai haram = Risiko Kesihatan Awam” 📌 Peniaga bazar wajib ambil suntikan typhoid untuk elak risiko keracunan makanan. 📌 Peniaga haram tak tertakluk pada syarat kesihatan – kalau pelanggan sakit akibat makanan mereka, tak boleh ambil tindakan! 📌 Nak beli makanan berbuka, biar dari tempat yang selamat & bersih. Kesihatan lebih penting dari simpati! ⸻ 4️⃣ “Nak simpati? Kalau tak kawal, KL jadi macam India & Indonesia” 📌 KL ni ibu kota negara – kalau dibiarkan bazaar jadi tak terkawal, penuh peniaga haram, akhirnya jadi macam jalan di India & Indonesia, berselerak & bersepah! 📌 Dr Zaliha serius nak betulkan sistem bazar, kalau tidak, kita akan terus hadap isu sama setiap tahun! 📌 Kalau semua ikut undang-undang, bazar lebih teratur, peniaga sah dapat rezeki, pembeli pun lebih selesa. ⸻ 5️⃣ “Undang-undang untuk semua, bukan untuk menindas” 📌 Ini bukan isu kaum atau agama, tapi soal memperbaiki sistem bazar dan memastikan KL lebih tersusun. 📌 Kerajaan Madani sedang buat reformasi, kalau semua main sentimen, sampai bila-bila tak berubah! 📌 Jangan jadikan isu penguatkuasaan sebagai modal politik murahan. Fokus pada solusi, bukan manipulasi! ⸻ 💬 Setuju tak kalau bazar kita jadi lebih teratur & bersih? Atau nak terus biarkan masalah sama berulang tiap tahun? 💬 Penguatkuasaan undang-undang sebenarnya bukan untuk bazar je.. penjaja mana2 pun yang haram DBKL ambil tindakan.

Adzman Kamaruddin

668,876 views • 1 year ago

𝗦𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗡𝗔𝗞, 𝗨𝗚𝗨𝗧 𝗜𝗦𝗧𝗘𝗥𝗜, 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗨𝗚𝗨𝗧 𝗩𝗜𝗗𝗘𝗢 𝗟𝗨𝗖𝗔𝗛 Semalam saya dapat satu email mengenai dakwaan video lucah saya dengan seorang lelaki. Ha3 video lucah datang lagi! Sekarang zaman AI, senang nak buat video dan gambar. Masa saya di universiti dulu, saya buat ijazah kejuruteraan elektronik. Banyak la belajar pasal teknologi semua. Satu perkara yang saya tertanya masa tu, kenapa dalam Islam hukum hudud jelas menetapkan untuk mensabitkan tuduhan zina, mesti ada kesaksian empat orang yang akhlaknya baik? Bagaimana dengan bukti video? Sekarang kita tahu kenapa, sebab di zaman AI ini semuanya boleh dicipta. Jadi mudah untuk buat gambar lucah, video lucah dan lain-lain. Berbalik kepada ugutan video lucah. Saya dapat email ini, yang memeras ugut USD100,000 kalau tidak video disebarkan. Dia bagi screen shot video itu. Siap bagi QR code konon untuk pindahkan wang. Screen shot video tu nampak seperti seorang lelaki. Katil, bilik dan setting macam kabur-kabur. Macam video kabur yang pernah ada dulu, cuma nampak macam muka saya ha3. Yang lawaknya, setengah jam kemudian saya dapat mesej dari YB Wong Chen, ahli parlimen Subang. Dia beritahu dia kena ugut ada satu video lucah dengan lelaki jugak. Kami sama-sama kongsi screen shot. Rupanya kami dituduh tidur dengan lelaki yang sama ha3. Pejabat YB Wong Chen lagi garang dari saya. Mereka terus buat laporan polis. Saya tak rasa mereka menghabiskan jutaan ringgit untuk bayar firma AI buat video lucah yang ada muka saya. Cuma edit video lama dan letak muka saya, kemudian ambil screen shot. Sebab saya rasa tujuan sebenar ialah untuk menggodam peranti elektronik saya dan kemudian fitnah lebih besar boleh dibuat. Sebenarnya saya selalu berhadapan dengan cubaan menggodam telefon, laptop dan macam-macam lagi. Cubaan paling berbahaya ialah yang menggunakan firma antarabangsa dan cuba menggodam iPhone dan akaun Apple saya. Cuma ciri keselamatan iPhone ini lebih baik dan bila ada cubaan, maka Apple akan terus beri arahan untuk menutup telefon dan peranti lain yang berkaitan. Saya telah menjadi sasaran sebanyak 4 kali dalam tempoh 9 bulan yang lepas dan mendapat amaran dari Apple pada 14 November 2024, 6 Mac 2025, 25 Jun 2025 dan 3 September 2025. Ini maklumat dan arahan dari Apple: - Serangan siber ini dari “mercenary spyware” - Serangan ini berkaitan dengan siapa saya dan tindakan-tindakan saya (iaitu kedudukan saya sebagai ahli politik dan pendirian saya) - Apple memberi contoh serangan siber yang sofistikated seperti perisian serangan Pegasus dari sebuah firma perang siber Israel bernama NSO Group Saya percaya cubaan untuk memfitnah saya dengan video palsu, berita palsu, menggodam dan sebagainya akan berterusan. Kalau dapat video atau gambar pelik mengenai saya, atau dapat email pelik, semaklah dahulu. Ramai yang ingat senang nak jadi ahli politik. Tapi kalau kita cuba ada pendirian sendiri, atau membongkar rasuah, atau cuba melawan vested interest yang bermaharajalela, sebenarnya kehidupan harian kita akan terus diganggu seperti ini.

Rafizi Ramli

108,935 views • 10 months ago