正在加载视频...

视频加载失败

10,705 次观看 • 5 个月前 •via X (Twitter)

0 条评论

暂无评论

原始帖子的评论将显示在这里

相关视频

Sorry, lama lama lebay dan heboh sendiri 🙏🏻
1:54

Sensitive content

Sorry, lama lama lebay dan heboh sendiri 🙏🏻

jakartalk

3,518,784 次观看 • 7 天前

Awang hitam panjat, guling atas kereta, pemandu cemas diserang 'peminta sedekah' di Kampung Pandan Oleh RIZAL ZAINAL TULAR Rabu, 19 Jul 20232:52 PM MYT SEORANG wanita berdepan detik cemas apabila didatangi lelaki warga asing yang memanjat keretanya ketika memandu di bulatan Kampung Pandan, menghala ke Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada Isnin. Difahamkan, individu terbabit terlebih dahulu menahan kereta si pemandu sebelum bertindak memanjat dan berguling atas kenderaannya. Mendakwa dirinya dilanggar, pemandu wanita terbabit kemudiannya mengundurkan keretanya sambil menjerit dan menangis akibat ketakutan. Turut meluahkan kekecewaannya susulan tiada bantuan diberikan mana-mana pihak, rakaman berdurasi satu minit 16 saat itu dimuat naik di laman Instagram dan meraih lebih 18,000 jumlah tontonan setakat ini. Dalam pada itu, kelakuan individu terbabit kemudiannya dihentikan oleh seorang penunggang basikal lelaki yang bertindak membantu situasi terbabit. Si pelaku diheret ke bahu jalan oleh lelaki terbabit dan wanita berkenaan terus beredar dari lokasi itu sebaik diselamatkan daripada gangguan tersebut. Mangsa turut membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada hari kejadian, namun masih belum ada sebarang tangkapan dibuat berhubung kejadian itu setakat ini. Dalam pada itu, seorang lelaki dikenali sebagai @deanamirhussain di Twitter, turut berkongsi pengalaman apabila pernah melalu situasi sama. Menurutnya, dia dan sekeluarga pernah diserang warga asing terbabit yang dikatakan sengaja ingin dilanggar dan meminta duit sebagai bayaran ganti rugi. Mendakwa ia sebagai salah satu taktik untuk meminta sedekah, dia menggesa orang ramai agar sentiasa berhati-hati sekiranya memandu di laluan sekitar Kampung Pandan. — Majoriti

MYNEWSHUB

1,219,535 次观看 • 3 年前