Video yükleniyor...

Video Yüklenemedi

Ana Sayfaya Dön

Google (USD2b), Microsoft (USD2.2b), AWS (USD6.2b) dan kini Oracle (USD6.5b)! Malaysia terus menarik pelaburan dari syarikat teknologi utama dunia. #oracle #pelaburan #MITI #PemacuPotensiGlobal #TZA

10,373 görüntüleme • 1 yıl önce •via X (Twitter)

7 Yorum

Gaius Lai profil fotoğrafı
Gaius Lai1 yıl önce

internet lambat cam taik diorang tahu nanti lari juga

Ron AbuGid profil fotoğrafı
Ron AbuGid1 yıl önce

tapi

Ameow profil fotoğrafı
Ameow1 yıl önce

bangga ke jd tempat lempar data center sbb tanah sini murah, air sini murah, tenaga sini murah. yang rugi rakyat tak dapat manfaat. pekerjaan pn minimal. elektrik malaysia ni byk lagi bergantung dengan arang batu. musim kemarau takda air sapa nk tanggung?

Greg profil fotoğrafı
Greg1 yıl önce

Terbaik YBM

Mohamad Abdullah profil fotoğrafı
Mohamad Abdullah1 yıl önce

Semua sampah untuk negara.. .

mmspiral profil fotoğrafı
mmspiral1 yıl önce

🇲🇾🫡🇲🇾

MHY, P.Tech, Ph.D profil fotoğrafı
MHY, P.Tech, Ph.D1 yıl önce

(1)Dear Sir,we hope that the spillover effects from these FDIs will positively impact local tech companies, academia, young talents, students, SMEs and our startup companies. Principles (Cisco,Juniper ect)will be directly awarded installation & commissioning project..

Benzer Videolar

Penyokong PN tengah riuh pasal Infineon. Kata ini semua kerja Sanusi dan Infineon dah lama di Kedah. Kepada penyokong PN, jangan teruja lebih. -Segala projek dalam Kulim Hi Tech adalah di bawah Kerajaan Persekutuan termasuklah pelaburan terdahulu dan terkini oleh Infineon. -Keputusan untuk pelaburan besar oleh syarikat multinasional (MNC) dalam mana-mana negara dibuat oleh pengurusan di ibu pejabat besar negara masing-masing. Dalam kes Infineon, ibu pejabat di Jerman. -Jadi bila ada keputusan untuk menambah pelaburan RM25 bilion, operasi MNC di negara masing-masing akan cuba yakinkan ibu pejabat mereka untuk labur di negara masing-masing. -Maka, apa pertimbangan ibu pejabat untuk pilih negara mana untuk melabur RM25 bilion ini? Insentif dari kerajaan? Potongan cukai? -Sebagai sebuah syarikat semikonduktor seperti Infineon yang menggunakan elektrik yang banyak, pengurusan mereka melihat sama ada negara itu mempunyai penjanaan kapasiti tenaga solar yang tinggi. -Pemilik atau pelabur syarikat-syarikat seperti Infineon kebanyakannya berada di negara-negara Eropah yang kini sangat mementingkan penjagaan alam sekitar. Operasi syarikat mereka mesti patuh kepada peraturan menyelamatkan iklim yang kini menjadi isu pemanasan global -Pendek kata, mereka mencari operasi syarikat yang menggunakan tenaga boleh baharu yang tinggi seperti solar. -Apa kaitan Infineon dengan PM? Bila PM lancarkan Ekonomi Madani, saya juga pada petangnya lancarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR). Dua dokumen penting ini sebenarnya untuk menarik pelaburan baru kerana fokus kita kepada tenaga solar dan boleh baharu. -Lagi banyak solar, lagi banyak syarikat besar nak masuk ke Malaysia kerana mereka memang sedang mencari negara yang boleh membekalkan tenaga solar sebagai sebahagian komitmen alam sekitar mereka. -Sebab itu dalam kenyataan PM, pelaburan Infineon RM25 bilion ini adalah berkaitan dengan Ekonomi Madani kerana rancangan kita adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai Bateri Solar paling besar di rantau Asia Tenggara. Harap penyokong PN faham bahawa pelaburan tambahan itu tak akan berlaku hanya kerana Sanusi sengih-sengih ya.

Rafizi Ramli

381,007 görüntüleme • 3 yıl önce

Dalam perjanjian timbal balik Amerika Syarikat dan Malaysia yang baru ditandatangani, terdapat dua perkara penting yang jarang dibincangkan secara terbuka: Artikel 5.2 dan Artikel 5.3(4). Pertama, Malaysia “akan meneroka” satu mekanisme untuk menilai pelaburan asing berdasarkan risiko keselamatan negara dan akan bekerjasama dengan Amerika Syarikat dalam aspek keselamatan pelaburan. Bunyinya mungkin teknikal, tetapi implikasinya mudah: apabila wujud pelaburan strategik seperti dalam sektor telekomunikasi, pusat data, mineral kritikal atau infrastruktur, adakah Washington akan menapis terlebih dahulu pelaburan sebelum diluluskan di Malaysia? Kedua, berkenaan klausa nuklear: Malaysia tidak dibenarkan membeli reaktor nuklear, rod bahan api atau uranium diperkaya daripada “negara tertentu”, kecuali jika tiada pembekal alternatif yang setanding. Sedangkan kita sendiri telah menyatakan hasrat untuk meneroka tenaga nuklear, termasuk berbincang dengan Rusia dan beberapa rakan lain. Dengan klausa ini, ruang pilihan pembekal sudah dikecilkan sejak awal, seolah-olah arah tuju kita mesti condong ke blok Barat. Persoalannya, adakah MITI telah meneliti perkara sepenting ini bersama kementerian teknikal seperti MOSTI dan Luar Negeri sebelum dibentangkan ke Kabinet? Inilah sebab saya membangkitkan persoalan tentang proses. Adakah teks perjanjian itu dibentangkan “baris demi baris” di Kabinet dan disemak silang oleh kementerian berkaitan? Berdasarkan pengalaman saya, begitulah amalan yang sepatutnya, setiap klausa sensitif yang melibatkan kedaulatan, keselamatan dan teknologi mesti ditanda, diperhalusi dan dibahaskan. Jika tidak, kerajaan hari ini perlu bersedia menjawab di Parlimen: kemukakan minit mesyuarat Kabinet, buktikan semakan rentas kementerian telah dibuat, dan jelaskan mengapa perlindungan kedaulatan yang wujud dalam perjanjian negara jiran tidak dimasukkan dalam teks kita. Saya tidak menolak keperluan menjaga hubungan baik dengan Amerika Syarikat atau pentingnya akses pasaran global. Namun, situasi seolah-olah kita terikat pada tafsiran “keselamatan” pihak lain adalah membimbangkan. Dalam hal teknologi nuklear, saringan pelaburan, dan mineral kritikal, negara mesti menilai berdasarkan keperluan sendiri, bukan dengan pengaruh luar menentukan keputusannya. Tonton kupasan penuh isu ini di Podcast YBM Episod 20 di saluran YouTube saya.

Rafizi Ramli

17,449 görüntüleme • 9 ay önce

Alhamdulillah negeri-negeri yang ditadbir pembangkang - Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis - kini mahu memastikan unsur nadir bumi (atau rare earth elements, REE) diproses di Malaysia dahulu sebelum dieksport. Sebelum ini, berita mengenai penyeludupan REE mentah yang belum diproses ke luar negara pernah menjadi isu hangat tahun lepas. Idea menubuhkan syarikat bersama yang dimiliki kerajaan empat buah negeri itu untuk membina kilang pemprosesan REE ini adalah idea yang baik. Malah, idea ini telah dibincangkan panjang lebar di peringkat Kerajaan Persekutuan dan dalam majlis-majlis bersama yang turut melibatkan pimpinan dari keempat-empat buah negeri. Cuma ada satu masalah sahaja. Industri REE ini dikuasai hampir 90% oleh negara China. Teknologi untuk memproses REE hanya dimiliki oleh syarikat-syarikat milik Kerajaan China. Hanya ada beberapa buah syarikat bukan China yang mempunyai teknologi ini. Perbincangan di peringkat Kerajaan Persekutuan telah memutuskan agar usaha di peringkat Kerajaan dimulakan untuk meyakinkan pelabur-pelabur untuk berkongsi teknologi pemprosesan REE dengan membuka kilang pemprosesan di Malaysia. Kemampuan sebenar Tun Mahathir akan terserlah sekiranya beliau berjaya membawa satu pelaburan asing yang membawa teknologi pemprosesan REE untuk dikongsi di sebuah kilang di Malaysia. Saya yakin ini persaingan yang sihat: Kerajaan Persekutuan dan PN yang mentadbir empat buah negeri ini berlumba-lumba membuktikan siapa yang paling handal membawa teknologi pemprosesan REE ke Malaysia. Jika tidak, rancangan yang diumumkan di Bangi itu hanya kekal menjadi hasrat sahaja.

Rafizi Ramli

134,336 görüntüleme • 1 yıl önce

𝗖𝗔𝗟𝗢𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗡𝟭𝟭 𝗦𝗨𝗡𝗚𝗔𝗜 𝗨𝗗𝗔𝗡𝗚: 𝗥𝗜𝗗𝗭𝗨𝗔𝗡 𝗔𝗕𝗗𝗨𝗟 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗡 Bermula hari ini, saya akan perkenalkan calon-calon Kancil di Pilihan Raya Negeri Melaka yang akan berlangsung sebulan dua ini. Mohd Ridzuan Abdul Rahman adalah anak jati Sungai Udang, Melaka. Anak tentera yang membesar sekitar kem tentera, bersekolah di Sekolah Rendah Kem Terendak dan Sekolah Menengah Kem Terendak. Saudara Ridzuan merupakan seorang bekas pegawai kanan Polis DiRaja Malaysia berpangkat Assistant Superintendent (ASP) yang bertugas sebagai Pegawai Penyiasat Kanan (SIO) di bawah Bahagian Siasatan Jenayah bagi kawasan Gombak dan Ampang, sebelum menamatkan perkhidmatan pada tahun 2006 untuk memberi tumpuan kepada bidang Keselamatan Korporat. Kini pada usia 47 tahun, Saudara Ridzuan telah memiliki pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang Keselamatan Korporat. Beliau bertugas sebagai Pengurus Besar Keselamatan Kumpulan, untuk Malaysian Aviation Group (MAG) dan telah menguruskan operasi keselamatan di Malaysia Airlines (MAB), Firefly, MAB Kargo, Malaysia Airlines Academy (MABA), Aerodarat Services dan syarikat-syarikat lain di bawah Malaysian Aviation Group. Sebelum MAG, beliau memegang jawatan di peringkat pengurusan dengan syarikat-syarikat ternama dunia, termasuklah di Shell, Northport, Carrefour dan Tesco. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Media dan Komunikasi dari Universiti Malaya, memperolehi Master dalam bidang Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja dari Universiti Teknologi Malaysia. Kini beliau sedang meneruskan pengajian Doktor Falsafah dalam bidang Komunikasi Strategik di Universiti Malaya. Jumpa saya dan Saudara Ridzuan di ceramah Trak Kancil hari Ahad, 23 Ogos ini jam 9 malam di hadapan Masjid Tun Ghaffar Baba, Sungai Udang.

Rafizi Ramli

17,097 görüntüleme • 2 gün önce