Video wird geladen...

Video konnte nicht geladen werden

Zur Startseite

Google (USD2b), Microsoft (USD2.2b), AWS (USD6.2b) dan kini Oracle (USD6.5b)! Malaysia terus menarik pelaburan dari syarikat teknologi utama dunia. #oracle #pelaburan #MITI #PemacuPotensiGlobal #TZA

7 Kommentare

Profilbild von Gaius Lai
Gaius Laivor 1 Jahr

internet lambat cam taik diorang tahu nanti lari juga

Profilbild von Ron AbuGid
Ron AbuGidvor 1 Jahr

tapi

Profilbild von Ameow
Ameowvor 1 Jahr

bangga ke jd tempat lempar data center sbb tanah sini murah, air sini murah, tenaga sini murah. yang rugi rakyat tak dapat manfaat. pekerjaan pn minimal. elektrik malaysia ni byk lagi bergantung dengan arang batu. musim kemarau takda air sapa nk tanggung?

Profilbild von Greg
Gregvor 1 Jahr

Terbaik YBM

Profilbild von Mohamad Abdullah
Mohamad Abdullahvor 1 Jahr

Semua sampah untuk negara.. .

Profilbild von mmspiral
mmspiralvor 1 Jahr

🇲🇾🫡🇲🇾

Profilbild von MHY, P.Tech, Ph.D
MHY, P.Tech, Ph.Dvor 1 Jahr

(1)Dear Sir,we hope that the spillover effects from these FDIs will positively impact local tech companies, academia, young talents, students, SMEs and our startup companies. Principles (Cisco,Juniper ect)will be directly awarded installation & commissioning project..

Ähnliche Videos

Penyokong PN tengah riuh pasal Infineon. Kata ini semua kerja Sanusi dan Infineon dah lama di Kedah. Kepada penyokong PN, jangan teruja lebih. -Segala projek dalam Kulim Hi Tech adalah di bawah Kerajaan Persekutuan termasuklah pelaburan terdahulu dan terkini oleh Infineon. -Keputusan untuk pelaburan besar oleh syarikat multinasional (MNC) dalam mana-mana negara dibuat oleh pengurusan di ibu pejabat besar negara masing-masing. Dalam kes Infineon, ibu pejabat di Jerman. -Jadi bila ada keputusan untuk menambah pelaburan RM25 bilion, operasi MNC di negara masing-masing akan cuba yakinkan ibu pejabat mereka untuk labur di negara masing-masing. -Maka, apa pertimbangan ibu pejabat untuk pilih negara mana untuk melabur RM25 bilion ini? Insentif dari kerajaan? Potongan cukai? -Sebagai sebuah syarikat semikonduktor seperti Infineon yang menggunakan elektrik yang banyak, pengurusan mereka melihat sama ada negara itu mempunyai penjanaan kapasiti tenaga solar yang tinggi. -Pemilik atau pelabur syarikat-syarikat seperti Infineon kebanyakannya berada di negara-negara Eropah yang kini sangat mementingkan penjagaan alam sekitar. Operasi syarikat mereka mesti patuh kepada peraturan menyelamatkan iklim yang kini menjadi isu pemanasan global -Pendek kata, mereka mencari operasi syarikat yang menggunakan tenaga boleh baharu yang tinggi seperti solar. -Apa kaitan Infineon dengan PM? Bila PM lancarkan Ekonomi Madani, saya juga pada petangnya lancarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR). Dua dokumen penting ini sebenarnya untuk menarik pelaburan baru kerana fokus kita kepada tenaga solar dan boleh baharu. -Lagi banyak solar, lagi banyak syarikat besar nak masuk ke Malaysia kerana mereka memang sedang mencari negara yang boleh membekalkan tenaga solar sebagai sebahagian komitmen alam sekitar mereka. -Sebab itu dalam kenyataan PM, pelaburan Infineon RM25 bilion ini adalah berkaitan dengan Ekonomi Madani kerana rancangan kita adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai Bateri Solar paling besar di rantau Asia Tenggara. Harap penyokong PN faham bahawa pelaburan tambahan itu tak akan berlaku hanya kerana Sanusi sengih-sengih ya.

Rafizi Ramli

381,007 Aufrufe • vor 3 Jahren

Dalam perjanjian timbal balik Amerika Syarikat dan Malaysia yang baru ditandatangani, terdapat dua perkara penting yang jarang dibincangkan secara terbuka: Artikel 5.2 dan Artikel 5.3(4). Pertama, Malaysia “akan meneroka” satu mekanisme untuk menilai pelaburan asing berdasarkan risiko keselamatan negara dan akan bekerjasama dengan Amerika Syarikat dalam aspek keselamatan pelaburan. Bunyinya mungkin teknikal, tetapi implikasinya mudah: apabila wujud pelaburan strategik seperti dalam sektor telekomunikasi, pusat data, mineral kritikal atau infrastruktur, adakah Washington akan menapis terlebih dahulu pelaburan sebelum diluluskan di Malaysia? Kedua, berkenaan klausa nuklear: Malaysia tidak dibenarkan membeli reaktor nuklear, rod bahan api atau uranium diperkaya daripada “negara tertentu”, kecuali jika tiada pembekal alternatif yang setanding. Sedangkan kita sendiri telah menyatakan hasrat untuk meneroka tenaga nuklear, termasuk berbincang dengan Rusia dan beberapa rakan lain. Dengan klausa ini, ruang pilihan pembekal sudah dikecilkan sejak awal, seolah-olah arah tuju kita mesti condong ke blok Barat. Persoalannya, adakah MITI telah meneliti perkara sepenting ini bersama kementerian teknikal seperti MOSTI dan Luar Negeri sebelum dibentangkan ke Kabinet? Inilah sebab saya membangkitkan persoalan tentang proses. Adakah teks perjanjian itu dibentangkan “baris demi baris” di Kabinet dan disemak silang oleh kementerian berkaitan? Berdasarkan pengalaman saya, begitulah amalan yang sepatutnya, setiap klausa sensitif yang melibatkan kedaulatan, keselamatan dan teknologi mesti ditanda, diperhalusi dan dibahaskan. Jika tidak, kerajaan hari ini perlu bersedia menjawab di Parlimen: kemukakan minit mesyuarat Kabinet, buktikan semakan rentas kementerian telah dibuat, dan jelaskan mengapa perlindungan kedaulatan yang wujud dalam perjanjian negara jiran tidak dimasukkan dalam teks kita. Saya tidak menolak keperluan menjaga hubungan baik dengan Amerika Syarikat atau pentingnya akses pasaran global. Namun, situasi seolah-olah kita terikat pada tafsiran “keselamatan” pihak lain adalah membimbangkan. Dalam hal teknologi nuklear, saringan pelaburan, dan mineral kritikal, negara mesti menilai berdasarkan keperluan sendiri, bukan dengan pengaruh luar menentukan keputusannya. Tonton kupasan penuh isu ini di Podcast YBM Episod 20 di saluran YouTube saya.

Rafizi Ramli

17,449 Aufrufe • vor 9 Monaten

Alhamdulillah negeri-negeri yang ditadbir pembangkang - Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis - kini mahu memastikan unsur nadir bumi (atau rare earth elements, REE) diproses di Malaysia dahulu sebelum dieksport. Sebelum ini, berita mengenai penyeludupan REE mentah yang belum diproses ke luar negara pernah menjadi isu hangat tahun lepas. Idea menubuhkan syarikat bersama yang dimiliki kerajaan empat buah negeri itu untuk membina kilang pemprosesan REE ini adalah idea yang baik. Malah, idea ini telah dibincangkan panjang lebar di peringkat Kerajaan Persekutuan dan dalam majlis-majlis bersama yang turut melibatkan pimpinan dari keempat-empat buah negeri. Cuma ada satu masalah sahaja. Industri REE ini dikuasai hampir 90% oleh negara China. Teknologi untuk memproses REE hanya dimiliki oleh syarikat-syarikat milik Kerajaan China. Hanya ada beberapa buah syarikat bukan China yang mempunyai teknologi ini. Perbincangan di peringkat Kerajaan Persekutuan telah memutuskan agar usaha di peringkat Kerajaan dimulakan untuk meyakinkan pelabur-pelabur untuk berkongsi teknologi pemprosesan REE dengan membuka kilang pemprosesan di Malaysia. Kemampuan sebenar Tun Mahathir akan terserlah sekiranya beliau berjaya membawa satu pelaburan asing yang membawa teknologi pemprosesan REE untuk dikongsi di sebuah kilang di Malaysia. Saya yakin ini persaingan yang sihat: Kerajaan Persekutuan dan PN yang mentadbir empat buah negeri ini berlumba-lumba membuktikan siapa yang paling handal membawa teknologi pemprosesan REE ke Malaysia. Jika tidak, rancangan yang diumumkan di Bangi itu hanya kekal menjadi hasrat sahaja.

Rafizi Ramli

134,336 Aufrufe • vor 1 Jahr