Video wird geladen...

Video konnte nicht geladen werden

Zur Startseite

Hello. Parti MUDA will always do our work to be an active advicate for all Malaysians. Lagi-lagi isu banjir ni. Isu iklim memang salah satu agenda paling besar dalam perjuangan MUDA. Beberapa perkara. 1. Syed Saddiq dah bentang usul dalam Dewan untuk kemuka darurat iklim.

132,381 Aufrufe • vor 3 Jahren •via X (Twitter)

8 Kommentare

Profilbild von amiraaisya
amiraaisyavor 3 Jahren

2. Ketua Penerangan MUDA juga, saudara @luqmanlong (yang sambut birthday hari ni) dah keluarkan awal kenyataan mewakili MUDA. Kami gesa untuk adakan Sidang Khas Parlimen untuk bahas isu banjir di pantai timur.

Profilbild von amiraaisya
amiraaisyavor 3 Jahren

3. Buat perbandingan kena adil. Kenapa kami marah tahun lepas? 🚨Sewaktu banjir sedang teruk, PM potong kek di majlis UMNO. 🚨 Usaha menyelamat juga tak ada kordinasi yang bagus. PMX @anwaribrahim pula dah turun secepat mungkin ke Kelantan untuk tinjau situasi banjir.

Profilbild von amiraaisya
amiraaisyavor 3 Jahren

4. PMX juga dah umumkan yang sambutan ambang Tahun Baru 2023 akan dibatalkan kerana banjir.

Profilbild von amiraaisya
amiraaisyavor 3 Jahren

5. Baru sahaja diumumkan, PMX peruntukan segera RM50 juta untuk Kelantan, RM50 juta untuk Terengganu. RM1000 untuk semua ketua keluarga terlibat. RM10,000 untuk mangsa banjir.

Profilbild von amiraaisya
amiraaisyavor 3 Jahren

Kalau tengok video lama saya tahun 2021, pada awal banjir kami tak marah Kerajaan. Kami segera turun bantu mana yang boleh. Tapi kami marah apabila dah masuk beberapa hari, masih belum ada tindakan cepat & drastik. Semak & imbang perlu terus dibuat. Tapi jangan serkap jarang.

Profilbild von Zaz
Zazvor 3 Jahren

@matpijan @SyedSaddiq

Profilbild von Ami Cakap Free Palestine Sekarang!
Ami Cakap Free Palestine Sekarang!vor 3 Jahren

Good kak, tak kalut dah keluar statement macam dulu, hope boleh masuk parliament

Profilbild von Alif
Alifvor 3 Jahren

@SyedSaddiq Kalau akaun tu selalu retweet Khalid Ismath, Naim Bondage dan Reza Razali tak payah layanlah YB..

Ähnliche Videos

Soal saya kononnya merajuk ditanyakan di Podcast YBM Episod 26. Saya perhati satu penyakit lama yang tak pernah baik: bila parti jadi kerajaan, kita pakai “topi pemerintah” sahja. Kita tengok semua benda dari lensa kita. Lepas tu kita hairan kenapa rakyat tak ikut cara kita fikir. Hakikatnya, rakyat tak ambil port pun drama dalaman kita. Rakyat bukan duduk kira “siapa merajuk”, “siapa narsisis”, “siapa betul”. Rakyat fikir satu benda: hidup dia makin senang ke makin sempit? Institusi negara makin elok ke makin rosak? Sebab tu saya kata “survey” dan data tu penting. Mustahil kita nak teka apa dalam kepala 30 juta rakyat. Data sama ada “nationwide survey”, atau “big data sentiment”dia tolong kita keluar dari gelembung sendiri. Satu lagi, tolonglah jangan main serangan peribadi macam “merajuk” ni sembarangan. Golongan muda yang tak melalui peristiwa 1998 mungkin tak nampak implikasinya. Kalau naratif “merajuk-narsisis” tu kita pakai balik kepada Anwar pada tahun 1998, lagi sedap orang tembak. “16 tahun dalam kerajaan, tak pernah bangkang… tiba-tiba reformasi?” Itu dialog yang saya dengar masa muda dulu. Sebab jawapan saya dari dulu sampai sekarang sama: "this is not about Anwar Ibrahim the person". Ini pasal keruntuhan kredibiliti institusi bila kuasa digunakan untuk selesaikan saingan politik. Kalau benda itu boleh dibuat pada seorang TPM, tidak ada seorang pun selamat. Sekarang Anwar jadi PM, lagi besar tanggungjawab dia untuk dengar teguran supaya reformasi yang kita jerit sejak 98 tu bukan tinggal slogan. Kalau PKR/PH pilih budaya defensif, tak jawab isu, tak betulkan kelemahan, pergi serang orang, itu jalan Najib dulu. Cybertrooper, tangkap, saman, akhirnya? Kita tahu hujung cerita. Malah, jangan juga silap, sesuatu isu jadi besar bukan sebab saya. Dia jadi besar sebab isu itu dekat dengan rakyat, sebab ada rakyat yang memang fikir benda sama, cuma tak ada medium. Jadi ini bukan soal “Rafizi merajuk tak merajuk”. Ini soal kerajaan dan kalau terus lari dari masalah, malapetaka lain pula akan datang. Dua tahun sebelum Parlimen bubar pun boleh hangus kalau strategi politik masih “sangat-sangat ke laut”.

Rafizi Ramli

31,330 Aufrufe • vor 7 Monaten

Kontroversi demi kontroversi berkenaan isu rasuah ini kalau dibiarkan, dia bukan sekadar “isu media sosial”. Dia boleh jadi malapetaka kepada PH dan PKR, sebab satu perkara yang orang selalu lupa: dalam mana-mana parti pun, memang ada yang “makan”. Bezanya cuma bentuk. Zaman UMNO, yang bawa beg duit pakai suit, tie, songkok. Kalau PAS, kopiah. Kalau PKR, mungkin beg kepit. Tapi budaya dia sama: ada kumpulan dengan 𝘷𝘦𝘴𝘵𝘦𝘥 𝘪𝘯𝘵𝘦𝘳𝘦𝘴𝘵 yang tak pernah pupus. Kerajaan bertukar macam mana pun, kumpulan ini tetap ada. Sebab kita datang daripada budaya politik yang orang biasa pun, kadang-kadang, dah “redha” wakil rakyat ambil duit 300 ribu sini, 1 juta sana, dia tak kisah pun. Kenapa? Sebab dalam kepala dia, “dia kena ada duit sebab nanti dia kena bagi kat aku.” Macam “lambai dapat 100”, kalau dia tak ada duit, macam mana dia nak bagi? Duit itu datang dari mana, dia makan duit ke apa itu “hal dia”. Yang penting ada bahagian untuk dia. Kalau seperti itu pemikiran masyarakat, lagi-lagi bila SPRM pula nampak tak bebas, habislah. Bila kebebasan SPRM dipersoalkan, setiap pendakwaan akan jadi bahan: “pendakwaan terpilih”. Paling bahaya, bila perkara itu dah melekat dalam kepala rakyat, kes yang betul pun nanti orang akan sapu bawah karpet sebab “alah, game politik je.” Lihatlah kes-kes terbaru. Ada kes masuk mahkamah, tetapi penyokong-penyokong tertentu diam. Tak ada kesan. Sebab naratif “terpilih” tu semakin kuat: kononnya nak tutup kes lain, kononnya ada motif. Itu kerugian besar untuk PH/PKR sebab selepas ini, sebarang kes melibatkan PAS, Bersatu, UMNO semua orang boleh menolak dengan senang, “tak ada apa pun.” Kesan jangka panjang dia? Usaha nak membersihkan budaya politik daripada rasuah semakin pudar. Kita menjadi negara yang dah tak percaya kepada institusi. Apabila rakyat dah tak percaya, tidak ada reformasi yang hidup. Saya cakap benda ini bukan sebab saya ada “personal” dengan sesiapa. Saya tak ada kawan SPRM, saya tak pernah panggil pegawai pergi lepak. Itu kerja dia, biar dia bebas. Tetapi kalau sampai kontrak disambung kali ke-4, dan persepsi rakyat tentang SPRM tak berubah, habis semua “berteras rasuah” yang dilaungkan menjadi seperti mencurah air ke daun keladi. Yang paling sakit: berbelas tahun kita bina imej dan kredibiliti sebagai anti-rasuah, keluar masuk kes, risiko peribadi, tenaga, masa, tiba-tiba menjadi sia-sia kalau akhirnya PKR/PH diletakkan sama dengan parti lain. Apabila credential anti-rasuah hilang, saya tanya satu soalan mudah: PKR nak jual apa lagi kepada rakyat? Sebab itu saya akan terus bercakap, sekurang-kurangnya supaya masih ada saki-baki rakyat yang meraskan 𝘢𝘭𝘭 𝘪𝘴 𝘯𝘰𝘵 𝘭𝘰𝘴𝘵 dalam PKR/PH. Tonton ulasan penuh isu SPRM dan isu-isu lain di Podcast Yang Berhenti Menteri Episod 26:

Rafizi Ramli

16,052 Aufrufe • vor 7 Monaten

Penyokong PN tengah riuh pasal Infineon. Kata ini semua kerja Sanusi dan Infineon dah lama di Kedah. Kepada penyokong PN, jangan teruja lebih. -Segala projek dalam Kulim Hi Tech adalah di bawah Kerajaan Persekutuan termasuklah pelaburan terdahulu dan terkini oleh Infineon. -Keputusan untuk pelaburan besar oleh syarikat multinasional (MNC) dalam mana-mana negara dibuat oleh pengurusan di ibu pejabat besar negara masing-masing. Dalam kes Infineon, ibu pejabat di Jerman. -Jadi bila ada keputusan untuk menambah pelaburan RM25 bilion, operasi MNC di negara masing-masing akan cuba yakinkan ibu pejabat mereka untuk labur di negara masing-masing. -Maka, apa pertimbangan ibu pejabat untuk pilih negara mana untuk melabur RM25 bilion ini? Insentif dari kerajaan? Potongan cukai? -Sebagai sebuah syarikat semikonduktor seperti Infineon yang menggunakan elektrik yang banyak, pengurusan mereka melihat sama ada negara itu mempunyai penjanaan kapasiti tenaga solar yang tinggi. -Pemilik atau pelabur syarikat-syarikat seperti Infineon kebanyakannya berada di negara-negara Eropah yang kini sangat mementingkan penjagaan alam sekitar. Operasi syarikat mereka mesti patuh kepada peraturan menyelamatkan iklim yang kini menjadi isu pemanasan global -Pendek kata, mereka mencari operasi syarikat yang menggunakan tenaga boleh baharu yang tinggi seperti solar. -Apa kaitan Infineon dengan PM? Bila PM lancarkan Ekonomi Madani, saya juga pada petangnya lancarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR). Dua dokumen penting ini sebenarnya untuk menarik pelaburan baru kerana fokus kita kepada tenaga solar dan boleh baharu. -Lagi banyak solar, lagi banyak syarikat besar nak masuk ke Malaysia kerana mereka memang sedang mencari negara yang boleh membekalkan tenaga solar sebagai sebahagian komitmen alam sekitar mereka. -Sebab itu dalam kenyataan PM, pelaburan Infineon RM25 bilion ini adalah berkaitan dengan Ekonomi Madani kerana rancangan kita adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai Bateri Solar paling besar di rantau Asia Tenggara. Harap penyokong PN faham bahawa pelaburan tambahan itu tak akan berlaku hanya kerana Sanusi sengih-sengih ya.

Rafizi Ramli

380,986 Aufrufe • vor 2 Jahren

𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗧𝗨 𝗣𝗔𝗦𝗔𝗟 𝗔𝗞𝗠𝗔𝗟, 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗡𝗜 𝗞𝗜𝗦𝗔𝗛 𝗦𝗬𝗘𝗗 𝗜𝗕𝗥𝗔𝗛𝗜𝗠 Selepas saya sembang mengenai YB Akmal yang dilantik menjadi Menteri Ekonomi, saya juga janji untuk cerita pasal YB Syed Ibrahim Syed Noh, yang dilantik menjadi Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Syed Ibrahim ni quite rare dalam banyak-banyak ahli parlimen yang ada sebab latar belakang dia. Boleh kata dia all rounder, yang pada penilaian saya, negara perlu lebih ramai orang all rounder macam ini dalam politik. All rounder macam mana? For a start, dia lulusan ijazah dan sarjana pentadbiran perniagaan (MBA) dari USA. Berkhidmat lebih 25 tahun dengan Telekom Malaysia ke jawatan terakhir sebagai Timbalan Pengurus Besar Telekom Malaysia. Beliau juga seorang aktivis sejak dari universiti di US. Aktif di dalam gerakan Islam di kampus dan bila balik, terus bergiat di dalam IKRAM sehingga jawatan terakhir sebagai Naib Presiden IKRAM. Ramai ceplos-ceplos dalam parti yang suka mengherdik Syed Ibrahim kerana wataknya yang lembut dan bersopan santun. Tidak pernah marah, senyum sentiasa. Budi bahasa Syed Ibrahim sering disalah erti sebagai tanda Syed Ibrahim ini bukan tokoh politik yang sesuai dengan sepak terajang politik PKR. Sedangkan Syed Ibrahim ke depan melawan akta-akta zalim jauh lebih awal dari hampir semua Ahli Parlimen PKR, apatah lagi pimpinan-pimpinan PKR yang ada sekarang. Dari zaman reformasi, Syed Ibrahim adalah Pengerusi Gabungan Mansuh ISA (GMI), iaitu gabungan 80 NGO yang berkempen memansuhkan ISA. Beliau pernah kena gam dari masuk ke Sarawak, sebelum pun PKR pernah menang kerusi di Sarawak akibat penglibatan beliau menghapuskan ISA. Beliau menjadi Pengerusi GMI hinggalah ISA dimansuhkan dalam tahun 2011. Beliau juga adalah salah seorang pemimpin MAFREL, iaitu gabungan NGO menuntut pilihanraya bebas sebelum pun wujud BERSIH. Apabila BERSIH2.0 ditubuhkan, beliau adalah Timbalan Pengerusi BERSIH sehinggalah beliau meletakkan jawatan untuk menyertai PKR dalam tahun 2014. Semua ini beliau perjuangkan semasa beliau masih berkhidmat di dalam Telekom Malaysia, jadi kita boleh bayangkan kepayahan beliau mengimbangi tugas profesional di GLC dan aktivisme beliau lantang bersuara di luar. Selepas PRU 2013, sebagai Pengarah Strategi PKR pada ketika itu, saya bawa satu agenda kepada pimpinan parti, iaitu keperluan membawa tokoh-tokoh aktivis yang cukup syarat untuk menjadi generasi pimpinan PKR yang seterusnya. Salah seorang yang dikenal pasti cukup syaratnya ialah Syed Ibrahim - sejarah aktivisme yang panjang bukan sahaja dalam gerakan dakwah tetapi memimpin gerakan demokratik seperti GMI dan BERSIH. Beliau juga adalah seorang yang terpelajar dengan kerjaya profesional yang panjang. Alhamdulillah parti bersetuju dan Syed Ibrahim pun bersetuju. Dengan sekelip mata, sama juga dengan pengalaman saya sebelum itu, beliau hilang pekerjaan dan tiada gaji tetap. Syed Ibrahim dilantik menjadi Ketua Penerangan PKR selepas pemilihan 2014. Ketika itu saya adalah Naib Presiden dan Setiausaha Agung parti. Apabila Dato’ Seri Anwar dipenjarakan semula dalam tahun 2015, kepimpinan parti dimonopoli oleh geng Azmin Ali, yang dipanggil Kartel pada ketika itu. Apatah lagi mereka mempunya kuasa, wang dan jawatan dengan menguasai sepenuhnya kerajaan Selangor. Saya harap Kak Wan tidak lupa sepanjang tempoh itu, hanya ada beberapa orang dari kami yang terpaksa bertekak sepanjang masa mempertahankan beliau sebagai presiden parti. Salah seorang dari anggota Biro Politik yang secara berterusan mempertahankan Kak Wan dan Anwar Ibrahim, semasa diasak berterusan dari dalam, adalah Syed Ibrahim Syed Noh. Dari situ kami jadi rapat. Beliau tanya saya mengenai persediaan PRU 2018, sekiranya beliau perlu bertanding. Jawapan saya ketika itu bukanlah berita baik kepada beliau. Sementara ramai pimpinan parti cuba merebut kerusi yang dilihat mudah seperti Bandar Tun Razak, saya mencadangkan beliau menumpukan usaha kepada kerusi Ledang. Atas kertas, Ledang adalah kerusi mustahil untuk PKR. Dengan pengundi Melayu melebihi 70% dan dalam kategori Melayu luar bandar, saya tidak salahkan Syed Ibrahim jika dia rasa itu idea gila. Tetapi kami teliti angka dan Ledang ada potensi untuk menang sekiranya pertandingan 3 penjuru berlaku. Dari situ, banyak kempen trak INVOKE sering singgah ke Ledang sejak 2016. Syed Ibrahim menang Ledang dalam tahun 2018 dan berjaya dipertahankan dalam tahun 2022, walaupun PKR kalah besar dalam PRN Johor 6 bulan sebelum itu. Saya faham kalau ada pimpinan PKR yang tidak menghargai ketokohan beliau, sebab dia tidak ada gaya orang politik. Dia tidak meminta jawatan, mulutnya sangat berat untuk memuji sesiapa. Dengan saya, dia lebih banyak tidak bersetuju dari bersetuju. Yang dia ada, hanyalah budi bahasa dan muka yang selalu tersenyum. Cakap yang sangat berlembut. Dan seorang penyabar tahap tinggi, walaupun dia sering ada pandangan yang berbeza dan tak semestinya mengikut arus. Dari segi ibadah, dia jauh lebih warak dari sebahagian besar kami. Saya kira peribadi itu terbentuk dari perjuangan yang lama sebagai aktivis bukan politik - dari gerakan dakwah, kepada kempen mansuh ISA sehinggalah BERSIH, selain dari kerjaya profesional di sektor swasta. Saya memilih untuk berkongsi cerita seperti ini kerana reformasi yang sampai ke peringkat hingga Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, banyak menelan keringat dan air mata orang-orang terdahulu yang jauh lebih tinggi sumbangan mereka. Moga ia menjadi pengajaran, terutama kepada ceplos-ceplos yang beriya-iya menghalau pimpinan PKR yang tidak membayar atau memanjakan mereka, bahawa parti ini dibina kekuatannya oleh ramai orang yang tidak bernama, tidak kaya tetapi ada maruah tersendiri. Selamat memikul amanah di dalam kerajaan kepada Syed Ibrahim Syed Noh.

Rafizi Ramli

25,528 Aufrufe • vor 6 Monaten

𝗔𝗣𝗔 𝗡𝗜𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥 𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜? Apa niat sebenar Rafizi mahu hancurkan parti? Pulak dah. Dalam tempoh 3 bulan ada beberapa kerat dalam PKR yang dah bagi macam-macam label kepada saya. Mula, ditolak akar umbi sebab tak pandai jaga akar umbi. Kemudian, saya tak ada lagi bagus kerana jadi beban dah kepada parti dan kerajaan. Kemudian, memujuk saya supaya jangan letak jawatan. Kemudian lepas itu, tuduh merajuk bila saya letak jawatan. Sekarang yang terbaru tuduhan mahu hancurkan parti. Eh, kalau dah ditolak akar umbi dan tidak ada pengaruh, baguslah campak jauh-jauh, bukan ada kesan pun. Kalau tidak ada pengaruh, macam mana boleh hancurkan parti pula? Tuduhan terbaru ini datang dari seorang yang bernama Datuk Azman Abidin. Siapa Azman Bidin ni? Dia orang hebat dalam PKR, walaupun rakyat mungkin kurang kenal sebab itu hari ini, saya nak kenalkan Datuk Azman Abidin. Kehebatan beliau walau apa pun terjadi dalam politik dalaman PKR, dia mesti dapat tempat bergaji besar dalam kerajaan. Masa arwah Tan Sri Khalid jadi MB, dia orang kuat Tan Sri Khalid dan dilantik jadi pegawai MB mati-matian tolak Azmin. Bila Azmin jadi MB pula, tiba-tiba dia pusing sokong Azmin, jadi pegawai kepada Azmin pula. Bila Dato’ Seri Anwar jadi PM, walaupun kelibat dia kita tak nampak sangat semasa kempen nasional PRU-15, tiba-tiba dia jadi Setiausaha Politik PM. Dia adalah salah seorang dari setiausaha politik PM, 3 serangkai selain dari Shamsul Iskandar dan Chan Ming Kai yang ligat habiskan masa berkempen di bawah untuk buang pimpinan PKR yang mereka kata tidak sehaluan dengan mereka. Orang sibuk mentadbir negara, mereka sibuk atur di belakang dengan kemuncaknya menyusun Nurul Izzah bertanding sebagai Timbalan Presiden. Kalau ada yang rasa macam pernah baca mengenai Azman Bidin, dia pernah menghiasi berita di media mengenai satu dakwaan salah laku kes juta-juta di DBKL. Kita bersangka baiklah bila dia kata namanya disalahgunakan orang. Jadi yang muda-muda dalam PKR boleh buat pilihan - model politik yang serasi dengan kita. Jenis pandai swing asalkan laba dapat dekat kita atau jenis yang berpegang kepada idealisme reformasi yang ambil jalan susah walaupun tidak ada laba. Saya tak sabar nak tengok Datuk Azman Bidin berkempen seluruh negara untuk dapatkan 80 kerusi Parlimen dalam PRU-16 nanti dengan panduan dari Ramanan, insya-Allah Azman Bidin akan bawa era baru PKR. GO DATUK AZMAN BIDIN. Kami support ramai-ramai.

Rafizi Ramli

74,486 Aufrufe • vor 1 Jahr

Yb Steven Sim Steven Sim 🇲🇾 jadi MP Bukit Mertajam dah nak masuk 3 penggal, dari status MP pembangkang sampai menjadi MP kerajaan dan seterusnya menjadi menteri.. Rasanya, semua orang puas hati tak kira Melayu, Cina dan India dgn YB Steven Sim ni.. Kenapa YB keluar statement defend minority rights tu mudah je, sebab YB memang jaga semua kaum.. bukan isu satu kaum sahaja..Tak dak isu dia defend kuil ka, defend dia ka disebabkan Hospital BM susah nak operasi.. tiba-tiba ada dua hamba Allah nama Tamim dgn Zamri dok provoke kuil depan Hospital BM yang sebenarnya perbincangan panjang sedang berjalan. Kononnya, hospital BM susah nak operasi.. Aku rasa, aku perlu highlight sekali lagi perkara ini sebab Hospital BM ni cukup dekat dengan hati masyarakat Bukit Mertajam sebab dh melalui proses naiktaraf yang cukup besar oleh MP Steven Sim, tambah-tambah lepas dia jadi Menteri sehinggalah hospital BM mendapat pengiktirafan hospital paling lestari di Asia, selain dari itu, Hospital BM juga mendapat pengiktirafan sebagai hospital minor specialist terbaik di Malaysia dalam kategori tertentu pada penghujung 2025. Sebab apa? sebab usaha Yb Steven Sim untuk tambah fasiliti dan naiktaraf Hospital BM. 1. Peruntukan RM200,000 naiktaraf tandas hospital yang lebih bersih, moden dan mesra OKU 2. ⁠Naiktaraf bangunan sedia ada menjadi Klinik Pakar Mata baharu yang menelan belanja RM470,000 3. Menerima mesin CT Scan terbaru yang berharga RM5.5juta setelah 10 tahun menanti 4. ⁠Perbincangan "major upgrade" untuk hospital BM yang berusia 130 tahun dengan kerajaan negeri dan persekutuan untuk kekurangan parking, tempat menunggu sesak serta peralatan yang uzur. 5. ⁠Peruntukan lebih RM200,000 untuk upgrade air-cond di Hospital BM dan banyak lagi yang dibuat oleh YB Stevem Sim tak kira dia pembangkang atau menjadi kerajaan. Jadi, kenapa ada orang luar nak ganggu gugat usaha baik ini? Lepas tamim dan zamri tu buat kacau bilau, kuil tu boleh selesai ke? Ambil contoh kuil dalam tanah Jakel pun perlu masa untuk pindah Segala isu sedang diselesaikan, dari Hospital untuk rakyat, fasiliti rumah ibadat rakyat. semuanya sedang diselesaikan. Tapi demo dan buat huru hara sampai rosakkan hubungan antara orang Melayu dan India bukanlah satu jalan penyelesaian di BM

Kim 🇲🇾

17,527 Aufrufe • vor 4 Monaten

𝗞𝗔𝗧𝗔 𝗔𝗗𝗔 𝗥𝗘𝗙𝗢𝗥𝗠𝗔𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗥𝗠𝗞𝟭𝟯, 𝗠𝗔𝗡𝗔𝗡𝗬𝗔? Ada beberapa pengumuman besar dalam RMK13 yang akan mengubah lanskap pendidikan negara dalam tahun-tahun akan datang. (1) Pendidikan pra-sekolah bermula 5 tahun akan diwajibkan dan disediakan untuk semua di sekolah-sekolah kerajaan seluruh negara. (2) Pendidikan sekolah rendah akan bermula pada umur 6 tahun, dan pelajar akan habis sekolah menengah pada umur 16 tahun. (3) Pelaburan untuk meningkatkan kompetensi guru supaya kerjaya perguruan melalui proses penilaian dan latihan berterusan seperti profesional lain. Perkara-perkara ini jadi perdebatan besar dalam kerajaan sebelum ini. Diagnosisnya begini: (1) Peruntukan untuk pendidikan, sebagai peratusan dari saiz ekonomi negara, sebenarnya tinggi relatif kepada negara-negara yang sama kategori dengan kita. (2) Tetapi banyak peruntukan ini lebih cenderung kepada pembinaan fizikal yang kosnya semakin tinggi setiap tahun. (3) Akibatnya, pelaburan untuk meningkatkan kompetensi guru tidak mencukupi. Kalau tukar silibus pun, kalau guru tidak dilatih dengan baik, ia tidak akan mencapai matlamat menaiktaraf silibus. (4) Dari perspektif pembangunan kanak-kanak, umur yang paling kritikal ialah di antara 4 hingga 7 tahun. Lebih awal kanak-kanak melalui pembangunan fizikal dan mental yang baik, potensi pembelajaran ditingkatkan di tahun-tahun persekolahan seterusnya. (5) Ibubapa pula terbeban dengan kos membayar yuran pra-sekolah kerana ia tidak ditawarkan secara universal dan hak rakyat. Kos pra-sekolah menjadi beban kos sara hidup bagi keluarga muda. (6) Dari perspektif ekonomi, Malaysia melalui negara menua. Jumlah tenaga kerja akan mengecil, jadi sebaiknya generasi akan datang menyertai tenaga kerja lebih awal, selepas pendidikan menengah wajib yang berakhir pada umur 16 tahun. Beberapa perubahan khusus yang perlu berlaku hasil reformasi pendidikan RMK13 ini: (a) Kemudahan pra-sekolah di dalam sekolah-sekolah akan ditambah dan dibina baru di seluruh Malaysia bermula 2026 (b) Masa persekolahan dan silibus akan disesuaikan agar darjah satu bermula pada umur 6 tahun dan habis umur 16 tahun (c) Sebahagian Institut Pendidikan Guru (IPG) akan dijadikan pusat latihan kompetensi guru yang khusus untuk melatih guru-guru dalam perkhidmatan secara berterusan, bukan lagi untuk melatih pelajar lepasan sekolah untuk menjadi guru Keluarga yang ada anak umur tiga tahun ke bawah, dah boleh bayangkan anak masuk pra-sekolah wajib berumur 5 tahun lepas ini.

Rafizi Ramli

96,819 Aufrufe • vor 11 Monaten

𝗟𝗜𝗠𝗔𝗨 𝗠𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥𝗜𝗡, “𝗞𝗔𝗠” 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗗𝗔𝗬𝗔 Sebagai Ahli Parlimen, acara tahunan yang paling penting dengan masyarakat Cina bukanlah rumah terbuka Tahun Baru Cina. Yang lagi penting ialah berjumpa mereka untuk memberi limau mandarin sebelum Tahun Baru Cina. Pasar Pagi Taman Muda adalah antara pasar pagi masyarakat Cina yang paling besar dan paling ramai dikunjungi di sebelah timur Selangor. Sebelum saya menjadi Ahli Parlimen, rakan-rakan Cina di Pandan beritahu saya, kalau nak tengok ada peluang menang ke tidak, tengok masa edar limau mandarin di pasar sebelum Tahun Baru Cina. Sejak itu, bermula dari 2012, saya tidak pernah tertinggal bertemu penduduk di Pasar Pagi Taman Muda setiap tahun. Setiap yang kami jumpa, saya akan senyum dan ucap “Gong Xi Fa Cai”. Kadang-kadang “Gong Xi Fa Cai”, kadang-kadang “Kong Hee Fatt Choi” ha3. Setiap seorang dua biji. Pantang bagi hanya sebiji. Sebab hadiahkan limau mandarin ini ada maknanya kepada masyarakat Cina. Limau mandarin dalam bahasa Hokkien dan Kantonis disebut “kam” atau “gam”, yang bunyinya dekat dengan “emas”. Memberi limau mandarin melambangkan harapan kita si penerima akan diberikan rezeki yang lebih baik untuk tahun baru. Memberi dua biji limau mandarin bermakna kita berharap rezeki itu berganda-ganda. Selepas 14 tahun, saya amat berterima kasih kepada penduduk Pandan yang masih lagi tersenyum dan menyambut saya dengan gembira, setiap kali saya berjumpa untuk memberi limau mandarin kepada mereka. Ada yang komen saya makin gemuk. Ada yang kata saya sudah kurus. Ada makcik yang masih memanggil saya lengchai sebab dia ingat saya masih lagi budak 30an yang dia jumpa 15 tahun dahulu. Menjadi Ahli Parlimen di kawasan campuran seperti Pandan (50% Melayu dan 50% bukan Melayu) memang ada cabarannya. Isu bagi setiap masyarakat berbeza. Ada sensitiviti yang perlu dijaga. Pendirian kita dalam banyak perkara juga sering dipantau, dengan pandangan yang berbeza dari setiap kumpulan masyarakat. Tetapi ada satu kelebihan. Pengalaman saya memberi khidmat kepada pengundi Cina ini, selalunya tidak memerlukan modal yang besar. Mereka menilai kita berdasarkan konsistensi pendirian kita, usaha kita menyelesaikan masalah setempat seperti longkang dan sampah, serta kelantangan kita menentang rasuah dan melindungi hak rakyat. Mereka tidak menuntut peruntukan, sumbangan dana atau majlis besar-besar untuk mereka. Asalkan kamu buat kerja dan mereka memerhati dari jauh. Semoga keadaan ini kekal dan saya terus disambut senyuman di tahun baru Cina yang mendatang.

Rafizi Ramli

31,338 Aufrufe • vor 4 Monaten

𝗣𝗘𝗥𝗞𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗦𝗜𝗔𝗦𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗦𝗔𝗬𝗔 Bulan Ogos 2025, ada serangan ke atas anak saya dan ugutan kepada isteri saya. Mesejnya simple: kalau saya terus bersuara, mereka nak cucuk AIDS. Saya tidak pernah menulis surat, atau tanya perkembangan siasatan secara terbuka. Saya serah kepada Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab mengawal selia PDRM, badan yang menyiasat. Lagi pun Menteri Dalam Negeri, Saudara Saifuddin Nasution Ismail, adalah kawan lama yang saya dah kenal sejak 1998 lagi. Untuk tempoh masa yang lama, saya panggil dia “abang”. Saya kenal rapat keluarga beliau dan beliau kenal isteri dan anak saya. Jadi saya serah amanah itu kepada beliau. Memang saya tidak pernah dapat apa-apa maklumbalas, secara rasmi atau tidak rasmi. Kalau ada kemaskini siasatan pun, itu dari media saja. Saya membaca laporan sama macam rakyat yang lain. Akhir November 2025, Saudara Saifuddin minta untuk adakan pertemuan. Kami pun jumpa di parlimen pada 1 Disember 2025. Lebih sejam kami berjumpa, bincang macam-macam. Saya lagi banyak dengar dari bercakap, seperti biasa bila saya jumpa pimpinan PKR ha3. Saya ingat sebab dia tak sampai hati dah berbulan-bulan tak de maklumat atau hasil siasatan mengenai kejadian serangan, dia ada berkongsi beberapa perkembangan dan sudut-sudut siasatan. Saya pun masukkan soalan di parlimen untuk beliau sahkan secara rasmi di Dewan Rakyat maklumat-maklumat yang dia kongsi dengan saya pada 1 Disember 2025 itu. Minggu ini, beliau jawab dan seperti yang saya dah agak, beliau kena bagi jawapan pentadbiran lah, iaitu tak boleh dedah takut ganggu siasatan. Saya pun tak ambik hati. Sebab anak kita yang kena, takkan orang lain faham perasaan kita. Malah saya berterima kasih kerana jawapan Menteri Dalam Negeri itu mengesahkan dua perkara: Pertama, perjumpaan dengan saya pada 1 Disember itu benar-benar berlaku. Ya lah takkan dia nak menafikan CCTV kat Parlimen semua ada. Kedua, bahawa memang beliau berkongsi maklumat mengenai perkembangan dan sudut siasatan kes itu dalam pertemuan dengan saya pada 1 Disember 2025. Cuma dia tak leh kongsi secara terbuka saja. Itu saja yang saya nak sebenarnya. Saya pun realistik takkan lah beliau akan kongsi apa yang beliau beritahu kepada saya. Sebab saya pun faham dalam sistem kita, kalau tidak ada kuasa, proses nak cari dalang kes macam ini memang jadi lama. Silap-silap hari senyap begitu saja bila dirasakan orang sudah lupa. Nanti saya tunggu lagi, kalau dirasakan siasatan tak ke mana, saya sendiri akan tulis surat kepada Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan PDRM mengusulkan supaya siasatan dihentikan dan NFA saja kes ini. Jangan buang masa anggota polis kat bawah yang hanya menurut perintah. Lagi pun, Perdana Menteri juga yang beriya-iya keluar kenyataan cepat-cepat suruh siasatan dibuat secara telus. Kalau dah lebih 6 bulan tapi tak ke mana, malu lah PMX. Baik saya yang volunteer suruh tutup saja siasatan untuk jaga air muka PMX. Apa yang dah jadi tu dah jadi. Saya redha dan Insya Allah, kami sekeluarga lebih yakin dengan doa dari bergantung kepada budi bicara manusia, agar perkara sebegini tidak akan berulang lagi kepada sesiapa pun di negara ini. Yang nak kena pertahan reputasi di mata rakyat ni bukan anak saya yang kena serang. Yang nak kena jawab dengan rakyat nanti adalah orang-orang besar belaka, mereka tahulah apa jawapan nak diberi satu hari nanti.

Rafizi Ramli

131,412 Aufrufe • vor 5 Monaten

KEHEBATAN ANAK MUDA Melintas nama Syed Ali di timeline berkali-kali harini. So aku kongsikan petikan video yang mengandungi soalan panas dan kritikal dari beliau untuk sesiapa yang terlepas nak menonton temu anwar Johor. Yang paling menarik perhatian adalah soalan kedua beliau tentang reformasi penerangan. Aku suka cara dia susun ayat untuk menyoal disamping dengan jelas dan berani memetik terus pihak-pihak yang terlibat secara langsung dalam isu yang dia cuba highlight. Tapi maaflah, jawapan dari PMX bagi aku tak berapa solid. Sedangkan soalan Syed Ali tu cukup jelas dah bagitau tentang kelemahan dan kekurangan media/penerangan PH. PMX mintak mahasiswa pulak yang tolong cover. Lepastu bagi contoh fitnah-fitnah yg dah berlegar. Ya, wahai Anwar Ibrahim kami pun dah cukup maklum dah dengan segala fitnah yang berlegar. Soalan pentingnya sekarang, bila dan macamana nak reform penerangan PH/unity gov ni? Bagi ada pasukan penerangan kerajaan yang mantap supaya tak kena buli dengan permainan fitnah pembangkang? Punya teruk kerajaan perpaduan ni jadi mangsa naratif pembangkang sampai tahap pembangkang nampak lagi kuat dari kerajaan dan kerajaan pulak nampak mcm pembangkang. Even di pejabat-pejabat kerajaan, naratif pembangkang lah yang lebih menjadi buah mulut makcik dan pakcik bawang kaki forward berita palsu dalam group whatsapp tempat kerja. Sampai bila nak suruh orang bekap kerajaan secara probono? Agensi-agensi dengan jabatan sedia ada tu untuk apa? Sampai bila nak bagi depa syok goyang teloq ja? Depa tu dibayar dengan duit rakyat tau untuk buat kerja-kerja penerangan, tangkis fitnah apa semua. Kalau tak boleh berfungsi dengan baik, then mansuhkan ja la dari baziaq dok bela isi tembolok depa tapi takdak hasil. Selagi tiada reformasi penerangan, selagi itulah kerja keras kerajaan perpaduan ini akan jadi sia-sia dan ditenggelami dengan segala fitnah dan tohmahan jijik pihak lawan. So jangan buang masa, REFORM!

Injang

256,420 Aufrufe • vor 2 Jahren

𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗣𝗞𝗥, 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗜𝗞𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗟𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗦𝗜𝗡𝗚-𝗠𝗔𝗦𝗜𝗡𝗚 Saya telah menghantar borang keluar parti melalui aplikasi ADIL yang menguruskan keahlian PKR. Permohonan keluar parti ini saya hantar selepas dapat pengesahan bahawa surat perletakan jawatan saya sebagai ahli parlimen telah diterima oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul. Segala bukti penghantaran boleh dirujuk di video. Semuanya dibuat teratur mengambil kira prinsip demokrasi dan keperluan undang-undang. Saya kosongkan kerusi untuk memulangkan semula mandat kepada rakyat. Ada yang tanya beberapa soalan: adakah saya boleh bertanding balik lepas ini? Jawapan: Ya, sebab peruntukan ahli parlimen yang mengosongkan kerusi tidak boleh bertanding 5 tahun itu telah dipinda semasa pindaan Perlembagaan tahun 2022 untuk memperkenalkan Akta Lompat Parti. Ada juga yang bertanya adakah lepas ini akan ada pilihan raya kecil Pandan dan Setiawangsa? Jawapan: Mengikut Perlembagaan, PRK tidak perlu diadakan sekiranya kekosongan berlaku selepas 3 tahun. Ia hanya dipanggil sekiranya kekosongan itu menjejaskan majoriti kerajaan hingga boleh menumbangkan kerajaan, mengikut tafsiran Speaker Dewan Rakyat. Jadi sepatutnya tidak ada PRK, tetapi kita tunggu keputusan rasmi dari Speaker. Saya keluar dari PKR setelah saya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen, jadi isu lompat parti tidak berbangkit. Ia juga tidak tertakluk kepada bon RM10 juta yang dikenakan oleh PKR kepada Ahli Parlimennya, kerana perjanjian itu secara jelas mengatakan bon tidak terpakai sekiranya ahli parlimen itu mengosongkan kerusi parlimen sebelum keluar parti. Saya tahu Setiausaha Agung PKR sibuk gebang dia ada bukti screen shot kononnya saya masuk BERSAMA lebih awal, cuba lah dia bawak bukti screen shot dia ke mahkamah. Mesti kena gelak dengan satu Malaysia. Pembuktian keahlian sesuatu parti di mahkamah ialah rekod dari parti yang disertai. Rekod BERSAMA boleh tunjukkan secara jelas yang saya tidak menyertai BERSAMA sehinggalah saya telah meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen dan sebagai anggota PKR. Saya kini kembali seperti rakyat Malaysia yang lain - tiada pangkat, tiada jawatan dan bermula dari bawah semula. Malah saya kini menjadi penganggur sekali lagi. Tapi saya tenang dan gembira. Dalam politik, kita mesti yakin bahawa perjuangan kita itu akan membawa kebaikan kepada rakyat. Bukan sahaja membawa kebaikan tetapi mengurangkan kerosakan kepada masyarakat. Kita diajar bahawa hidup ini mestilah amar maaruf nahi mungkar. Kalau tidak dapat melawan dengan tangan, bersuaralah. Paling lemah, tidak bersetuju dalam hati. Saya telah mengabdikan hampir keseluruhan hidup dewasa saya untuk membina PKR. 28 tahun adalah masa yang lama, saya kini berumur 49 tahun. Saya telah melalui proses yang ada ketikanya saya tidak bersetuju dalam hati, kerana pada ketika itu saya hanyalah seorang pimpinan junior. Keputusan akhir itu bukan terhenti di peringkat saya, amanah itu dipegang pimpinan terkanan. Bila saya menjadi orang nombor dua, saya adalah salah seorang pimpinan terkanan. Saya telah bersuara kerana the buck stops at me. Kini sampai ke peringkat saya perlu melawan dengan hati, suara dan tangan - sebab itu berhijrah ke parti baru menjadi satu keperluan. BERSAMA masih kecil, masih kain putih dan boleh dibentuk. Saya tidak menyesal atau kecil hati menghabiskan masa 28 tahun membina PKR sehingga PKR jadi kerajaan persekutuan. Saya tidak pernah buat semua itu untuk mendapat pujian, balasan atau pangkat. Saya tahu saya bukan seorang yang wara’ dan perlu cari pahala sebanyak yang mungkin. Saya kira itu tanggungjawab fardhu kifayah dan Insya Allah, ada lah pahala dan bahagian saya. Kepada yang mengikuti saya, kalau kena dengan jiwa, sertailah BERSAMA. Lawati dan daftar jadi ahli. Jangan lagi gundah gulana pasal PKR, berhijrahlah dengan hati yang terbuka dan tenang. Tinggalkan apa-apa yang toksik itu dalam PKR, kita tumpu untuk membesarkan Kancil supaya ia boleh bawa kebaikan kepada masyarakat. Tumpu kepada 12 Agenda Kancil, bahaskan, bedah siasat dan sampaikan setiap dari 12 agenda ini kepada masyarakat. Kepada kawan-kawan yang kekal di dalam PKR dan PH, saya doakan yang baik-baik sahaja. Pesan saya hanya satu; berkata benarlah kepada pimpinan walaupun itu perkara yang paling susah kita nak buat. Kepada rakyat Malaysia, saya doakan kita diberi kelapangan untuk menumpukan kepada masa depan. Yang muda-muda ini akan bergantung kepada kematangan dan kewarasan kita, that’s the least we owe them. Terima kasih, jangan lupa daftar menjadi ahli BERSAMA di

Rafizi Ramli

63,110 Aufrufe • vor 1 Monat

𝗚𝗔𝗝𝗜 𝗘𝗟𝗔𝗨𝗡 𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗣𝗔𝗥𝗟𝗜𝗠𝗘𝗡 𝗡𝗜 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜-𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜, 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥𝗡𝗬𝗔 𝗔𝗣𝗔 𝗗𝗜𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗨𝗔𝗧? Kalau ada satu perkara yang lebih dari 90% rakyat Malaysia sependapat, ialah gaji dan elaun ahli parlimen terlalu tinggi. Baru-baru ini, saya kongsi slip gaji sebagai Ahli Parlimen. Gaji pokok RM16,000 dan elaun RM9,700, jumlah gaji dan elaun bulanan adalah RM25,700. Ada dua saja pandangan yang dominan. Paling dominan, pandangan bahawa ahli parlimen makan gaji buta dan dibayar terlalu tinggi. Ada satu lagi pandangan minoriti ialah gaji ahli parlimen adalah berpatutan, malah rendah berbanding dengan gaji di sektor swasta, yang mana pengurusan pertengahan pun dibayar lebih RM20,000 sebulan. Bagi saya, sebelum kita boleh nilai gaji itu tinggi atau rendah, kita kena nilai dulu apa sebenarnya kerja yang perlu dibuat. Jadi sebenarnya, apa kerja Ahli Parlimen ni? Jawapan standard ialah Ahli Parlimen buat undang-undang. Tapi betul ke Ahli Parlimen di Malaysia ni kerjanya buat undang-undang? Oleh kerana Malaysia mewarisi sistem parlimen Westminster, sebenarnya Ahli Parlimen Malaysia tidak membuat undang-undang. Undang-undang dibuat oleh kerajaan melalui Jemaah Menteri atau Kabinet. Ini berbeza dari sistem di Amerika Syarikat, yang mana kuasa membuat undang-undang itu benar-benar berada di tangan ahli parlimen, iaitu Ahli Kongres atau Ahli Senat. Mereka akan mencadangkan undang-undang, kemudian melalui proses semakan di Jawatankuasa Parlimen, dipinda di peringkat mereka, dibahaskan di Kongres dan Senat, kemudian menjadi undang-undang. Cabang eksekutif yang diketuai oleh Presiden hanya melaksanakan. Jika pun Presiden atau cabang eksekutif hendak memperkenalkan undang-undang, cadangan undang-undang itu mesti diperkenalkan oleh ahli parlimen dan melalui proses yang sama. Tetapi kita mengikuti sistem Westminster, yang mana ahli parlimen perlu menurut keputusan parti dan mengundi mengikut arahan parti. Draf undang-undang pula hanya diperkenalkan oleh kerajaan dan dibuat oleh penjawat awam. Bila sampai ke parlimen, paling hebat pun boleh bercakap sana sini tetapi akan tetap diluluskan kerana kerajaan sudah tentu ada majoriti di Parlimen dan ahli parlimen kerajaan wajib menyokong akta yang dicadang kerajaan itu. Keadaan lebih baik sedikit sekarang berbanding di zaman BN semasa saya mula-mula menjadi ahli parlimen. Paling kurang, sekarang ada Select Committee atau JK Terpilih Parlimen yang sepatutnya menyemak dahulu draf undang-undang dari kerajaan untuk diberi maklum balas, sebelum dibentangkan pada bacaan kedua untuk diundi. Dulu zaman BN, langsung tak ada dan apa-apa yang Perdana Menteri nak, memang jadi undang-undang. Jadi bila Ahli Parlimen di Malaysia bukanlah sebenarnya ada kuasa buat undang-undang, apa fungsi Ahli Parlimen? Bagi saya, Ahli Parlimen atau ADUN ini adalah wakil rakyat. Maka tugasnya adalah menjadi suara rakyat dalam beberapa aspek. Contohnya, menjadi suara rakyat menghubungkan dengan jabatan-jabatan kerajaan agar kes rakyat atau pandangan rakyat diambil kira, atau membela rakyat dalam kes yang rakyat menjadi mangsa. Satu lagi contoh, menjadi suara rakyat membawa isu-isu yang ada kesan besar kepada rakyat. Satu lagi contoh, menjadi suara rakyat membawa idea-idea yang boleh membawa perubahan dalam masyarakat dan negara untuk kebaikan rakyat. Sebagai rakyat biasa, saya menilai mutu seseorang Ahli Parlimen itu berdasarkan perkara-perkara di atas. Saya sama sekali tidak bersetuju jika dikatakan mutu Ahli Parlimen itu diukur atas persembahannya di Parlimen semata-mata kerana itu adalah yang paling minima. Yang sama penting ialah kerajinan, kemampuan dan keberkesanan memainkan peranan sebagai suara rakyat dalam perkara-perkara yang ada kesan kepada rakyat. Sebab itu juga saya kurang bersetuju kalau KPI seorang Ahli Parlimen ialah berapa banyak kenduri yang dihadiri, atau berapa banyak kali tunjuk muka merasmikan acara. Jadi kepada persoalan berbaloikah bayar RM25,700 sebulan kepada Ahli Parlimen anda, agaknya ia bergantung kepada nilai yang dibawa oleh Ahli Parlimen tersebut berdasarkan fungsi yang patut mereka mainkan, seperti yang saya sebut tadi.

Rafizi Ramli

21,451 Aufrufe • vor 9 Monaten

Seminggu Kesum dibuka. Dua minggu saya tak cukup tidur. Ramai nampak harga RM5 dan ramai juga tanya macam mana kami boleh kekalkan harga macam tu. Sebenarnya, setiap hari kami fikir satu benda saja: boleh tak model macam ni bertahan lama tanpa bank, tanpa kerajaan, dan hanya dengan sokongan orang ramai? Margin Kesum memang sangat nipis. Yang paling mencabar sebenarnya operasi harian: • Hidangan kena siap dalam 5 minit • Krew dapur tak boleh lebih 3 orang atau setiap hidangan mula rugi • Dapur kena disusun macam production line fryer, plating, bekalan contohnya seperti ayam sampai pukul berapa. Ini semua bukan sebab kami nak kedekut krew atau nak tunjuk hebat. Ini kerana Kesum adalah eksperimen, bukan kedai makan biasa. Kami sedang uji beberapa perkara penting: • Boleh tak perniagaan sosial dengan margin rendah tapi jumlah jualan tinggi (𝘷𝘰𝘭𝘶𝘮𝘦) bertahan? • Boleh tak kita bina model modal yang lebih adil supaya lebih ramai anak muda dan orang biasa boleh mula berniaga tanpa kos tinggi? • dan kalau rakyat sendiri boleh buktikan model ni berfungsi barulah kita boleh tekan bank dan kerajaan tak boleh bagi alasan lagi. Kalau orang biasa boleh jalankan model ni, tidak ada sebab sistem kewangan dan kerajaan tak boleh sokong. Terima kasih kepada semua yang datang dan sanggup beratur. Terima kasih besar juga kepada krew yang bertahan walaupun kami masih belajar dan betulkan banyak kelemahan. Jangan biar Kesum jadi viral dua minggu saja. Perjuangan ini lebih besar daripada sepinggan nasi RM5. Tonton episod penuh di Podcast YBM Episod 22 kalau nak faham keseluruhan model Kesum dan Fleximart dan kenapa kami pilih jalan perusahaan sosial.

Rafizi Ramli

74,367 Aufrufe • vor 8 Monaten

𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥𝗡𝗬𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗝𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗞 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗙𝗥𝗘𝗦𝗛 𝗚𝗥𝗔𝗗𝗨𝗔𝗧𝗘 𝗡𝗜? Saya rasa banyak polemik yang berlegar di kalangan orang atas tidak banyak yang menyentuh cabaran seharian yang dihadapi terutamanya Gen Z yang dibawah umur 28 tahun ini. Kita akan selalu dengar pembangkang memainkan isu kos sara hidup. Tiada siapa yang menafikan kos sara hidup adalah isu nombor satu Malaysia, malah di seluruh dunia. Tetapi selain kos sara hidup, bagi Gen Z, cabaran paling besar ialah mendapatkan pekerjaan yang boleh bagi ruang untuk membina kerjaya di masa hadapan. Dengan prospek kerjaya yang baik, ia akan memberi peluang kepada pendapatan yang stabil dan keupayaan mobiliti sosial untuk membina hidup yang lebih baik di masa hadapan. Data-data ekonomi menunjukkan Gen Z berhadapan cabaran besar membina kerjaya, seperti berikut: 1. Pengangguran di kalangan orang muda sebenarnya tinggi, iaitu sekitar 10% bagi tempoh 2024 hingga awal 2025, berbanding pengangguran purata nasional yang hanya 3.2% (dari data DOSM) 2. Ini selari dengan kajian Bank Dunia, yang menunjukkan 13.4% anak muda berumur 16 hingga 24 tahun dalam kategori NEET (Not in employment, education or training). Maksudnya ada 13.4% dari kalangan ini, lepas sekolah, tidak buat apa-apa 3. 33 hingga 37% dari graduan bekerja dalam pekerjaan yang dibawah kelulusan mereka, yang dipanggil under-employment 4. Kita ada fenomena yang dipanggil “wage compression” iaitu gaji bagi pekerja bawahan tanpa kemahiran sebenarnya meningkat jauh lebih laju dari gaji permulaan graduan atau pekerja berpengalaman atau pekerja separa kemahiran. Ini adalah disebabkan oleh gaji minima. Sementara majikan terpaksa menaikkan gaji minima kepada pekerja kurang berkemahiran kerana itu kehendak undang-undang, mereka terpaksa menampung kenaikan itu dengan memperlahankan kenaikan gaji pekerja yang lebih atas 5. Jurang kemahiran antara graduan dan kehendak pasaran masih tinggi, terutamanya dalam sektor yang banyak kekosongan seperti yang berkaitan teknologi dan sains. Contohnya, jurutera perisian untuk rekabentuk cip semikonduktor boleh mencecah RM6,000 sebulan untuk fresh graduate, tetapi kita tidak cukup graduan yang memenuhi kelayakan akademik dan kelulusan untuk mengisinya 6. Ada ketidakpadanan di antara lulusan universiti dalam bidang-bidang yang tidak menawarkan banyak peluang pekerjaan, sedangkan dalam bidang-bidang teknikal tertentu ada kekosongan yang tidak dapat diisi kerana tidak cukup lulusan yang memenuhi kriteria Akhirnya, negara kita berhadapan dengan masalah yang mengundang semua pihak saling menuding jari: Gen Z dan graduan mengeluh susah nak dapat pekerjaan. Ada yang menuding jari kepada majikan atau kerajaan. Majikan mengeluh susah nak cari cari pekerja yang memenuhi kriteria dan kelayakan. Ada yang menuding jari kepada graduan atau kerajaan. Kerajaan? Terpulang nak tuding jari kepada sesiapa pun, tetapi tidak boleh lari dari cuba menyelesaikan masalah ini. Sebahagian dari masalah ini berpunca dari perkara struktur. Contohnya struktur ekonomi yang tidak sampai ke tahap nilai tinggi, maka pekerjaan dalam kategori gaji tinggi tidak banyak berbanding dengan negara-negara maju. Soal struktur ini adalah tanggungjawab kerajaan. Kalau kerajaan berjaya mewujudkan dan membangunkan sektor ekonomi bernilai tinggi, struktur ekonomi itu akan berubah secara berfasa. Tetapi ada perkara di dalam kawalan majikan, graduan dan pekerja. Majikan perlu menerima hakikat bahawa graduan dan pekerja perlu dilatih secara berterusan, terutamanya dalam bidang-bidang yang lebih teknikal. Majikan juga perlu tahu bahawa jika gaji yang dibayar tidak berpadanan dengan kelayakan, pekerja akan selalu lari yang mengganggu operasi perniagaan. Majikan juga perlu terbuka untuk mengambil fresh graduate yang tidak semestinya keluar universiti dengan kelulusan yang diiklankan, tetapi dalam bidang teknikal yang hampir sama tetapi boleh dilatih. Banyak majikan akan kata: kami dah buat semua ini tetapi masih bermasalah. Jadi apa yang majikan nak sebenarnya dari fresh graduate ni? Oleh kerana majikan tahu hampir semua fresh graduate perlu dilatih semula, dari pengalaman saya, majikan tidak melihat kepada kelayakan akademik semata-mata. Mereka melihat kepada potensi dan sikap calon yang ditemuduga. Oleh itu, kepada fresh graduate, ini kualiti yang dicari oleh majikan: 1. Prestasi akademik yang stabil. Tidaklah perlu mendapat ijazah kelas pertama, tetapi ada konsistensi akademik dari SPM hingga habis ijazah. Sebaiknya dalam quartile pertama dan kedua. 2. Paling penting, keupayaan untuk terus belajar. Bukanlah tahu semua perkara, tetapi ada keinginan dan curiosity untuk belajar perkara baru. 3. Self-starter, dalam bahasa mudah tidak perlu disuruh. Tahu apa yang dia tahu, tahu apa yang dia tak tahu. Untuk laksanakan tugas dia, kalau dia tak tahu, dia usaha untuk tahu, sama ada belajar dari senior, Google or ChatGPT. 4. Berdisiplin dan matang. Tahu membezakan tanggungjawab kepada syarikat dan rakan kerja, dengan keperluan dan keinginan peribadi. Tahu sumbangan yang perlu dibuat agar pasukan atau syarikat dapat bertahan. Tahu tanggungjawab minima yang perlu dilaksanakan. Mesti kena kecam dengan Gen Z lepas ni. Tapi jangan hanya kecam, kalau tak setuju bagi hujah kenapa tidak setuju.

Rafizi Ramli

22,903 Aufrufe • vor 9 Monaten

𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗞𝗥 𝗜𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗣𝗞𝗥 𝗗𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗡𝗜 𝗣𝗘𝗖𝗔𝗧 𝗥𝗨𝗣𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗞𝗢𝗡𝗔𝗥 𝗕𝗔𝗥𝗜𝗡𝗚 𝗦𝗧𝗬𝗟𝗘 𝗕𝗟𝗢𝗖𝗞 𝗖𝗛𝗔𝗜𝗡 𝗝𝗨𝗚𝗔𝗞 Satu perkara yang membezakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah soal keberanian dalam membuat keputusan. Kalau saya dalam Bersatu, dah lama saya kena pecat. Tapi Dato’ Seri Anwar, seperti yang saya pernah sebut dalam podcast, kalau boleh dia nak semua orang buat untuk dia. Apa yang saya sebut sebelum ini sebagai entitlement yang dia ada. Dia rasa hak dia supaya orang berkorban untuk dia kerana dia pemimpin besar. Bila sampai kepada kes saya, bila saya kritik dia, orang ingat dia akan tunjuk keberanian dengan memecat saya. Mana-mana pemimpin lain, dah lama akan pecat. Tapi Dato’ Seri Anwar dan PKR, dia nak suruh saya tolong selesaikan masalah itu bagi pihak dia. Sebab kalau dia pecat, maka saya akan kekal sebagai Ahli Parlimen. Dia nak saya isytihar keluar, kemudian Speaker dari PKR isytihar saya bukan lagi Ahli Parlimen. Puas hati mereka, padan muka kau. Tapi mereka nak saya tolong masak, tolong hidang dan mereka makan. Sama seperti sebelum ini - Dato’ Seri Anwar dan PKR nak saya kerja separuh mati angkat dia, keluar masuk lokap dedahkan skandal supaya orang sokong PKR, tapi bila dia dah jadi Perdana Menteri, ikut suka dia nak buat apa. Orang Barat kata “he wants to have a cake and eat it too”. Berbalik kepada cerita surat dari PKR. Ini saya kongsikan perangai Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh. PKR hantar surat tunjuk sebab kepada saya atas alasan saya telah isytihar keluar parti. Kononnya saya isytihar keluar parti bila saya sebut saya akan bertanding di PRU16 tetapi bukan atas tiket PKR. Itu perancangan apabila Dewan Rakyat dibubarkan dan saya tidak lagi terikat dengan Akta Anti-Lompat Parti. Setelah saya tidak lagi menjadi Ahli Parlimen, memang terpulang kepada saya nak buat apa. Selagi saya Ahli Parlimen dan saya tidak menghantar surat keluar dari parti, atau saya tidak mengisytiharkan saya telah menyertai parti lain, maka saya kekal sebagai anggota PKR dan Speaker tidak boleh memecat saya dari Parlimen. Konar baring dari Fuziah Salleh ni, kalau kita guna pakai kepada kes Anwar Ibrahim di masa lalu, lagi memalukan. Bayangkan sebelum-sebelum ini dalam tahun 2020-2021, Anwar sering mengumumkan yang beliau bakal menjadi Perdana Menteri kerana telah cukup Ahli Parlimen yang menyokongnya. Katanya dia telah dapat sokongan yang “strong, formidable and convincing”, hingga hampir sokongan dua pertiga. Bila wartawan tanya butiran, siapa, parti mana - Anwar pada ketika itu jawab: “biarlah ahli-ahli parlimen yang menyokong saya ini yang memberi respons, daripada saya bagi maklumat lanjut”. Pakai logik yang PKR sedang gunakan sekarang, dengan pengumuman Dato’ Seri Anwar yang beliau telah cukup sokongan dan AKAN menjadi Perdana Menteri, maka beliau TELAH jadi Perdana Menteri. Kita semua tahu itu tidak benar. Beliau hanya jadi Perdana Menteri setelah PH menjadi blok terbesar selepas PRU15. Undang-undang tidak diputuskan berasaskan niat semata-mata. Ahli Parlimen ada niat masing-masing dan perancangan masing-masing dalam PRU16, tetapi kerusi parlimen hanya gugur kalau dia umum keluar parti atau masuk parti lain secara sah dan rasmi. Konar baring dari Fuziah Salleh ini tidak ubah seperti konar-konar baring semasa pemilihan PKR tempoh hari - dari pertukaran sistem mengundi, kepada block chain, kepada keengganan membuka peti undi untuk diaudit. Sekarang konar baring itu hendak digunakan untuk menggugurkan saya dari Parlimen, walaupun saya tidak isytihar keluar parti. Saya akan balas dan jelaskan seperti ini kepada Fuziah Salleh dan PKR. Lepas itu, kamu nak buat apa pun buatlah. Sebab saya yakin Allah melihat semuanya.

Rafizi Ramli

169,662 Aufrufe • vor 4 Monaten

𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗗𝗜𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗕𝗜𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗘𝗪𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗥𝗠𝟯.𝟲 𝗕𝗜𝗟𝗟𝗜𝗢𝗡, 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗕𝗔𝗡𝗬𝗔𝗞 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗦 𝗡𝗔𝗝𝗜𝗕 𝗥𝗔𝗭𝗔𝗞 Jangan lupa tonton podcast YBM hari Jumaat ini, 20 Februari 2026 bermula jam 10 malam di saluran YouTube saya. Kami akan rakam pagi Jumaat dan disiarkan bermula jam 10 malam selepas solat tarawih. Isu yang saya akan kupas minggu ini memang berat: Saya akan jawab dan huraikan dua tuduhan salah laku yang kini disiasat oleh SPRM. Satu berhubung perjanjian negara dengan ARM, syarikat cip semikonduktor gergasi dunia. SPRM telah buka kertas siasatan, kononnya untuk menyiasat adakah ia dilakukan secara tergesa-gesa dan telah merugikan negara. Ini yang jadi bahan berita konon “bekas menteri kanan disiasat berhubung dakwaan salah laku RM1.1 billion”. Satu lagi mengenai satu projek swasta yang tidak ada kena mengena dengan Kementerian Ekonomi, iaitu projek solar terbesar 750 MW oleh UEM Lestra. Saya dituduh menganugerahkan kontrak kepada sebuah syarikat yang kononnya berkait dengan saya. Ini jadi satu lagi bahan fitnah yang dijaja oleh Caprice dan diulang oleh ceplos-ceplos, konon “Rafizi terbabit kes rasuah RM2.5 billion”. Semua ini timbul secara tiba-tiba dalam tempoh tidak sampai seminggu. Tidak seperti kes yang lain, SPRM tidak menunjukkan bukti. Tidak ada rampasan ratusan juta atau jongkong emas. Tidak ada bukti ratusan juta dalam akaun saya. Malah, satu bukti pun tidak ada tetapi beriya-iya dijaja jadi bahan berita. Ini masalahnya apabila ada pihak yang terdesak menggunakan fitnah. Saya dituduh terbabit kononnya di dalam skandal yang nilainya melebihi nilai yang diambil Dato’ Seri Najib. Dato’ Seri Najib disabitkan bersalah bila ada RM2.3 bilion masuk akaun peribadi dari dana 1MDB. Saya kini dituduh terbabit kononnya dalam dua skandal kewangan yang jumlahnya RM3.6 bilion - fuyooooo lagi banyak dari Najib! Mereka yang membangunkan skrip fitnah ini tidak terfikir perkara ini tidak masuk akal. Fitnah selalunya berakhir dengan overkill. Oleh kerana tidak ada cerita, maka cerita yang dibuat itu perlu diperbesar-besarkan supaya nampak teruk, lama-lama jadi overkill. Kami yang GenX ke atas ni dah melalui semua ini zaman reformasi dahulu - fitnah yang menjadi overkill. Tilam diusung untuk tunjuk air mani. Semua cerita lucah jadi bahan laporan setiap hari. Kami yang rakyat biasa turun membela Anwar Ibrahim yang jadi mangsa fitnah kerana sepak terajang kuasa. Malangnya, Anwar Ibrahim kini membenarkan fitnah yang overkill dijaja oleh penyokong-penyokongnya setiap hari, kerana kali ini ia digunakan terhadap seorang yang dia sendiri mengaku dia menyampah. Benarlah manusia ini mudah lupa. Jadi nak dengar kupasan penuh, jangan lupa tonton YBM hari Jumaat ini, 20 Februari 2026 bermula jam 10 malam.

Rafizi Ramli

63,736 Aufrufe • vor 4 Monaten

𝗧𝗢𝗣 𝟭𝟬 𝗬𝗕𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟱 Podcast YBM minggu ini pada 26 Disember, 9 malam adalah episod ke-28, iaitu episod terakhir bagi tahun ini. Kita akan ada satu segmen khusus yang membedah kembali 10 perkembangan terbesar dalam negara sepanjang 2025. Selain dari senarai yang kami sediakan, kami juga nak semak sama ada senarai itu bertepatan dengan senarai penonton. Boleh klik pautan di sini untuk senaraikan 10 perkembangan terbesar dalam negara sepanjang 2025. Kami akan sesuaikan senarai akhir itu dengan dapatan dari penonton. Klik pautan di sini: Saya ingin ambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih kepada semua yang setia mengikuti podcast YBM sejak kami mula setiap minggu dalam bulan Jun 2025. Saya ikuti statistik tontonan setiap minggu dan pasukan kami cari jalan untuk tingkatkan mutu supaya lebih ramai menonton dengan lebih lama. Selain dari jumlah tontonan atau views, kayu ukur sebenar ialah berapa lama kandungan yang ditonton bagi setiap 1 tontonan. Sebab YouTube mengira 1 view bagi setiap tontonan 30 saat. Ada yang menonton 30 saat tetapi terus ditukar, ada yang menonton sehingga 2 jam. Kedua-dua ini tetap dikira sebagai satu tontonan iaitu satu view. Alhamdulillah, prestasi tontonan podcast YBM bertambah baik kebelakangan ini. Pada awal siaran mingguan dalam bulan Jun 2025, jumlah tontonan memang lebih tinggi iaitu sekitar 150,000 view bagi episod itu, tetapi sebenarnya watch minutes, atau lama mana setiap tontonan, adalah sekitar 11 minit bagi setiap penonton. Kemudian, jumlah tontonan makin berkurangan dalam bulan Ogos ke Oktober, iaitu jumlah views hanyalah purata 40,000 setiap episod. Namun, walaupun jumlah views berkurangan, watch minutes terus meningkat, dari 11 minit bagi setiap penonton kepada 20 minit setiap penonton. Sejak November dan Disember, jumlah views naik kembali kepada purata 80,000 views setiap episod. Alhamdulillah, setakat minggu lepas, watch minutes telah mencecah 30 minit setiap 1 view. Dalam tempoh 6 bulan sejak Jun 2025, jumlah tontonan keseluruhan video podcast YBM dan video-video pendek dari podcast YBM adalah sekitar 4.5 juta views dan 1 juta watch hours, iaitu ia telah ditontonkan selama 1 juta jam. Statistik tontonan ini hanyalah berdasarkan kepada tontonan di platform YouTube, tidak megira tontonan di platform lain seperti TikTok, Facebook dan X. Saya bersyukur kerana dalam tempoh 6 bulan, podcast YBM telah mula ada pendengar tegar setiap minggu yang menonton tanpa berhenti sepanjang lebih 2 jam setiap episod. Saya harap perkara ini dapat diteruskan dan lebih ramai orang baru yang menonton setiap episod sepenuhnya setiap minggu, supaya jumlah watch minutes setiap satu penonton terus meningkat dari 30 minit kepada 40-50 minit selepas ini. Sekali lagi, terima kasih penonton setia setiap minggu. Jangan lupa tonton podcast YBM episod ke-28, iaitu episod terakhir bagi tahun 2025. Jangan lupa juga kongsi senarai 10 isu paling besar bagi 2025 yang perlu kami ulas minggu ini (rujuk pautan di bawah) Klik pautan di sini (Senarai 10 Perkembangan Terbesar Dalam Negara 2025):

Rafizi Ramli

10,623 Aufrufe • vor 6 Monaten

𝗝𝗔𝗠𝗘𝗦 𝗖𝗛𝗔𝗜, 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗠𝗘𝗦 𝗕𝗢𝗡𝗗 Cerita-cerita yang keluar dari SPRM kebelakangan ini seperti episod-episod K-Pop. Sejak Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dituduh terpalit dengan pelanggaran peraturan kepemilikan saham dan pendedahan hubungan mesra SPRM dengan mafia korporat oleh Bloomberg, saban beberapa hari kita akan didedahkan dengan episod terbaru yang banyak plot twist. Cuma daya khayalan kita tak pernah sampai ke plot twist episod terkini, iaitu kemunculan watak James Chai ala James Bond yang keluar dari Azam Baki. Penulis skrip di belakang tabir patut diberikan duit raya yang lebih tahun ini. Skrip ini mungkin boleh kita pitch kepada Netflix, satu hari nanti jadi siri hebat yang ditonton di seluruh dunia. Ikut naratif yang sedang dibangunkan pencatur-pencatur, James Chai ini adalah seorang anak Cina yang licik sehingga berjaya memperdaya keseluruhan kerajaan di dalam satu skandal penyelewengan berjumlah RM1.1 bilion. Bukan sahaja Amir Hamzah, seorang bekas CEO terpedaya, tokoh perbankan Malaysia yang banyak connection, Tengku Zafrul pun terpedaya. Kalau saya seorang sahaja yang terpedaya, kita boleh terima lagi. Menteri-menteri yang hebat-hebat seperti Gobind Singh Deo, Zambry Abdul Kadir dan Fahmi Fadzil pun turut terpedaya. Hebatnya James Chai ini, bukan sahaja menteri-menteri terpedaya, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, tokoh tersohor dunia juga terpedaya dengannya. Sebab itu dia kini diburu SPRM sebagai person-of-interest utama dalam skandal terbesar selepas 1MDB, iaitu penyelewengan sebanyak RM1.1 bilion. Sejak beberapa minggu lepas, rakyat terpaku dengan cerita skandal ini. Helaian ceritanya diselak satu persatu selang beberapa hari. Kementerian itu diserbu, Ketua Setiausaha itu disoal siasat. Dokumen itu diambil. Setiap kali SPRM bergerak, tindak tanduknya menjadi berita besar di paparan skrin media-media perdana. Tetapi liciknya James Chai ini mengalahkan Jho Low, sehebat James Bond spy ternama itu. Mana tidaknya, walaupun skandal ini dikatakan melibatkan RM1.1 bilion, sehingga sekarang SPRM tidak dapat menjejaki satu sen pun yang kononnya diselewengkan. Tidak seperti Jho Low yang harta dan wang seleweng dikesan di parti-parti mewah, akaun sulit, kondominium mewah di London dan New York, kapal layar mewah; setakat ini satu-satunya harta James Chai yang berjaya dikesan ialah sebuah Proton Persona model 2020. Macam mana dia boleh sembunyikan RM1.1 billion ini sampai tak dapat dikesan? James Chai juga berbisa dan tidak takut berdepan dengan SPRM, tidak seperti Jho Low. SPRM sehingga sekarang tidak dapat mengesan Jho Low. Bukan sahaja Jho Low, menantu Tan Sri Muhyiddin pun tak dapat dikesan. Jadi kita tidak terkejut SPRM tidak dapat mengesan anak Cina selicik James Chai ini. Setelah buntu, SPRM menyiarkan notis dikehendaki untuk mendapat maklumat di mana James Chai ala James Bond ini. Tapi hebatnya James Chai, tidak seperti Jho Low - dia bantu SPRM untuk cari dia dengan memberikan semua maklumat untuk menghubunginya. Di LinkedIn pun boleh, X pun boleh, di Substack pun boleh (malangnya tak ramai pegawai penyiasat yang biasa membaca di Substack!). Siapa James Chai ini? Macam mana anak Cina kurus keding ini berjaya memperdaya dari menteri-menteri hingga ke Perdana Menteri Malaysia yang tersohor itu? Bagaimana Azam Baki yang berjaya menjejaki dan mengesahkan derma diraja Saudi semasa 1MDB dahulu, tiba-tiba hilang punca dan tak jumpa cari James Chai? Manusia jenis apa memperdaya seluruh kerajaan dalam skandal penyelewengan RM1.1 billion tetapi hidup papa kedana? Tidak bernafsukah anak Cina ini? Saya akui jalan ceritanya cukup memukau. Penulis skrip dan pengarahnya mesti berbangga dengan hasil fiksyen ini. Kali terakhir rakyat Malaysia dihidangkan dengan fiksyen ala James Bond ini ialah semasa 1MDB dahulu. Azam Baki juga terlibat di dalam skripnya masa itu, sebab itulah agaknya jalan ceritanya kali ini sama berpusing-pusing seperti drama derma Saudi dahulu. Sebelum fiksyen drama derma Saudi 1MDB yang dibintangi Azam Baki, rakyat yang lebih tua pernah digamit satu lagi fiksyen bersimpang siur. Cuma genre yang lain dan bintang yang lain. Genre ketika itu memaparkan kelucahan melampau dan protagonis pada ketika itu bukan anak Cina kurus keding, tetapi seorang bekas Timbalan Perdana Menteri bernama Anwar Ibrahim. Fiksyen 1998 itu memaparkan tilam-tilam yang diusung untuk menunjukkan bekas air mani, selain dari pelakon-pelakon tambahan yang langsung tidak kena dengan watak dalam cerita itu. Seorang yang dikatakan tampan, langsung tidak tampan. Seorang yang dikatakan menawan, hanya orang sawan yang kata begitu. Maka akhirnya, Malaysia melengkapkan satu kitaran. Kalau fiksyen 1998 menggunakan tilam, fiksyen 2026 memaksa kita menggunakan imaginasi. Bayangkan wang-wang yang dicuri tetapi tidak dapat dibuktikan kecuriannya. Bayangkan pak-pak menteri diperdaya seorang anak Cina kurus keding. Skripnya berbeza, matlamatnya sama. Sekiranya kamu berani mengkritik yang berkuasa, aku akan ajar kamu. Tapi plot twist yang paling besar ialah: Siapa James Chai ini? James dibesarkan di dalam keluarga biasa, pergi ke sekolah menengah kebangsaan, mendapat 12A1 dalam SPM. Fasih berbahasa Melayu, fasih menulis di dalam bahasa Melayu, duduk di taman perumahan majoriti Melayu. Namun dia anak Cina, jadi dia tidak mendapat biasiswa. Keluarganya membayar sendiri yuran pengajian undang-undang yang mahal di UK. James membalasnya dengan mendapat tempat pertama keseluruhan di universitinya dalam jurusan undang-undang. Hasil kecemerlangan itu, James melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana ke Universiti Oxford. Bila balik ke Malaysia dan menduduki peperiksaan CLP (Certificate in Legal Practice), sekali lagi James menduduki tempat pertama di seluruh negara. Satu hari dalam tahun 2013, James mengetuk pintu saya. Ketika itu saya baru beberapa bulan menjadi Ahli Parlimen. James mahu menjadi intern saya. Dia tidak pilih ahli parlimen DAP, dia tidak pilih ahli parlimen Cina PKR, dia tidak pilih menteri MCA. Dia pilih ahli parlimen Melayu dari PKR. Sebabnya kerana saya dan James berkongsi satu pandangan yang sama. Bahawa manusia ini dilahirkan baik dan kita wajar saling belajar. Bagi seorang yang berumur 20 tahun pada tahun 2013, selepas keputusan PRU 2013, anak Cina kurus keding ini merasa terpanggil untuk menyumbang membina Malaysia yang saling berkasih sayang, bukan saling bermusuhan. Bila James ke UK dalam tahun 2015, saya galakkan beliau untuk terus mengambil tahu keadaan di Malaysia. Saya selalu sebut kepada anak-anak muda seperti James bahawa “a life without a higher purpose is a life not worth living”. James pun termakan kata-kata saya. Dia dan kawan-kawannya menubuhkan Malaysian Progressive UK (MPUK), seperti juga beberapa orang bekas intern saya menubuhkan Malaysian Progressive Australia (MPOZ). Kumpulan anak muda seperti James inilah yang berdemonstrasi membantah pemenjaraan Anwar Ibrahim kali kedua di London dan Sydney. Mereka juga yang menyertai BERSIH di kota-kota besar di seluruh dunia. Bila James balik ke Malaysia dalam tahun 2018, dia mahu memberikan 3 tahun usia muda menyumbang kepada reformasi dan membina Malaysia yang baru. James tidak bekerja di firma besar atau syarikat antarabangsa, James memilih untuk bekerja di INVOKE bersama-sama anak muda lain, sehinggalah tahun 2021. Saya rasa serba salah untuk mengacau hidup dan kerjayanya apabila saya diberi amanah menjadi Menteri Ekonomi di hujung tahun 2022. Tetapi berkhidmat untuk negara itu adalah dalam darah daging anak Cina kurus keding bernama James Chai ini. Maka sekali lagi dia mengorbankan kerjayanya untuk berkhidmat di pejabat saya. Saya tidak rasa James mahu disanjung. Dia datang berkhidmat atas kerelaan sendiri, dia meletak jawatan bersama-sama saya atas kerelaan sendiri. Tetapi adalah sangat memualkan menjadikan seorang anak Cina yang lebih patriotik berbanding sebahagian besar dari kita, sebagai bola yang boleh disepak-sepak. Sasarannya bukan James. James hanyalah seorang anak Cina kurus keding yang boleh ditendang-tendang. Sasarannya ialah saya. Dan itulah bahagian yang saya paling terkilan. Dalam senario lain, seorang anak Cina yang jiwa kebangsaannya sangat kuat, sangat cemerlang dalam semua yang dia ceburi, fasih berbahasa Melayu, pelajar terbaik di sekolah kebangsaan, lebih ramai kawan Melayu dari bukan Melayu - James sudah menjadi watak yang dikagumi pimpinan Melayu dalam PKR, UMNO, PAS dan BERSATU. Malangnya dalam senario sekarang, James dijaja dan diperagakan sebagai watak jahat demi mencipta satu fiksyen politik dekad ini. Syabas Malaysia!

Rafizi Ramli

166,332 Aufrufe • vor 4 Monaten

𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗟𝗜𝗔𝗕𝗜𝗟𝗜𝗧𝗜 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗦𝗘𝗟𝗨𝗥𝗨𝗛 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 Saya tak kenal seorang yang bernama Profesor Dr Tajuddin Rasdi. Pernah la dengar yang dia dilantik sebagai ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN). Tiba-tiba ramai yang tag saya suruh respon kepada komen dia. Kalau setakat pandangan politik tu, ikut suka masing-masing la. Saya pun baca la apa yang bising-bising suruh jawab ni. Dulu dia hentam saya pasal Anwar nak jadi PM. Dia kata saya biadap. Kali ini lagi teruk - ini laporan media pasal apa yang dia kata: “Rafizi liabiliti kepada seluruh politik Malaysia – Ahli Majlis MPPN” “Daripada aset Pakatan Harapan (PH), bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli telah bertukar menjadi liabiliti bukan sahaja kepada gabungan parti tersebut, malah juga kepada negara dan seluruh politik Malaysia.” Ikut suka hati dia je jadi ketua hakim politik negara, kalau ada la jawatan macam tu, jatuh hukuman yang saya dah jadi liabiliti kepada negara dan seluruh politik Malaysia. Ikut Dr Tajuddin ni, saya lebih teruk dari semua ahli politik yang pernah ada la. Saya sehina-hina ahli politik yang ada di negara ni dan jadi liabiliti. Ikut suka dia jatuh hukum, macam Malaysia dan arena politik Malaysia ni milik dia. Saya fahamlah kenapa dia panic sangat dan hentam saya berkali-kali. Kalau boleh, orang macam dia nak suruh saya hilang terus dari muka bumi ini. Sebab dia takut kalau saya terus bersuara, takut PH hilang undi. Lebih tepat, dia takut DAP hilang undi, sebab saya dimaklumkan dia ahli DAP. Saya tak paham macam mana dia boleh jadi professor. Sekejap dia kata saya beban, ahli politik paling tak guna, paling dibenci dan tak de sapa suka kat saya dan tak de sapa yang nak kerjasama dengan saya. Kalau dah macam tu, apa yang dia nak takut. PH atau DAP takkan terjejas sebab tak de sapa yang akan dengar cakap saya, undi PH atau DAP takkan terganggu. Tapi gaya hentam saya ni macam luar cakap lain, dalam rasa lain. Macam dalam hati ada taman, yang sedang bergelora sebab takut pandangan saya akan ada kesan kepada sokongan PH dan DAP. Saya ni dah lama bertanding dalam pilihanraya. Jadi pengarah pilihanraya lagi. Saya nak kongsi dengan profesor ni ilmu nak menang pilihanraya. Kalau parti kita tak buat salah, orang kritik macam mana pun, Insya Allah dapat undi. Kalau parti kita memang ada kelemahan, orang tak kritik pun rakyat tak undi. Sebab itu nasihat saya kepada Prof Tajuddin: Awak tu ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara. Sekarang ni banyak isu-isu ketegangan perkauman. Baik awak tumpu buat kerja sebagai ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara. Elaun awak yang dibayar oleh cukai rakyat bukan untuk awak komen pasal politik lebih-lebih, tapi untuk mengharmonikan hubungan kaum di Malaysia. Sia-sia kami semua berjuang sampai PH bentuk kerajaan dan awak jadi ahli Majlis Penasihat, kalau yang itu pun awak tak boleh buat sebab sibuk komen politik yang di luar skop kerja awak. Selamat Hari Raya!

Rafizi Ramli

26,238 Aufrufe • vor 4 Monaten